Cara Mudah Menghasilkan Blog Mesra Seo Ikuti 4 Tips Mudah Ini
Salam to all readers,
Sebenarnya kan, dah lama sangat aku godek-godek, cari gali berkenaan SEO ini. SEO ini singkatan bagi Search Engine Optimization dalam melayu dia dipanggil Pengoptimuman Enjin Carian. Rata-rata blogger sekarang memang dah mula pakai template mesra SEO. Sebab apa ramai yang cenderung guna blog SEO? Salah satu sebab utama adalah untuk menjana pendapatan menerusi blog. Untuk yang betul-betul nak fokus buat duit dengan blog SEO inilah salah satu main utama yang kita kena cari gali.
Bukan itu sahaja, SEO ini sedikit sebanyak berfungsi membantu mempromosikan dan tingkatkan traffic blog hanya dengan menggunakan keyword (kata kunci). Kena rajin guna keyword yang yang memang orang akan cari. Boleh refer google trend untuk search keyword yang sesuai mengikut peredaran semasa.
Kena blog merupakan sumber carian utama? Tak perlu tanya orang lain, cuba tanya pada diri kita sendiri, apa-apa kita google benda utama yang akan keluar pada carian google adalah laman blog. Sebagai contoh Tajuk entry "Resepi Kek Batik" korang boleh ubah kepada Resepi Mudah Buat Kek Batik / Resepi Kek Batik Mudah Tanpa Menggunakan Telur. Perkataan Mudah merupakan keyword orang akan guna untuk search di google. Sebenarnya keyword ini pun kena try and error. Bukan sekali up entry, terus mencanak naik pageview. Kena rajin cari gali. Tujuan orang orang buat blog mesra SEO ini ada 2 sebab sahaja;
First untuk penjenamaan / personal branding: supaya orang lebih kenal akan kedudukan blog kita. Main utama kenapa orang memilih blog SEO.
Kedua, mampu dapatkan organik traffic. Tak dapat dinafikan bila blog mesra SEO ini sedikit sebanyak memberi kesan positif terhadap traffic blog. Maksudnya disini ia lebih mudah untuk tembus dalam engine cari google ataupun mana-mana web search. Menarik kan? Paling penting kena rajin explore.
Kredit: Pinterest
Kalau ikutkan aku sendiri masih dalam proses pembelajaran untuk mendalami ilmu SEO. Ada orang lagi pro tak bab SEO ini. Tak mengapalah aku SHARE mana yang yang aku boleh share pada korang semua.
Bagi mereka yang dah ada blog SEO ataupun baru berjinak-jinak untuk kenali dunia blog SEO ini boleh ikuiti 4 tips mudah ini:
Tips 1: Tajuk Artikel Harus Mesra SEO / Bina Artikel yang Unik
Pada mereka yang baru bina blog elakkan tulis tajuk artikel yang pendek. Contohnya "Daftar UPU" sebab apa? Sebab ramai persaing blog yang hebat-hebat diluar sana dan blog korang kemungkinan besar tidak boleh tembus pada 5 page pertama. Lebih baik tukarkan tajuk artikel kepada "Step By Step Mendaftar UPU dengan Mudah".
Dulu aku pernah join contest mesra SEO tapi failed. Sebab bersaing dengan orang handal-handal. Mana tidaknya tajuk entry lebih kurang sama yang membezakannya adalah kualiti artikel tersebut. Bila sedap artikel yang kita tulis ramailah orang SHARE, LIKE sedikit sebanyak artikel tersebut mampu tingkatkan traffik blog. Jadi, dekat sini kena rajin explore blog SEO, tengok cara pengolahan dan cara mereka menghasilkan content yang berkualiti
Tips 2: Artikel Berkualiti & Panjang
Kalau zaman aku sekolah menengah, blog memang tengah hot gila waktu. Mostly blog lifestyle seperti Fatin Liyana, Cik Epal, Maria Elena mostly berkisah lifestyle mereka. Now, peredaran dah berubah, orang lebih cenderung untuk cari tips, resepi, pengalaman yang mampu membantu kehidupan harian mereka. Tambahan pula, orang yang bina blog mesra SEO ini kena rajin. Rajin apa? Kena rajin menghasilkan entry panjang-panjang, lagi panjang korang taip lagi suka Google dekat korang. Bukan mudah tau nak taip entry panjang-panjang ini tau, ia merupakan 1 cabaran juga bagi seorang blogger. Kalau taip panjang-panjang tapi tak ada point pun susah juga. Jadi kena rajin cari gali content yang mampu menambat hati orang.
Content artikel make sure lebih daripada 500 huruf. Bolek praktikkan gunakan tajuk atau kata kunci sebagai permulaan cerita. Jangan lupa bold kan keyword korang. Cipta keyword yang berkuliati untuk tempek dalam artikel korang, boleh cuba google keyword apa yang sesuai dengan tajuk artikel yang korang nak taip tu
Tips 3: Rajin Up Artikel di Blog
Dah nama pun blog mesra SEO kenalah rajin up artikel. Lagi-lagi yang masih baru berjinak-jinak dalam dunia SEO. At least 1 hari 1 artikel, jangan seminggu 1 posting, jenuhlah nak maintain dan dapatkan traffic yang molek. Kadang-kadang time kita buka blog punyalah payah nak dapatkan idea untuk menaip. Bila tak buka bukan main banyak benda air mencurah-curah nak kongsikan. Apa yang aku praktikkan sekarang, kalau aku ada idea aku cepat-cepat buat note dalam buku note aku tak pun buat note dalam phone. Sekarang zaman canggih, draft je dulu, kemudian tacap balik content kau tu bagi nampak POWERFULL gitu.
Sekiranya dah pro nanti, boleh je kalau nak up 1 artikel dalam sebulan pun tak mengapa. Makesure, waktu tu traffic dah betul-betul padu. Kalau masih dalam proses pembelajaran kena rajinkan diri up artikel yang berkualiti dalam blog
Tips 4: Template Blog Mesra Mobile
Ini salah satu benda penting juga. Mostly orang yang berkunjung ke blog kita menggunakan mobile user. Berapa % la sangat orang yang buka PC semata-mata nak buka blog melainkan waktu tu memang dia memang buka PC/laptop. Jadi pastikan template yang korang pilih tu mesra mobile. Mesra mobile maksudnya bila akses ke blog cepat sahaja masuk, tiada mengambil masa yang lama untuk akses. Korang juga boleh tetapkan samada viewing dalam phone tu nak rupa macam mana samada sama seperti bila view di desktop pun boleh ataupun show entry sahaja (if tekan mobile viewing)
Rasanya ini sahaja yang dapat aku kongsikan berkenaan 4 Tips Mudah untuk Menghasilkan Blog Mesra SEO bagi mereka yang ingin tingkatkan traffic di blog mahupun website korang. Selamat mencuba
Thank you for reading
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2020/10/cara-mudah-menghasilkan-blog-mesra-seo.html