Tips Turun Berat Badan Dengan Makanan Rendah Kalori
Tips Turun Berat Badan Dengan Makanan Rendah Kalori. Apa yang buat berat badan berlebihan? Banyak makan atau lebih makan? Ada juga orang yang makan banyak tetapi kekal langsing dan sihat. Ada pula yang makan sikit-sikit tetapi berat badan tak turun. Apa cerita? Stress tak? Memanglah stress.. selagi kita nak turunkan berat, selagi itu berat makin naik..😅😅😅
Oleh itu, kita kenalah amalkan pengambilan jumlah makanan yang betul, kandungan zat yang bersesuaian dengan tubuh kita demi untuk mendapatkan kesihatan terbaik dalam jangka panjang. Janganlah melantak tak ingat dunia ketika muda kerana kesannya akan di alami ketika usia menginjak tua. Tanam azam dalam diri untuk mengambil makanan yang mengandungi jumlah protein, karbo dan sebagainya dan yang penting makanlah dari sumber halal
Tips Turun Berat Badan Dengan Makanan Rendah Kalori
Semua orang impikan badan yang kurus tetapi menyihatkan, makan secara seimbang dan ambil makanan yang betul untuk sihat. Kalau fanatik makan ubat kurus tetapi tak berkesan, kita juga yang murung nanti. Duit habis tetapi badan jadi tak sihat kerana pengambilan bahan-bahan kimia dalam ubat kurus yang tak diketahui kandungannya
Berbanding jika kita ambil makanan yang kita suka tetapi pilih jumlah makanan dengan betul dan sesuai dengan tubuh kita.
Makanan rendah kalori termasuklah:
Protein:
Ikan lautDada AyamTelurTempeTauhuDaging tanpa lemak
Sayuran:
SaladBrokoliBunga kobisBawang dan ciliBayamUlam-ulaman
Karbo:
Ubi keledekLabu kuningBeras perangQuinoaRoti wholemealPasta wholemeal
Dah nampak jelas dan terang makana rendah kalori yang kita boleh ambil? Jadi, makan dengan betul dan ambil makanan yang seimbang untuk kurus.
Mengambil makanan dengan kadar yang betul dan sesuai dengan tubuh kita adalah cara terbaik untuk kekal sihat dan dijauhi dari kalori yang berlebihan
Semoga bermanfaat
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/10/tips-turun-berat-badan-dengan-makanan.html