Sultan Nazrin Orang Melayu Terperangkap Perlumbaan Conteng Arang Ke Muka Sendiri


Bernama
-December 7, 2018 2:49 PM
Sultan Nazrin bertitah, orang Melayu beransur lemah kerana hilang semangat ukhuwah, lemah jati diri, hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa. (Gambar Bernama)
MELAKA:  Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Titah baginda, budaya politik negara ini menjelmakan ketaksuban baru, menghidupkan budaya asabiah dan menganjurkan pemikiran mengutamakan kesetiaan kumpulan daripada kepentingan menerima kebenaran; malah mencanai minda mementingkan kumpulan daripada kelangsungan ummah lebih menyeluruh.

Sultan Nazrin bertitah, umat Melayu hari ini kelihatan beransur lemah kerana telah kehilangan semangat ukhuwah, lemah jati diri, semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

“Islam telah membina umat Melayu berdisiplin, amanah, jujur, luhur dan ikhlas; Islam telah menyatukan umat Melayu dengan membina ukhuwah hingga umat Melayu bersatu teguh sehingga muncul sebagai umat yang kuat; tetapi hari ini umat Melayu kelihatan beransur lemah,” titah Sultan Nazrin di Bandar Hilir di sini, hari ini.

Baginda bertitah sedemikian ketika menyempurnakan Majlis Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Hakim-hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka di sini yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob; Anggota Jemaah Pemangku Raja Perak, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin; dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan menyampaikan watikah pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka kepada 15 individu diketuai Adly selaku pengerusi MAIM; dan seramai 21 individu menerima watikah pelantikan Hakim-hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Sultan Nazrin bertitah, ilmuan Islam Ibnu Khaldun meninggalkan catatan mengenai peristiwa perpecahan politik dan perebutan kuasa yang amat dahsyat berlaku di Afrika Utara dan Andalusia, hingga mengakibatkan kejatuhan tamadun dan pemerintahan Islam.

Titah baginda, Ibnu Khaldun menyaksikan kesediaan pemerintah melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasa berada di tangan mereka, termasuk memperalatkan para ulama.

“Ulama yang pada era kegemilangan Islam bersifat jujur, bersifat ikhlas. Sebahagiannya kerana tergoda dengan kemegahan harta, jawatan dan gelaran bertukar dan membenarkan diri menjadi pemanfaatan bagi kepentingan peribadi umara tertentu,” titah baginda.

Titah Sultan Nazrin, ulama berperanan sangat penting membantu pemerintahan berlaku adil dan saksama bersandarkan hukum yang dikenali dengan istilah adat semasa era pemerintahan Kesultanan Melayu.

Sultan Nazrin bertitah, Yang di-Pertuan Agong Kesembilan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ketika berangkat mengadakan lawatan rasmi ke Melaka pada 12 hingga 14 Julai 1990 bertitah, di sebalik sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka terdapat titik hitam yang harus direnungkan bersama agar ia tidak berulang.

Baginda bertitah Almarhum Sultan Azlan, juga Ayahanda Sultan Nazrin, menzahirkan titah: “di samping berbangga dengan kejayaan Melaka, semua pihak harus menjaga perpaduan kerana perpecahan, perselisihan faham dan perebutan kuasa adalah antara faktor menjatuhkan keagungan Kesultanan Melaka sehingga Melaka dijajah kuasa Barat.

“Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014. Kata-kata yang dizahirkan lebih 28 tahun yang lalu, merupakan peringatan yang kekal hidup, dan wajib dijadikan renungan.

“Ia agar umat Islam di bumi ini, tidak tercicir yang dikendong, tidak berakhir dengan menang menjadi arang, kalah menjadi abu kerana kecenderungan untuk terus bersengketa,” titah Sultan Nazrin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/sultan-nazrin-orang-melayu-terperangkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umat Melayu Islam Beransur Lemah Titah Sultan Nazrin

Umat Melayu Islam Beransur Lemah Titah Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 393 hits
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam titahnya mengklasifikasikan bangsa Melayu pada ketika ini semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat Foto Bernama MELAKA Timbalan Yang Di Pertuan Ag...
Sultan Nazrin Dedah Empat Punca Melayu Menjadi Lemah

Sultan Nazrin Dedah Empat Punca Melayu Menjadi Lemah

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Bangsa Melayu pada ketika ini dilihat semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat Timbalan Yang Di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah budaya politik yang be...
Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib

Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 688 hits
Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat AdibSultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib
Sultan Nazrin Dukacita Sifat Riak Pemimpin Politik Menang

Sultan Nazrin Dukacita Sifat Riak Pemimpin Politik Menang

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 334 hits
KUALA KANGSAR Timbalan Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah menzahirkan rasa dukacita dengan sifat pemimpin politik negara ini dalam bersaing merebut kuasa Baginda mengingatkan pemimpin politik agar merendah diri bila mencapai kemenanga...
Pemimpin Jangan Jadi Dalang Cetus Permusuhan Kaum Sultan Nazrin

Pemimpin Jangan Jadi Dalang Cetus Permusuhan Kaum Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 218 hits
Diterbitkan 1 Dis 2018 11 14 pagiTimbalan Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat terutama pemimpin supaya tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh menyalakan puntung kebencian dan permusuhan antara ...
Ibuuu Ni Laa Laki U Shuib Throwback Gambar Lama Siti Sarah Sendiri Tak Percaya Muka Suami Dia

Ibuuu Ni Laa Laki U Shuib Throwback Gambar Lama Siti Sarah Sendiri Tak Percaya Muka Suami Dia

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 915 hits
Sewaktu Shuib Sepahtu mula mula berkongsi gambar ini ramai juga peminat beliau yang bertanya gambar siapakah itu Ramai yang langsung tak terlintas itu sebenarnya gambar si pemilik akaun IG tu sendiri Shuib Sehinggalah beliau sendiri mengaku...
Sultan Nazrin Doakan Adib Sembuh

Sultan Nazrin Doakan Adib Sembuh

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 404 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul nstp com myTIMBALAN yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menziarahi Anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara selepas diserang oleh perusuh di ...
Muka Mat Salleh Tapi Speaking English Loghat Melayu Video Anak Diana Danielle Berbahasa Inggeris Curi Tumpuan Peminat

Muka Mat Salleh Tapi Speaking English Loghat Melayu Video Anak Diana Danielle Berbahasa Inggeris Curi Tumpuan Peminat

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1618 hits
Baru baru ini tular perkongsian kisah anak sulung Diana Danielle Chemad atau nama sebenarnya Muhammad yang bersunat pada umur 5 tahun Kisah anak sulung Diana itu mendapat reaksi yang positif daripada netizen kerana keberaniannya di umur mud...
Hanipa Beritahu Shafee Cermin Muka Sendiri

Hanipa Beritahu Shafee Cermin Muka Sendiri

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 362 hits
26 Nov 2018 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin hari ini membidas peguam Shafee Abdullah yang mempertikai dakwaan ketua audit negara bahawa jabatan itu dipaksa meminda laporan akhir pengauditan 1MDB Beliau berkata Shaf...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia