Sambutan Ulang Tahun Pertama Molfix Di Malaysia
Baru-baru ini mama kesempatan menghadiri satu Majlis Ulang Tahun Pertama Molfix di Malaysia. Majlis berlangsung di TCE Baby Fair, Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Molfix adalah satu jenama lampin pakai buang oleh Hayat Kimya yang merupakan satu syarikat global dalam industri barangan pengguna (FMCG) yang bergerak pantas, dan pengeluar lampin ke-5 terbesar dunia, komited untuk terus mengembangkan kehadirannya di Malaysia melalui jenama lampin berkualiti tinggi, Molfix. Jenama Molfix kini boleh didapati di lebih 4,500 kedai fizikal dan maya.
Jenama Molfix pertama kali diperkenalkan di Malaysia tahun lepas seiring dengan rancangan perniagaan strategik Hayat Kimya untuk mengembangkan jejaknya ke Asia Tenggara, berikutan kemasukannya ke Vietnam dan Thailand. Sejak itu, jenama itu telah menjadi pilihan utama berjuta-juta ibu bapa Malaysia, yang menawarkan ketenangan fikiran sambil memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada bayi pada setiap masa
Mengulas mengenai Ulang Tahun Pertama Molfix di Malaysia, Encik Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd., berkata, “Sokongan dan kepercayaan yang luar biasa daripada ibu bapa Malaysia mencerminkan keutamaan mereka terhadap produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi dalam usaha memastikan keselamatan dan melindungi kulit bayi mereka. Di Hayat, kami percaya akan kepentingan memahami keperluan dan trend pengguna kami, justeru kami memberi penekanan yang besar kepada kajian dan pembangunan (R&D) untuk membangunkan produk inovatif yang organik dan berkualiti premium.”
Kerjasama jenama itu dengan pasangan selebriti, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sebagai duta telah membantu meletakkan Molfix dalam kalangan ibu yang sentiasa mencari yang terbaik untuk si manja sambil menikmati perjalanan keibuan
Scha Al-Yahya berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini untuk membina jenama Molfix dalam kalangan ibu bapa Malaysia dan berkongsi pengalaman, keunikan dan kualiti produk hebat ini yang tidak pernah gagal membawa kegembiraan, keselesaan dan perlindungan kepada bayi. Kami berpeluang merasai pengalaman ini dan banyak lagi apabila anak perempuan kami Lila, yang berusia setahun mencuba produk Molfix. Kami mempercayai Molfix, dan gembira kerana kami memutuskan untuk bekerjasama dengan jenama yang diyakini dalam memberikan yang terbaik untuk ibu dan bayi.”
“Dalam usaha kami untuk menjadi salah satu jenama terkemuka di Malaysia, kami akan terus melabur dalam kerjasama strategik, menjalankan strategi pemasaran yang inovatif, pemasaran digital, meluaskan kehadiran dalam talian kami, memperkenalkan produk inovatif dan mengembangkan omnichannel,” tambah En. Bilgili.
Jenama yang menyebarkan kegembiraan kepada ibu dan bayi di lima benua di lebih 100 negara di seluruh dunia, dihasilkan dengan penuh berhati-hati dan direka untuk menjadi sangat lembut pada kulit sensitif bayi. Kategori Molfix ‘Natural’ dengan bahan yang khusus seperti gentian buluh dan kapas organik mampu memberikan kelembutan dan sentuhan mesra kulit seperti yang di terbukti oleh pakar dermatologi dari Eropah. Kategori ini juga mampu untuk menampung sejumlah besar kencing bayi. Yang menariknya, data ujian makmal menunjukkan kekeringan sehinga 14 jam dapat dicapai*. Bersama dengan Moilfix ‘Extra Dry’, kedua-dua kategori lampin dapat memberikan daya serap yang unggul. Terima kasih kepada teknologi lapisan kering tambahan yang membolehkan penyerapan secara cepat dan mudah. Ini memberikan perlindungan penuh kepada bayi dan memastikan kulit mereka kering dan sihat. Ibu berasa tenang kerana mengetahui bahawa bayi mereka kekal selesa sepanjang hari.
Dalam usahanya untuk mewujudkan kesedaran dan mengembangkan jenama, Molfix terlibat dengan banyak organisasi, dan rakan kongsi perniagaan seperti hospital, kedai runcit dan sekutu dalam talian sambil mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dihadapi pengguna seperti MITEC Baby Fair 2022, dan banyak lagi. Di samping itu, inisiatif penjenamaan dan pemasaran yang kukuh telah dilaksanakan. Dalam tahun pertama, Molfix memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk MamaPapa 2022 untuk kategori Pita Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik.
Satu acara untuk memperingati ulang tahun pertama Molfix telah diadakan dengan kehadirian En. Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd.; Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari; Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd.; Joanne Wong, Pengurus Pemasaran, Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd.; dan para ibu bapa.
Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, 10 pengguna Molfix menerima produk eksklusif Molfix, yang ditandatangani khas oleh Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. Kedua-dua duta jenama ini berkongsi pengalaman mereka dengan jenama Molfix.
Produk-produk Molfix kini boleh didapati di pasar raya dan pasar raya hiper terpilih seperti AEON Big, AEON Retail, Lotus’s, Giant, Billion Shopping Centres, Econsave, TF Value Mart, HeroMarket, Manjaku, dan lain-lain serta platform atas talian utama.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Website : www.molfix.com.myInstagram : www.instagram.com/molfix.malaysiaFacebook : www.facebook.com/MolfixMalaysia
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2022/11/sambutan-ulang-tahun-pertama-molfix-di.html