Ummah Serah Memo Desak Pm Pecat Waytha


Kumara Sabapatty
Pengerusi UMMAH, Amiruddin Yahaya (tiga kanan) berarak bersama NGO sambil memegang memorandum yang akan dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada himpunan JUSTICE4ADIB Solidariti Suara Ummah di hadapan Masjid Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK 
PUTRAJAYA – Himpunan Justice4Adib anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)  menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya berkata, memorandum itu bertujuan menunjukkan isyarat jelas rakyat pelbagai bangsa yang berkumpul hari ini menyatakan kekesalan atas insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Seafields, Subang Jaya pada 28 November lalu.

Insiden itu didakwa mereka gagal ditangani oleh Menteri Perpaduan di JPM, P. Waytha Moorthy yang akhirnya mengundang kematian angota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 2 Disember lalu.

“Ini adalah sejarah yang mana suara rakyat yang mengumpulkan petisyen tandatangan 300,000 sebagai isyarat kepada kerajaan semasa bahawa kami komited dengan keadilan rule of law seperti yang dilaung-laungkan pihak kerajaan.

“Maka kami juga berharap kerajaan komited dengan apa yang mereka perjuangkan supaya tidak ada campur tangan politik dalam kes (kematian Adib) yang kita anggap begitu tragis dan serius yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang penjawat awam yang tidak membawa senjata.

“Arwah hanya datang untuk menyelamat tetapi akhirnya menemui ajal, disebabkan tangan- tangan durjana tanpa belas kasihan dan keperikemanusiaan  dipukul sehingga membawa kematian,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu lebih 300 orang diketuai Aminuddin serta 300 wakil NGO telah berkumpul di hadapan Masjid Putra Putrajaya selepas solat Jumaat sekitar 2 petang tadi.

Mereka melaungkan ‘Hidup, Hidup, Hidup Islam, Undur, Undur, Undur Waytha Moorthy dan Undur., Undur, Undur Ganabatirau’ sambil membawa sepanduk terteranya perkataan ‘ #JUSTICE4ADIB Solidariti Suara Ummah Menuntut Menteri Perpaduan Letak Jawatan’ bersama imej warna hitam putih arwah Muhammad Adib.

Mereka kemudian bergerak menuju ke Jabatan Perdana Menteri sekitar 2.15 petang dan tiba di hadapan bilik pengawal keselamatan pintu masuk pukul 2.35 petang.

Aminuddin serta tiga lagi wakil himpunan itu telah dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Aminuddin berkata, memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahaya.

Semasa penyerahan memorandum katanya, pihaknya telah menjelaskan kepada Abu Bakar mengenai kandungan memorandum itu dan antaranya, Perdana Menteri harus memecat segera menteri terlibat keduanya jangan membiarkan Waytha melibatkan Peguam Negara untuk mencampuri keputusan mahkamah sebaliknya teruskan rule of law yang dipegang kerajaan Pakatan Harapan.

“Setiausaha Politik PM bersetuju menyatakan komitednya dan akan memanjangkan memorandum itu kepada Perdana Menteri nanti.

“Kita kalau tidak ada tindakan drastik daripada kerajaan maka kita akan mengadakan gerakan besar-besaran selepas ini.

“Kami tidak memberikan sebarang tempoh masa untuk PM bertindak cuma harapkan tindakan menyusul seberapa segera mungkin,” tegasnya lagi sebelum bersurai beramai ramai sekitar 3.30 petang tadi.

Terdahulu Aminuddin dalam ucapan di hadapan Masjid menjelaskan, Waytha bukan sahaja gagal menjalankan tugasnya menjaga perpaduan malah terus angkuh menyalahkan polis lambat bertindak pada hari rusuhan.

Beliau turut mahu pengerusi kuil berkenaan juga diambil tindakan kerana mengeluarkan pembohongan besar kononnya Muhammad Adib dilanggar kenderaan sambil menyifatkannya sebagai jijik dan tidak bermoral.

“Kerajaan dan PM melaungkan Rule of Law tetapi menteri dia sendiri melanggarnya, ini menteri ‘kampung’ (diiringi sorakan undur Waytha),” katanya.

Menurutnya, PM tidak boleh mengambil enteng suara rakyat termasuk petisyen 300,000 orang dan pihaknya akan terus komited berjuang sehingga penjenayah bertanggungjawab ditangkap dan diheret ke muka pengadilan.

Menurutnya, hampir 1,000 orang telah hadir bersama ke Himpunan #JUSTICE4ADIB hari ini walaupun dalam keadaan panas terik.- MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/ummah-serah-memo-desak-pm-pecat-waytha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 611 hits
HIMPUNAN AMAN Keadilan Untukmu ADIB Desakan Pecat P Waytha Moorthy Tarikh 25 12 2018Hari SelasaMasa 04 00 Petang1 Lokasi Berkumpul Masjid Bandar Diraja KlangJalan Pasar Kawasan 18 41300 Klang Selangor2 Lokasi Berhimpun Dataran SeniKawasan 1...
Pemuda Bersatu Serah Memorandum Desak Waytha Dipecat Kepada Dr M

Pemuda Bersatu Serah Memorandum Desak Waytha Dipecat Kepada Dr M

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 213 hits
Dikemaskini 19 Dis 2018 10 07 malamPemuda Bersatu telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menggesa pengguguran P Waythamoorthy sebagai menteri Menurut sumber dalaman Bersatu memorandum itu diserahkan di ...
Ummah Thirty Ngos To Give Memo To Pm For Waytha S Sacking

Ummah Thirty Ngos To Give Memo To Pm For Waytha S Sacking

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 312 hits
About 30 non governmental organisations are expected to hand a memorandum to the government calling for the sacking of P Waythamoorthy as a Minister in the Prime Minister s Department The memorandum will be passed after the Justice for Adib...
Ummah 30 Ngo Akan Hantar Memorandum Desak Waytha Dipecat Ke Pmo

Ummah 30 Ngo Akan Hantar Memorandum Desak Waytha Dipecat Ke Pmo

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 251 hits
Kira kira 30 NGO dijangka menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri esok bagi mendesak pelucutan jawatan P Waythamoorthy selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ia akan diserahkan selepas acara Solidariti Himpunan Suara Ummah ...
1 000 Pesilat Ke Istana Negara Serah Memo Bantah Icerd Rileksmedia

1 000 Pesilat Ke Istana Negara Serah Memo Bantah Icerd Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 363 hits
MUAFAKAT Lebih 1 000 ahli pesilat dari seluruh negara yang menyertai DaulatHimpunan812 berarak secara aman mulai Masjid Wilayah Persekutuan ke Istana Negara di ibu kota hari ini Terdahulu kesemua mereka yang terdiri daripada 313 persatuan s...
Desak Menteri Waytha Letak Jawatan Mbm Bagi Masa Hingga Jumaat Ini

Desak Menteri Waytha Letak Jawatan Mbm Bagi Masa Hingga Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 308 hits
JUFITRI Joha bersama pemimpin belia ketika sidang media bagi mendesak tindakan dan pengadilan sewajarnya dari pihak berkuasa serta gesaan meletak jawatan terhadap Menteri Perpaduan Waytha Moorthy di Wisma Majlis Belia Malaysia Jalan Tasik P...
Lintas Langsung Pesilat Serah Memo Istana Negara Beri Air Mineral

Lintas Langsung Pesilat Serah Memo Istana Negara Beri Air Mineral

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 238 hits
Dikemaskini 8 Dis 2018 12 07 tengah hariLINTAS LANGSUNG Ribuan orang dijangka membanjiri jalan jalan di Kuala Lumpur hari ini sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan S...
Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Satu Tindakan Keji Dan Memalukan

Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Satu Tindakan Keji Dan Memalukan

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 299 hits
PUTRAJAYA 24 Dis Sekumpulan aktivis termasuk peguam kontroversi Siti Zabedah Kassim mendakwa pihak yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy meletakkan jawatan dilihat cuba mengambil peluang menegakkan kebencian keta...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization