Umno Sibuk Tangisi Najib Waktu Rakyat Tak Ada Kerja




Umno sibuk tangisi Najib waktu rakyat tak ada kerjaPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: September 19, 2022
ShareUmno sebagai parti pemerintah telah sampai ke penghujungnya apabila mereka tidak lagi sensitif dengan keperluan rakyat dan keutamaan urustadbir.
Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, Umno yang mengetuai kerajaan sepatutnya sedang berusaha bersungguh sungguh memulihkan kejatuhan nilai ringgit. Namun sebaliknya, mereka lebih mengutamakan nasib bekas presiden yang dipenjarakan, Najib Razak.
“Sebab itu minggu lepas saya dan Anwar tanya soalan paling penting (berkaitan matawang). Matawang kita berada dalam keadaan paling parah dalam sejarah negara.
“Kali terakhir matawang dalam RM4.40 (berbanding sedollar Amerika Syarikat) tahun 1997 – 1998. Masa itu krisis kewangan sehingga melimpah kepada krisis politik dan lahirlah KEADILAN.
“Sebab kami telah melalui keadaan itu. Bila matawang jatuh sebegitu rupa, ada yang tidak kena dalam negara.
“Semalam bukan RM4.50 lagi tetapi RM4.54. Akhir tahun jadi RM4.70. Sebab itu kami tanya minggu lepas kepada Menteri Kewangan yang Umno tunjukkan sebagai watak baru profesional, CEO bank.
“Tetapi dalam keadaan negara berhadapan krisis kewangan, dia jawab dengan jawapan yang kita dah biasa dengar dari BN.
“Dia jawab keadaan ekonomi sangat baik dan tidak ada masalah. Kau gila ke apa? RM4.54 ini lebih teruk daripada RM3.80, di mana keadaan ekonomi baik?
“Dia jawab lagi, pertumbuhan ekonomi kita April hingga Jun sebanyak 8%. Dia banding dalam bulan April – Jun 2022 dengan tempoh sama 2021. Kau duduk kat gua mana? Memang April 2021 masa lockdown Covid 19. Masa itu memang teruk. Sekarang agak lebih baik tetapi kita kena banding keadaan sebelum Covid,” katanya.
Menurut mantan Ahli Parlimen Pandan itu lagi, sikap mengutamakan nasib Najib lebih daripada segala galanya adalah kebodohan politik yang menyukarkan Malaysia untuk pulih daripada krisis ekonomi.
Katanya, isu titik bengek berkaitan Najib kini dijadikan isu nasional sedangkan rakyat tiada pekerjaan, barang mahal serta ekonomi semakin buruk.
“Harga barang naik, rakyat susah dapat kerja. Umno BN pernah dengar tak apa yang difokus pasal rakyat sekarang?
“Sebarang program Umno dia ada 2 – 3 benda saja. Pertama menangis. Mula dulu menangis Najib masuk penjara, kemudian mereka menangis sebab ubat Najib. Sekarang berita pasal Najib kemurungan. Memang la masuk penjara murung. Mana ada orang masuk penjara gembira.
“Kau dah sakau duit masuk penjara memanglah sedih.
“Orang tengah masalah ekonomi, mata wang jatuh, budak budak tak ada kerja, banjir nak datang tetapi kecoh satu kerajaan pasal ubat Najib berubah. Dua Menteri kena jawab. Menteri Kesihatan pun kena jawab, kena sekolahkan menteri Umno, beza ubat paten dengan ubat generik. Memang nama lain tetapi kandungan sama.
“Yang paling kita letih berita Rosmah rindu dekat Najib. Memang la dah Najib kat penjara. Tetapi soal rindu itu jadi isu nasional. Umno ni makin gila,” sinisnya.
Manakala bagi menjawab pendapat yang skeptikal tentang apa yang mampu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan jika diberi peluang memerintah dalam keadaan yang tenat, Rafizi memberi analogi mudah.
Katanya, jika diibaratkan pesakit diabetis seseorang perlu mengambil keputusan segera apabila penyakit itu telah melarat. Katanya, rakyat juga perlu bertindak tegas pada ketika ini untuk menukar kerajaan dan memulihkan apa yang terdaya.
“Kalau kita sakit, keputusan kita ialah bila nak makan ubat. Kalau tak makan ubat dari panas jadi terbaring, tak makan ubat juga kena masuk hospital, masuk air. Kalau tidak juga kamu masuk ICU.
“Kalau kita tukar kerajaan sekarang, perkara kita buat adalah buka balik kontrak dan konsesi yang ada selama puluhan tahun.
“Kerajaan boleh buat undang undang satu suruhanjaya khas boleh semak balik semua konsesi yang tidak adil kepada rakyat, runding semula atau bawa ke mahkamah.
“Kalau tak ambil semua pun, boleh kurang ketirisan setiap satu yang kita bayar sampai cucu cicit mereka (BN) kaya raya,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/umno-sibuk-tangisi-najib-waktu-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Hadapi Krisis Matawang Umno Sibuk Menangis Kenang Nasib Najib Rafizi

Negara Hadapi Krisis Matawang Umno Sibuk Menangis Kenang Nasib Najib Rafizi

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 146 hits
Umno sebagai parti pemerintah telah sampai ke penghujungnya apabila mereka tidak lagi sensitif dengan keperluan rakyat dan keutamaan urustadbir Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli Umno yang mengetuai kerajaan sepatutnya sedang b...
Rakyat Malaysia Perlu Kerja 3 5 Bulan Untuk Beli Iphone 14

Rakyat Malaysia Perlu Kerja 3 5 Bulan Untuk Beli Iphone 14

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 209 hits
Rakyat Malaysia perlu kerja 3 5 bulan untuk beli iPhone 14Posted By on September 18 2022Kuasa belia rakyat Malaysia merosot teruk ketika Apple iPhone 14 dilancarkan pada awal September lalu Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Lee Chean Chu...
Menara Merdeka 118 Legasi Najib Mula Bawa Pulangan Kepada Rakyat

Menara Merdeka 118 Legasi Najib Mula Bawa Pulangan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 300 hits
Oleh Adam MalikAntara projek dan kerja yang Mahathir dan Pakatan Harapan tidak sempat ganggu adalah PNB 118 atau Menara Merdeka Yang lain sempat diganggu seperti Bandar Malaysia HSR dan ECRL Menara Merdeka adalah sebuah Menara berprestij mi...
Ketiadaan Najib Beri Kesan Kepada Umno Dalam Pru15

Ketiadaan Najib Beri Kesan Kepada Umno Dalam Pru15

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 248 hits
KETIADAAN Najib Razak sebagai ketua kempen Umno sudah pasti akan dirasai oleh parti itu pada pilihan raya umum akan datang kata penganalisis Ini kerana parti itu tidak dapat menggantikan pengaruh Najib dan kehadirannya di media sosial kata ...
Fret Not Umno Najib May Make A Glorious Comeback

Fret Not Umno Najib May Make A Glorious Comeback

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 156 hits
As everyone understands by now politics is the art of making the impossible possible For example who could have thought the likes of DAP veteran Lim Kit Siang and PKR president Anwar Ibrahim joining forces with former prime minister Dr Maha...
Umno Tak Perlu Malu Dengan Rakyat Jika Miliki Kluster Mahkamah

Umno Tak Perlu Malu Dengan Rakyat Jika Miliki Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 226 hits
Apa malu bossku telah membawa kejayaan besar di PRN Malaka dan Johor Sudah tentu masih relevan dengan bangga dan megah nya untuk dibawa slogan yang sama di PRU15 ULANG semula ITU fitnah pendakwaan terpilih konspirasi untuk meraih undi
Adakah Tangisan Ahli Umno Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib

Adakah Tangisan Ahli Umno Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 172 hits
Sebanyak 70 peratus ahli Umno termasuk akar umbi berdukacita dan sedih terhadap nasib bekas Presidennya Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dapatan itu di...
Selain Najib Siapa Lagi Pemimpin Umno Didakwa Kes Rasuah

Selain Najib Siapa Lagi Pemimpin Umno Didakwa Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 334 hits
BEKAS perdana menteri Najib Razak bukan satu satunya ahli Umno yang sedang berhadapan perbicaraan rasuah Lapan lagi pemimpin Umno telah didakwa dengan beberapa kes berada dalam pelbagai peringkat proses mahkamah malah ada yang telah dibebas...
Dr M Najib S Imprisonment Won T Cleanse Umno

Dr M Najib S Imprisonment Won T Cleanse Umno

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 150 hits
The imprisonment of former prime minister Najib Abdul Razak will not cleanse Umno of its corruption tainted image said Pejuang chairperson Dr Mahathir Mohamad According to Mahathir himself a former prime minister and former Umno president c...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids