Ulasan Kekalahan Ph Referendum Pada Kepimpinan Anwar


malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Nov 21, 2021 12:03 PM

ULASAN | Kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Melaka, termasuk kekalahan besar PKR merupakan referendum jelas terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim.

Anwar berkali-kali memperlihatkan bahawa dia sanggup membuat keputusan yang akhirnya dipersoalkan dalam usahanya memperolehi "majoriti yang kukuh dan meyakinkan".

Lebih buruk, dia mewajarkan tindakan mengambil ahli-ahli politik yang melompat parti dengan alasan untuk mengembalikan mandat rakyat.

Sekiranya Anwar tidak mahu mendengar kritikan dalam parti dan gabungannya sendiri, maka dia mesti mendengar suara pengundi.

PKR tewas di kesemua 11 kerusi yang ditandinginya, termasuk tiga kerusi yang dimenangi pada 2018 iaitu Machap Jaya, Kelebang dan Rembia.

Di Asahan, di mana Anwar meletakkan Idris Haron sebagai calon, PKR tewas kepada calon BN dengan majoriti 2,993 undi.

Idris mendalangi usaha mengambil alih kuasa sehingga mencetuskan pilihan raya mengejut. Langkah itu dibincangkan oleh Idris bersama PH sebelumnya.
DAP serta pemimpin lain dalam PKR dan PH menyuarakan bantahan keras terhadap PKR yang mencalonkan Idris (serta Amanah meletakkan Nor Azman Hassan, yang juga tewas), namun ia seperti tidak diendahkan.

Pengundi tolak hujah Anwar

Selaku pemimpin utama PKR dan PH, Anwar bertegas menerima wakil rakyat yang melompat dengan mengatakan mereka mengambil pendirian yang berprinsip.

Sebaliknya, Anwar mewajarkan tindakan itu dengan cuba menggambarkan Idris sebagai wira yang mahu mengembalikan kuasa PH di Melaka.

Jelas daripada keputusan PRN Melaka semalam, pengundi tidak menerima hujah tersebut.

Boleh dikatakan PKR dan PH bersaing secara sengit di banyak kerusi dan tewas dengan majoriti tipis.

Bagaimanapun, jurang kecil itu tidak dapat diatasi kerana sebahagian pengundi tidak keluar langsung untuk mengundi.
Peratusan keluar mengundi adalah 65.85 peratus, lebih rendah berbanding pilihan raya negeri Sabah tahun lepas.

Sama ada kebimbangan terhadap pandemik Covid-19, letik berpolitik, atau rasa tidak puas hati terhadap PH, jelas sekali tindakan yang menyebabkan pilihan raya mengejut itu memberi kesan buruk kepada Anwar dan PH.

Dan sebagai pemimpin utama, Anwar mesti bertanggungjawab atas kekalahan gabungan itu dalam pilihan raya negeri tersebut.

Sama ada dia perlu berundur atau memperkemaskan diri, sesuatu mesti dilakukan jika Anwar dan PH mahukan peluang sebenar dalam PRU ke-15.

ZIKRI KAMARULZAMAN adalah wartawan Malaysiakini.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/ulasan-kekalahan-ph-referendum-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Perlu Letak Jawatan Bertanggungjawab Atas Kekalahan

Anwar Perlu Letak Jawatan Bertanggungjawab Atas Kekalahan

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 462 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertanggungjawab di atas kekalahan PH dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dengan melepaskan jawatan sebagai pemimpin tertinggi gabungan parti itu Penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik...
Belajar Dari Kekalahan Prn Melaka Buang Masa Salahkan Anwar

Belajar Dari Kekalahan Prn Melaka Buang Masa Salahkan Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 342 hits
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menyifatkan cubaan pihak tertentu yang meletakkan segala kesalahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka adalah satu perbuatan yang s...
Kekalahan Pkr Di Prn Melaka Tamparan Hebat Bagi Anwar

Kekalahan Pkr Di Prn Melaka Tamparan Hebat Bagi Anwar

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 405 hits
ng Pek Mei November 21 2021 Penganalisis berkata rakyat kini mungkin mempersoalkan kepimpinan Anwar Ibrahim AYER KEROH Kekalahan besar PKR pada pilihan raya negeri Melaka di mana parti itu tumpas di semua 11 kerusi ditandingi adalah tampara...
Kepimpinan Anwar Masih Diperlukan Menuju Pru 15 Grm

Kepimpinan Anwar Masih Diperlukan Menuju Pru 15 Grm

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 327 hits
Gabungan 10 NGO reformis menyokong penuh kepimpinan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin agenda reformasi menuju Pilihan Raya Umum ke 15 Gabungan Reformis Malaysia berkata tiada sosok lain yang memiliki karisma keupayaan dan ...
Rentasan 1014 Gempar Kekalahan Ph Di Melaka Anwar Bakal Berundur

Rentasan 1014 Gempar Kekalahan Ph Di Melaka Anwar Bakal Berundur

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 409 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1014 1 BERHENTI MENCUCI BAJU KOTOR DI TEMPAT AWAM 2 NAJIB TANYA BERAPA BANYAK RAKYAT BAYAR HUTANG 1MDB 3 SKANDAL 1MDB SATU FITNAH SAKSI MUNCUL SEBALIKNYA
Berang Putrajaya Timbang Beri Najib Rumah Rm100 Juta Ph Sedia Kaji Semula Mou Kata Anwar

Berang Putrajaya Timbang Beri Najib Rumah Rm100 Juta Ph Sedia Kaji Semula Mou Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 342 hits
Pakatan Harapan tidak teragak agak mengkaji semula segala bentuk persefahaman dengan kerajaan susulan tindakan Jemaah Menteri sebulat suara menerima permohonan menghadiahkan Najib Razak sebidang tanah dan sebuah rumah bernilai RM100 juta Pe...
Anwar Ibrahim Dan Langkah Paya Rumput

Anwar Ibrahim Dan Langkah Paya Rumput

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 360 hits
Anwar sebenarnya terlibat dengan keruntuhan kerajaan negeri Melaka ini bukanlah rahsia kerana dia telah mengadakan banyak mesyuarat bersama empat katak sebelum mereka melompat dan menjatuhkan kerajaan negeri NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamar...
Kenyataan Media Kerajaan Nak Hadiahkan Najib 100 Juta Kenyataan Media Anwar Ibrahim

Kenyataan Media Kerajaan Nak Hadiahkan Najib 100 Juta Kenyataan Media Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 370 hits
Kenyataan Media18 November 2021Mengejutkan tatkala mendapat pengesahan daripada Menteri Kewangan bahawa Kabinet sebulat suara telah menerima satu permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Ahli Parlimen Pekan yang...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Bunga Liar Bidens Alba

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik