Sultan Nazrin Dukacita Sifat Riak Pemimpin Politik Menang



KUALA KANGSAR: Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah menzahirkan rasa dukacita dengan sifat pemimpin politik negara ini dalam bersaing merebut kuasa.

Baginda mengingatkan pemimpin politik agar merendah diri bila mencapai kemenangan manakala yang tewas perlu menerima keputusan secara terhormat.

“Terdapat sebahagian pemimpin politik yang memilih bersifat riak dengan kemenangan, sementara sebahagian yang kalah bersifat berdendam.

“Pihak yang menang hendaklah mengamalkan budaya terpuji merendah diri, sementara yang tewas mengamalkan budaya menerima penentuan Ilahi secara terhormat,” titah baginda pada Istiadat Konvokensyen ke-11 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Sultan Nazrin juga menzahirkan rasa dukacita kerana suasana harmoni yang menjadi budaya rakyat negara ini sejak sekian lama kini mahu dimusnahkan disebabkan persaingan politik.

Baginda juga mengingatkan pemimpin politik agar tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh memarakkan api kebencian dan permusuhan antara rakyat berbilang kaum serta agama di negara ini.

Titah baginda, kebijaksanaan para pengasas negara ini yang memiliki hikmah dalam membangunkan negara dengan menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama hendaklah terus dipupuk agar negara yang aman, tenteram, harmoni lagi makmur dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

“Ada negara yang menghadapi konflik hingga hancur musnah kerana perselisihan berpunca daripada perbezaan mazhab, berlainan agama dan ada yang berpisah kerana tuntutan autonomi wilayah serta ada yang berbunuhan kerana perbezaan ideologi politik.
“Malaysia memiliki semua komponen untuk dijadikan bahan mencetuskan konflik. Namun pemimpin terdahulu memilih untuk tidak berkonflik,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda mengingatkan para graduan supaya menggunakan pengetahuan mereka menjadi warga berilmu yang berfikiran rasional, tidak mudah diracuni minda untuk mencetuskan persengketaan berdasarkan emosi, arif mengelakkan diri daripada diperalatkan memenuhi nafsu orang-orang yang berfikiran cetek serta tidak berwawasan jauh.

Baginda turut mengucapkan tahniah kepada para graduan USAS serta menzahirkan penghargaan kepada anggota keluarga yang berada di belakang kejayaan mahasiswa berkenaan.

“Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada setiap warga USAS, pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah, naib canselor dan anggota akademik, begitu juga kepada staf pengurusan dan kakitangan sokongan yang telah memberikan komitmen, terus meningkatkan kejayaan USAS,” titah Sultan Nazrin - Astro Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/celahgelegarblogspotcom/~3/4vax1LZ8LlA/sultan-nazrin-dukacita-sifat-riak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Jangan Jadi Dalang Cetus Permusuhan Kaum Sultan Nazrin

Pemimpin Jangan Jadi Dalang Cetus Permusuhan Kaum Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 232 hits
Diterbitkan 1 Dis 2018 11 14 pagiTimbalan Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat terutama pemimpin supaya tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh menyalakan puntung kebencian dan permusuhan antara ...
Pemimpin Tidak Amanah Sebabkan Ummah Sengsara Sultan Nazrin

Pemimpin Tidak Amanah Sebabkan Ummah Sengsara Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 372 hits
PUTRAJAYA Timbalan Yang Di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam sengsara Titah Sultan Nazrin kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk a...
Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib

Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 702 hits
Sultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat AdibSultan Nazrin Melawat Anggota Bomba Mohammad Adib Ini Kata Kata Baginda Selepas Melawat Adib
Malays Caught In Race To Embarrass One Another Sultan Nazrin

Malays Caught In Race To Embarrass One Another Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 212 hits
The Malays appear to be caught in a race to embarrass one another and are obsessed with the blame game which only reflects poorly on themselves said Deputy Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah He said the nation s political c...
Sultan Nazrin Doakan Adib Sembuh

Sultan Nazrin Doakan Adib Sembuh

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 420 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul nstp com myTIMBALAN yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menziarahi Anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara selepas diserang oleh perusuh di ...
Problems Of Muslim Ummah Due To Leaders With No Integrity Sultan Nazrin S Maulidur Rasul Speech

Problems Of Muslim Ummah Due To Leaders With No Integrity Sultan Nazrin S Maulidur Rasul Speech

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 377 hits
PUTRAJAYA Many of the problems faced by Muslims currently are caused by a lack of integrity among those entrusted with power said Deputy Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Nazrin said most of the problems are due to ...
Fahami Titah Tuanku Sultan Nazrin

Fahami Titah Tuanku Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 352 hits
Raja yang bijaksana pasti menjadi pohon yang rimbun kepada rakyatnya Menjunjung kasih Tuanku Pemimpin tidak amanah sebabkan ummah sengsara Sultan NazrinTimbalan Yang Di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pemimpin yang tida...
Sultan Nazrin Dedah Empat Punca Melayu Menjadi Lemah

Sultan Nazrin Dedah Empat Punca Melayu Menjadi Lemah

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Bangsa Melayu pada ketika ini dilihat semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat Timbalan Yang Di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah budaya politik yang be...
Sultan Nazrin Orang Melayu Terperangkap Perlumbaan Conteng Arang Ke Muka Sendiri

Sultan Nazrin Orang Melayu Terperangkap Perlumbaan Conteng Arang Ke Muka Sendiri

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 351 hits
December 7 2018 2 49 PMSultan Nazrin bertitah orang Melayu beransur lemah kerana hilang semangat ukhuwah lemah jati diri hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa MELAKA Umat Melayu Islam sedang terper...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigate The World Of Online Business

Android 16 Is Here

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj