Umat Melayu Islam Beransur Lemah Titah Sultan Nazrin


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam titahnya mengklasifikasikan bangsa Melayu pada ketika ini semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat. – Foto Bernama
MELAKA: Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, budaya politik yang berlaku ketika ini menyebabkan umat Melayu Islam terperangkap dalam situasi yang mengaibkan diri sendiri.
“Islam telah membina umat Melayu yang berdisiplin, amanah, jujur, luhur dan ikhlas. Islam telah menyatukan umat Melayu, membina ukhwah hingga umat Melayu bersatu teguh, muncul sebagai umat yang kuat.
“Tetapi hari ini umat Melayu kelihatan beransur lemah, kerana umat Melayu telah kehilangan semangat ukhwah, umat Melayu telah lemah jati diri, umat Melayu semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan, umat Melayu semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.
“Budaya berpolitik yang sedang berlaku di bumi warisan bangsa ini, telah menjelmakan ketaksuban baharu, menghidupkan budaya asabiah, menganjurkan pemikiran yang lebih mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan, daripada kepentingan menerima kebenaran; mencanai minda yang lebih mementingkan kumpulan, daripada kelangsungan ummah yang lebih menyeluruh.
“Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Ahli-ahli Majlis Agama Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Melaka di Bandar Melaka pada Jumaat.
Mengungkap kembali titah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semasa lawatan rasmi ke Melaka pada 12 hingga 14 Julai 1990 sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Kesembilan, Sultan Nazrin mahu titah nasihat itu kekal menjadi pedoman pemimpin dan rakyat.
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah menzahirkan titah pada malam 12 Julai lalu, antara titah baginda mengandungi baris-baris berikut:
“Rakyat Melaka seharusnya berbangga dengan sejarah dan kegemilangan empayar Melaka. Aspek-aspek kejayaan dan keagungan Kesultanan Melaka pada zaman silam sebagai pusat perdagangan, pusat pertumbuhan kebudayaan dan pusat penyebaran agama Islam haruslah dijadikan sebagai unsur penggalak untuk kita mencapai kecemerlangan masa hadapan.
“Walau bagaimanapun terdapat titik-titik hitam dalam sejarah Melaka yang harus kita renungkan bersama agar ia tidak berulang lagi. Di samping kita berbangga dengan kejayaan Melaka…
…Kita haruslah menjaga perpaduan oleh sebab perpecahan, perselisihan faham dan perebutan kuasa adalah antara faktor-faktor yang menjatuhkan keagungan Kesultanan Melaka sehingga Melaka dijajah oleh kuasa-kuasa barat,” baginda memetik titah almarhum ayahanda baginda.
Jelas baginda, titah yang dizahirkan lebih 28 tahun yang lalu itu merupakan peringatan yang kekal hidup dan wajib dijadikan renungan.
“Ia supaya umat Islam di bumi ini tidak tercicir yang dikendong, tidak berakhir dengan menang menjadi arang – kalah menjadi abu, kerana kecenderungan untuk terus bersengketa. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberikan petunjuk kepada ummah, jalan yang lurus,” tambah baginda.
KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB
KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar
KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin
KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah
The post Umat Melayu Islam beransur lemah, titah Sultan Nazrin appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190642/umat-melayu-islam-beransur-lemah-titah-sultan-nazrin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Nazrin Dedah Empat Punca Melayu Menjadi Lemah

Sultan Nazrin Dedah Empat Punca Melayu Menjadi Lemah

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR Bangsa Melayu pada ketika ini dilihat semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat Timbalan Yang Di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah budaya politik yang be...
Sultan Nazrin Orang Melayu Terperangkap Perlumbaan Conteng Arang Ke Muka Sendiri

Sultan Nazrin Orang Melayu Terperangkap Perlumbaan Conteng Arang Ke Muka Sendiri

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 323 hits
December 7 2018 2 49 PMSultan Nazrin bertitah orang Melayu beransur lemah kerana hilang semangat ukhuwah lemah jati diri hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa MELAKA Umat Melayu Islam sedang terper...
Orang Melayu Nafsu Nafsi Menjadi Islam Dilihat Lemah Dan Pecah

Orang Melayu Nafsu Nafsi Menjadi Islam Dilihat Lemah Dan Pecah

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 550 hits
Orang Melayu kategori penyamun membuatkan bangsa Melayu dipandang hina dan lemah Membina semula jati diri membina semula maruah ugama yang dianut bangsa Melayu sudah menjadi jihad dan wajib Tanpa Islam tanpa nilai Islam orang Melayu mungkin...
Syiria Diperintah Kafir Laknatullah Umat Islam Disembelih Melayu Bangkit 8815

Syiria Diperintah Kafir Laknatullah Umat Islam Disembelih Melayu Bangkit 8815

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 693 hits
Viral Foto Lusinan Sekumpulan Pemuda Suriah Dirantai Tentara Rezim di Damaskus Ini Faktanya Rabu 5 Desember 2018 12 48Foto Foto peuda Suriah dirantai yang dibagikan oleh para aktivis KIBLAT NET Damaskus Sebuah foto sekelompok pemuda Suriah ...
Sultan Nazrin Dukacita Sifat Riak Pemimpin Politik Menang

Sultan Nazrin Dukacita Sifat Riak Pemimpin Politik Menang

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 304 hits
KUALA KANGSAR Timbalan Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah menzahirkan rasa dukacita dengan sifat pemimpin politik negara ini dalam bersaing merebut kuasa Baginda mengingatkan pemimpin politik agar merendah diri bila mencapai kemenanga...
Warkah Wasiat Raja Haji Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh

Warkah Wasiat Raja Haji Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 2147 hits
WARKAH WASIAT RAJA HAJI Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh Wajah Melayu Berhati Belanda Wajah Melayu Berhati Inggeris Wajah Melayu Berhati Portugis Kini kita merasakan Wajah Melayu Berhati DAP WARKAH WASIAT RAJA HAJI F...
Dengarkan Tun M Pun Tahu Fakta Ini Moga Melayu Islam Tidak Lupa

Dengarkan Tun M Pun Tahu Fakta Ini Moga Melayu Islam Tidak Lupa

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 309 hits
Melayu terpaksa melepaskan banyak hak Melayu demi kemerdekaan Melayu Islam tolak syarat kemerdekaan awal kerana ia terlalu berat sebelah antarnaya dipaksa terima sejuta kaum pendatang sebagai rakyat Tanah Melayu Raja Raja Melayu juga tidak ...
Islam Bertambah Lemah

Islam Bertambah Lemah

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 293 hits
ISLAM BERTAMBAH LEMAH BILA MENTERI NI AMBIL ALIH JAWATAN MENTERI DI JABATAN P M Pak Karamu Apa tujuan himpunan bantah ICERD Nina Farzuin Md Sharom 7 Disember 2018 AddThis Sharing Buttons Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa KUALA LUMPUR Menteri di J...
Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib

Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 670 hits
Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat AdibSultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities