Masak Kari Ayam Bersantan


 Assalamualaikum WBT


 SIAP dah Sk masak Kari Ayam dan Ayam Goreng untuk lunch hari ni. Bukan siap masak aje Tapi dah siap makan, hehehe. Masak awal sebab awal pagi tadi PI bertugas membuat liputan Larian Johor International Marathon 2025 di Dataran Bandaraya. Tu tak apa, PI dah berada di sana sejak awal tengah malam dan pukul 11 lebih tadi baru sampai rumah. Tu la tu Sk masak awal, takkan nak ajak keluar makan pulak orang dah penat-penat balik kerja, huhuhu. Tu satu malam tak tidur katanya. Baru jer nak lelapkan mata dengar bunyi muzik zapin. Pukul 2.30 pagi pulak tu berzapin, hahahah.




Seperiuk Kari Ayam. Jarang-jarang Sk masak Kari Ayam letak santan tapi sebab ada baki santan kara segitiga tu dalam esbox, tu la masukkan santan. Sayang pulak nanti tahu-tahu jer santannya dah basi, membazir aje nanti. Tu pun tak ingat baki santan tu datang dari masak apa sebab dah lama tak masak, hahahaha




Sk masih ingat lagi kali pertama belajar masak kari dengan arwah ibu. Sk tolong tumis bawang tapi hangus. Tak tahulah api besar sangat ke atau apa ke, tapi bukan Sk yang anu api tu pun, hahaha. Tak tahulah siapa yang salah. Ibu buang la bawang hangus tu ke belakang rumah, nasib baik tak kena hempuk dengan periuk panas tu, hahahaha


Resipi Kari Ayam Sk
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, potong 8 (Sk asingkan dua ketul untuk goreng)1 biji bawang besar merah, mayang halus (boleh ganti dengan 4 ulas bawang merah)1" halia dihirisRempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga)2 tangkai daun kari3 tbs rempah kari (Sk guna cap O)1/2 tbs serbuk cili1 tsp serbuk kunyit3 cawan air30 ml santan kotak (Sk guna Kara)7 tangkai cili api2 biji kentang, potong 4Minyak masak secukupnya (Eh.. baru teringat lupa letak asam keping, heheheh). Tapi sedap aje la kari Sk tadi, hahahaha

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang, halia dan rempah empat sekawan hingga harum. Masukkan daun kari

2. Masukkan rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit, 1 cawan air, kacau hingga terbit minyak. Tambahkan lagi secawan air, kacau sebati

3. Campurkan santan dengan secawan air lagi, tuang dalam periuk, kacau dan biar mendidih

4. Masukkan ayam dan kentang, tutup periuk (tidak rapat), biar ayam dan kentang empuk. 
5. Buka tutup periuk, masukkan cili padi. Tutup semula periuk, biar merenih seketika, kemudian tutup api. Anggaran masa memasak, 20 minit



Ayam goreng dua ketul jer



Kari Ayam dan Ayam Goreng. Makan awal ni nanti mesti cepat lapar ek. Kenalah cari goreng pisang ke, pengat pisang ke, kuih-muih ke, petang-petang karang, hehehe. Sekarang ni nak tidur dulu, huhuhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/11/masak-kari-ayam-bersantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Lemak Cili Api Ayam Dengan Black Fungus

Masak Lemak Cili Api Ayam Dengan Black Fungus

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 234 hits
First time makan masak lemak ayam dengan black fungus ni kat rumah kakak waktu dia buat kenduri dan suami dia masakkan lauk ni Memang terus jatuh cinta dan semestinya makan pun bertambah Masak Lemak Cili Api Ayam Dengan Black Fungus Bila da...
Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM berangan la nak keluar ke Dataran Niaga cari kudap kudapan untuk minum petang Tapi cuma tinggal angan angan aje la tak keluar pun Tu takpa rasa nak tidur tu pun tak dapat tidur sangat Bergema gema bunyi suara tv m...
Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 212 hits
Klik Iklan Hebat Hillton Klik iklan dari laman Blogger kerana tertarik dengan posisi Hilton Hotel seluruh Dunia termasuk Hotel Hillton di Malaysia Lalu ternampak harga atau kos Hotel terkemuka juga di Malaysia di Kuala Lumpur Cuba lah klik ...
Resepi Ayam Masak Kicap Dengan Daun Kunyit Mayang

Resepi Ayam Masak Kicap Dengan Daun Kunyit Mayang

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 249 hits
ayam masak kicap dengan daun kunyit mayangBahan bahan 5 ketul ayam1 ulas bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 batang serai 1 batang cili hijau 1 batang cili merah 1 2 cawan kicap 1 sudu besar sos tiram1 sudu kecil lada hitamGaram...
Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal

Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 208 hits
Bila pergi pasar ramai yang pegang dada ayam untuk rasa lembut ke tidak ada yang hidu bau nak pastikan segar ke dah berumur Tapi sebenarnya rahsia ayam segar terletak pada satu bahagian yang ramai tak sangka buntut atau tongkengnya Ya bahag...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 266 hits
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Di musim cuti ni lauk berasaskan ayam pastinya antara menu wajib ada setiap kali waktu makan Maklumlah budak budak ni lauk lain kurang minat Jika hari hari masak menu yang sama memang boleh buntu juga kan Jadi ap...
Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 233 hits
KUANTAN Hanya 22 daripada 166 pusat penyembelihan ayam di Pahang mempunyai sijil halal Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata 15 pusat penyembelihan mempunyai sijil halal itu dimiliki pengusaha beragama ...
Meeting Brunch Nasi Lemak Ayam Berempah

Meeting Brunch Nasi Lemak Ayam Berempah

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum Last meeting sebelum hari kejadian hari ni Dry Run so kena la pergi patutnya ada sarapan disediakan tapi dah sarapan sampai lambat so meeting la dulu tengah tengah meeting sarapan pun sampai tapi teruskan meeting gak dah ala...
Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 208 hits
Urusan di habis lambat Perut pun dah bagi tanda tanda minta diisi segera Beli Kopi Kenangan di Dataran Centrio Seremban 2 Alang alang dah singgah situ cari kedai makan berhampiran Nampak Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus sebelah Nasken Coffee Per...
Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

Jbl Introduces Next Gen Bar Series For Truly Immersive Entertainment

Dapat Ipad Dari Tm Untuk Ikat Kontrak Internet 3 Tahun

How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Pasaran Merosot Sebagai Tindak Balas Kepada Isyarat Yang Membimbangkan

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siri Jbl Bar Dilancar Dengan Harga Bermula Rm2 499

Had Masa 10 Minit Ini Perlu Diketahui Mengenai Sistem Akses Kenderaan Di Klia

Genting Malaysia Tanda Tangani Perjanjian Kolektif Ke 14 Gaji Faedah Pekerja Ditingkatkan

Yosh Suhaimi Hati Yang Di Kecewa Chord

Villa Vista Znameni Ctyr Architekti Czech Republic

Parti Tempatan Masih Berkuasa Di Sabah