Kopi Kenangan Syarikat F B Unicorn Pertama Dan Terbaharu Di Asia Tenggara Kini Melebarkan Sayapnya Ke Malaysia



Kopi Kenangan, rangkaian F&B paling pesat membangun dari Indonesia kini membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada hari ini di Suria KLCC. Pelancaran kedai ini dirasmikan oleh Pengasas Bersama Kopi Kenangan, CEO Edward Tirtanata, dan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan, James Prananto.
 
CEO dan Pengasas Bersama Edward Tirtanata berkata, “Kami memilih Malaysia sebagai destinasi perkembangan pemasaran pertama kami kerana kegemaran rakyat Malaysia terhadap makanan, perkembangan budaya kopi dan konsep makanan “grab-and-go”. Terdapat banyak persamaan cita rasa makanan rakyat Malaysia dengan Indonesia dan keinginan mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu. Sektor F&B di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah disebabkan pengalihan negara ke arah ekonomi digital pendapatan tinggi, dengan penekanan diberikan terhadap pendigitalan, selari dengan operasi perniagaan kami. Kami ingin mengeksport kejayaan model kopi “grab-and-go” kami dari Indonesia ke pasaran luar negara, bermula dengan Malaysia. Kami mengasaskan Kopi Kenangan dengan tujuan untuk menjadikan kopi berkualiti dengan harga yang lebih berpatutan dan mudah didapati untuk semua. Kami cukup teruja untuk berkongsi cita rasa kopi Indonesia bersama dengan sahabat-sahabat kami di Malaysia.”
 
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan James Prananto pula berkata, “Kopi Kenangan akan beroperasi di bawah jenama Kenangan Coffee sebagai nama rasminya di luar Indonesia. Kami ingin memberikan penekanan terhadap perkataan Kenangan kerana ia menggambarkan memori yang dicipta bersama. Semua pelanggan yang melawat kedai akan dilayan seperti seorang rakan, dan setiap cawan kopi yang dijual akan dibuat dengan kasih sayang, agar pelanggan kami juga dapat mencipta kenangan bersama dengan kami. Kami ingin menjadi jenama yang paling disukai pelanggan di Asia Tenggara, dan Malaysia akan memainkan peranan yang penting  dalam membantu kami mencapai matlamat ini.”





Kenangan Coffee akan membuka empat lagi cawangan di MyTown Cheras, Pavilion KL, NU Sentral KL dan Sunway Pyramid PJ menjelang akhir tahun ini. Ia juga telah melancarkan pusat latihan ‘Training Academy’ yang tersendiri di Uptown, PJ untuk menyediakan pelbagai program latihan untuk barista dan pekerjanya yang lain, dengan hasrat untuk menjadi pusat latihan F&B profesional terbaik di Malaysia. Selari dengan komitmennya untuk menyediakan kopi berkualiti terbaik kepada para pelanggan, jenama ini juga telah mendapatkan khidmat Mikael Jasin, Barista Ke-7 Terbaik di Dunia (2021) pada masa ini sebagai Pengarah Kopi (Head of Coffee) dan akan memanfaatkan kepakaran dan pengalamannya yang luas bagi merevolusikan cara Kenangan Coffee diperoleh, dihasilkan, dan dinikmati.


Kenangan Coffee akan memperkenalkan minuman istimewanya, Kenangan Latte (Gambar 1) dan Avocado Coffee (Gambar 2), serta pelbagai pilihan kopi lain. Setiap cawan kopi akan dijual pada harga permulaan RM5.90, selaras dengan janji jenama ini untuk menyediakan kopi berkualiti dengan harga berpatutan kepada semua. Kenangan Coffee juga akan menyediakan pelbagai juadah bersama dengan pilihan kopinya.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kenangancoffee.my





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eyzamiel.com/2022/11/kopi-kenangan-syarikat-f-unicorn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pabrik Gula Terbesar Di Asia Tenggara Kini Berhenti Beroperasi Begini Kondisinya

Pabrik Gula Terbesar Di Asia Tenggara Kini Berhenti Beroperasi Begini Kondisinya

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 92 hits
Kumpulan potret bekas pabrik gula Gondang Winangoen di Klaten Jawa Tengah Pabrik ini dulunya pernah menjadi yang terbesar di Asia Tenggara Setelah berhenti beroperasi pabrik gula ini pun kini terbengkalai Simak ulasannya
Kawasan Industri Jababeka Menjadi Klaster Industri Net Zero Pertama Di Asia Tenggara

Kawasan Industri Jababeka Menjadi Klaster Industri Net Zero Pertama Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 85 hits
Pabrik pabrik industri terkemuka di Kawasan Industri Jababeka di Cikarang Indonesia terdiri dari Pertamina Hitachi Unilever dan L Or al berkolaborasi untuk menciptakan klaster industri net zero dan menjadi klaster industri net zero pertama ...
Tf Esc B20 Lahirkan Kawasan Industri Hijau Pertama Di Asia Tenggara

Tf Esc B20 Lahirkan Kawasan Industri Hijau Pertama Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 80 hits
Task Force Energy Sustainability and Climate Business 20 berhasil melahirkan Kawasan Industri Hijau pertama di Asia Tenggara Lahirnya kawasan industri hijau menunjukkan dekarbonisasi industri menjadi sangat penting baik untuk industri yang ...
Amazon Syarikat Pertama Yang Alami Kerugian Sebanyak Usd1 Trilion

Amazon Syarikat Pertama Yang Alami Kerugian Sebanyak Usd1 Trilion

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 80 hits
Pada 9 November lepas nilai pasaran Amazon telah jatuh sebanyak 4 3 peratus Walaupun angka tersebut nampak kecil tetapi nilai pasaran Amazon telah jatuh kepada sekitar USD879 bilion Asalnya Amazon mempunyai nilai pasaran sekitar USD1
Sambutan Ulang Tahun Pertama Molfix Di Malaysia

Sambutan Ulang Tahun Pertama Molfix Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 315 hits
Baru baru ini mama kesempatan menghadiri satu Majlis Ulang Tahun Pertama Molfix di Malaysia Majlis berlangsung di TCE Baby Fair Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur Molfix adalah satu jenama lampin pakai buang oleh Hayat Kimya yang mer...
Rusia Dakwa As Pacu Ketenteraan Di Asia Tenggara

Rusia Dakwa As Pacu Ketenteraan Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 113 hits
MENTERI luar Rusia pada Ahad mendakwa Amerika Syarikat memacu peningkatan ketenteraan di Asia Tenggara berkata Washington cuba membendung pengaruh Beijing dan Moscow di rantau ini Sergei Lavrov bercakap kepada pemberita di lapangan terbang ...
Asia E University Tunjuk Hermawan Kartajaya Jadi Guru Besar Pertama Bidang Praktik

Asia E University Tunjuk Hermawan Kartajaya Jadi Guru Besar Pertama Bidang Praktik

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 84 hits
Pakar pemasaran Indonesia yang juga penulis buku Trilogy Marketing X 0 Hermawan Kartajaya resmi ditunjuk Asia e University menjadi Professor of Practice pertama mereka
Aset Digital Kripto Yang Berpotensi Terbaik Di Malaysia Pada Masa Kini

Aset Digital Kripto Yang Berpotensi Terbaik Di Malaysia Pada Masa Kini

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 131 hits
Nucleus Token adalah token yang dilahirkan di Malaysia pada 28 September 2022 oleh 11 anak muda yang begitu komited untuk mengembangkan komuniti pemegang aset digital kripto Nucleus Token ini ke seluruh dunia Nucleus Token adalah Token Mala...
Molfix Malaysia Jenama Lampin Pakai Buang Sambut Ulang Tahun Pertama Bersama Duta Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari

Molfix Malaysia Jenama Lampin Pakai Buang Sambut Ulang Tahun Pertama Bersama Duta Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 155 hits
Penulis bersama Duta Molfix Scha Al Yahya dan Awal Ashaari tika mengunjungi booth Molfix di Baby Expo Mid Vally 24 hingga 27 Nov 2022 Tahniah Molfix Malaysia selamat ulang tahun pertama Molfix jenama ini buat pertama kalinya julia tahu dipe...
Anak Sulung Zainal Abidin Hassan Letak Empat Syarat Harus Dipatuhi Isterinya Jika Dia Tetap Mahu Bercerai

Mudahnya Apply Paylater Solusi Keuangan Masa Kini

5 Cara Sambut Bulan Puasa

Dibunuh Teman Lelaki Mayat Remaja Perempuan Ditanam Di Dapur

Pecahkan Monopoli Tng Wujudkan Banyak Saingan Berita Harian 21 03 2023

Hiburan Ira Kazar Bagi Idea Ke Kata Puteri Sarah Curang Netizen Dakwa Syamsul Yusof Pandai Reka Cerita

Cara Jadi Affiliate Tiktok Malaysia Senang Je

Domain Name On Business Success



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kau CEO Aku Slot Widuri RTM TV1

Adakah Haiwan Betina Mengalami Kitaran Haid

Resepi Agar Agar Pandan Santan Paling Mudah dan Rasa Berlemak

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Puteri Lindungan Bulan Slot Samarinda TV3

7 Set LEGO Terbesar di Dunia


Luarbiasa Atacama Gurun Paling Kering Dihujani Salji

Luar Biasa Lyudmila Titchenkova Digelar Gadis Zirafah

Koleksi Chord Lagu Ketuhanan

Salam Ramadan Kareem 1444h 2023

Ladang Kerabat Diraja Johor Diarahkan Berhenti Kerja

Ini Komen Ali Puteh Bila Dia Serabut Tiba Tiba Rumah Arwahh Ibu Bakal Disita Kerana Hidayah