Anwar Ibrahim Sebaliknya, kata Anwar, beliau boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa PKR yang mereka pulaukan.Mesyuarat biro politik PKR diadakan setiap Rabu dan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermesyuarat pada setiap bulan.Mengulas kehadiran Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi di dua mesyuarat parti itu, Anwar berkata beliau tidak bertanyakan mengenai perkara itu."Saya tidak ada masa nak tanya. Sebab banyak masalah ekonomi yang harus dibereskan,” katanya.Anwar Ibrahim dan timbalannya, Azmin yang didakwa tidak sehaluan sejak kebelakangan ini, mengadakan perjumpaan ringkas di parlimen hari ini.Hadir semasa perjumpaan itu ialah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.Anwar turut memuat naik gambar perjumpaan mereka di halaman Facebook rasminya.Saksi mata yang menyaksikan ketiga-tiga mereka minum bersama itu berkata perjumpaan berkenaan diadakan dalam keadaan yang mesra.Ia berlangsung sekitar 30 minit pagi ini.Hubungan antara Anwar dan Azmin menjadi tegang sejak akhir tahun lalu selepas Anwar melantik pencabar yang dikalahkan oleh Azmin ke dalam pimpinan PKR, dengan alasan keperluan untuk menjadi inklusif.Hubungan itu semakin meruncing pada bulan Jun lalu apabila video seks didakwa mirip Azmin dan seorang lelaki lain mula disebarkan.Azmin menafikan beliau adalah individu dalam video itu dan mendakwa ia adalah satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Anwar pula menafikan sebarang peranan dalam video seks berkenaan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |