Sultan Pahang Akan Kurnia Rumah Baru Untuk Keluarga Mangsa Nahas Treler Di Ketapang Hilir




PEKAN: Prihatin dengan nasib mangsa yang rumahnya musnah akibat dirempuh sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir pada Sabtu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengurniakan sebuah rumah baru kepada keluarga mangsa.
Mohd Fakhrul Hafiz Nasruddin, 35,  berkata perkara itu dititahkan sendiri oleh Al-Sultan Abdullah ketika baginda berkenan berangkat menziarahi keluarga mangsa di rumahnya kira-kira 1.30 tengah hari dan meluangkan masa hampir setengah jam bertanya khabar dan menzahirkan simpati atas kejadian tersebut.
kemalangan yang berlaku kira-kira 4.15 pagi itu sesuatu sangat dahsyat, sehingga mengakibatkan dua adiknya meninggal dunia.
“Ketika Tuanku melawat tapak rumah kami yang roboh dirempuh lori itu, Tuanku titah kepada saya, insya-Allah, akan ganti rumah itu dan buat rumah baharu, di kawasan sama, tanah pusaka. Tuanku tidak beritahu bila, kemungkinan akan ada orang Istana akan datang nanti.
“Tuanku juga menyarankan kami supaya mengambil tindakan undang-undang menyaman syarikat lori terbabit bagi menuntut keadilan buat keluarga kami,” katanya kepada media selepas Al-Sultan Abdullah berkenan menziarahi keluarga berkenaan yang turut diiringi Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alam Sekitar Pahang Datuk Mohd Nizar Najib.
Dalam kejadian itu, treler membawa muatan siling kapur dari arah Johor Bahru, Johor menghala ke Kuantan dipercayai hilang kawalan di selekoh kiri dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah rumah yang berada di sebelah kanan jalan.
Tragedi itu menyebabkan Nurnazatul Fasiha, 32, meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya Mohd Waldon Faris, 21, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan.
Ibu bapa mangsa Norrulaini Mohd Hassan, 54, dan Nasruddin Othman, 60, serta rakan Mohd Waldon Faris, Muhammad Gabriel Miqhael Muhammad Faidzal, 19, yang turut berada dalam rumah berkenaan mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pekan.
Mohd Fakhrul Hafiz yang merupakan abang sulung kepada mangsa, mengharapkan pihak berkuasa dapat memasang pembahagi jalan yang lebih tinggi di kawasan itu bagi mengelakkan insiden sama berlaku lagi.
“Tidak pernah lagi berlaku dan ini merupakan pertama kali kerana lori terbabit terbabas daripada laluan bertentangan. Langkah segera perlu dilakukan,” katanya.
Ibu mangsa Norrulaini yang masih trauma dengan insiden itu pula berkata suaminya Nasruddin, patah tulang rusuk dan sehingga kini masih belum menerima hakikat dua anaknya terkorban dalam kejadian tersebut.
“Tuhan sahaja yang tahu, rasa kehilangan dua orang anak, tak boleh nak bayangkan. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana selamat dan tidak cedera,” katanya. #malaysiagazette
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/08/sultan-pahang-akan-kurnia-rumah-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Tuanku Sultan Pahang Beri Harapan Baru Dalam Perjuangan Isu Warga Asing Di Negeri Ini

Titah Tuanku Sultan Pahang Beri Harapan Baru Dalam Perjuangan Isu Warga Asing Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 322 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini berkata beliau terharu dengan titah ucapan Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang menzahirkan kebimbangan apabila tanah di Pahang mula dijajah ole...
Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 496 hits
KUANTAN Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 24 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Istiadat Pe...
Al Sultan Abdullah Zahir Kebimbangan Apabila Tanah Di Pahang Dijajah Oleh Pendatang Asing

Al Sultan Abdullah Zahir Kebimbangan Apabila Tanah Di Pahang Dijajah Oleh Pendatang Asing

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 302 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan apabila tanah di Pahang mula dijajah oleh pendatang asing secara terang terangan disebabkan kurang nilai integriti Baginda bertitah sebagai...
Kemalangan Dua Maut Lima Lagi Cedera Dalam Nahas Toyota Hilux Dengan Treler Di Temerloh

Kemalangan Dua Maut Lima Lagi Cedera Dalam Nahas Toyota Hilux Dengan Treler Di Temerloh

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 348 hits
TEMERLOH Dua maut selepas tersepit manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lanchang Mentakab di sini pada Sabtu Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria mem...
Keluarga Ungkap Ella Nanda Sari Baru Pertama Operasi Begini Kondisi Kesehatannya Sebelum Sedot Lemak Di Depok

Keluarga Ungkap Ella Nanda Sari Baru Pertama Operasi Begini Kondisi Kesehatannya Sebelum Sedot Lemak Di Depok

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 322 hits
Ella berangkat pada Senin pagi dengan penerbangan pertama dari Bandara Internasional Kualanamu Deli Serdang menuju Bandara Soekarno Hatta
Mayat Pelajar Jatuh Sungai Pahang Ditemukan 25 Kilometer Dari Lokasi Mangsa Dilapor Hilang

Mayat Pelajar Jatuh Sungai Pahang Ditemukan 25 Kilometer Dari Lokasi Mangsa Dilapor Hilang

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 597 hits
PEKAN Mayat pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Maran Satu dilaporkan hilang selepas terjatuh bot di Sungai Pahang ditemukan pagi tadi kira kira 25 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang Pegawai Perhubungan Awam Jabatan ...
Syarikat Treler Rempuh Rumah Dua Mati Perlu Tindakan Tegas

Syarikat Treler Rempuh Rumah Dua Mati Perlu Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 452 hits
nbsp Rumah mangsa rosak teruk akibat dirempuh treler FOTO Ihsan PolisSEREMBAN Pemilik syarikat treler yang terlibat dalam insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian dua beradik di Kilometer 5 Jalan Pekan Rompin dekat Kampung Ketapang Hi...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion