Tuan Ibrahim Kebimbangan Yang Di Zahirkan Oleh Sultan Pahang Perlu Perhatian Serius Kerajaan




KUANTAN: Kebimbangan yang dizahirkan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan tanah di Pahang yang diterokai tanpa rasa takut dan ditakluk oleh pendatang asing secara terang-terangan amat wajar diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Cheka, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penerokaan tanah secara haram terutamanya oleh pendatang asing bukan sahaja merugikan sumber negeri tetapi ia turut menimbulkan masalah kelestarian alam dan juga keselamatan orang ramai. 
“Saya amat bersetuju dan berterima kasih atas keprihatinan Baginda Tuanku yang sememangnya tidak asing lagi dengan kecaknaan Tuanku terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
“Kita harus belajar dari kejadian yang merugikan negeri dan nyawa rakyat, seperti kejadian yang menimpa lima warga Myanmar, juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang maut dalam kejadian tanah runtuh di kebun sayur Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada awal tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, penjajahan tanah secara haram seperti yang diluahkan Baginda, turut diakui oleh Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Wan Rosdy. 
Menurut Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS, harus diakui walaupun kerajaan cuba bertindak tegas, namun realiti penguatkuasaan bagi membanteras pecerobohan tanah serta curi hasil masih berada pada tahap yang lemah. 
“Masalah ini semakin membarah apabila integriti sesetengah pihak amat merisaukan. Mereka sanggup menggadaikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Pahang demi merebut keuntungan untuk diri sendiri. 
“Kita tidak mahu angka 160,000 hektar tanah kerajaan yang dilaporkan diterokai di seluruh Pahang makin meningkat. Justeru, kerajaan  negeri harus menambah baik penguatkuasaan dengan menambah kakitangan. 
“Kerajaan juga boleh memaksimumkan sumber tenaga manusia yang sedia ada dengan mengadakan kerjasama strategik antara beberapa agensi untuk memantau kegiataan seperti ini,” katanya.
Beliau berkata, rakyat juga perlu diberi kesedaran tentang perlunya ada jati diri dan integriti yang tinggi. 
“Semestinya Dato' Sri Menteri Besar Pahang serta kepimpinan negeri perlu menjadi contoh agar ia menjadi teladan kepada rakyat keseluruhannya. 
“Saya turut menyeru kepada rakyat Pahang agar bersama-sama dalam memastikan tanah dan sumber bumi negeri Pahang ini tidak diambil dan dikawal oleh ‘orang asing’. 
“Kita tidak mahu merosakkan ekonomi negeri serta negara melalui kawalan dan pemilikan oleh penceroboh asing dan penceroboh haram ini,” katanya. #harakahdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/08/tuan-ibrahim-kebimbangan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Sultan Abdullah Zahir Kebimbangan Apabila Tanah Di Pahang Dijajah Oleh Pendatang Asing

Al Sultan Abdullah Zahir Kebimbangan Apabila Tanah Di Pahang Dijajah Oleh Pendatang Asing

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 305 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan apabila tanah di Pahang mula dijajah oleh pendatang asing secara terang terangan disebabkan kurang nilai integriti Baginda bertitah sebagai...
Polis Rampas Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang Palsu Daripada Pengarah Redtone

Polis Rampas Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang Palsu Daripada Pengarah Redtone

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 426 hits
KUALA LUMPUR Polis telah merampas beberapa peralatan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang yang palsu daripada Pengarah Redtone Sdn Bhd Badrul Hisham Abdul Aziz Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Raml...
Titah Tuanku Sultan Pahang Beri Harapan Baru Dalam Perjuangan Isu Warga Asing Di Negeri Ini

Titah Tuanku Sultan Pahang Beri Harapan Baru Dalam Perjuangan Isu Warga Asing Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 326 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini berkata beliau terharu dengan titah ucapan Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang menzahirkan kebimbangan apabila tanah di Pahang mula dijajah ole...
Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 498 hits
KUANTAN Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 24 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Istiadat Pe...
Sultan Pahang Akan Kurnia Rumah Baru Untuk Keluarga Mangsa Nahas Treler Di Ketapang Hilir

Sultan Pahang Akan Kurnia Rumah Baru Untuk Keluarga Mangsa Nahas Treler Di Ketapang Hilir

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 650 hits
PEKAN Prihatin dengan nasib mangsa yang rumahnya musnah akibat dirempuh sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Pekan Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir pada Sabtu Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah...
Tengku Ampuan Pahang Majlis Perkahwinan Paling Indah Diingati Oleh Anak Perempuan Saya

Tengku Ampuan Pahang Majlis Perkahwinan Paling Indah Diingati Oleh Anak Perempuan Saya

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 401 hits
PETALING JAYA Dalam masa dua minggu lagi mahu pastikan anak perempuan saya dengan majlis perkahwinan paling indah untuk diingati sepanjang hidupnya demikian perkongsian oleh Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Bagi...
Sultan Pahang Dan Tengku Ampuan Mencemar Duli Hadir Ke Pesta Kuantan 188 Malam Tadi

Sultan Pahang Dan Tengku Ampuan Mencemar Duli Hadir Ke Pesta Kuantan 188 Malam Tadi

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 352 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 di Kuantan 188 di sini malam ini Ketibaan baginda berdua ke me...
Menteri Besar Pahang Mulakan Tugas Di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah Kotasas

Menteri Besar Pahang Mulakan Tugas Di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah Kotasas

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 229 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memulakan tugas secara rasmi di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah KotaSAS di sini pada Isnin selepas Wisma Sri Pahang beroperasi lebih 50 tahun Dalam hantaran Facebook miliknya ...
Day 2 Stadium Sultan Ibrahim Jb

Day 2 Stadium Sultan Ibrahim Jb

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 253 hits
nbsp Day 2 Stadium Sultan Ibrahim JB Menjadi wishlist nieyl untuk menjejakkan kaki ke stadium JDT yang baru Kalau ikutkan perancangan awal nieyl hari pertama nak pergi stadium tapi rupanya ada game JDT vs Terengganu Jangan tanya kenapa niey...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Cara Kurangkan Bayaran Cukai Pendapatan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal

Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm