Dr M Muhyiddin Mungkin Calon Pm Sedia Terima Umno


Hariz MohdDiterbitkan Hari ini 9:01 malam

BERITA

Bersatu mungkin meletakkan presidennya Muhyiddin Yassin sebagai calon parti itu untuk menjadi perdana menteri, kata Dr Mahathir Mohamad petang ini.

"Kami telah berbincang, termasuk kemungkinan bahawa Muhyiddin mungkin menjadi seorang calon (PM)," katanya kepada pemberita di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Perdana interim itu berkata demikian ketika ditanya apa yang dibincangkan oleh kedua-dua mereka semasa mesyuarat yang diadakan di PMO lebih awal.

"Jika semua orang pilih dia, saya okey," katanya.

Mahathir bagaimanapun berkata parti itu tidak membincangkan sama ada mereka akan mencalonkan Muhyiddin atau dirinya untuk jawatan tertinggi itu.

Ahli politik berusia 94 tahun itu juga sedang mengusahakan agenda untuk membentuk kerajaan perpaduan, yang melangkaui garisan politik kepartian.

Mahathir mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan menerima Umno sebagai parti komponen.

"Tetapi Muhyiddin lebih longgar (relaxed), agak sedia untuk menerima mereka en bloc (secara keseluruhan)," katanya lagi.

Perbezaan pendapat antara kedua-dua tokoh itu mula menampakkan impaknya kepada keadaan politik di peringkat negeri.

Di Kedah yang diketuai Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar, kerajaan negeri kekal di bawah gabungan Pakatan Harapan dan Bersatu.

Bagaimanapun, di Johor yang dikuasai Muhyiddin, sebuah kerajaan negeri yang baru bakal dibentuk oleh Bersatu, BN dan PAS .

Muhyiddin, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat daripada Umno dan digugurkan daripada kabinet pada 2016 selepas tidak berpuas hati dengan isu 1MDB melibatkan presiden parti it,u Najib Abdul Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Redzuan Yusoff ketika ditemui di luar kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara petang ini, berkata parti itu akan menyokong presiden mereka sebagai perdana menteri.

Redzuan berkata, jika sokongan Mahathir dimasukkan, ini bermakna Bersatu mempunyai "37" anggota parlimen yang menyokong Muhyiddin.

Bersatu hanya mempunyai 26 ahli parlimen. Adalah tidak jelas baki 11 lagi kerusi tetapi ia mungkin mungkin merujuk kepada kumpulan yang diketuai Anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Pada sidang akhbar sebelum itu, Mahathir berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mendapati tiada seorang pun pemimpin yang mempunyai majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Ini selepas baginda menemu duga secara peribadi setiap anggota parlimen pada Selasa dan Rabu.

Dengan ketiadaan calon menguasai majoriti yang jelas, Dr Mahathir berkata Agong mahu perkara itu diputuskan di Dewan Rakyat.

Persidangan khas Dewan Rakyat ditetapkan pada Isnin depan.

Sementara itu, Mahathir juga mengesahkan bahawa beliau telah memutuskan untuk kembali sebagai pengerusi Bersatu selepas melepaskan jawatan itu pada Isnin.

Beliau berkata Bersatu telah merayu kepadanya untuk kembali memegang jawatan itu dan beliau meminta masa untuk memikirkannya.

"Jadi hari ini, saya bersetuju untuk kembali sebagai pengerusi Bersatu," katanya.

Laporan tambahan oleh Yasmin Ramlan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/dr-m-muhyiddin-mungkin-calon-pm-sedia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Setuju Calon Muhyiddin Pm Kelapan

Umno Pas Setuju Calon Muhyiddin Pm Kelapan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 334 hits
Demikian kenyataan media yang ditandatangani bersama Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan di sini hari ini UMNO dan PAS selaku gabungan MUAFAKAT NASIONAL telah bersetuju untuk mencalonka...
Mahathir Tersempit Sedia Terima Umno

Mahathir Tersempit Sedia Terima Umno

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 264 hits
Bersatu mungkin meletakkan presidennya Muhyiddin Yassin sebagai calon parti itu untuk menjadi perdana menteri kata Dr Mahathir Mohamad petang ini Kami telah berbincang termasuk kemungkinan bahawa Muhyiddin mungkin menjadi seorang calon kata...
Tun M Sedia Jadi Calon Pm Dan Sokong Muhyiddin Calon Pm 8

Tun M Sedia Jadi Calon Pm Dan Sokong Muhyiddin Calon Pm 8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 381 hits
Dr Mahathir dakwa punyai majoriti tidak mahu komplot pentadbiran kleptokrasiKL Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad akui beliau mempunyai sokongan untuk membentuk kerajaan majoriti di Dewan Rakyat Pengerusi Bersatu itu berkata be...
Tak Dapat Terima Kerjasama Dengan Umno Syed Saddiq Sedia Dipecat

Tak Dapat Terima Kerjasama Dengan Umno Syed Saddiq Sedia Dipecat

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 380 hits
PUTRAJAYA Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedia berdepan apa jua tindakan diambil terhadapnya termasuk pemecatan oleh Presiden parti berkenaan Bagaimanapun beliau menegaskan diri...
Kalau Muhyiddin Boleh Terima Umno Satu Parti Kenapa Nak Pelik Jika Zahid Najib And The Gang Dilantik Tpm Dan Menteri

Kalau Muhyiddin Boleh Terima Umno Satu Parti Kenapa Nak Pelik Jika Zahid Najib And The Gang Dilantik Tpm Dan Menteri

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 590 hits
Lim Guan Eng ada kes semasa dilantik Menteri Kewangan Tommy Thomas kroni DAP semasa dilantik sebagai AG Azmin dikekalkan walau ada kes Kita setuju JUGA kalau tiada siapapun dilantik sebagai langkah penjimatan Dan mengelak salahguna kuasa
Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Ydp Agong

Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Ydp Agong

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 436 hits
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menzahirkan dalam kenyataan rasmi dari Istana Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari Istana Negara melant...
Saya Mohon Rakyat Malaysia Terima Keputusan Ydp Agong Muhyiddin

Saya Mohon Rakyat Malaysia Terima Keputusan Ydp Agong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 388 hits
Susulan keputusan dari Istana Negara yang mana Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan Muhyiddin yang member...
Terima Kasih Allah Dan Agong Atas Lantikan Hari Ini Tan Sri Muhyiddin Yasin

Terima Kasih Allah Dan Agong Atas Lantikan Hari Ini Tan Sri Muhyiddin Yasin

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 883 hits
KUALA LUMPUR Terima kasih Allah dan Agong atas lantikan hari ini kata Tan Sri Muhyiddin Yasin Demikian kenyataan pertama dikeluarkan Perdana Menteri kepada media sebaik beliau selesai Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat...
Muhyiddin Calon Pm Bukan Keputusan Mpt Bersatu Kadir Jasin

Muhyiddin Calon Pm Bukan Keputusan Mpt Bersatu Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 382 hits
Pemimpin Bersatu A Kadir Jasin berkata pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke 8 tidak pernah disokong Majlis Pimpinan Tertinggi Wartawan veteran itu berkata Majlis Tertinggi yang turut dianggotai beliau tidak diajak ...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Restoran Tiga Ikan Kl East Mall


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Selesai Urusan Pasport

Aiskrim Farm Fresh Choco Bar

Kalau Roh Boleh Kembali Ke Dunia Pasti Mereka Akan Minta Satu Perkara Amal Soleh

Angga Dermawan Bimsalabim Chord

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster