Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari


Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari. hi there, memiliki sebuah blog memerlukan pemiliknya untuk rajin menulis, meng-update atau mengemaskinikan blog tersebut. Namun, tidak semua pemilik blog mempunyai masa lapang untuk menulis blog setiap hari. 
Nah, apa perlunya anda memiliki blog kalau tiada masa untuk menyajikan artikel artikel terbaru atau menulis entry terkini? Oh ya, malas dan tiada masa kerana kesibukan urusan lain itu dua perkara berbeza. 
Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari
Kalau MALAS, maka berusahalah untuk merajinkan diri, tetapi kalau TIADA MASA, apa kata kita berusaha mencari masa untuk menulis walaupun barang sepuluh ke dua puluh minit setiap hari. 
Jadi, hari ini mrs pip ingin kongsikan sedikit idea tips menulis blog 20 minit setiap hari , semoga idea ini bermanfaat untuk semua, tidak kiralah sama ada anda malas, tiada masa, atau mungkin tiada idea bagaimana untuk mencari masa menulis, mungkin idea menulis blog 20 minit setiap hari boleh membantu anda

tips pantas menulis blog 20 minit setiap hari 
Baca sampai habis, kalau ada idea yang rasanya boleh ditambah, jangan segan segan untuk meninggalkan komen anda di ruang komen di bawah ok

6 Cara Menulis Blog Ringkas dan Cepat Hanya 20 Minit Setiap Hari
☀ Anda ingin menulis blog, tetapi tiada idea untuk menulis. Cuba fikirkan apa yang berlaku kepada anda dalam bulan tersebut, atau dalam minggu tersebut, atau dalam hari tersebut. Contohnya : Kasut tinggi aku patah ketika menuruni tangga
Ini boleh dijadikan cerita pendek. Tulislah tentang kasut tersebut, mungkin itu kasut kegemaran anda , mungkin itu kasut yang dihadiahkan oleh suami tercinta, atau kasut idaman yang anda beli setelah bersusah payah mengumpul duit hasil blogging misalnya.

Di mana kasut tu patah, mungkin time turun tangga ofis, turun tangga di stesen LRT, mungkin time anda sedang mengejar bas kerana lewat ke tempat kerja … ahhhh, hanya kerana gara gara sepasang kasut, banyak yang anda boleh cerita di blog


☀ Sebelum anda tidur, atau ketika menunggu train LRT, MRT dan sebagainya, anda boleh drafkan dulu cerita anda. Cuba berusaha peruntukkan masa paling minimum 20 MINIT setiap hari untuk menulis idea anda. 
mrs pip lebih senang menggunakan GOOGLE DOC ketika membuat draf blog. Senang untuk diEdit, diCUT, diCopy, dimasukkan sebarang link, sebarang gambar.

Dan lagi seronok, mudah untuk melihat WORD COUNT kerana target mrs pip setiap kali menulis blog, satu entry minimum 500 patah perkataan. Tetapi untuk entry singkat seperti berkongsi resepi mudah, sekitar 300patah perkataan sudah memadai bagi mrs pip. Jadi, terpulang kepada anda target patah perkataan yang anda ingin tulis

Katakan anda ada IDEA menulis, tulislah dulu dalam bentuk POINT, jangan biarkan idea anda hilang di celah celah awan (hehehe) di bawa angin taufan.

PASTIKAN idea anda kekal di dalam ingatan anda dengan cara membuat POINT di dalam GOOGLE DOC atau di mana-mana template note untuk mendraf idea tersebut

Anda mungkin pada waktu itu tidak punya banyak waktu untuk mengembangkan ayat-ayat anda , tidak mengapa … setiap hari , luangkan lagi 20 minit untuk kembangkan ayat-ayat anda sehingga menjadi artikel menarik untuk blog anda

Setiap kali anda praktis menulis sekurang-kurangnya 20 minit, maka anda telah melatih diri anda untuk konsisten memberikan sedikit waktu untuk menulis , lama-lama ianya akan jadi kebiasaan. Praktis praktis praktis dengan kaedah ini untuk membantu anda menulis entry di blog


☀ Tidak semestinya PUBLISH entry setiap hari Ya, anda tidak semestinya publish entry anda setiap hari. Anda luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari menDRAF cerita anda, mungkin selepas dua hari atau tiga hari, cerita yang anda draf telah siap, maka anda bolehlah PUBLISH entry tersebut. 
Lakukan hal sebegini sebagai rutin, dalam seminggu anda mungkin mampu menyediakan 2 entry, nah ini lebih baik berbanding anda tiada entry langsung

Ada SIFU yang memberikan idea selain kekal konsisten menulis, entry boleh diPUBLISH pada hari-hari tertentu. Ini untuk membuatkan pembaca setia blog anda tahu pada hari apakah entry terbaru akan diPUBLISH

Contohnya: Publish entry 2x seminggu, setiap hari Isnin dan Khamis, atau 3x seminggu l, setiap hari Isnin, Khamis dan Sabtu. 
Terpulang kepada anda. Pilihan masing-masing. Tapi ini hanya sebahagian daripada apa yang mrs pip pernah baca di blog sifu sifu blogger agar membiasakan entry diPUBLISH pada sekian-sekian hari dan dijadikan kebiasaan untuk pembaca tahu pada hari tersebut ada entry terbaru untuk menjadi tatapan mereka


☀ Tulis entry singkatAnda ingin publish entry pada hari berkenaan tetapi draf belun siap? Tulis entry singkat beserta gambar yang menarik seperti quote of the day, nasihat-nasihat menarik, life hacks, simple tips, short info, simple recipe, dan sebagainya.

chilled chocolate cheese cake 
tulis resepi yang anda pernah buat pun ok juga, so ada sesiapa nak makan kek coklat cheese tanpa perlu dibakar di oven? hanya sejukkan sahaja di peti sejuk beberapa jam, dan anda sudah boleh memakan kek tersebut ...

nak resepi, hanya perlu klik resepi chilled chocolate cheese cake   😉
☀ Manfaatkan PinterestTiada idea bagaimana untuk dapatkan idea menulis blog? Gunalah PINTEREST.

Kredit: Rockitmama.com

Anda pasti akan mendapat banyak idea menarik di Pinterest. Anda ada Pinterest? Jom kita exchange follow2follow di Pinterest

Follow akaun Pinterest mrs pip di www.pinterest.com/mrspip18
Di Pinterest, mrs pip suka pin informasi yang berkaitan dengan parenting dan diet 😉

Selain Pinterest, anda boleh mencari idea di Twitter atau Tumblr. Ramai yang retweet perkara menarik di Twitter, jadi kenapa tidak anda menulisnya di entry blog. Mudahkan


☀ Tulislah dengan gaya anda sendiri, jangan rasa tertekan. Blogging bukan untuk anda stress.Anda melihat rakan-rakan blogger anda menulis dengan ayat-ayat yang panjang, skema, mengikut cara penulisan SEO, memasukkan keywords, dan sebagainya

Jangan rasa tertekan. 
Biarkan saja mereka menulis cara mereka, dan anda menulis cara anda. 
Tiada salahnya menulis tanpa SEO, tanpa keywords kerana pada waktu ini, anda hanya ingin menulis sesuatu yang singkat, anda hanya ada masa 20 minit untuk menulis entry. 
Apabila anda sudah terbiasa menulis selalu, lambat laun anda pasti akan menulis sesuatu yang panjang, dan pada waktu itu, ambil sedikit masa untuk faham tentang SEO, keywords, SERP, dan lain lain lagi

Anda suka menulis, jadi jangan stress sama sekali. 
Tulislah hal-hal yang menggembirakan anda. 
Apabila anda ada masa yang banyak di lain waktu, anda boleh pada bila-bila masa mengEDIT entry anda , menambah baik cerita anda, memasukkan keywords, menulis menggunakan rule of SEO, dan meREPUBLISH entry tersebut.

tips menaikkan pageviews blog
sedikit selingan : mrs pip ada menulis entry tips menaikkan pageviews blog , jemputlah baca, semoga bermanfaat untuk semua.

Slowly but surely kalau anda berusaha untuk menulis entry blog, pasti blog anda akan meriah dengan cerita-cerita menarik. Pokok pangkalnya, jangan malas, jangan bagi alasan tiada masa padahal anda boleh saja memberikan 20 minit sehari untuk menulis / mendraf entry blog anda. 
Jadi bagimana pendapat anda mengenai tips 20 minit menulis blog setiap hari ini? Anda bersedia menyahut cabaran untuk menulis sesuatu setiap hari selama 20 minit?

4 perkara yang anda perlu ingat tips pantas menulis blog 20 minit setiap hari📝 tak perlu publish entry setiap hari, hanya perlu drafkan dulu cerita anda. Apabila cerita dah siap, baru publish.
📝tak perlu tulis panjang panjang pada peringkat awal. Cerita pendek, padat dan menarik sudah memadai, disertakan gambar yang berkaitan dengan entry tersebut.
📝 usahalah menulis / mendraf cerita setiap hari, sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari, lama-lama anda terbiasa dan anda insya allah akan konsisten menulis. 
📝 menulislah dengan hati yang gembira, setiap kita pasti ada cerita yang ingin kita kongsikan. Kongsilah cerita yang menarik dan bermanfaat. 
Siapa tahu, mungkin anda akan jadi the next top blogger kan. 
(mrs pip angan angan nak jadi macam Problogger ataupun Neil Patel. Walaupun seperti jauh langit dari bumi, tidak salah untuk berangan sambil menggali ilmu blogging)
Till then, xoxo

Happy Blogging

Cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2019/10/tips-pantas-menulis-blog-setiap-hari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Berpakaian Wanita Bergaya Dengan Skirt Ketat Dan Kasut Tinggi Ke Pejabat Setiap Hari

Lelaki Berpakaian Wanita Bergaya Dengan Skirt Ketat Dan Kasut Tinggi Ke Pejabat Setiap Hari

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 480 hits
Seorang lelaki bernama Mark Bryan menjadi topik hangat kerana cara dia berpakaian Gaya pakaiannya diperdebatkan secara dalam talian kerana dia suka memakai skirt dan kasut tumit tinggi setiap hari untuk bekerja Gambar Mark dengan pakaian ke...
Cara Mudah Menghasilkan Blog Mesra Seo Ikuti 4 Tips Mudah Ini

Cara Mudah Menghasilkan Blog Mesra Seo Ikuti 4 Tips Mudah Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 389 hits
Salam to all readers Sebenarnya kan dah lama sangat aku godek godek cari gali berkenaan SEO ini SEO ini singkatan bagi Search Engine Optimization dalam melayu dia dipanggil Pengoptimuman Enjin Carian Rata rata blogger sekarang memang dah mu...
8 Tip Buat Online Seller Dapatkan Sales Setiap Hari

8 Tip Buat Online Seller Dapatkan Sales Setiap Hari

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 346 hits
Untuk online seller yang baru start meniaga tetapi tak ada sales Ini ada tip mudah untuk dapatkan sales setiap hari jom kita selongkar1 Apapun yang kita buat letakkan Allah no 1 Selalu buat solat dhuha amalkan waqiah selalu bersedekah walau...
Muka Anak Bengkak Lepas 3 Hari Tahan Sakit Gigi Suka Makan Manis Tak Berus Gigi Setiap Hari Jadi Punca

Muka Anak Bengkak Lepas 3 Hari Tahan Sakit Gigi Suka Makan Manis Tak Berus Gigi Setiap Hari Jadi Punca

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 450 hits
Masalah gigi dan kanak kanak itu memang sinonim Gigi berlubang dan juga karies gigi sering menjadi kerisauan ibu dan ayah Justeru amat penting untuk mula menjaga kesihatan mulut dan gigi si kecil sejak dari awal usia Biasakan diri dengan me...
Bagaimana Saya Boleh Menulis Di Blog Dalam Kesibukan Saya Sebagai Ibu Advisor Dan Mompreneur

Bagaimana Saya Boleh Menulis Di Blog Dalam Kesibukan Saya Sebagai Ibu Advisor Dan Mompreneur

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 424 hits
As salammualaikum Sebenarnya saya terasa untuk menulis entry ini kerana ada beberapa orang kenalan yang bertanya dengan soalan yang sama bagaimana saya bahagi masa boleh menulis blog dengan rutin harian lagi termasuklah menguruskan hal hal ...
5 Tips Menaikkan Pageviews Blog

5 Tips Menaikkan Pageviews Blog

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 323 hits
5 TIPS menaikkan pageviews blog hi there Ini adalah beberapa TIPS menaikkan pageviews blog Selepas Google melakukan perubahan algorithm secara besar besaran pada sekitar Jun 2019 ramai blogger berdepan dengan masalah penurunan PV secara ket...
Baca Doa Ini Setiap Hari Pagi Dan Sore Agar Terhindar Dari Musibah Dan Bala

Baca Doa Ini Setiap Hari Pagi Dan Sore Agar Terhindar Dari Musibah Dan Bala

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 380 hits
Datangnya suatu musibah dan bala tidak ada satu orang pun yang mengetahui kapan itu akan terjadi Namun dengan berdoa setiap hari pagi dan sore kepada Allah SWT Maka kita senantiasa akan terhindar dan terlindungi dari musibah dan bala maupun...
Rakyat Menanti Sidang Media Khas Ismail Sabri Setiap Hari

Rakyat Menanti Sidang Media Khas Ismail Sabri Setiap Hari

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 346 hits
Bicara MentariKhamis 22 Oktober 2020 23 15RAKYAT MENANTI SIDANG MEDIA KHAS ISMAIL SABRI SETIAP HARI Dalam keadaan serangan wabak Covid 19 yang masih bertali arus rakyat sentiasa menanti perkembangan terkini apa yang berlaku terutama tindaka...
Bukannya Setiap Hari Itu Indah Belaka

Bukannya Setiap Hari Itu Indah Belaka

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 327 hits
DAY 195 Warna baju Hitam maybank kata en Hubby DAY 196 Warna baju Green Mint Ibu kenapa tak pakai baju warna pink dah Bila tiba tiba dak Adik bertanya Saja nak tukar pakai baju warna lain Kenapa dik Biasa kan ibu pakai baju pink dah tak mua...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat