Diam Tak Bertegur Sapa


 05 November 2025 - Rabu (14 Jamadilawal 1447H)

'Ibu, kakak nak balik rumah boleh tak?''Kenapa…?''Kakak streslah, ibu. Boleh ya ibu… kakak nak balik..''Kakak bagitahu Babah dulu. Nanti siapa nak ambil kakak dekat hentian bas?'
Bila Babahnya dah beri keizinan, tak tunggu lama — terus dibelinya tiket balik. Aku sempat berpesan, 'Jangan turun di hentian A, turun di hentian B ya, senang nak ambil nanti'

Rupanya kisah sebenar, rakan sebilik merajuk, masam muka dengan dak Kakak, Sejak itu suasana dalam bilik jadi tegang — masing-masing diam, tak bertegur sapa. Dak Kakak pun rasa tak selesa, stress bila suasana senyap dan 'panas'

Aku pesan pada dak Kakak.
'Sebelum balik, cakap elok-elok dengan kawan tu. Minta maaf, turunkan sikit ego tu — tak kisahlah siapa salah siapa betul. Lepas tu terpulanglah pada dia, yang penting bahagian kakak dak lepas. Paling penting — jaga ADAB'.

=======================================
06 November 2025 - Khamis (15 Jamadilawal 1447H)

Pagi.
Sebelum aku ke tempat kerja, aku bagitahu pada en. Hubby yang aku akan ambil dak Kakak sebab dak Kakak sampai sebelum pukul dua petang. Kalau lewat, waktu orang balik kerja —  aku yang stress sebab takut terlepas simpang. Nak pula kali ni bukan cikPutih yang aku pandu tapi Mr. Black. Lain sikit 'feel'nya, kena lebih fokus konon-kononnya.

Dari sebelum hingga dah naik bas —  dak Kakak sentiasa update perjalanannya


Hari ini aku hanya bekerja separuh hari sebab perlu ambil dak Kakak di hentian bas di situ. Aku dah pesan awal-awal, tunggu di tempat A — nanti aku terus ke pick up point tu. Sepanjang perjalanan, semuanya lancar. Jalan pun tak sesak, aku tenang memandu sambil pasang doa dalam hati, moga urusan kami dipermudah. Kali ni, aku sengaja diam — tak bagitahu dak Nuha yang kakaknya akan balik. Nak bagi dia surprise! Aku tak nak dia ponteng sekolah hanya kerana nak ikut mengambil dak Kakak.

en. Hubby menyakatku — 'mesti pernah buat Grab kan..?'
Bila dak Kakak dah sampai, dia tunggu di check point B, aku pula di tempat lain. Kesian dia berlari-lari nak sampai ke tempat aku menunggu. Dahlah tu, bila dah sampai, terus dia masuk duduk di belakang — katanya risau kereta belakang nak bergerak tak lepas. Aku tergelak sambil berseloroh, 'Duduk depan Kakak, amboi.. ingat ibu ni Grab ke nak duduk kat belakang..?'

Gelagat dak Kakak tak sabar nak update status'.

Alhamdulillah.. dak Kakak selamat ke pangkuan aku dan akhirnya bertemu juga dengan Mr. Black. Ada satu bahagian yang belum kami buka, ini kami biarkan sebagai simbolik buat dak Kakak, kisah awal di [SINI]. Aku ketawa kecil, bersyukur semuanya berjalan lancar. Kadang, hal-hal kecil macam ni saja dah cukup untuk buat hati aku rasa gembira.

=======================================
Di rumah, bila aku tanya.
'Kenapa nak balik, sedangkan tak lama lagi kan cuti?''Kakak nak balik rumah sebab nak tidur puas-puas, vibe tidur dirumah ni lain ibu'.

Tapi.. memang betul pun. Sepanjang hari di rumah, dak Kakak tak mahu keluar rumah kalau tiada hal penting — sanggup hibernate dalam rumah, tak mahu diganggu. Sama seperti aku, hujung minggu adalah masa untuk berehat di rumah, pulihkan tenaga untuk kembali beraksi pada minggu berikutnya


Mr. Black sedang menunggu giliran untuk dicuci bagi handsome sebelum hantar dak Kakak balik


=======================================
09 November 2025 - Ahad (18 Jamadilawal 1447H)

Pagi.
Selepas subuh kami gerak menghantar dak Kakak pulang ke luar negeri. percutian singkat di rumah pun dah berakhir

Alhamdulillah.. tenang sepanjang perjalanan

Hujan turun membasahi bumi


Petang.
Tinggallah dak Nuha keseorangan di rumah ditemani dak Jasmine yang suka menggigit waktu dak Nuha tidur

@RemajaPurba: .



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2025/11/diam-tak-bertegur-sapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Hospital Ditahan Rakaman Diam Diam Dharmendra Dalam Icu Keluarga Rayu Hormati Privasi

Pekerja Hospital Ditahan Rakaman Diam Diam Dharmendra Dalam Icu Keluarga Rayu Hormati Privasi

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 196 hits
MUMBAI Seorang pekerja di Hospital Breach Candy Mumbai ditahan selepas didapati merakam secara sembunyi video aktor legenda Bollywood Dharmendra bersama ahli keluarganya ketika berada di Unit Rawatan Rapi Rakaman itu tular di media sosial p...
Pas Kini Diam Mula Dia Sokong Mezah Bila Gini Pas Diam Almaklum Parti Bermuka Muka

Pas Kini Diam Mula Dia Sokong Mezah Bila Gini Pas Diam Almaklum Parti Bermuka Muka

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 150 hits
BERSATU Retak Menunggu BelahApa yang berlaku dalam BERSATU kini bukan sekadar isu pertemuan biasa tapi cerminan kepada krisis kepercayaan dan pergelutan kuasa yang semakin parah Surat rasmi bertarikh 18 November 2025 dikeluarkan oleh Pejaba...
Used Car Prices In Toronto Why Analysts Say The Seller S Market Is Cooling Down

Permata Hati Melihatmu Tersenyum Aku Bahagia Gambar Kenangan Kami

Hiburan Faiz Soul Dijemput Rasmi Majlis Sekolah Netizen Pertikai Kelayakan Dah Habis Ke Tokoh Nak Diangkat Jadi Idola

Makan Asam Pedas Ikan Merah Tiba Tiba Orang Belanja

Jemputan Majlis Kahwin Ada Kepada Sahabat Suami 07 12 2025

5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

Yummy Beef Jerky Recipe Without Dehydrator

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ada Kaitan Ke Goiter Dan Tirads

Hang Lung Memperluas Portfolio Runcit Di Wuxi Menandakan Satu Lagi Pencapaian Dalam Strategi V 3 Mereka

Plastiroute Spotline Digunakan Di Laluan Persekutuan Pulau Pinang Tingkatkan Pantulan Lampu Kenderaan

Eu Lancar Siasatan Terhadap Penggunaan Data Google Untuk Ai

Batik Air Kini Tawar Penerbangan Terus Ipoh Ke Singapura

Azlina Aziz Wajahmu Di Mana Mana Chord