Lintas Langsung Pesilat Serah Memo Istana Negara Beri Air Mineral


Pasukan MalaysiakiniDikemaskini 8 Dis 2018, 12:07 tengah hari


LINTAS LANGSUNG | Ribuan orang dijangka membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur hari ini sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Perhimpunan ini anjuran NGO Melayu Islam dan disokong oleh Umno dan PAS.

Mereka yang hadir berkumpul di tiga lokasi - pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara. Mereka akan berarak ke Dataran Merdeka.

Himpunan itu akan bermula pada jam 2 petang ini dan dijangka selesai pada jam 6 petang.

Malaysiakini membawakan laporan langsung perhimpunan ini:

Laporan LINTAS LANGSUNG:

11.40am, Sogo: Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajadi menyambut sekumpulan peserta himpunan di Jalan Tunku Abdul Rahman ketika beliau dan kumpulannya sekitar 30 berjalan menuju Sogo.

Dalam ucapannya di depan kompleks membeli-belah itu, Asyraf mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada orang ramai yang hadir.

Beliau berkata negara ini dibina berdasarkan kontrak sosial dan memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak membawa masuk unsur-unsur Barat yang boleh menghancurkan keharmonian di negara ini.

Sementara itu, lebih ramai peserta membanjiri jalan raya dan jumlah mereka kini dianggarkan seramai 5,000 orang.

11.30am: Sin Chew Daily memetik Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun sebagai berkata bahawa setakat jam 9.30 pagi, kira-kira 5,000 peserta himpunan anti-Icerd di Kuala Lumpur.

Kumpulan silat serah memorandum, istana beri air mineral

11.30am, Istana Negara: Anggota kumpulan silat tiba di pintu masuk istana. Lima daripada mereka berpencak silat sebelum menyerahkan memorandum kepada wakil dari istana.

Wakil itu juga mengedarkan botol air mineral kepada ahli-ahli kumpulan silat berkenaan yang bergerak sejauh 2km dalam keadaan panas terik.
Sekitar 3,000 orang kini berkumpul di Sogo dan melaungkan 'Hidup Islam'.

11am, Sogo: Sekitar 3,000 orang berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo. Wakil dari pelbagai NGO bergilir-gilir menyampaikan ucapan.

Ramai peserta himpunan berpakaian putih dengan tertera tulisan 'Bantah Icerd'. Mereka melaungkan "Hidup Islam", "Bantah Icerd", dan "Bangkit Melayu".

10.30am, Masjid Wilayah Persekutuan: Para pesilat mula berarak ke Istana Negara, yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat berkumpul.

Mereka membaca selawat ke atas jungjungan Nabi Muhammad SAW. Ketua Setiausaha Himpunan Ummah menggesa peserta membaca selawat dan tidak melaungkan slogan yang provokatif.
10.10am: Unit Amal PAS mengerahkan 2,000 petugasnya untuk mengawal keadaan semasa perhimpunan itu, menurut Harakah Online.

Pengarah Unit Amal Mohd Nazree Mohd Aris berkata 400 daripada mereka akan mengawal lalu lintas di kawasan sekitar, 190 akan mengawasi keperluan perubatan manakala selebihnya akan mengendalikan keselamatan dan mencegah provokasi.

10.00am: The Star melaporkan kira-kira 5,000 pelajar di seluruh negara akan menyertai perhimpunan ini kerana tidak berpuas hati terhadap skim potongan gaji berjadual bagi bayaran semula pinjaman PTPTN.

"Kami tidak berpuas hati dengan perkembangan terkini di PTPTN," kata presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Faizuddin Mohd Zai.

Portal itu juga melaporkan kebimbangan mengenai isu keselamatan dan penutupan jalan berikutan perhimpunan itu menyebabkan banyak perniagaan di kawasan itu ditutup hari ini.
9.30am, Masjid Wilayah Persekutuan: Sekitar 300 pesilat Melayu, lengkap berbusana tradisional berbaju Melayu dan bersamping berkumpul. Mereka bersiap sedia untuk berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum.

Separuh pesilat berbaju Melayu hitam, manakala yang lain memakai baju Melayu berwarna hijau. Mereka turut mengibarkan panji-panji dengan kalimah Allah.

Ketua Setiausaha Gabungan Silat Pertahan Perlembagaan (Pertahan) Sahruddin Esa berkata mereka berhimpun secara aman dan tidak membawa senjata.

"Silat macam public performance, kita tak tunjuk samseng. Kita sekarang minta kebenaran untuk jumpa Raja-Raja, kita tak bawa senjata," katanya yang berkata gabungan silatnya merangkumi keanggotaan dari lapan buah negeri iaitu Sabah, Johor, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.
LAPORAN KHAS
Penolakan ICERD

Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara Islam yang tidak meratifikasi ICERD


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/lintas-langsung-pesilat-serah-memo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 000 Pesilat Ke Istana Negara Serah Memo Bantah Icerd Rileksmedia

1 000 Pesilat Ke Istana Negara Serah Memo Bantah Icerd Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 386 hits
MUAFAKAT Lebih 1 000 ahli pesilat dari seluruh negara yang menyertai DaulatHimpunan812 berarak secara aman mulai Masjid Wilayah Persekutuan ke Istana Negara di ibu kota hari ini Terdahulu kesemua mereka yang terdiri daripada 313 persatuan s...
Generasi Peneroka Serah Memo Di Parlimen

Generasi Peneroka Serah Memo Di Parlimen

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 184 hits
KUALA LUMPUR Pertubuhan bukan kerajaan Generasi Kebangsaan bersama peneroka Felda hari ini tampil menganjurkan himpunan aman dan penyerahan memorandum berhubung kesusahan hidup peneroka akibat kejatuhan harga komoditi sawit Kira kira 120 or...
Menteri Susi Bawa Air Mineral Ke Kkp Kena Denda Rp 500 000

Menteri Susi Bawa Air Mineral Ke Kkp Kena Denda Rp 500 000

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 210 hits
Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti menyebutkan di lingkungan kerjanya yaitu Kementerian Kelautan dan Perikanan hal tersebut sudah diterapkan Sanksi dikenakan mulai dari hal sederhana yaitu penggunaan air mineral
Ini Bahayanya Jika Tak Langsung Buang Air Kecil Setelah Berhubungan Seks

Ini Bahayanya Jika Tak Langsung Buang Air Kecil Setelah Berhubungan Seks

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 262 hits
Sejumlah bakteri mengancam kandung kemih wanita jika tidak langsung buang air kecil setelah berhubungan seks Hal ini disebabkan karena area vital wanita yang jaraknya sangat dekat satu sama lain
Bela Negara Bentuk Wni Cinta Tanah Air Berdasarkan Pancasila

Bela Negara Bentuk Wni Cinta Tanah Air Berdasarkan Pancasila

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 285 hits
Diharapkan peserta menjadikan kegiatan tersebut sebagai momentum mengembangkan diri sebagai WNI yang tangguh
Ketua Polis Negara Jelaskan Kenapa Polis Tidak Gunakan Meriam Air Untuk Suraikan Perusuh

Ketua Polis Negara Jelaskan Kenapa Polis Tidak Gunakan Meriam Air Untuk Suraikan Perusuh

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 540 hits
Ketua Polis Negara Jelaskan Kenapa Polis Tidak Gunakan Meriam Air Untuk Suraikan PerusuhKetua Polis Negara Jelaskan Kenapa Polis Tidak Gunakan Meriam Air Untuk Suraikan Perusuh
Silat Group To Submit A Memorandum Against Icerd At Istana Negara On Saturday

Silat Group To Submit A Memorandum Against Icerd At Istana Negara On Saturday

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 304 hits
On Saturday when the rally against the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination is planned in the city centre a silat group is expected to submit a memorandum against Icerd to the officials at the Is...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package