Kekalahan Pkr Di Prn Melaka Tamparan Hebat Bagi Anwar


ng Pek Mei
 -November 21, 2021 Penganalisis berkata, rakyat kini mungkin mempersoalkan kepimpinan Anwar Ibrahim.AYER KEROH: Kekalahan besar PKR pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, di mana parti itu tumpas di semua 11 kerusi ditandingi, adalah “tamparan hebat” bagi presidennya, Anwar Ibrahim, kata seorang penganalisis.
James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, kekalahan itu disebabkan hilangnya keyakinan rakyat kepada Anwar, yang dilihat sebagai individu utama di sebalik keputusan Pakatan Harapan (PH) “menerima ‘katak’ (politik)”.Beliau merujuk kepada keputusan Anwar dan Presiden Amanah Mohamad Sabu mencalonkan dua bekas ahli Umno, Idris Haron and Noor Azman Hassan, dalam PRN.
Chin menyifatkan hilangnya sokongan kepada PKR ini sebagai “trend yang sangat berbahaya”.
“Jika trend ini berulang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tahun depan, PKR akan musnah,” katanya kepada FMT.
PKR memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada pilihan raya umum 2018 (PRU14)
Kata Chin, jelas bahawa DAP adalah satu-satunya parti Pakatan Harapan (PH) yang menunjukkan prestasi baik di Melaka.
Parti berkenaan memenangi empat daripada lapan kerusi ditandinginya, manakala Amanah hanya satu daripada sembilan kerusi ditandingi.
Chin berkata, satu lagi pihak yang kalah besar adalah Perikatan Nasional (PN), memandangkan Gerakan tidak memenangi satu kerusi pun, walaupun bertanding di lima kerusi, dan PAS (yang tidak memenangi mana-mana lapan kerusi ditandingi) “bukanlah peserta serius di Melaka”.
“Jadi, saya rasa Muhyiddin (Yassin) agak bermasalah sekarang,” tambahnya.
Seorang penganalisis lain, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah juga berkata, rakyat mungkin mempersoalkan kepimpinan Anwar.
“Seperti yang kita tahu, semasa PRU14, Wan Azizah yang memimpin PKR ke arah kejayaan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, rakyat perlu terima bahawa Melaka selama ini menjadi kubu kuat BN.
“Hanya pada PRU lalu kita lihat Umno cuma memenangi 13 kerusi di Melaka,” katanya.
Lee berkata, beliau tidak percaya PKR akan mempunyai peluang lagi mendapatkan semula Putrajaya seperti pada PRU lalu.
“Saya percaya ramai rakyat Malaysia mahu melangkah meninggalkan Dr Mahathir Mohamad, Anwar atau Lim Kit Siang, serta semua muka dan nama yang sama,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/kekalahan-pkr-di-prn-melaka-tamparan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 419 hits
MELAKA Dua Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO yang membatalkan sokongan terhadap kerajaan negeri sebelum ini iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sah bertanding menggunakan tiket PH untuk PRN kali ini Pengerusi Pakatan Harap...
Belajar Dari Kekalahan Prn Melaka Buang Masa Salahkan Anwar

Belajar Dari Kekalahan Prn Melaka Buang Masa Salahkan Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 268 hits
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menyifatkan cubaan pihak tertentu yang meletakkan segala kesalahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka adalah satu perbuatan yang s...
Geng Anwar Abah Tersungkur Prn Melaka Rakyat Swing Undi Bn Semula

Geng Anwar Abah Tersungkur Prn Melaka Rakyat Swing Undi Bn Semula

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 382 hits
Sudah jatuh tersembam lagi Rakyat memberi undi swing kepada BN walaupun isu mahkamah umno didendangkan isu RM100juta permohonan najib digemburkan Tetapi rakyat melaka tetap kembali memilih BN dengan memberi undi majoriti PH Bersekongkol den...
Kalah Di Prn Melaka Adun Dap Pahang Gesa Anwar Berundur Sebagai Ketua Pembangkang

Kalah Di Prn Melaka Adun Dap Pahang Gesa Anwar Berundur Sebagai Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Seorang Adun DAP menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur sebagai ketua pembangkang berikutan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Melaka baru baru ini Menulis di Facebook ADUN Bil...
Pkr Terima Tamparan Hebat Tewas Semua Kerusi Ditandingi

Pkr Terima Tamparan Hebat Tewas Semua Kerusi Ditandingi

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 271 hits
PKR terima tamparan hebat tewas semua kerusi ditandingi MELAKA PKR menerima tamparan hebat apabila tewas semua kerusi ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri Melaka walaupun meletakkan calon paling ramai berbanding sekutunya dalam Pakatan Ha...
Adun Dap Desak Anwar Letak Jawatan Ini Jawapan Anwar Prn Melaka

Adun Dap Desak Anwar Letak Jawatan Ini Jawapan Anwar Prn Melaka

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 309 hits
dun DAP menggesa Anwar Ibrahim berundur sebagai ketua pembangkang berikutan kekalahan Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Melaka baru baru ini Menulis di Facebook Adun Bilut Lee Chin Chen berkata pakatan pembangkang perlu meneroka hala...
Pkr Bungkus Tanpa Ikat Tepi Di Prn Melaka

Pkr Bungkus Tanpa Ikat Tepi Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Melaka PKR yang bertanding di bawah gabungan Pakatan Harapan meletakkan calon di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri Ketua Penerangan PK...
The Pkr Slaughter In Melaka Is A Vote Of No Confidence Against Anwar

The Pkr Slaughter In Melaka Is A Vote Of No Confidence Against Anwar

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 451 hits
The PKR wipeout at the Melaka state polls losing all its 11 contests is a big slap in the face for party president Anwar Ibrahim says a political analyst James Chin of the University of Tasmania s Asia Institute attributed the party s colla...
Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Having A Strong Company Culture

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Rafizi Maklumat Dah Cukup Untuk Sprm Siasat Farhash

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam