Rakyat Menanti Sidang Media Khas Ismail Sabri Setiap Hari





Bicara Mentari

Khamis, 22 Oktober 2020 23:15
RAKYAT MENANTI SIDANG MEDIA KHAS ISMAIL SABRI SETIAP HARI

Dalam keadaan serangan wabak Covid-19 yang masih bertali arus, rakyat sentiasa menanti perkembangan terkini apa yang berlaku, terutama tindakan yang perlu diambil atau dilakukan oleh rakyat untuk melawan musuh yang tidak nampak tetapi ada di mana-mana itu.

Rakyat juga ternanti-nanti apa tindakan kerajaan untuk menyelamatkan nyawa seluruh penduduk dan perkembangan berkaitan ekonomi, pekerjaan dan apa-apa yang telah, sedang dan akan dilakukan demi kesejahteraan rakyat.

Untuk itu, kerajaan perlu mempunyai saluran khusus dalam menyebarkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa. Memandangkan isu Covid-19 melibatkan keseluruhan sistem pentadbiran dan aktiviti kehidupan rakyat dari segi pekerjaan, sosial, keagamaan, ekonomi dan sebagainya, apa-apa tindakan dari pihak kerajaan dan rakyat perlu diseragamkan agar tidak berlaku kesilapan arahan dan tindakan disebabkan masing-masing kementerian atau jabatan memberi arahan dan rakyat pula mengambil tindakan tanpa mengikut prosuder yang sepatutnya diikuti.

Melihat kepada keseluruhan isu ini, maka kabinet telah menetapkan atau melantik individu tertentu dalam menyampai berita situasi semasa, arahan dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk makluman kepada rakyat dan apa tindakan yang perlu dilakukan.

Dalam hal ini, kabinet telah menugaskan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Keselamatan yang juga Menteri Pertahanan dalam menyampaikan berkaitan isu dan dasar kerajaan dalam menangani isi Covid-19. Manakala, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan pula bertanggungjawab perkembangan terkini mengenai wabak dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.

Memandangkan wabak Covid-19 tersebar begitu cepat dan sebarang tindakan juga perlu dilakukan dengan cepat kerana melibatkan nyawa rakyat, maka sebarang perkembangan mengenainya perlu dilakukan dengan pantas.

Dan, bagi memastikan setiap perkara yang disampaikan kepada rakyat adalah tepat dan sahih, maka pendekatan mengadakan sidang media rasmi harian adalah kaedah paling tepat.

Apa yang disampaikan itu adalah keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi pihak yang dipertanggungjawabkan mengendalikan acaman Covid-19 ini iaitu Majlis Keselamatan Negara yang dianggotai oleh Perdana Menteri, menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan.

Malang sekali apabila tindakan tepat pihak kerajaan mengadakan sidang media khas yang disampaikan oleh Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dianggap sebagai tidak perlu dan perlu dihentikan.

Malah, tindakan penting kerajaan itu diminta agar diberhentikan kerana didakwa semakin banyak penjelasan diberikan, rakyat menjadi semakin keliru.

Saranan dangkal Hannah Yeoh, ahli Parlimen DAP, menganggap sidang media harian dibuat oleh Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai mempromosi baju dan pameran rak, bukti nyata pemimpin pembangkang tidak memahami denyut nadi rakyat yang inginkan maklumat terkini dari pemimpin negara berkaitan wabak Covid-19. Kalau boleh, rakyat ingin sidang media itu dilakukan dua tau tiga kali sehari untuk mendapat maklumat terkini.

Hannah seperti ciapan di akaun Twitter beliau pada 21 Oktober menganggap sidang media Dato Sri Ismail Sabri Yaakob tidak memberi substantif membantu rakyat.

Hannah sebenarnya lupa ketika Covid-19 baharu merebak dahulu dalam era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) apabila rakyat menjadi haru biru dan cemas disebabkan tidak ada penyatuan maklumat dari pihak kerajaan.

Ketika itu, pemimpin PH masing-masing sibuk ingin bercakap mengenai Covid-19 mengikut kementerian masing-masing sehingga banyak berlaku percanggahan fakta dan arahan.

Sebaliknya, pada era Perikatan Nasional (PN) hanya seorang menteri dipertanggungjawabkan bercakap mengenai Covid-19, menjadikan ia lebih bersasar, tepat dan berautoriti. Tugas itu diserahkan kepada Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, selari dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Kanan (Keselamatan).

Kepada Hannah berpada-padalah dalam berpolitik. Jangan jadikan perkara betul menjadi salah hanya mengikut kaca mata sempit pihak pembangkang. Pemimpin pembangkang sepatutnya berganding bahu dengan pihak berwajib dalam memerangi wabak Covid-19, bukannya mencipta dakwaan yang mencerminkan kedangkalan pemikiran pemimpin pembangkang.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2020/10/frh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Dinasihat Semak Setiap Maklumat Ismail Sabri

Rakyat Dinasihat Semak Setiap Maklumat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 327 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai perbualan beliau dan rakan politik lain yang mencadangkan pembubaran Parlimen Tangkap layar yang kononnya kumpulan WahatsApp KETUA2 BHG UMNO ...
Ismail Sabri Diminta Henti Sidang Media Sebab Nak Sh0w 0ff Barang Di Rak Sekali Dia Sound Balik

Ismail Sabri Diminta Henti Sidang Media Sebab Nak Sh0w 0ff Barang Di Rak Sekali Dia Sound Balik

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 376 hits
LUPAKAN perbezaan politik Demikian jawab Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung gesaan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh agar dia menghentikan sidang media harian jika tiada pengumuman substanstif yang dapat mem...
Sidang Media Khas Anwar Ibrahim Selepas Menghadap Agong Pada Jam 2 00 Petang Ini

Sidang Media Khas Anwar Ibrahim Selepas Menghadap Agong Pada Jam 2 00 Petang Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Komunikasi Keadilan Fahmi Fadzil memaklum bahawa satu sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting pasca sesi mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pet...
Anwar Adakan Sidang Media Khas Jam 2 Petang

Anwar Adakan Sidang Media Khas Jam 2 Petang

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 248 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media khas pada jam 2 petang di sebuah hotel di ibu negara susulan pasca sesi beliau menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pagi tadi Satu pengumuman penti...
Berhenti Adakan Sidang Media Harian Jika Tiada Pengumuman Yang Dapat Membantu Rakyat Hannah Yeoh

Berhenti Adakan Sidang Media Harian Jika Tiada Pengumuman Yang Dapat Membantu Rakyat Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 218 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa berhenti mengadakan sidang media harian sekiranya tiada pengumuman substanstif yang dapat membantu rakyat Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata sidang media bukanlah tempat untuk memp...
Selesai Menghadap Anwar Enggan Beri Komen Sidang Media Petang Ini

Selesai Menghadap Anwar Enggan Beri Komen Sidang Media Petang Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 252 hits
Firdaus AzilOktober 12 2020 20 55 MYTUsaha media mendapatkan sebarang komen daripada Ahli Parlimen Port Dickson itu gagal Gambar fail BACA
Najib Setiap Langkah Perlu Ambil Kira Kepentingan Rakyat

Najib Setiap Langkah Perlu Ambil Kira Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 325 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul RazakNajib Razak mengingatkan kerajaan bahawa setiap langkah yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan rakyat Jelasnya rakyat semakin tersepit dengan keadaan yang tidak menentu dan tidak stabil Rakyat maki...
Ismail Sabri Cmco Necessary To Curb Spike In Cases

Ismail Sabri Cmco Necessary To Curb Spike In Cases

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 325 hits
PUTRAJAYA Throughout the conditional movement control order imposed in two states and two federal territories inter district travel will not be allowed and those who need to travel for work will have to obtain letters of permission from the...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching