Al Sultan Abdullah Zahir Kebimbangan Apabila Tanah Di Pahang Dijajah Oleh Pendatang Asing




KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan apabila tanah di Pahang mula 'dijajah' oleh pendatang asing secara terang-terangan disebabkan kurang nilai integriti.
Baginda bertitah, sebagai contoh tanah-tanah di Cameron Highlands yang dipajak dan disewa kepada petani serta pengusaha kini telah disewakan kepada warga asing.
Titah baginda lagi, perbuatan itu dilakukan hanya demi mengikut nafsu dan mementingkan wang ringgit.
"Kita sanggup menggadai integriti dan membiarkan tanah di negeri ini diratah oleh bukan pemiliknya.
"Lebih mendukacitakan lagi, warga asing tersebut telah mengambil alih peranan sebagai 'tauke' yang mengawal bekalan dan harga dalam industri pertanian, mengakibatkan wujudnya kartel-kartel yang merosakkan ekonomi negeri dan negara secara keseluruhan," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah sedemikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang di Balai Mahkota Istana Abdulaziz di sini pada Selasa.
Dalam istiadat itu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 24 penerima dan baginda dikurniakan darjah kebesaran Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) diikuti Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Al-Sultan Abdullah mahu kerajaan Pahang memantau aktiviti itu dan mengenakan tindakan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan kegiatan seperti ini tidak lagi berlaku.
Baginda bertegas untuk tidak kompromi terhadap isu kemasukan warga asing yang menjajah negeri ini.
"Jangan sesekali gelap mata dengan wang ringgit dan kesenangan dunia yang sementara. Laksanakan amanah yang diberi ini dengan penuh integriti.
"Ingatlah! setiap kerja buat dan tanggungjawab kita akan dipersoalkan kelak," titah baginda lagi.
Baginda turut menyeru agar semua rakyat bekerjasama dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa mengenai segala bentuk jenayah dan salah laku yang berlaku.
Al-Sultan Abdullah bertitah, ini adalah tanggungjawab bersama dan percayalah; 'bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'.
"Beta juga ingin kerajaan negeri dan pihak berkuasa mengkaji dengan mendalam mengenai rancangan pembangunan di Cameron Highlands khususnya pembangunan- pembangunan pada masa akan datang.
"Hanya pendekatan yang holistik, tegas dan lestari sahaja dapat menyelamatkan tanah tinggi berkenaan daripada segala bentuk kerakusan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab," titah baginda lagi.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah mengingatkan kepada semua pihak tidak kira sama ada pemerintah, pemain industri, komuniti setempat sehingga kepada setiap individu supaya berbanding bahu dalam memulihara alam sekitar.
Baginda bertitah, jangan biarkan keindahan bumi hijau ini terusik oleh pencemaran dan kecuaian.
"Alam kita adalah lukisan tuhan yang paling indah, jadilah penjaga seni yang baik. Keindahan alam bukan hanya memberi kita kehidupan semata-mata, tetapi turut menyediakan sumber daya yang kita perlukan untuk hidup.
"Sungai-sungai di Pahang adalah urat nadi kehidupan, ia bukan sahaja menyediakan bekalan air untuk pertanian dan kegunaan domestik, tetapi juga merupakan habitat pelbagai jenis flora dan fauna," titah baginda. #sinarharian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/07/al-sultan-abdullah-zahir-kebimbangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Tuanku Sultan Pahang Beri Harapan Baru Dalam Perjuangan Isu Warga Asing Di Negeri Ini

Titah Tuanku Sultan Pahang Beri Harapan Baru Dalam Perjuangan Isu Warga Asing Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 132 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini berkata beliau terharu dengan titah ucapan Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang menzahirkan kebimbangan apabila tanah di Pahang mula dijajah ole...
Pahang Akan Tindakan Undang Undang Terhadap Pemilik Yang Sewakan Tanah Kepada Warga Asing

Pahang Akan Tindakan Undang Undang Terhadap Pemilik Yang Sewakan Tanah Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 195 hits
KUANTAN Pekebun yang didapati menyewakan tanah kepada warga asing berdepan tindakan undang undang oleh kerajaan negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Negeri bagi...
Sultan Pahang Kurnia Sumbangan Kepada Keluarga Nur Farah Kartini

Sultan Pahang Kurnia Sumbangan Kepada Keluarga Nur Farah Kartini

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kurniaan itu dis...
Pemilik Sewakan Tanah Kepada Warga Asing Di Cameron Highlands Bakal Dikenakan Tindakan Tegas

Pemilik Sewakan Tanah Kepada Warga Asing Di Cameron Highlands Bakal Dikenakan Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 222 hits
KUANTAN Perbuatan individu tertentu yang menyewakan tanah mereka kepada warga asing menjadi faktor utama bertambahnya aktiviti pertanian dijalankan golongan terbabit Bukan itu saja malah ada individu tempatan yang menyewa gerai daripada Pih...
Pasar Malam Batu 4 Dijajah Peniaga Asing

Pasar Malam Batu 4 Dijajah Peniaga Asing

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 229 hits
Mohd Khidir Zakariaam hmetro com mySuasana keadaan di Tapak Pasar Malam Batu 4 ketika tinjauan media di sini lewat petang semalam FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIAPort Dickson Tular di media sosial mendakwa pasar malam Batu 4 di sini dipenuhi peniag...
Pahang Serius Laksana Pemutihan Tanah Cameron Highlands

Pahang Serius Laksana Pemutihan Tanah Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 115 hits
Status pelaksanaan pemutihan tanah di Cameron Highlands hingga 30 Jun lalu adalah sebanyak 1 661 penama yang dikemas kini dalam data maklumat pekebun KUANTAN Kerajaan Pahang serius melaksanakan program pemutihan tanah pertanian membabitkan ...
Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 196 hits
KUANTAN Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 24 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Istiadat Pe...
Polis Rampas Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang Palsu Daripada Pengarah Redtone

Polis Rampas Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang Palsu Daripada Pengarah Redtone

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Polis telah merampas beberapa peralatan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang yang palsu daripada Pengarah Redtone Sdn Bhd Badrul Hisham Abdul Aziz Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Raml...
Waketum Pkb Nu Dijadikan Alat Politik Oleh Dua Orang

Waketum Pkb Nu Dijadikan Alat Politik Oleh Dua Orang

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 142 hits
Wakil Ketua Umum Partai Kebangkitan Bangsa Jazilul Fawaid heran dengan Pengurus Besar Nahdlatul Ulama yang kini menjadi berpolitik
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu