Tolak Anwar Sebagai Pm Pembangkang Boleh Bermimpi Kata Pkr



(FMT) – Pembangkang boleh bermimpi untuk tidak melihat Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-15, kata PKR.
Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata, proses peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar pasti akan berlaku sebelum tamat penggal pentadbiran kerajaan kerana ia telah dipersetujui gabungan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, kenyataan terbaru ahli Parlimen PAS dan beberapa orang wakil Umno yang menyokong supaya Mahathir terus diberi mandat sehingga tamat penggal lima tahun tidak akan memberi kesan kepada gabungan PH.
“Saya rasa ini pandangan beberapa individu melibatkan wakil rakyat Umno (sokong Mahathir), kalau kita lihat kenyataan presiden Umno menampakkan tidak semua dalam Umno bersetuju dengan enam wakil rakyat itu.
“Saya rasa tidak ada halangan untuk mereka (wakil rakyat PAS dan Umno) untuk mengimpikan sesuatu (Mahathir kekal sehingga tamat penggal), tetapi bagi kami PH tidak terjejas dengan sebarang kenyataan ataupun sokongan begitu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis syarahan umum Anwar di Universiti Malaya malam tadi.
Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru semua 18 ahli Parlimen PAS dan enam dari Umno menyatakan sokongan kepada Mahathir supaya kekal mengetuai kerajaan sehingga tamat penggal.
Mereka mahu Mahathir kekal sebagai perdana menteri bagi memastikan fokus diberikan, terutama kepada aspek kestabilan politik dan ekonomi negara.
Sokongan itu dinyatakan susulan kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan bertegas mahu Mahathir terus diberi mandat sehingga pilihan raya umum akan datang, selain menganggap usaha memendekkan tempoh kepimpinan beliau sebagai percubaan mewujudkan kerajaan “pintu belakang”.
Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata percubaan pihak tertentu membentuk kerajaan baru melibatkan wakil rakyat pembangkang akan gagal.
Katanya, ini kerana Mahathir sendiri beberapa kali menegaskan beliau menolak sebarang pembentukan kerajaan melalui cara itu.
“Saya rasa pendirian beliau kekal dan perancangan untuk peralihan kuasa itu tetap seperti persetujuan Majlis Presiden PH,” katanya, merujuk kepada dakwaan usaha pembentukan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah yang dikatakan diketuai oleh ahli Parlimen Sembrong HishammuddinHussein.
Bekas naib presiden Umno itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
“Kalau sayalah, saya akan lebih risau tentang isu helikopter tentera yang tidak sampai-sampai, tentang menghantar tentera ke Yemen dalam satu operasi tidak dipersetujui oleh Kabinet.
“Bagi saya, pihak-pihak tertentu perlu bersiap sedia menghadapi keadaan apabila perkara-perkara itu akan timbul. Jadi bersiap sedialah,” tambah Fahmi merujuk kepada laporan terbaru Kementerian Pertahanan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian helikopter bernilai lebih RM300 juta semasa pentadbiran lepas yang sehingga kini belum dihantar kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Hishammuddin merupakan menteri pertahanan dalam Kabinet lepas.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya adakah Azmin dan setiausaha politiknya, Hilman Idham akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR susulan klip video lucah yang dikaitkan dengan menteri hal ehwal ekonomi itu, Fahmi berkata ia belum sampai ke tahap itu.
“Tidak ada, setahu saya tidak ada,” katanya ringkas.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/10/25/tolak-anwar-sebagai-pm-pembangkang-boleh-bermimpi-kata-pkr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Good Anwar Met Azmin But He Must Also Meet Pkr Supreme Council

Zuraida Good Anwar Met Azmin But He Must Also Meet Pkr Supreme Council

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 289 hits
PKR vice president Zuraida Kamaruddin continues to insist that her president Anwar Ibrahim meet with elected members of the supreme council to kickstart a reconciliation process within the party She was commenting on the today between Anwar...
Perjanjian Alih Kuasa Dimeterai 7 Jan 2018 Kata Anwar

Perjanjian Alih Kuasa Dimeterai 7 Jan 2018 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan peralihan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepadannya terkandung dalam perjanjian bertarikh 7 Jan 2018 yang dimeterai pimpinan Pakatan Harapan Katanya perjanjian itu menetapkan Mahathir dan ...
Selalu Dengar Orang Kata Makan Biji Cili Boleh Sebabkan Apendiks Ini Penjelasan Doktor

Selalu Dengar Orang Kata Makan Biji Cili Boleh Sebabkan Apendiks Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 373 hits
Pasti ramai yang pernah mendengar pesanan agar tidak memakan biji cili ataupun buah buahan lain seperti jambu batu kerana ia dipercayai boleh menyebabkan apendiks Apendiks bukanlah satu penyakit namun merupakan organ berupa kantung yang ber...
Pendamaian Mesyuarat Biasa Saja Kata Anwar

Pendamaian Mesyuarat Biasa Saja Kata Anwar

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 284 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan perjumpaan ringkas antara beliau dengan timbalannya Mohamed Azmin Ali di parlimen hari ini merupakan mesyuarat rekonsiliasi Sebaliknya Anwar berkata pertemuan tersebut adalah perjumpaan biasa dan lebih k...
Boleh Maaf Jika Graduan Um Kesal Dengan Protes Kata Umno

Boleh Maaf Jika Graduan Um Kesal Dengan Protes Kata Umno

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 229 hits
Boleh maaf jika graduan UM kesal dengan protes kata Umno Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Oct 2019 12 59PM
Pkr Sabah Sokong Anwar Pm Ke 8

Pkr Sabah Sokong Anwar Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 258 hits
Konvensyen parti PKR Sabah di Penampang semalam melafazkan ikrar taat setia kepada presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Datuk Christina Liew berkata PKR Sabah mahu memastikan Ahli Parlimen Port ...
Tangkapan Ltte Penggunaan Sosma Terlalu Keras Kata Anwar

Tangkapan Ltte Penggunaan Sosma Terlalu Keras Kata Anwar

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 348 hits
Diterbitkan Hari ini 6 42 petangAnwar Ibrahim menganggap tindakan polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 atau Sosma ke atas suspek kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam sebagai terlalu keras Menganggap akta itu sebagai drakonia...
Ltte Beri Ruang Kepada Polis Kata Anwar

Ltte Beri Ruang Kepada Polis Kata Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 279 hits
Pendapat peribadi saya tidak perlu begitu kita harus beri ruang kepada polis Polis tidak harus rasa tertekan dengan terlalu banyak gangguan sebab itu saya dalam kes penahanan ini serah kepada budi bicara polis dan tentunya KDN untuk menanga...
No Factionalism In Pkr Says Anwar After Three Party Leaders Absent From Penang Convention

No Factionalism In Pkr Says Anwar After Three Party Leaders Absent From Penang Convention

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 430 hits
The absence of three prominent PKR leaders raised eyebrows at the state party convention Notably absent were Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar Seberang Jaya assemblyman and state executive councillor Dr Afif Bahardin and former state PKR ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids