Selalu Dengar Orang Kata Makan Biji Cili Boleh Sebabkan Apendiks Ini Penjelasan Doktor


Pasti ramai yang pernah mendengar pesanan agar tidak memakan biji cili ataupun buah-buahan lain seperti jambu batu kerana ia dipercayai boleh menyebabkan apendiks.
Apendiks bukanlah satu penyakit, namun merupakan organ berupa kantung yang berada pada permulaan usus besar. Walaubagaimanapun, fungsi sebenarnya masih belum dikenalpasti. Apabila organ ini mengalami radang, inilah yang kita sering fahami dengan istilah apendiks.
Soalannya, benarkah radang ini berpunca daripada biji buah-buahan? Adakah ia mitos atau fakta?
Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita baca penjelasan daripada Hello Doktor.
Menurut Dr Maisara Yusra yang merupakan Penolong Profesor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), tiada sebarang kajian saintifik berjaya membuktikan radang apendiks adalah disebabkan pemakanan. Jadi, kepercayaan biji cili boleh menyebabkan sakit apendiks yang selama ini ditakuti masyarakat kita adalah mitos semata-mata!
Beliau menambah lagi bahawa kepercayaan ini datangnya daripada petua masyarakat terdahulu yang percaya biji cili dan pelbagai lagi makanan lain seperti biji anggur, tembikai dan jambu batu boleh tersangkut dan tersimpan pada pundi apendiks. Sebenarnya, semua orang berisiko mengalaminya walaupun tidak makan biji makanan seperti yang dinyatakan.
Hakikatnya, segala makanan yang keras seperti biji cili dan sebagainya akan hancur di dalam perut disebabkan oleh asid perut. Selepas hancur sepenuhnya, barulah ia akan masuk ke usus untuk proses pembuangan najis. Jadi, pemakanan bukanlah punca radang apendiks. Tetapi, apakah punca sebenar ia berlaku?
Dr Maisara turut menyatakan bahawa radang apendiks (appendicitis) bukanlah sejenis penyakit tetapi satu kondisi di mana pundi apendiks (vermiform apendiks) tersumbat.
Untuk anda yang belum tahu, ia adalah satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada bahagian pemulaan usus besar. Pun begitu, fungsi sebenar organ ini masih belum dapat diketahui dengan tepat.
Mengapa ia boleh tersumbat jika bukan sebab pemakanan? Ia adalah disebabkan oleh bukaan apendiks menuju ke tiub besar atau sekum tersekat.
Sekatan ini mungkin berlaku akibat lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras daripada tiub besar termasuk ke pundi apendiks. Inilah punca sebenar radang apendiks berlaku. Selain itu, kondisi ini juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria. Ia sering menyerang golongan muda sekitar usia 10 hingga 30 tahun.
Untuk merawatnya, doktor hanya akan beri penderita antibitiotik untuk melegakannya. Jika masih tidak pulih, cara terbaik untuk menghilangkannya adalah melalui pembedahan membuang pundi apendiks (apendektomi).
Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/28/selalu-dengar-orang-kata-makan-biji-cili-boleh-sebabkan-apendiks-ini-penjelasan-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Anak Makan Bahagian Bertulang Je Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni Satu Famili Boleh Makan

Anak Anak Makan Bahagian Bertulang Je Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni Satu Famili Boleh Makan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 435 hits
Berbanding bahagian dada ayam anak anak lebih suka pada bahagian yang bertulang seperti kepak ayam paha dan sebagainya Sudahnya bahagian isi ayam dibiarkan begitu sahaja Bagi mengelakkan pembaziran berlaku resipi yang satu ini patut anda cu...
Tolak Anwar Sebagai Pm Pembangkang Boleh Bermimpi Kata Pkr

Tolak Anwar Sebagai Pm Pembangkang Boleh Bermimpi Kata Pkr

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 268 hits
Pembangkang boleh bermimpi untuk tidak melihat Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke 15 kata PKR Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata proses peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar p...
Epidural Untuk Kurangkan Sakit Kontraksi Tapi Ada Yang Memandai Kata Boleh Jadi Lumpuh

Epidural Untuk Kurangkan Sakit Kontraksi Tapi Ada Yang Memandai Kata Boleh Jadi Lumpuh

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 398 hits
Mungkin kerana selalu dimomokkan dengan pelbagai cerita kebanyakan ibu yang sudah sampai waktu melahirkan menolak untuk mengambil epidural walaupun keadaan memerlukannya begitu Sesetengah ibu mengatakan epidural menyakitkan ada kesan sakit ...
Boleh Maaf Jika Graduan Um Kesal Dengan Protes Kata Umno

Boleh Maaf Jika Graduan Um Kesal Dengan Protes Kata Umno

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 232 hits
Boleh maaf jika graduan UM kesal dengan protes kata Umno Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Oct 2019 12 59PM
Perjanjian Zon Selamat Syria Boleh Redakan Ketegangan Kata Nato

Perjanjian Zon Selamat Syria Boleh Redakan Ketegangan Kata Nato

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 202 hits
Perjanjian zon selamat Syria boleh redakan ketegangan kata Nato Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Oct 2019
Layan Anak Anak Makan Aiskrim Homemade Hujung Minggu Boleh Sediakan Fruit Yogurt Popsicle Terangkat Ni

Layan Anak Anak Makan Aiskrim Homemade Hujung Minggu Boleh Sediakan Fruit Yogurt Popsicle Terangkat Ni

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 579 hits
Anak anak mana yang tidak sukakan aiskrim Sebut saja hendak belanja aiskrim anak anak merompat keriangan Namun kita sebagai ibu bapa perlulah mengawal pengambilan yang berlebihan Kandungan gula yang tinggi buat ia tidak sihat diambil dengan...
99 Urutan Ini Boleh Kurangkan Kesakitan Doktor Kongsi Terapi Mudah Atasi Sakit Kepala Teruk

99 Urutan Ini Boleh Kurangkan Kesakitan Doktor Kongsi Terapi Mudah Atasi Sakit Kepala Teruk

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 471 hits
Setiap daripada kita pastinya pernah merasai sakit kepala setidak tidaknya sekali sepanjang hayat Sakit kepala ini bukan sahaja boleh menggangu emosi kita malah ianya juga mampu menganggu rutin harian kita Mana tidaknya sakit kepala ini buk...
Tali Pusat Belit Leher Anak Jangan Degil Nak Bersalin Normal Dengar Nasihat Doktor

Tali Pusat Belit Leher Anak Jangan Degil Nak Bersalin Normal Dengar Nasihat Doktor

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 568 hits
Masalah tali pusat terbelit di leher bayi atau nuchal cord adalah perkara yang selalu kita dengari Mengikut kajian kadar kejadian atau insiden tali pusat terbelit dileher bayi semasa kandungan telah cukup bulan ialah 33 35 Hampir 3 5 meliba...
Kenapa Buka Buku Pink Lambat Tak Tahu Ke Awak Pregnant Doktor Terdiam Dengar Jawapan Ibu Hamil Ini

Kenapa Buka Buku Pink Lambat Tak Tahu Ke Awak Pregnant Doktor Terdiam Dengar Jawapan Ibu Hamil Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 474 hits
The ReporterWalau berat dugaan dan cabaran yang ditempuh hidup diteruskan demi membesarkan orang orang yang disayangi Bukan namanya wanita jika dia tidak menanggung segala kesedihan Kadangkala kesedihan itu diselindungi demi orang lain Seor...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025