Adakah Tangisan Ahli Umno Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib


 

Sebanyak 70 peratus ahli Umno termasuk akar umbi berdukacita dan sedih terhadap nasib bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dapatan itu diperolehi daripada mesyuarat khas Umno yang diadakan baru-baru ini

Malah di luar bangunan Mahkamah Persekutuan pada hari terakhir rayuan Najib, ada penyokong menangis kerana tidak dapat menerima kenyataan selepas Najib memberitahu, beliau tidak mendapat keadilan dalam kes rayuan SRC International di luar bangunan Mahkamah Persekutuan

Adakah tangisan hiba mereka itu (ada yang berguling atas jalan atau tidak, tak tahulah aku..) akan mampu mempengaruhi dan dijadikan alasan untuk pemgampunan Najib?.. Bacalah laporan di bawah ini.

KUALA LUMPUR: Dakwaan ketidakadilan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdasarkan emosi ahli-ahli sesebuah parti politik tidak boleh menjadi alasan untuk memberi pengampunan terhadapnya

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, berkata jika sekalipun Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pengampunan juga tidak seharusnya diberikan

"Alasan paling kuat mengapa pengampunan tidak patut diberi atas alasan ini ialah 'precedent' yang diwujudkan oleh kes Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak patut diikuti untuk mengelak pemimpin-pemimpin yang korup, menyalah guna kuasa dan menyeleweng wang negara dan penjenayah daripada berkuasa atau berkuasa semula dan mengelak hukuman

"Ia juga untuk mengelak ahli-ahli politik daripada memperalatkan Raja Berperlembagaan dan Lembaga Pengampunan untuk membolehkan pemimpin seperti itu berkuasa atau berkuasa semula. Itu bukanlah tujuan Lembaga Pengampunan diadakan," katanya dalam catatan yang dikongsi dalam blog, tunabdulhamid.my hari ini

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas kesalahan liwat dan Ahli Parlimen Port Dickson itu mula menjalani hukuman penjara sebelum diberikan pengampunan penuh oleh Yang diPertuan Agong pada Mei 2018, iaitu selepas dipenjara lebih tiga tahun


Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, sebaiknya mana-mana Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan perlu kembali kepada amalan asalnya, iaitu mengampun kesalahan tanpa mempertikai keesahan sabitan dan hukuman oleh mahkamah

"Lembaga Pengampunan bukanlah Mahkamah Rayuan dan jika tertuduh tidak bersalah, apakah yang hendak diampunkan? Dalam kes Najib ini, beliau didapati bersalah pada 23 Ogos 2022. Pada 2 September 2022 (10 hari kemudian) beliau memfailkan petisyen pengampunan. Sekarang semua orang menunggu bilakah Lembaga Pengampunan akan bersidang dan apakah keputusannya

"Katakanlah dalam masa terdekat Lembaga Pengampunan bersidang dan memberi pengampunan kepada beliau, ia akan menjadikan sistem perundangan dan kehakiman di negara ini bahan ketawa di dunia. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghabiskan bertahun-tahun menyiasat, pendakwa raya menghabiskan berbulan-bulan mengkaji kertas siasatan

"Bertahun hakim membicara dan mendengar rayuan lepas rayuan, merekod, menyemak dan mengkaji beribu-ribu halaman keterangan dan dokumen, mendengar berpuluh-puluh orang saksi dan menulis beratus-ratus halaman alasan penghakiman satu dua bulan selepas tertuduh disabitkan dan dihukum penjara berpuluh-puluh tahun dan didenda beratus-ratus juta atau berbilion, tanpa terpaksa melakukan apa yang disebut itu semua. Ahli-ahli Lembaga Pengampunan, dengan satu ayat mengampun sabitan dan hukuman itu. Perlukah saya berkata apa-apa lagi? bayangkanlah sendiri," katanya

Beliau berkata, kesalahan Najib adalah lebih besar daripada kesalahan Anwar kerana sabitan kesalahan melibatkan Presiden PKR itu adalah terhadap seorang individu

"Kesalahan DS Najib membabitkan kewangan negara. Patutkah Raja Berperlembagaan mengampunnya semata-mata kerana partinya menang PRU? Jika itu berlaku, akan jadi bahan ketawalah negara Malaysia dan Raja Berperlembagaannya!

"Najib sedang menghadapi beberapa pertuduhan lagi. Jika beliau diampunkan dalam kes ini, jika selepas ini beliau didapati bersalah lagi, adakah beliau akan diampun lagi atas alasan yang sama?" katanya lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/adakah-tangisan-ahli-umno-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengampunan Najib Boleh Menjadikan Umno Kalah Sekali Lagi

Pengampunan Najib Boleh Menjadikan Umno Kalah Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 159 hits
Satu lagi kesilapan UMNO selain mahu menjadikan isu pemenjaraan Najib Razak sebagai umpan menarik simpati rakyat untuk memenangi PRU15 ialah terlalu awal bertempik ingin mengusahakan pengampunan diraja buat bekas Perdana Menteri itu Hanya s...
Perisyen Pengampunan Telah Di Failkan Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan Hingga Setakat Ini

Perisyen Pengampunan Telah Di Failkan Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan Hingga Setakat Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Status bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal setakat hari ini Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata petisyen pengampunan telah difailkan Najib mengikut ...
Najib Mohon Pengampunan Diraja Akan Kekal Status Ahli Parlimen Kata Azhar

Najib Mohon Pengampunan Diraja Akan Kekal Status Ahli Parlimen Kata Azhar

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 150 hits
freemalaysiatoday com September 5 2022 12 17 PMPETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak sudah memfailkan permohonan untuk pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun Kata...
Petanda Najib Tidak Dapat Pengampunan Daripada Ydpa

Petanda Najib Tidak Dapat Pengampunan Daripada Ydpa

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 145 hits
Petanda Najib Tidak Dapat Pengampunan Daripada YDPA Keadilan Islam tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa yang melakukan kesalahan sama ada diri sendiri teman rapat ahli keluarga mahupun ibu dan bap...
Serangan Terbuka Kepada Pm Boleh Timbulkan Krisis Umno

Serangan Terbuka Kepada Pm Boleh Timbulkan Krisis Umno

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 154 hits
Pergerakan Wanita UMNO mengakui terkesima dengan keputusan mahkamah berkaitan kes yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak Sayap parti itu juga turut merasai kehilangan seorang pemimpin apabila mantan perdana menteri itu disabitkan kesalahan da...
Taklimat Khas Umno Penyokong Najib Mungkin Bikin Panas Tuding Pm Sumber

Taklimat Khas Umno Penyokong Najib Mungkin Bikin Panas Tuding Pm Sumber

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 148 hits
malaysiakini comPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dijangka menangani kebimbangan ahli parti berhubung isu yang menjejaskan parti sejak akhir akhir ini semasa sesi taklimat esok termasuk pemenjaraan Najib Razak baru baru ini menurut orang dal...
Sekiranya Najib Mendapat Pengampunan Sebelum Pru

Sekiranya Najib Mendapat Pengampunan Sebelum Pru

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 153 hits
Pada 23 Ogos lalu Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 dalam kes SRC Interna...
Sementara Terus Ditekan Umno Dalam Kes Najib Ismail Sabri Sebaliknya Semakin Diterima Baik Di Mata Rakyat

Sementara Terus Ditekan Umno Dalam Kes Najib Ismail Sabri Sebaliknya Semakin Diterima Baik Di Mata Rakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 132 hits
Selain hakim khususnya Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang banyak dikritik serta dipersalahkan oleh kelompok tertentu dalam UMNO susulan pemenjaraan Najib Razak tidak terkecuali menerima beban yang sa...
Zahid To Address Umno Najib Supporters May Protest Against Pm

Zahid To Address Umno Najib Supporters May Protest Against Pm

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 133 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi is expected to address the concerns of roiled party members at a briefing today especially the jailing of Najib Abdul Razak according to a party insider The leader who spoke on condition of anonymity said t...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega