Negara Hadapi Krisis Matawang Umno Sibuk Menangis Kenang Nasib Najib Rafizi




 Umno sebagai parti pemerintah telah sampai ke penghujungnya apabila mereka tidak lagi sensitif dengan keperluan rakyat dan keutamaan urustadbir.

Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, Umno yang mengetuai kerajaan sepatutnya sedang berusaha bersungguh sungguh memulihkan kejatuhan nilai ringgit. Namun sebaliknya, mereka lebih mengutamakan nasib bekas presiden yang dipenjarakan, Najib Razak.

"Sebab itu minggu lepas saya dan Anwar tanya soalan paling penting (berkaitan matawang). Matawang kita berada dalam keadaan paling parah dalam sejarah negara.

"Kali terakhir matawang dalam RM4.40 (berbanding sedollar Amerika Syarikat) tahun 1997 - 1998. Masa itu krisis kewangan sehingga melimpah kepada krisis politik dan lahirlah KEADILAN.

"Sebab kami telah melalui keadaan itu. Bila matawang jatuh sebegitu rupa, ada yang tidak kena dalam negara.

"Semalam bukan RM4.50 lagi tetapi RM4.54. Akhir tahun jadi RM4.70. Sebab itu kami tanya minggu lepas kepada Menteri Kewangan yang Umno tunjukkan sebagai watak baru profesional, CEO bank.

"Tetapi dalam keadaan negara berhadapan krisis kewangan, dia jawab dengan jawapan yang kita dah biasa dengar dari BN.

"Dia jawab keadaan ekonomi sangat baik dan tidak ada masalah. Kau gila ke apa? RM4.54 ini lebih teruk daripada RM3.80, di mana keadaan ekonomi baik?

"Dia jawab lagi, pertumbuhan ekonomi kita April hingga Jun sebanyak 8%. Dia banding dalam bulan April - Jun 2022 dengan tempoh sama 2021. Kau duduk kat gua mana? Memang April 2021 masa lockdown Covid 19. Masa itu memang teruk. Sekarang agak lebih baik tetapi kita kena banding keadaan sebelum Covid," katanya.

Menurut mantan Ahli Parlimen Pandan itu lagi, sikap mengutamakan nasib Najib lebih daripada segala galanya adalah kebodohan politik yang menyukarkan Malaysia untuk pulih daripada krisis ekonomi.

Katanya, isu titik bengek berkaitan Najib kini dijadikan isu nasional sedangkan rakyat tiada pekerjaan, barang mahal serta ekonomi semakin buruk.

"Harga barang naik, rakyat susah dapat kerja. Umno BN pernah dengar tak apa yang difokus pasal rakyat sekarang?

"Sebarang program Umno dia ada 2 - 3 benda saja. Pertama menangis. Mula dulu menangis Najib masuk penjara, kemudian mereka menangis sebab ubat Najib. Sekarang berita pasal Najib kemurungan. Memang la masuk penjara murung. Mana ada orang masuk penjara gembira.

"Kau dah sakau duit masuk penjara memanglah sedih.

"Orang tengah masalah ekonomi, mata wang jatuh, budak budak tak ada kerja, banjir nak datang tetapi kecoh satu kerajaan pasal ubat Najib berubah. Dua Menteri kena jawab. Menteri Kesihatan pun kena jawab, kena sekolahkan menteri Umno, beza ubat paten dengan ubat generik. Memang nama lain tetapi kandungan sama.

"Yang paling kita letih berita Rosmah rindu dekat Najib. Memang la dah Najib kat penjara. Tetapi soal rindu itu jadi isu nasional. Umno ni makin gila," sinisnya.

Manakala bagi menjawab pendapat yang skeptikal tentang apa yang mampu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan jika diberi peluang memerintah dalam keadaan yang tenat, Rafizi memberi analogi mudah.

Katanya, jika diibaratkan pesakit diabetis seseorang perlu mengambil keputusan segera apabila penyakit itu telah melarat. Katanya, rakyat juga perlu bertindak tegas pada ketika ini untuk menukar kerajaan dan memulihkan apa yang terdaya.

"Kalau kita sakit, keputusan kita ialah bila nak makan ubat. Kalau tak makan ubat dari panas jadi terbaring, tak makan ubat juga kena masuk hospital, masuk air. Kalau tidak juga kamu masuk ICU.

"Kalau kita tukar kerajaan sekarang, perkara kita buat adalah buka balik kontrak dan konsesi yang ada selama puluhan tahun.

"Kerajaan boleh buat undang undang satu suruhanjaya khas boleh semak balik semua konsesi yang tidak adil kepada rakyat, runding semula atau bawa ke mahkamah.

"Kalau tak ambil semua pun, boleh kurang ketirisan setiap satu yang kita bayar sampai cucu cicit mereka (BN) kaya raya," katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/negara-hadapi-krisis-matawang-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sibuk Tangisi Najib Waktu Rakyat Tak Ada Kerja

Umno Sibuk Tangisi Najib Waktu Rakyat Tak Ada Kerja

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 177 hits
Umno sibuk tangisi Najib waktu rakyat tak ada kerjaPosted By on September 19 2022Umno sebagai parti pemerintah telah sampai ke penghujungnya apabila mereka tidak lagi sensitif dengan keperluan rakyat dan keutamaan urustadbir Menurut Timbala...
Menkes Ungkap Strategi Penting Dimiliki Negara Hadapi Krisis Kesehatan

Menkes Ungkap Strategi Penting Dimiliki Negara Hadapi Krisis Kesehatan

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 168 hits
Menkes meyakini dengan surveilans yang terintegrasi akan mampu untuk mendeteksi mencegah dan merespons secara cepat suatu krisis Termasuk kasus penularan Covid 19
Kepada Yang Sedih Mengenang Nasib Najib Disarankan Simpan Sikit Air Mata Untuk Zahid

Kepada Yang Sedih Mengenang Nasib Najib Disarankan Simpan Sikit Air Mata Untuk Zahid

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 156 hits
MalaysikiniRafizi yakin Umno bakal terkubur 5 7 tahun lagiTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli meramalkan kehancuran Umno BN dalam tempoh lima hingga ke tujuh tahun dari sekarang Malah kata Rafizi turut akan terkubur bersama sama parti berasa...
Kow Kow Rafizi Bantai Umno Bn Ayuh Bangkit Humban Umno Bn

Kow Kow Rafizi Bantai Umno Bn Ayuh Bangkit Humban Umno Bn

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 115 hits
CERAMAH RAFIZI SUNGGUH BERNAS DAN PADAT KOW KOW uMNO KENA BANTAI Skandal LCS dan kemungkinan satu lagi skandal baru iaitu Meriam Rafizi akan menjelajah ke seluruh Malaysia untuk mengajak rakyat Ayuh Bangkit Membuang UMNO BN PN dari takhta k...
Umno Man Rafizi A Coward Attacking Us As People Reject Harapan

Umno Man Rafizi A Coward Attacking Us As People Reject Harapan

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 170 hits
Umno supreme council member Mohd Razlan Rafii called Rafizi Ramli a coward for saying the Malay based party will meet its demise in five to seven years Razlan said the PKR deputy president attacked Umno BN because he understood that the peo...
Pru Segera Umno Mahu Bebaskan Najib

Pru Segera Umno Mahu Bebaskan Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 168 hits
Terpenjara memang murung le bodoh Kemurungan menyebabkan kesihatan akan upset dan terganggu terutama yang ada penyakit Yang tak ada penyakit pun kalau murung kesihatan akan terganggu Penyakit Najib adalah disebabkan dia cari penyakit sakau ...
Selain Najib Siapa Lagi Pemimpin Umno Didakwa Kes Rasuah

Selain Najib Siapa Lagi Pemimpin Umno Didakwa Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 334 hits
BEKAS perdana menteri Najib Razak bukan satu satunya ahli Umno yang sedang berhadapan perbicaraan rasuah Lapan lagi pemimpin Umno telah didakwa dengan beberapa kes berada dalam pelbagai peringkat proses mahkamah malah ada yang telah dibebas...
Dr M Najib S Imprisonment Won T Cleanse Umno

Dr M Najib S Imprisonment Won T Cleanse Umno

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 151 hits
The imprisonment of former prime minister Najib Abdul Razak will not cleanse Umno of its corruption tainted image said Pejuang chairperson Dr Mahathir Mohamad According to Mahathir himself a former prime minister and former Umno president c...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut