Ulang Bicara Struktur Asas Perlembagaan Malaysia Bukan Tanda Pemikiran Sempit



Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Mutakhir ini pihak politik, NGO atau perseorangan yang mengutarakan isu kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan Raja Melayu akan dimomok persepsi sebagai chauvinis melayu, etnosentrik, jumud, tidka toleransi dengan kaum lain atau lebih para dianggap menunggang isu lapuk untuk keabsahan kedudukan kebudayaan kebangsaan yang berteras melayu Islam. 
Dari mana datangnya peruntukan berkenaan kedudukan bahasa melayu, agama Islam, raja melayu dan seangkatan dengannya itu? Benarkah ia hanya senjata untuk mengekal kuasa orang melayu sahaja? Jangan hairan jika ada anak muda mulai ragu kewujudan unsur ini walaupun mengenalpastinya mudah hanya dengan menekan google sahaja. 
Sebenarnya apa yang mereka bahaskan atau hujahkan itu ada asas yang kuat dan bukan sekadar mereka-reka naratif atau paradigma chauvinisme melayu untuk melegitimasikan ketuanan melayu atau mengada-ngada hujah untuk cenderung  kepada  nilai Islam. Sebenarnya ia adalah  ‘Struktur Asas Perlembagaan Malaysia menurut perseptif Malaysia’ yang bercirikan melayu Islam serta Raja Berperlembagaan. 
Dalam perlembagaan kita kesemua kandungan dalam Perkara 1 hingga 183 boleh dipinda melalui sokongan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara sebelum ianya disahkan oleh Kebawah Duli Yang-di Pertuan Agong melalui perkenannya. Namun 4 perkara yang berasaskan  struktur asas perlembagaan Malaysia tidak boleh diubah  melalui kuasa Dewan Rakyat atau Dewan Negara melainkan jika dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan Kebawah Duli Yang-di Pertuan Agong. Perkara itu adalah perkara yang kerap diulang ucap oleh parti politik, NGO-NGO tertentu iaitu ; Kedudukan Agama Islam,Kedudukan Bahasa Melayu, Hak Keistimewaan Orang Melayu dan pribumi (termasuk Sabah Sarawak)Kedudukan Raja-Raja Melayu
Hak dan ketetapan diatas bukan ditetap oleh parti melayu atau kelompok jumud tertentu sebaliknya ia ditetap sejak pentadbiran Inggeris. Menurut, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sesiapa yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan kerana hal ini  sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi

Memang ada pihak yang menggunakan 4 elemen penting ini untuk membuat kenyataan hasutan atau perkauman untuk mengherdik kaum lain. Namun reaksi Nurul Izzah Anwar (semasa menjadi MP Lembah Pantai)  menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea 'hak orang Melayu' yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakar umbikan Perlembagan adalah komentar yang tidak bijak dan tersasar jauh daripada subjek Pengajian Am STPM kita. Ramai pemikir dan ‘politician’ aliran liberal dan sekularis mulai mahu mengikis unsur atau semangat asas kerangka perlembagaan Malaysia yang berteras Melayu Islam. Baik mari kita teliti darimana asasnya British mengiktiraf 4 perkara yang menjadi asas kerangka Perlembagaan Persekutuan itu
Menurut Wan Ahmad Fauzi Wan Husain,   Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik, Universiti Malaysia Pahang (UMP) : lima perkara pokok di bawah  perlu difahami, iaitu:    1.  Raja-Raja Melayu  yang bertanggungjawab  menandatangani Perjanjian Negeri 1948 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.  2.  Perjanjian Negeri 1948 adalah asas utama  kepada sistem Perlembagaan moden Kerajaan-Kerajaan  Melayu  (kecuali  Johor  dan  Terengganu  yang  lebih  awal memiliki Perlembagaan moden) dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.  3.  Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan  Tanah Melayu 1957 dikurnia dan dikuatkuasakan melalui kedaulatan sembilan orang  Raja-Raja Melayu (Negeri Sembilan ditandatangani oleh Yang Di-Pertuan Besar dan Pembesar-Pembesar Memerintah) yang mendirikan Persekutuan Tanah Melayu.  4.  Kedaulatan  Raja-Raja  Melayu  bukanlah  ciptaan  Perlembagaan  Persekutuan Tanah Melayu 1957 tetapi bersusur-galur daripada Kesultanan Melayu Melaka mengikut adat Melayu.  (ini fakta yang tidak boleh dinafikan)5.  Perjanjian Malaysia 1963 pula terus mengekalkan kedaulatan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ke atas Persekutuan yang dinamakan Malaysia
Bukan satu kerja mudah jika mana-mana parti politik mahu mendoktrin rakyat ‘melanggar’ 4 peruntukan perlembagaan berkenaan. Suatu fakta lain yang mengabsahkan struktur asas perlembagaan Malaysia  bercirikan 4 elemen itu adalah memahami hakikat persekutuan Malaysia itu sendiri. Ketahuilah bahawa Persekutuan  Malaysia asalnya tidak mempunyai apa-apa seperti  tanah dan tidak mempunyai kekuasaan. Sebaliknya  Persekutuan memiliki  tanah dan kekuasaan melalui kedaulatan negeri-iaitu  hasil daripada persetujuan dan penyerahan kuasa oleh negeri-negeri. Menurut Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Abd Aziz  Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen perjanjian antara negeri-negeri. Makan nilai tradisi negeri-negeri inilah yang dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Baiklah, kadangkala kita melihat golongan kiri/liberal di negara ini menganggap meminda  atau mewacana untuk dirungkai 4 perkara perlembagaan itu mudah dilakukan seperti meminda akta. Mari kita lihat bagaimana cara untuk meminda perlembagaan negara kita
Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda dengan hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan, antaranya seperti sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara
Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda, iaitu perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang di Pertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi membabitkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa Bumiputera
Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang membabitkan perkara seperti kedaulatan Raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan
Perkara 159 (5) inilah yang meresahkan sesetengah pihak yang galak mewacana liberalisasi 4 tonggak utama perlembagaan negara itu. Menurut Prof Madya Dr Nazri Muslim dari Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia tidak kira parti mana yang memerintah, walaupun kerajaan mendapat kerusi lebih dua pertiga, selagi tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja, pindaan terhadap Islam, Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, kedudukan Raja Melayu dan kewarganegaraan tidak boleh dilakukan. Hanya isu ini akan kekal disentuh atau cuba diwacana untuk  menyatakan prinsip mereka yang menolak unsur tradisi Perlembagaan, kebudayaan dan nilai sejarah atas nama kebebasan, hak sama rata dan keadilan. Dalam ilmu propaganda ia adalah retorik glittering generality. 
Bagi pihak yang cintakan perlembagaan dan asas strukturnya, kita perlu  fahamkan rakyat berkenaan Perkara 159 (5) ini serta menangkis hujah dan ideologi liberalisme yang mahu membina  generasi yang menolak asas keamanan negara yang terbina sekian lama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laman-munawwarah.blogspot.com/2022/11/ulang-bicara-struktur-asas-perlembagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prof Um Tiada Istilah Perdana Menteri Caretaker Dalam Perlembagaan Malaysia

Prof Um Tiada Istilah Perdana Menteri Caretaker Dalam Perlembagaan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 97 hits
Seorang pakar perlembagaan menolak tanggapan bahawa perdana menteri caretaker boleh dilantik memandangkan tiada satu pun gabungan utama memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya umum ke 15 Profesor adjung di Universiti Malaya Philip Koh b...
Sambutan Ulang Tahun Pertama Molfix Di Malaysia

Sambutan Ulang Tahun Pertama Molfix Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 399 hits
Baru baru ini mama kesempatan menghadiri satu Majlis Ulang Tahun Pertama Molfix di Malaysia Majlis berlangsung di TCE Baby Fair Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur Molfix adalah satu jenama lampin pakai buang oleh Hayat Kimya yang mer...
Kabinet Anwar Berteraskan Asas Kukuh Kata Pakar Perlembagaan

Kabinet Anwar Berteraskan Asas Kukuh Kata Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 94 hits
PEMBENTUKAN Kabinet kerajaan perpaduan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilihat tepat dan bersesuaian berteraskan asas yang kukuh dalam membina semula negara Pakar Perlembagaan Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata pemilihan menteri menteri ...
9 Mercu Tanda Kebanggaan Malaysia

9 Mercu Tanda Kebanggaan Malaysia

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 164 hits
Mercu tanda di negara kita Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan Ianya menjadi tanda negara kita yang mempunyai identiti yang unik disebabkan rakyatnya yang berbilang kaum Berikut saya kongsikan kepada anda semua 9 mercu tanda kebanggaan...
Molfix Malaysia Jenama Lampin Pakai Buang Sambut Ulang Tahun Pertama Bersama Duta Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari

Molfix Malaysia Jenama Lampin Pakai Buang Sambut Ulang Tahun Pertama Bersama Duta Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 282 hits
Penulis bersama Duta Molfix Scha Al Yahya dan Awal Ashaari tika mengunjungi booth Molfix di Baby Expo Mid Vally 24 hingga 27 Nov 2022 Tahniah Molfix Malaysia selamat ulang tahun pertama Molfix jenama ini buat pertama kalinya julia tahu dipe...
Harga Tiket Jdt Vs Selangor Fc Final Piala Malaysia 2022

Harga Tiket Jdt Vs Selangor Fc Final Piala Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 191 hits
Harga Tiket JDT vs Selangor FC Final Piala Malaysia 2022 BILAKAH tarikh pembelian tiket perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022 antara pasukan JDT menentang Selangor FC bakal dibuka Saksikan pertembungan hebat antara pasukan JDT FC menentang k...
Kopi Kenangan Syarikat F B Unicorn Pertama Dan Terbaharu Di Asia Tenggara Kini Melebarkan Sayapnya Ke Malaysia

Kopi Kenangan Syarikat F B Unicorn Pertama Dan Terbaharu Di Asia Tenggara Kini Melebarkan Sayapnya Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 203 hits
Kopi Kenangan rangkaian F B paling pesat membangun dari Indonesia kini membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada hari ini di Suria KLCC Pelancaran kedai ini dirasmikan oleh Pengasas Bersama Kopi Kenangan CEO Edward Tirtanata dan Ketua Pe...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Terus Sabar Menanti Anwar

Terima Kasih Rakyat Malaysia Terus Sabar Menanti Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 166 hits
SHAH ALAM Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang terus sabar menanti kesudahan pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri ke 10 Jelas Presiden Parti Keadilan Raky...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11