Elak Tersenarai Dalam Larangan Perjalanan Mana Mana Negara Kata Ahli Parlimen


 
Rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke negara anggota EU terikat dengan peraturan dan dasar ditetapkan kerajaan itu sendiri. (Gambar AP)PETALING JAYA: Malaysia sepatutnya berusaha mengelak “senarai larangan perjalanan” mana-mana negara berdasarkan situasi Covid-19 di sini berbanding memberi fokus kepada pengiktirafan vaksin untuk perjalanan ke luar negara, kata Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming.
Beliau berkata, syarat berhubung perjalanan rakyat Malaysia ke negara anggota Kesatuan Eropah (EU) masih dikawal oleh peraturan dan dasar kerajaan itu sendiri.
Oleh itu Ong berkata, Malaysia sepatutnya mementingkan usaha meningkatkan kadar vaksinasi domestik sebagai sebahagian strategi besar untuk mengekang penularan Covid-19 dan berada dalam kategori yang memerlukan pengembara melakukan perkara minimum.
Sebagai contoh, United Kingdom (UK) yang menjadi negara di Eropah yang paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia, beliau berkata, negara harus berusaha ke arah mencapai status negara “hijau”.
“Mereka yang melakukan perjalanan ke UK dari negara kategori ini hanya perlu mengambil ujian Covid-19 sebelum penerbangan dan hari kedua lawatan di sana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, ketika ini Malaysia berada dalam kategori “Amber” oleh UK, di mana pengembara harus mengambil ujian Covid-19 sebelum penerbangan, selain menjalani kuarantin 10 hari mandatori sama ada di hotel atau rumah.
Pengembara dari negara dalam kategori ini juga perlu menanggung kos pada hari kedua dan kelapan bagi tempoh kuarantin mereka.
Dengan pelaksanaan sekatan ini Ong berkata, Malaysia juga perlu memberikan perhatian dalam meningkatkan kadar vaksinasi domestik sebagai sebahagian strategi besar melawan jangkitan Covid-19.
Beliau mengulas laporan CodeBlue yang menyatakan bahawa rakyat negara ini yang diberi suntikan vaksin AstraZeneca keluaran Jepun dan India mungkin berdepan masalah untuk melakukan perjalanan ke negara anggota EU kerana fasiliti pengeluarannya tidak diiktiraf Agensi Perubatan Eropah (EMA).
Ong berkata, negara EU bagaimanapun masih belum mengumumkan syarat untuk pengembara yang melakukan perjalanan ke luar negara berdasarkan fasiliti pengeluaran vaksin AstraZeneca.
Tambah beliau, EMA adalah satu-satunya agensi kawal selia farmasi yang berkaitan vaksin dikeluarkan untuk pasaran EU.
“EMA tidak memutuskan peraturan berkaitan pengembara luar negara sama ada ke negara EU atau dari negara terbabit.
“Seperti mana-mana pengawal selia farmasi, EMA hanya mementingkan proses pengeluaran di fasiliti di mana vaksin dihasilkan,” katanya.
Ong berkata, faktor biasa yang menjadi perhatian bagi perjalanan di kebanyakan negara EU adalah berhubung penyebaran virus Covid-19 dari negara asal pengembara, bilangan kes dan jenis varian terbaru.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, tidak ada sebab untuk negara anggota EU mendiskriminasi mana-mana fasiliti pengeluar vaksin AstraZeneca.
Khairy turut berkata, kerajaan akan membuat permintaan untuk AstraZeneca memaklumkan EU bahawa semua fasiliti mereka menggunakan amalan pengeluaran dan formulasi yang sama. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/elak-tersenarai-dalam-larangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Kecam Rancangan Nazri Ke Luar Negara Untuk Daftar Anak Sekolah

Ahli Parlimen Kecam Rancangan Nazri Ke Luar Negara Untuk Daftar Anak Sekolah

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 401 hits
June 27 2021 Fahmi Fadzil dan Charles Santiago berkata Nazri Aziz lebih diperlukan pengundinya di pinggir dan luar bandar Parlimen Padang Rengas di Perak PETALING JAYA Dua Ahli Parlimen mengecam Nazri Aziz daripada Umno atas keputusannya ke...
Ganding Bahu Ketepi Politik Bantu Rakyat Kata Ahli Parlimen Dap

Ganding Bahu Ketepi Politik Bantu Rakyat Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 393 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin menyampaikan bantuan makanan kepada orang awam di sekitar Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin mencadangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah mengarahkan Uni...
Tiada Mana Mana Ahli Parlimen Yang Akan Menarik Sokongan Terhadap Muhyiddin Shahidan Kassim

Tiada Mana Mana Ahli Parlimen Yang Akan Menarik Sokongan Terhadap Muhyiddin Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 333 hits
Jika beliau meletakkan jawatan kerajaan sudah pasti akan runtuh begitu jelas Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim setelah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan S...
Sd Bukan Sokong Hisham Tpm Cuma Elak Kami Kena Jual Ahli Parlimen Umno

Sd Bukan Sokong Hisham Tpm Cuma Elak Kami Kena Jual Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 316 hits
29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai wakil mereka adalah kerana tidak mahu dipergunakan oleh pihak lain untu...
Agong Bertindak Atas Nasihat Pm Sokongan Ahli Parlimen Jadi Penentu Kata Pakar

Agong Bertindak Atas Nasihat Pm Sokongan Ahli Parlimen Jadi Penentu Kata Pakar

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 361 hits
June 25 2021 Shad Salem Faruqi berkata sehingga 1 Ogos Perdana Menteri dan Kabinet masih memegang jawatan mereka disebabkan ordinan berkenaan PETALING JAYA Seorang pakar undang undang perlembagaan berkata Yang di Pertuan Agong bertindak ata...
Peruntukan Rm300 000 Bantuan Bakul Makanan Disalur Kepada Ahli Parlimen Kata Pmo

Peruntukan Rm300 000 Bantuan Bakul Makanan Disalur Kepada Ahli Parlimen Kata Pmo

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 466 hits
Pejabat PM berkata peruntukan itu akan mula disalurkan hari ini KUALA LUMPUR Peruntukan RM300 000 bagi program Bantuan Bakul Makanan kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi m...
Zahid Panggil Ahli Parlimen Tandatangan Cadangan Tarik Diri Daripada Kerajaan Kata Laporan

Zahid Panggil Ahli Parlimen Tandatangan Cadangan Tarik Diri Daripada Kerajaan Kata Laporan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 388 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Zahid Hamidi dikatakan sedang memanggil Ahli Parlimen secara berperingkat untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan bagi cadangan menarik diri daripada kerajaan menurut suatu laporan Akhbar Utusa...
Tiada Tindakan Susulan Ahli Parlimen Umno Faktor Muhyiddin Kekal Pm Kata Bekas Menteri

Tiada Tindakan Susulan Ahli Parlimen Umno Faktor Muhyiddin Kekal Pm Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 422 hits
July 8 2021 Zaid Ibrahim PETALING JAYA Tiada tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Umno yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyebabkan sokongan majoriti diterima Presiden Bersatu itu kekal kata bekas menteri undang undang Zai...
Untuk Elak Dicop Orang Jahat Nazri Kini Perlu Dedah Siapa 25 Ahli Parlimen Itu

Untuk Elak Dicop Orang Jahat Nazri Kini Perlu Dedah Siapa 25 Ahli Parlimen Itu

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 264 hits
Walaupun berdiam diri Hishammuddin Hussein setakat ini tidak menafikan kewujudan 25 Ahli Parlimen UMNO yang didakwa menyokongnya dan dalam masa yang sama telah hilang kepercayaan terhadap Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi Beliau hanya menaf...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik