Tukar Kerajaan Pn Bukan Lagi Pilihan Jangan Biar Lebih Ramai Terkorban Kata Ahli Parlimen Pkr


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-July 17, 2021 11:45 PM
Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani berkata, perubahan tidak boleh dilengahkan kerana semakin hari rakyat makin derita.
PETALING JAYA: Pertukaran tampuk kepemimpinan bukan lagi pilihan tetapi wajib dilakukan segera ketika rakyat sedang menderita dan sengsara, kata Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani.

Ahli Parlimen PKR itu berkata, jika pertukaran pentadbiran sedia ada terus dilengahkan, dikhuatiri makin ramai rakyat merana akibat hilang pekerjaan serta kes kematian akibat Covid-19 akan terus bertambah.

“Kepemimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini bukan mandat rakyat, jadi kita perlu segera kembalikan mandat rakyat. Perubahan ini tidak boleh dilengahkan kerana semakin hari rakyat makin derita, hilang kerja dan yang terkorban juga semakin ramai.

“Syarikat antarabangsa juga memberi amaran tidak berupaya bertahan dalam sistem dan kerajaan pada hari ini. Ini perlu segera dilakukan berdasarkan kuasa-kuasa yang dibenarkan dalam Perlembagaan,” katanya dalam sesi sembang di laman Twitter bertajuk “Rakyat Gagal? Kerajaan Berjaya?”

Beliau berkata, kepemimpinan Muhyiddin Yassin jelas gagal mempersembahkan penyelesaian segera terhadap krisis ekonomi dan kesihatan yang dihadapi negara, sebaliknya terus dalam “dunia” penafian.

“Jika kita nak tunggu pilihan raya umum baru nak tukar kerajaan, makin rosak negara, makin ramai rakyat kena Covid-19 dan ramai akan terkorban. PN jelas tidak berupaya menyegerakan penyelesaian.

“Sebab itu kita tidak ada pilihan, jika kita nak perkasakan sektor pekerjaan, bawa masuk pelaburan asing, kita kena tukar kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman yang turut senada dengan Abdullah berkata, pengganti Muhyiddin tidak boleh datang dari “sarang” yang sama kerana dikhuatiri kebobrokan yang wujud pada hari ini akan terus berlaku.

“Pengganti perdana menteri tidak boleh dari sarang yang sama, kalau datang dari kedudukan yang sama, sudah pasti keadaan yang sama juga akan berlaku.

“Ia mesti datang dari bentuk kepemimpinan baharu yang ada visi dan misi jelas yang boleh bawa negara keluar daripada masalah pandemik ini. Ini perlu disegerakan,” katanya.

Kementerian Kesihatan melaporkan 138 kes kematian, rekod harian tertinggi yang direkodkan sejak wabak itu dikesan di negara ini. Manakala, 12,528 kes harian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 905,851


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/tukar-kerajaan-pn-bukan-lagi-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bentang Ppn Di Dewan Rakyat Biar Wakil Rakyat Putuskan Kata Ahli Parlimen Pkr

Bentang Ppn Di Dewan Rakyat Biar Wakil Rakyat Putuskan Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 353 hits
Shamsul Iskandar Mohd Akin Fahmi Fadzil dan Wong Chen menghadiri sesi taklimat Pelan Pemulihan Negara bersama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini PETALING JAYA Pelan Pemulihan Negara perlu dibentang dibahas serta diput...
Jadikan Lebih Banyak Hotel Pusat Kuarantin Berisiko Rendah Kata Ahli Parlimen

Jadikan Lebih Banyak Hotel Pusat Kuarantin Berisiko Rendah Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 269 hits
Penggunaan hotel di Lembah Klang sebagai pusat kuarantin berisiko rendah perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan teruk susulan peningkatan mendadak jumlah kes Covid 19 PETALING JAYA Lebih banyak hotel di Lembah Klang perlu dibenarkan...
Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber

Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 293 hits
July 6 2021Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menolak cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasion...
Alhamdulillah Kalau Zahid Tukar Kerusi Sebelah Anwar Kata Pemimpin Pkr

Alhamdulillah Kalau Zahid Tukar Kerusi Sebelah Anwar Kata Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 254 hits
agendadaily com17 7 2021Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid Ia sangat dialu alukan sekiranya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menukar kedudukan kerusinya di Parlimen untuk duduk sebelah cikgunya Datuk Seri Anwar I...
Ahli Parlimen Umno Kekal Sokong Pn Sehingga Parlimen Bersidang Kata Puad

Ahli Parlimen Umno Kekal Sokong Pn Sehingga Parlimen Bersidang Kata Puad

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 293 hits
July 9 2021Puad berkata kini terdapat pihak yang cuba memutarbelitkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen bersidang kata ahli Majlis Kerja...
Elak Tersenarai Dalam Larangan Perjalanan Mana Mana Negara Kata Ahli Parlimen

Elak Tersenarai Dalam Larangan Perjalanan Mana Mana Negara Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 334 hits
Rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke negara anggota EU terikat dengan peraturan dan dasar ditetapkan kerajaan itu sendiri PETALING JAYA Malaysia sepatutnya berusaha mengelak senarai larangan perjalanan mana mana negara berdasarkan s...
Tiada Tindakan Susulan Ahli Parlimen Umno Faktor Muhyiddin Kekal Pm Kata Bekas Menteri

Tiada Tindakan Susulan Ahli Parlimen Umno Faktor Muhyiddin Kekal Pm Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 362 hits
July 8 2021 Zaid Ibrahim PETALING JAYA Tiada tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Umno yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyebabkan sokongan majoriti diterima Presiden Bersatu itu kekal kata bekas menteri undang undang Zai...
Hanya 5 Dari 40 Ahli Parlimen Umno Nak Keluar Dari Kerajaan Pn

Hanya 5 Dari 40 Ahli Parlimen Umno Nak Keluar Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 335 hits
July 4 2021 Hanya 5 ahli parlimen Umno nekad keluar kerajaan PN 35 daripada 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga akhir penggal 31 Ahli Parlimen UMNO tidak akan mematuhi sebarang keputusan Majlis T...
Ahli Parlimen Boleh Tukar Speaker Jika Sidang Tidak Berjalan Ikut Peraturan Dr Aziz Bari

Ahli Parlimen Boleh Tukar Speaker Jika Sidang Tidak Berjalan Ikut Peraturan Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 272 hits
Sidang Parlimen 26 Julai ini sewajarnya berjalan sebagaimana sidang biasa dengan membenarkan perbahasan serta sesi soal jawab Bagi pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz Bari seandainya Speaker Parlimen enggan melaksanakan hal tersebut at...
This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Sooka Celebrates Four Years Of Growth With New Features And Exclusive Offers

Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit

Senarai Ringkas Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan Daripada Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Di Malaysia

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect

Pokok Susu Nabi Atau Ara Tanah Banyak Manfaat Untuk Kesihatan

Ready To Wear A Streetfighter Kit For The Harley Davidson Pan America

Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tidak Semua Perlu Ditanggapi Bedakan Antara Taghaful Dan Tajahul

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Bagaimana Kotak Packaging Boleh Menambah Nilai Produk Anda

Rania Teruja Dapat Kek Birthday Kuromi

Proton E Mas 7 Terima Kemas Kini Warna Baharu Sokongan Apple Carplay Ciri Pintar

Ac Mizal Dedah Man Senoi Punca 4u2c Berpecah Tegaskan Konsert We 4u2c Tetap Diteruskan Kami Berada Di Pihak Yang Betul