Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi


LANGKAWI, 9 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis menemui beberapa mangsa disyaki imigran dari Myanmar di sekitar perairan Langkawi, semalam, dipercayai susulan insiden bot yang membawa kira-kira 300 penumpang imigran karam di Pulau Tarutao kawasan perairan sebelum sempadan Thailand–Malaysia.
Penemuan Awal Mangsa Hanyut
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa memaklumkan, berdasarkan laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuah, tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita disyaki imigran Myanmar ditemui hanyut di perairan Tanjung Chincin.
“Mereka telah diselamatkan oleh kapal MV Hong Linh 1 pada pukul 8.30 pagi sebelum dibawa ke Jeti Kilang Simen Teluk Ewa dan diserahkan kepada Balai Polis Ayer Hangat untuk tindakan lanjut,” tambah beliau.
Operasi CARILAMAT Temui Mayat Dan Mangsa Lain
Sementara itu, pada petang semalam, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) menemukan lebih banyak petunjuk.
Pada pukul 2.05 petang, aset PETIR 81 milik Maritim Malaysia menemukan mayat seorang wanita terapung di laut dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Langkawi sebelum diserahkan kepada Polis Kuala Teriang.
Tidak lama kemudian, aset sama turut mengesan seorang lelaki warga Bangladesh di atas Kapal Layar Aphrodite. Mangsa diselamatkan dan diserahkan kepada pihak IPD Kuah, Langkawi.
Dalam operasi berasingan, aset Benteng 7 turut menemui seorang wanita disyaki imigran Myanmar di atas sebuah vesel nelayan tempatan, sebelum dibawa ke Jeti Maritim Malaysia dan diserahkan kepada IPD Kuah Langkawi untuk siasatan lanjut.
Empat Lagi Mangsa Ditemui Pada Waktu Malam
Sementara itu, pada pukul 11.45 malam tadi, Bot PETIR 81 Maritim Malaysia telah mengiringi Kapal Layar Adventure yang telah menemui empat orang lelaki Myanmar dan dibawa ke Jeti Telaga Harbour serta diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Manakala seorang lagi mangsa yang turut disyaki dari Myanmar dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan setelah mangsa terdampar di kawasan Kelab Golf Datai. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak IPD Kuah.
Bot Berlepas Dari Myanmar Bawa 300 Penumpang
Romli turut berkata, setakat ini seramai 11 orang termasuk satu mayat telah dijumpai dan beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lagi penemuan mangsa yang mungkin masih berada di laut berdasarkan maklumat risikan awal bahawa bot yang dinaiki mangsa berlepas dari Buthidaung, Myanmar, dengan anggaran 300 penumpang dan dipercayai telah karam tiga hari lalu di kawasan sempadan perairan Thailand–Malaysia.
Maritim Tegas Tolak Cubaan Masuk Tanpa Izin
Beliau menegaskan Malaysia bukan transit bagi sebarang cubaan kemasukan tidak sah ke negara ini.
“Setiap cubaan untuk memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran akan dikesan dan diambil tindakan tegas. Isu ini bukan sekadar kemanusiaan, tetapi turut melibatkan keselamatan negara,” tegasnya.
Sindiket Semakin Aktif Eksploitasi Migran
Menurut Romli lagi, sindiket rentas sempadan kini semakin aktif mengeksploitasi migran dengan menjadikan mereka mangsa perdagangan manusia menggunakan laluan laut berisiko tinggi.
“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia. Semua yang terlibat akan diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.
Operasi Guard 5.0 Diteruskan
Ulas Romli lagi, Maritim Malaysia bersama pasukan keselamatan lain sedang melaksanakan Operasi Guard 5.0 yang merupakan operasi bersepadu dijalankan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam usaha menjaga sempadan perairan Malaysia–Thailand serta mengekang kemasukan bot pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya dari Myanmar yang kebiasaannya dijangka memasuki perairan negara pada hujung tahun seperti sebelum ini.
Seruan Kepada Komuniti Maritim
Romli dalam pada itu turut menyeru orang ramai khususnya komuniti maritim seperti nelayan dan pengusaha bot pelancongan agar segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia di talian 04-966 2750 / 04-966 5307 untuk maklum balas segera.
Sumber : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
The post Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand–Malaysia, 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/11/09/bot-bawa-300-imigran-karam-di-sempadan-thailand-malaysia-11-mangsa-termasuk-seorang-maut-ditemui-di-langkawi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 258 hits
Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi ALOR SETAR 9 Nov Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa di perairan Langkawi susulan insid...
Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang

Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 184 hits
Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang LANGKAWI 13 Nov Jumlah mangsa maut susulan insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia Thailand di sini meningkat kepada 28 orang dengan penemuan dua lagi mayat ha...
Bot Terbalik Berhampiran Sempadan Malaysia Thailand Enam Migran Diselamatkan

Bot Terbalik Berhampiran Sempadan Malaysia Thailand Enam Migran Diselamatkan

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 193 hits
Enam migran tidak berdokumen diselamatkan selepas bot terbalik berhampiran sempadan Malaysia Thailand dengan hampir 100 orang dipercayai hilang dan operasi mencari sedang dijalankan LANGKAWI Sebuah bot yang membawa hampir 100 migran tidak b...
Bot Bawa Bawa 90 Pati Karam 6 Ditemukan Selamat

Bot Bawa Bawa 90 Pati Karam 6 Ditemukan Selamat

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 186 hits
Suharmin Yusufsuharmin yusuf hmetro com myLangkawi Sebuah bot dipercayai membawa 90 pendatang asing tanpa izin daripada Myanmar Bangladesh dan Rohingya pecah di laut berhampiran sempadan perairan Malaysia Thailand dengan enam ditemui selama...
Bot Karam Remaja Rohingya Dakwa Bayar Sindiket Sebaik Tiba Di Thailand

Bot Karam Remaja Rohingya Dakwa Bayar Sindiket Sebaik Tiba Di Thailand

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 147 hits
NORLIDA AKMAR IDROSAli diselamatkan anggota bomba selepas terdampar di daratan Pulau Langkawi hari ini Foto oleh SHAHIR NOORDIN KOSMO LANGKAWI Seorang remaja lelaki etnik Rohingya mendakwa ahli keluarganya yang menguruskan kemasukannya ke M...
Kedah Bot Karam Enam Mayat Termasuk Budak Perempuan Dijumpai Terapung

Kedah Bot Karam Enam Mayat Termasuk Budak Perempuan Dijumpai Terapung

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 154 hits
NORLIDA AKMAR IDROSLANGKAWI Enam lagi mayat dipercayai migran yang terlibat dalam insiden bot karam dekat Pulau Tarutao Thailand ditemui terapung di perairan Langkawi petang ini Satu mayat kanak kanak perempuan dijumpai oleh Bot Petir 81 pa...
Begini Seorang Pegawai Bank Bank Ini Memalukan Rakyat Malaysia

Begini Seorang Pegawai Bank Bank Ini Memalukan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 242 hits
SEORANG YANG DIKATAKAN PEGAWAI DI SEBUAH BANK RASANYA ELOK BANK TERSEBUT AMBIL TINDAKAN SESUAI KOT RAMAI LAGI YANG NAK MASUK KERJA KO MEMANG BODO KALAU CERDIK KO KRITIK DENGAN ELOK KOT KRITIK TAPI SEBAB KO BODO KO MEMFITNAH INI FITNAH LA NI
Kasih Seorang Ibu Di Tengah Bencana Pegawai Polis Rela Susukan Bayi Mangsa Taufan

Kasih Seorang Ibu Di Tengah Bencana Pegawai Polis Rela Susukan Bayi Mangsa Taufan

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 222 hits
Kasih Seorang Ibu Di Tengah Bencana Pegawai Polis Rela Susukan Bayi Mangsa Taufan Gambar Pegawai Arizbeth Dionisio Ambrosio menyusukan bayi semasa operasi bantuan di Acapulco Kejadian menyentuh hati ini berlaku selepas Taufan Otis melanda b...
Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 163 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan Thailand menggantung pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja tidak ada kaitan dengan peranan Malaysia sebagai pengantara dalam rundingan tersebut Menurut laporan Beri...
Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

The Twenty Rules Of Chandeliers

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Klien Lama Datang Semula Menyiapkan Templat Baru Untuk Blog Hiburan

Nak Cari Bisnes Modal Bawah Rm200 Cuba Buat Sabun Handmade Sendiri

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Pemulihan Dalam Kolam Menyegarkan Kembali Selepas Perlawanan

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut