Ketiadaan Najib Beri Kesan Kepada Umno Dalam Pru15



KETIADAAN Najib Razak sebagai ketua kempen Umno sudah pasti akan dirasai oleh parti itu pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.
Ini kerana parti itu tidak dapat menggantikan pengaruh Najib dan kehadirannya di media sosial, kata mereka.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata Najib menyumbang kepada 11% kekuatan Barisan Nasional.
Ini berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh Ilham Centre.
“Dengan ketiadaan peratusan sedemikian, pemimpin Umno masih mencari faktor yang boleh menampung kekurangan itu,” kata Hisommudin kepada The Malaysian Insight.
“Ini adalah fakta yang Umno perlu terima. Mereka perlu bersedia dengan rancangan kontingensi sekiranya tokoh besar mereka dijatuhkan hukuman.
“Umno kini perlu mempertimbangkan strategi luar biasa untuk segera bangkit selepas Najib dipenjarakan, tanpa mengganggu rentak dan momentum kemenangan mereka pada pilihan raya negeri Johor dan Melaka.”
Selain Najib, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut berdepan tuduhan rasuah, bersama-sama Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin, bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Mohd Isa Samad dan bekas pengerusi Felda Shahrir Abdul Samad.
Cabaran Umno sekarang ialah mencari seseorang yang mempunyai tarikan Najib untuk mengumpulkan pengundinya, kata Hisommudin.
“Tidak dinafikan Najib adalah ikon kebangkitan Umno selepas Barisan Nasional hilang kuasa ke atas Putrajaya. Beliau mengolah semula kekuatan Umno dan BN dengan cara tersendiri.
“Selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara kepada Najib, Umno telah menerima tamparan hebat kerana faktor Najib masih belum ada pengganti.”
Bulan lalu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan Najib dan mengekalkan hukumannya dalam kes SRC International.
Najib diperintahkan menjalani hukuman penjara 12 tahun serta merta.
Di samping itu, bekas perdana menteri itu perlu membayar denda RM210 juta jika gagal membayarnya beliau akan menjalani lagi lima tahun penjara.
Mahkamah itu dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat. Anggota panel lain ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim kanan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan, dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang telah dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes salah guna kuasa.
Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukumannya.
Penganalisis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata Umno akan berdepan kesukaran untuk mewujudkan semula personaliti “rempit” Najib.
“Apa yang mengejutkan, mesejnya boleh dikaitkan dengan orang Melayu kelas pekerja biasa.
“Tiada seorang pun dalam Umno dapat menandingi pengaruhnya kepada segmen penduduk ini.
“Atas sebab ini sahaja, ketidakhadirannya mungkin menjejaskan keupayaan Umno untuk meraih sebahagian besar sokongan orang Melayu,” katanya.
Guna pemenjaraan Najib sebagai bahan kempen
Sementara itu penganalisis dari Institut Asia Universiti Tasmania James Chin berkata bahawa Umno boleh menggunakan pemenjaraan Najib sebagai cara untuk memenangi undi.
“Mereka akan menggunakan ‘pendakwaan terpilih’ Najib untuk membuat orang Melayu marah,” kata Chin.
“Mereka telah mengatakan bahawa Najib adalah mangsa sistem, tetapi mereka juga berhujah bahawa Najib tidak bersalah, beliau dimanipulasi oleh Low Taek Jho (Jho Low).
“Sudah tentu, bahagian yang tidak dinyatakan ialah Jho Low adalah orang Cina, bangsa dan agama yang tidak boleh keluarkan daripada persamaan.”
Walaupun ketiadaan Najib adalah satu halangan kepada Umno, Chin berkata parti itu masih mempunyai jentera pilihan raya yang kuat.
“Apa yang akan berlaku ialah penyokong akar umbi Umno akan keluar mengundi tanpa mengira jika Najib berada di sana,” kata Chin.
“Jelas sekali Najib adalah seorang juru kempen yang sangat baik, bossku adalah gerakan yang sangat populis, beliau mencipta perkara itu daripada tiada apa-apa.
“Umno mempunyai jentera pilihan raya yang sangat kuat, cuma ia telah kehilangan seorang juru kempen utama yang akan menyebabkan kemunduran.” ~ The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/ketiadaan-najib-beri-kesan-kepada-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
R4su4h Rm1 4 Juta Setel Kes Sarawak Report Umno Pkr Amanah Dap Refomasi Pru15 Bn Ph Anuar Tun Rosmah Najib 1mdb Pas

R4su4h Rm1 4 Juta Setel Kes Sarawak Report Umno Pkr Amanah Dap Refomasi Pru15 Bn Ph Anuar Tun Rosmah Najib 1mdb Pas

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 183 hits
CONTOH MACAM NI LA GAMAKNYA DIBAYAR INI CONTOH YA BUKAN BETUL BETUL SUMBER KAMSIAH HAIDER TIADA KAITAN PUN INI SURAT CONTOH SAJA YA BUKAN BETUL MISALNYA LAH KALAU TERIMA SUMBER KAMSIAH HAIDER
Negara Hadapi Krisis Matawang Umno Sibuk Menangis Kenang Nasib Najib Rafizi

Negara Hadapi Krisis Matawang Umno Sibuk Menangis Kenang Nasib Najib Rafizi

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 137 hits
Umno sebagai parti pemerintah telah sampai ke penghujungnya apabila mereka tidak lagi sensitif dengan keperluan rakyat dan keutamaan urustadbir Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli Umno yang mengetuai kerajaan sepatutnya sedang b...
Pru Segera Umno Mahu Bebaskan Najib

Pru Segera Umno Mahu Bebaskan Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 160 hits
Terpenjara memang murung le bodoh Kemurungan menyebabkan kesihatan akan upset dan terganggu terutama yang ada penyakit Yang tak ada penyakit pun kalau murung kesihatan akan terganggu Penyakit Najib adalah disebabkan dia cari penyakit sakau ...
Pru15 Masa Banjir Kerana Umno Mahu Guna Jentera Kerajaan

Pru15 Masa Banjir Kerana Umno Mahu Guna Jentera Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 173 hits
PRU15 Masa Banjir Kerana Umno Mahu Guna Jentera Kerajaan Tujuan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendesak supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini termasuk ketika musim tengkujuh semata mata kerana mahu menggunakan jentera kerajaan kata ...
Umno Sibuk Tangisi Najib Waktu Rakyat Tak Ada Kerja

Umno Sibuk Tangisi Najib Waktu Rakyat Tak Ada Kerja

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 167 hits
Umno sibuk tangisi Najib waktu rakyat tak ada kerjaPosted By on September 19 2022Umno sebagai parti pemerintah telah sampai ke penghujungnya apabila mereka tidak lagi sensitif dengan keperluan rakyat dan keutamaan urustadbir Menurut Timbala...
Pru15 Pas Tak Boleh Tumpang Umno Di Perak Umno Reject Pas Di Perak

Pru15 Pas Tak Boleh Tumpang Umno Di Perak Umno Reject Pas Di Perak

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 219 hits
PRU15 Umno reject Pas di PerakSeptember 10 2022 UMNO Perak memuktamadkan tiada kerjasama akan dijalinkan dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Pengerusinya Datuk Seri Saarani Mohamad berkata UMNO akan bergerak send...
Ada Malaun Umno Buat Gerakan Sulit Jodohkan Bn Dan Pn Selepas Pru15

Ada Malaun Umno Buat Gerakan Sulit Jodohkan Bn Dan Pn Selepas Pru15

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 211 hits
ismaweb net Cukup cukuplah duk kejar dan gila talak dengan MN serta UMNO Nur JazlanKUALA LUMPUR 20 Safar 1444H Jumaat Ada dua tiga kerat malaun dalam UMNO sedang buat gerakan sulit bersama walaun PAS untuk jodohkan Perikatan Nasional Barisa...
Tak Perlulah Kata Seolah Olah Kami Hodoh Bodoh Atau Kotor Pemimpin Umno Cabar Mahathir Masuk Ke Gelanggang Pru15

Tak Perlulah Kata Seolah Olah Kami Hodoh Bodoh Atau Kotor Pemimpin Umno Cabar Mahathir Masuk Ke Gelanggang Pru15

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 249 hits
Tak perlulah kata seolah olah kami hodoh bodoh atau kotor Pemimpin UMNO cabar Mahathir masuk ke gelanggang PRU15Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi masuk ke gelanggang Pili...
Umno Siding With Najib Analyst Says After Azalina S Ag Comments

Umno Siding With Najib Analyst Says After Azalina S Ag Comments

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 157 hits
However taking a pro Najib position will mean saying good bye to the fence sitters who might have considered supporting a reformist Umno A political analyst sees the recent remarks by Umno s Azalina Othman Said on the replacement of the att...
Dilema Malaysia Berapa Lama Dasar Beralah Boleh Mengekalkan Kesatupaduan Persekutuan

Cabinet Discusses Reactions To Minimum Wage Epf Proposals

Monkeys Canopy Resort

Hiburan Saya Tak Ganggu Siasatan Datuk Seri Najib Tun Razak Nafi Dakwaan Ganggu Siasatan 1mdb Dan Src

Aeon Digital Bank Pertama Patuh Shariah

Sains Di Hujung Jari Polimer Pembentuk Filem Mencantikkan Kuku

Guan Eng Malukan Umno Di Dewan Rakyat

Permohonan Maaf Bukti Bossku Diperdaya Kata Umno


echo '';
Biodata Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Isteri Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Perkahwinan Diraja

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Luruhnya Bunga Cinta Musim 2 Versi Malaysia Autumn In My Heart Slot Akasia TV3

5 Kelemahan Utama Pakai Kereta EV Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah Bakal Suami Tengku Natasha Natasya Puteri Tengku Adnan Perkahwinan Diraja

5 Pekerjaan Yang Akan Membuatkan Kita Kenal Sifat Sebenar Manusia


Miskin Di Usia Tua Realiti Yang Membuka Mata

Singgah Di Yala Thailand

Itulah Islam 1 Yahya Sinwar Syahid 1000 Muncul Ganti Mampuslah Israel As

Gildcoustic Jare Tresno Chord

Pudar Gazza Rindu Serindu Rindunya Chord

Jumpa Kami Di Sini