Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber


 



July 6, 2021Ahli Parlimen (MP) UMNO dan Barisan Nasional (BN) menolak cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa pertemuan di ibu pejabat UMNO awal hari ini.
Agenda Daily difahamkan beberapa Ahli Parlimen UMNO dipanggil Zahid dan Najib untuk hadir ke PWTC dan sumber memberitahu salah seorang MP UMNO yang hadir semasa pertemuan tadi adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Naib Presiden UMNO itu bertemu dengan Zahid dan Najib bagi membincangkan isu penarikan sokongan daripada kerajaan PN.Menurut sumber, Zahid dan Najib mencadangkan supaya Menteri dan Timbalan UMNO keluar daripada kerajaan PN, sementara MP UMNO yang memegang jawatan-jawatan lain dalam kerajaan juga perlu mengambil langkah sama.
Selain itu, kedua-dua pemimpin UMNO itu juga dikatakan meminta untuk mengadakan pertemuan secara perseorangan dengan setiap MP UMNO, namun cadangan tersebut ditolak.
Sebaliknya MP UMNO meminta pertemuan itu mesti diadakan dengan memanggil semua MP dan bukan pertemuan secara individu.
Sumber memberitahu, cadangan tersebut ditolak MP UMNO atas alasan mahu menumpukan usaha untuk menangani pandemik Covid-19 dihadapi negara dan ia bukan masa yang sesuai untuk terus bermain politik pada ketika negara sedang berdepan cabaran yang lebih besar.
“MP UMNO menyifatkan langkah untuk tarik sokongan dan keluar daripada kerajaan PN ketika ini tidak sesuai… kini bukan masanya untuk berpolitik kerana masalah yang dihadapi negara lebih besar,” kata sumber kepada Agenda Daily.
Sementara itu, susulan cadangan tersebut ditolak, spekulasi mengatakan bakal berlaku satu pengumuman besar kononnya MP UMNO dan BN akan membuat keputusan keluar daripada kerajaan PN malam ini tidak akan berlaku.
Terdahulu, Agenda Daily mendedahkan beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin komponen BN berada di ibu pejabat UMNO, PWTC yang difahamkan sedang berbincang untuk membuat pengumuman keluar daripada kerajaan PN malam ini, ia selepas berakhir tempoh 14 hari diberikan Zahid pada hari ini.
Wartawan Agenda Daily di lokasi memberitahu, dua ahli MT UMNO dilihat sudah memasuki bangunan UMNO tersebut, antaranya Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Kemudiaan, Najib juga tiba di PWTC dengan sebuah kereta berwarna putih yang membawanya masuk ke ruangan parkir dalam bangunan.Dalam perkembangan lain, Putrajaya juga menetapkan tarikh sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Sidang Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada MP mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/terkini-zahid-najib-gagal-minta-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Menteri Umno Tolak Langkah Keluar Kerajaan Ketepi Zahid Najib

Ahli Parlimen Menteri Umno Tolak Langkah Keluar Kerajaan Ketepi Zahid Najib

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 330 hits
Ahli ahli Parlimen Umno hari ini menolak cadangan parti itu untuk keluar daripada kerajaan mengetepikan presidennya Ahmad Zahid Hamidi susulan tarikh akhir bersama kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin MalaysiaNow dimaklumkan Difahamkan...
Cadangan Keluar Kerajaan Ditolak Mp Umno Semasa Pertemuan Zahid Najib

Cadangan Keluar Kerajaan Ditolak Mp Umno Semasa Pertemuan Zahid Najib

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 333 hits
agendadaily com5 7 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang galak mengutip akuan bersumpah untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen UMNO dan Barisan ...
Hanya 5 Dari 40 Ahli Parlimen Umno Nak Keluar Dari Kerajaan Pn

Hanya 5 Dari 40 Ahli Parlimen Umno Nak Keluar Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 322 hits
July 4 2021 Hanya 5 ahli parlimen Umno nekad keluar kerajaan PN 35 daripada 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga akhir penggal 31 Ahli Parlimen UMNO tidak akan mematuhi sebarang keputusan Majlis T...
Zahid Gigit Jari Sebahagian Mp Umno Dikata Tolak Keluar Kerajaan

Zahid Gigit Jari Sebahagian Mp Umno Dikata Tolak Keluar Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 390 hits
PETALING JAYA Sebahagian ahli Parlimen UMNO menolak gesa an Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya keluar daripada kerajaan Perika tan Nasional kerana menyifatkan sekarang bukan masa sesuai berpolitik sebaliknya usaha me nan...
Zahid Najib Berjaya Yakinkan Mp Keluar Pn Janji Jawatan Pm Milik Umno

Zahid Najib Berjaya Yakinkan Mp Keluar Pn Janji Jawatan Pm Milik Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 280 hits
agendadaily com6 7 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak antara yang hadir dalam pertemuan dengan Ahli Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional di Wisma Perwira semalam Pertemuan Ahli Ahli Parlimen UMNO d...
Zahid Panggil Ahli Parlimen Tandatangan Cadangan Tarik Diri Daripada Kerajaan Kata Laporan

Zahid Panggil Ahli Parlimen Tandatangan Cadangan Tarik Diri Daripada Kerajaan Kata Laporan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 300 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Zahid Hamidi dikatakan sedang memanggil Ahli Parlimen secara berperingkat untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan bagi cadangan menarik diri daripada kerajaan menurut suatu laporan Akhbar Utusa...
35 Ahli Parlimen Umno Tinggalkan Zahid Hamidi

35 Ahli Parlimen Umno Tinggalkan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 346 hits
Astro Awani35 Ahli Parlimen UMNO kekal dengan keputusan bersama PN sehingga Parlimen bubar SumberKUALA LUMPUR Seramai 35 Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan pertemuan malam tadi bersetuju mempertahankan resolusi yang diputuskan dalam Perhimp...
Hanya Ahli Mkt Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Atau Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Sebelum 1 Ogos

Hanya Ahli Mkt Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Atau Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Sebelum 1 Ogos

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 256 hits
July 6 2021 Ahli MKT yakin Umno akan keluar kerajaan sebelum 1 Ogos Anggota majlis tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata dia yakin parti itu akan memuktamadkan keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos I...
Kekal Bersama Kerajaan Pn Ahli Parlimen Umno Sedia Dipecat

Kekal Bersama Kerajaan Pn Ahli Parlimen Umno Sedia Dipecat

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 293 hits
utusantv comOleh July 5 2021AHLI ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet dan GLC menyatakan pendirian dengan tegas mereka rela dipecat daripada parti kerana menentang keputusan pucuk pimpinan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Peri...
Hiburan Hanya Ayam Dan Sambal Ramai Pertikai Kenapa Harga Ayam Gepuk Mahal Ini Sebabnya

Why The British Mini Still Captures Hearts Across The World

Kari Udang Menu Lunch Hari Sabtu

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku

Bandung Jadi Tuan Rumah Konferensi Internasional Untuk Palestina Perdana Di Era Genosida

Sambal Nasi Lemak Legend

Sinopsis Filem Gantung Musketeer Code

Analysing Rafizi Ramli S Statement


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Commentator Bulan Mei 2025

Banyak Betul Kedai Kopi Kat Janda Baik

Kalah Pemilihan Rafizi Bukan Hati Tisu

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Butter Cake Di London