Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) di bawah naungan diraja D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, baru-baru ini telah menganjurkan Hari Terbuka TVET YRMS–Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) 2025 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua


Program ini berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peserta, terdiri daripada pelajar, alumni, rakan industri dan komuniti setempat. Ia merupakan usaha berterusan YRMS dalam memperkasa golongan belia melalui pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET), ke arah masa depan yang berkemahiran dan berdaya saing

MEMPERKASA BELIAU MELALUI KEMAHIRAN DAN PELUANG 
Ditubuhkan pada tahun 2003 atas titah D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, YRMS berperanan menyediakan peluang kepada golongan belia yang kurang kecenderungan akademik untuk mengasah bakat dan potensi diri melalui pendekatan berasaskan kemahiran

Menurut Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YRMS, Y.A.D. Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj, YRMS kekal komited membantu golongan muda membina impian dan masa depan yang mampan

“YRMS memainkan peranan penting dalam membantu golongan belia daripada keluarga berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa atau agama, agar mereka dapat membina kehidupan yang lebih baik melalui laluan kemahiran. Fokus kami bukan sekadar pendidikan teknikal, tetapi juga pembangunan sahsiah dan potensi diri,” 
katanya

Sejak penubuhannya, YRMS telah memberi manfaat kepada lebih 7,600 belia Malaysia berumur antara 16 hingga 30 tahun daripada latar belakang B40 melalui pelbagai program latihan kemahiran, pembangunan diri dan kerjaya

PENGISIAN ACARA UTAMA
1. Pertandingan TVET–TVET untuk Masa Depan MampanPertandingan ini memberi peluang kepada pelajar sekolah, kolej dan institusi latihan untuk mempamerkan inovasi serta penyelesaian lestari. Ia juga memupuk kreativiti dan kesedaran terhadap kepentingan pembangunan hijau dalam industri


2. Bengkel Eksplorasi Diri (Self-Discovery Workshop – SDW)Program bimbingan kendiri untuk pelajar Tingkatan 5 daripada keluarga B40 yang menekankan pembangunan sahsiah, kerja berpasukan dan pendedahan kepada peluang latihan serta kerjaya dalam bidang TVET

Program ini disertai oleh 217 pelajar daripada sekolah menengah dan Maahad Tahfiz di daerah Hulu Langat, hasil kolaborasi antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua

Sepanjang bengkel, peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil dan terlibat dalam sesi ice-breaking, modul pembangunan diri, serta siri kursus pendek anjuran IKTBN Dusun Tua yang memberi pengalaman langsung dalam bidang kemahiran berikut:
Kursus Asas ElektrikKursus Servis AircondKursus 3D PrintingKursus Penyelenggaraan KeretaKursus Penyelenggaraan MotorsikalKursus Penyelenggaraan Jentera BeratKursus Asas Semburan CatMelalui bengkel ini, pelajar bukan sahaja mendapat pendedahan terhadap bidang  kemahiran teknikal, tetapi turut membina keyakinan diri dan kesedaran tentang pelbagai peluang latihan serta kerjaya yang ditawarkan dalam ekosistem TVET


3. Kaunseling Kerjaya dan Kelas Pengurusan KewanganKelas pengurusan kewangan dikendalikan oleh Tymba Education, manakala sesi kaunseling kerjaya oleh PERKESO memberi pendedahan tentang prospek pekerjaan, jaringan sosial dan persediaan temuduga bagi pelajar serta alumni YRMS


4. Anugerah YRMS 2025Majlis pengiktirafan kepada pelajar terbaik dalam kategori Kecemerlangan Akademik, Pencapaian Latihan, Penglibatan Komuniti, Ikon Pelajar YRMS, dan Kolej Paling Suportif


5. Penyerahan Sijil Kolaborasi (Certificate of Collaboration – CoC)Sebagai simbol jalinan kerjasama strategik antara YRMS dan rakan industri serta institusi latihan, penyerahan CoC diadakan bagi mengiktiraf komitmen bersama memperkukuh pembangunan kemahiran belia di Selangor


6. Penyerahan Bantuan dan Sumbangan AmalLima (5) unit komputer riba disumbangkan kepada pelajar IKTBN Dusun Tua serta sumbangan kepada dua (2) rumah kebajikan terpilih sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat YRMS



Tahun ini juga memperkenalkan beberapa inisiatif komuniti baharu, termasuk tajaan cermin mata percuma oleh 99 Vision, Jualan Ehsan bersama KPDN dan PKPS, serta sesi fisioterapi percuma tajaan Centurise Group dan BenPhysio untuk 100 penerima manfaat

“Inisiatif sebegini memperlihatkan nilai kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan yang selaras dengan matlamat YRMS untuk membantu masyarakat.”

KOLABORASI STRATEGIK TVET SELANGOR 
Dalam ucapannya, Y.A.D. Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) atas kerjasama strategik sejak 2018. Kerjasama ini memupuk bakat belia dan melahirkan tenaga muda mahir melalui pendidikan TVET, termasuk pemberian tajaan kepada pelajar institusi kemahiran di Negeri Selangor

 “Kolaborasi ini penting bukan sahaja untuk memperkukuh ekosistem TVET di Selangor, malah meluaskan jangkauan YRMS dalam membantu belia yang memilih aliran kemahiran sebagai batu asas masa depan mereka,” 
katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Hari Terbuka TVET–YRMS–ILKBS 2025 di IKTBN Dusun Tua

MAJLIS UTAMA & PENGHARGAANMajlis rasmi dijadualkan bermula pada jam 12.45 tengah hari, dengan ucapan daripada wakil IKTBN Dusun Tua dan YRMS, diikuti penyampaian hadiah Pertandingan TVET, Anugerah YRMS serta penyerahan bantuan dan sijil kolaborasi

Pengerusi YRMS turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja dan rakan strategik seperti Yayasan Albukhary, Sime Darby Property dan Worldwide Holdings atas sokongan berterusan terhadap agenda pembangunan belia

“Sumbangan mereka membolehkan YRMS melaksanakan pelbagai program kemahiran dan komuniti dengan lebih berkesan. Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan,” 
katanya

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TVET 2025Pertandingan TVET 2025 disertai 10 institusi pendidikan (lima sekolah dan lima kolej). Semua peserta menerima penghargaan atas usaha dan inovasi masing-masing


Kategori Pelajar SekolahJohan: Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra[ Projek ini menumpukan kepada dua isu alam sekitar utama iaitu pencemaran  plastik dan  sisa makanan, dengan memperkenalkan penyelesaian inovatif bagi menukar bahan buangan organik kepada produk bernilai dan mesra alam. Inisiatif ini juga menangani isu beg plastik guna tunggal yang mengambil masa ratusan tahun untuk terurai, serta sisa makanan dari kantin sekolah dan perniagaan tempatan yang menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau. Usaha ini bertujuan mengurangkan kedua-dua bentuk pencemaran tersebut sambil memupuk kesedaran dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar. ]Naib Johan: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putera
[Sekolah ini mempertaruhkan inovasi Piezo Mat, iaitu tikar yang dilengkapi 36 sensor piezoelektrik bagi menukarkan tenaga mekanikal daripada pergerakan manusia kepada tenaga elektrik. Piezo Mat direka untuk dipasang di kawasan berintensiti tinggi seperti stesen kereta api, sekolah dan pusat beli belah. Tenaga yang dijana akan disalurkan ke penyearah dan disimpan di dalam bateri seperti litium ion sebelum digunakan untuk membekalkan tenaga kepada peranti elektrik. Inovasi ini juga disepadukan dengan teknologi IoT bagi merekod dan memantau jumlah tenaga yang dijana. Reka bentuknya yang fleksibel dalam bentuk tikar serta tidak bergantung kepada cahaya matahari menjadikannya lebih praktikal dan sesuai digunakan dalam keadaan cuaca di Malaysia. ]Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (A) (Projek: Bio Plastic)[ Projek ini memperkenalkan inovasi bioplastik yang dihasilkan daripada sisa kulit oren, bertujuan menggantikan penggunaan plastik konvensional. Inovasi ini bukan sahaja mengurangkan impak pencemaran plastik, malah turut memanfaatkan sisa makanan bagi menyokong amalan kitar semula, kelestarian alam sekitar serta gaya hidup hijau. ]Saguhati: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (A) (Projek: Eco Stable Soil)Saguhati: Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27


Kategori Pelajar KolejJohan: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Terengganu[Projek ini memberi tumpuan terhadap isu pencemaran minyak masak terpakai yang mencemar sumber air serta merosakkan ekosistem, selain isu penggunaan sabun komersial yang mengandungi bahan kimia berbahaya kepada kulit sensitif. Melalui inovasi Seedra Soap, pasukan ini mengitar semula minyak terpakai dengan menggabungkannya bersama bahan semula jadi seperti biji kurma dan daun bunga raya, bagi menghasilkan sabun yang lebih selamat, mesra alam dan lembut untuk kulit. ]Naib Johan: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Hulu Selangor[Projek ini menampilkan produk Ramen Re-Derign (RRD), iaitu inovasi yang dibangunkan agar lebih praktikal, mudah dibawa dan disesuaikan mengikut pelbagai aktiviti, di samping menyumbang kepada usaha pemeliharaan alam sekitar dan teknologi hijau. Reka bentuknya menekankan nilai kebolehgunaan dan kelestarian, selari dengan pendekatan gaya hidup mesra alam
Tempat Ketiga: Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang[Projek ini mengetengahkan potensi besar tempurung kelapa yang sering dibuang atau dibakar secara terbuka dengan menjadikannya sebagai produk berasaskan arang yang lebih bernilai. Inovasi ini bertujuan menghasilkan alternatif semula jadi, lebih selamat dan pelbagai fungsi bagi menggantikan bahan kimia berbahaya, sekali gus menukar sisa pertanian kepada sumber bernilai ekonomi dan menyokong konsep tenaga boleh diperbaharui. Saguhati: Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun TuaSaguhati: Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Kuala Perlis
PENERIMA ANUGERAH YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR (YRMS) 

Pelajar Terbaik dalam Kecemerlangan Akademik:Mohamad Iman Hakimi bin Abdul Hadi (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin)(Wakil penerima: Puan Rosmaniza binti Mohd Zain – sedang berada di China)
Pelajar Terbaik dalam Latihan:Farhana binti Kamaruddin (IKBN Peretak)
Pelajar Terbaik dalam Kerja Komuniti:Nurul Maisarah binti Mazlan (Politeknik Melaka)
Ikon Pelajar YRMS:Nor Muhammad Muzhaffar Shah bin Zahalan (Politeknik Banting) dipilih atas penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum serta sumbangan signifikan dalam ekosistem pelajar TVET.
TENTANG YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR (YRMS) Yayasan Raja Muda Selangor ialah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) tanpa keuntungan dan berpengecualian cukai yang ditubuhkan pada tahun 2003. Penaung Dirajanya, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, meneruskan visi untuk memperkasa generasi muda Selangor

YRMS menumpukan pembangunan belia melalui tiga teras utama:Talent for the World (Bakat untuk Dunia)Skills-Based Training (Latihan Berasaskan Kemahiran)Self-Discovery Workshop (Bengkel Eksplorasi Diri – SDW)
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YRMS, Muhammad Syazwan Daut, penganjuran tahun ini mendapat sambutan luar jangkaan dengan penyertaan dari seluruh negara termasuk Terengganu dan Perlis. Program SDW melibatkan 217 pelajar sekolah menengah sekitar Hulu Langat, diberi pendedahan sehari sebagai pelajar TVET melalui modul seperti jentera berat, reka bentuk industri, percetakan 3D dan pelbagai bidang kemahiran lain

Beliau menegaskan bahawa TVET bukan lagi aliran kelas kedua, tetapi laluan kerjaya strategik dengan tempoh latihan 2–3 tahun sebelum memasuki pasaran pekerjaan. Antara inovasi pelajar termasuk sistem pemutus arus kereta ketika banjir dan penukaran tenaga kinetik kepada elektrik untuk kegunaan sekolah, membuktikan kemampuan belia mencipta solusi dunia sebenar


Kini, YRMS menaja lebih 70 bidang TVET termasuk Augmented Reality, Virtual Reality, 3D Production, pembangunan kandungan digital, dan kru teknikal belakang tabir, memperluas skop TVET melebihi bidang tradisional

YRMS turut melaksanakan SDW sepanjang tahun di seluruh Selangor dengan kerjasama PPD dan JPN bagi mengenal pasti pelajar berpotensi dalam aliran kemahiran. Selain bantuan yuran, YRMS menyokong penyediaan peralatan pembelajaran dan berusaha mengikis stigma bahawa kejayaan hanya melalui laluan universiti

Beliau menambah, YRMS menyokong penuh agenda pemerkasaan TVET negara selaras dengan Visi TVET 2030, dan menyambut baik peningkatan peruntukan sektor ini di peringkat persekutuan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir pada masa depan

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/11/hari-terbuka-tvet-yrms-ilkbs-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Menarik Hari Perlawanan 25 Piala Belia 2025 Sorotan Dan Analisis

Keputusan Menarik Hari Perlawanan 25 Piala Belia 2025 Sorotan Dan Analisis

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 172 hits
Keputusan Lengkap Pertandingan Hari ke 25 Piala Belia 2025 FAM HarimauMalaya PialaBelia2025
Piala Belia 2025 Menuju Penentuan Juara Pada Hari Perlawanan Terakhir

Piala Belia 2025 Menuju Penentuan Juara Pada Hari Perlawanan Terakhir

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 127 hits
Piala Belia 2025 Menyambut Hari Perlawanan Akhir Saingan Piala Belia 2025 kini memasuki hari terakhir dengan tujuh perlawanan yang melibatkan 14 pasukan dijadualkan berlangsung pada Sabtu 1 November 2025 Pasukan yang menduduki tangga terata...
Refleksi Hari Bloger Nasional 2025 Dari Blogger Ke Kreator Digital Perjalanan Panjang Seorang Penulis Daring Sejak 2009

Refleksi Hari Bloger Nasional 2025 Dari Blogger Ke Kreator Digital Perjalanan Panjang Seorang Penulis Daring Sejak 2009

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 123 hits
BloggerBorneo com Setiap tanggal 27 Oktober para penulis dunia maya memperingati Hari Bloger Nasional Hari Bloger Nasional menjadi sebuah momentum yang bukan sekadar perayaan tetapi juga pengingat tentang akar dari dunia digital yang kita k...
Xpd Usd Sedang Cuba Menguji Tahap Sokongan Terdekatnya Hari Ini Isnin 3 November 2025

Xpd Usd Sedang Cuba Menguji Tahap Sokongan Terdekatnya Hari Ini Isnin 3 November 2025

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 161 hits
XPD USD Isnin 03 November 2025 Walaupun kedua dua EMA masih dalam pembentukan Silangan Emas harga XPD USD telah berada di bawah kedua dua EMA dan RSI berada di zon Neutral Menurun menandakan harga berpotensi untuk melemah hari ini Tahap Uta...
Hppk 2025 Hari Penjaja Peniaga Kecil

Hppk 2025 Hari Penjaja Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 173 hits
Bagi rakyat Malaysia khususnya Negeri Pahang anda dialu alukan untuk menghadiri Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2025 Berikut adalah info lanjut mengenai penganjuran program ini Mengenai HPPK 2025 HPPK merupakan acara tahunan yang dianjurkan ...
Hari Landskap Negara 2025 Di Tasik Layang Layang Pasir Gudang Johor

Hari Landskap Negara 2025 Di Tasik Layang Layang Pasir Gudang Johor

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 252 hits
Hari Landskap Negara 2025 di Tasik Layang Layang Pasir Gudang Johor Throwback cerita haritu semasa Sambutan Hari Landskap Negara 2025 yang telah berlangsung pada tarikh 25 hingga 30 Jun 2025 di Taman Bandar Bukit Layang Layang Pasir Gudang ...
Indeks Nasdaq 100 Berpotensi Untuk Mengukuh Hari Ini Ke Arah Paras Rintangan Terdekat Khamis 30 Oktober 2025

Indeks Nasdaq 100 Berpotensi Untuk Mengukuh Hari Ini Ke Arah Paras Rintangan Terdekat Khamis 30 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 134 hits
Indeks Nasdaq 100 Khamis 30 Oktober 2025 Hari ini Indeks Nasdaq 100 berkemungkinan meningkat disebabkan oleh semua data teknikal yang menunjukkan potensi sedemikian Tahap Utama 1 Rintangan 2 26402 9 2 Rintangan 1 26249 4 3 Pivot 26077 5 4 S...
Mengintai Aksi Menarik Liga Wanita Nasional 2025 Perlawanan Hari Ini

Mengintai Aksi Menarik Liga Wanita Nasional 2025 Perlawanan Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 134 hits
Pertandingan Hari Ini Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ahad 2 November 2025 Sabah FA LWN vs KL Rangers FC Waktu 8 00 malam Selangor FC LWN vs Kuala Lumpur FA Waktu 8 45 malam Tonton di YouTube FAM HarimauMalaya LWN2025 ILeadTheGame
Aktiviti Sesi Podcast Memberi Rawatan Alternatif Serta Peluang Pekerjaan Baharu Kepada Graduan Ppim 06 11 2025

Aktiviti Sesi Podcast Memberi Rawatan Alternatif Serta Peluang Pekerjaan Baharu Kepada Graduan Ppim 06 11 2025

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 108 hits
PPIM melalui segmen Podcast PPIM menampilkan Pengamal Perubatan Homeopati Prof Ir Dr Zainal Aripin Zakariah sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan tajuk Memberi Peluang Kepada Rawatan Alternatif yang Berkesan serta Peluang Pekerjaan Bah...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee