Muka Anak Bengkak Lepas 3 Hari Tahan Sakit Gigi Suka Makan Manis Tak Berus Gigi Setiap Hari Jadi Punca


Masalah gigi dan kanak-kanak itu memang sinonim. Gigi berlubang dan juga karies gigi sering menjadi kerisauan ibu dan ayah. Justeru amat penting untuk mula menjaga kesihatan mulut dan gigi si kecil sejak dari awal usia.
Biasakan diri dengan membawa anak-anak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan berkala, jadikan rutin memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan gigi anak rosak juga harus dielakkan.
Apa yang dikongsikan oleh seorang doktor gigi, Dr Azila Mohd Kassim menerusi Facebook Happy Baby Foods Malaysia tentang seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami masalah karies gigi yang teruk.

Kanak-kanak ini sudah menahan sakit hampir 3 hari dan turut menyebabkan bengkak di kawasan muka dan mata.
Dah 3 Hari Anak Mengadu Sakit Gigi Atas
Kisah tadi tak lengkap. Saya kongsikan semula yg versi penuh.
Sebab inilah kami #adminhbfm asyik cakap pasal kebersihan oral. Asyik cakap pasal ORAL STIMULATION. Asyik cakap tak apa anak meraung melalak sebab gosok gigi. Asyik cakap kena bersihkan sejak anak dlm pantang. Asyik beritahu BAWA ANAK CHECKUP BILA ADA 1 batang gigi naik. Tak payah tunggu penuh gigi dia bru bawak. Tak payah bg alasan nurse KK tak cakap pun kena check gigi, itu bukan anak nurse kk tu, itu anak awak, kena sendirilah cakna 
Tapi bila cakap, ada pulak tak percaya. Kata “eleh mana ada bebudak sakit gigi teruk teruk”
So ambillah pedoman dan iktibar ini!
——————————————————————————————————
“Ini doktor Azila ke?” Aku menjawab “ya, saya..”.
Beliau bertanya lagi “Boleh jumpa doktor terus di klinik tak?”
Kepala aku ligat berfikir, seingat aku berderet temujanji aku pagi ini.
Maka aku jawab sambil tersenyum “Cik, boleh terus telefon klinik untuk temujanji”.
Tiba-tiba dia menarik seorang budak perempuan kecil lantas ditunjukkan mukanya pada aku.
Astaghfirullahalazim.. tergamam aku, terus aku cakap “Naik atas terus, saya periksa”
Setelah masuk di bilik surgeri, begini ceritanya. Ibu bapa muda ini memberitahu anaknya sakit gigi belah kanan atas mulai 3 hari lalu.
Hari pertama :
Mula-mula mereka membawa ke klinik gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar.
Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf. Tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak.
Doktor klinik gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik.
a) Syrup Amoxycillin 3ml 3 kali sehari. b) Syrup Paracetamol 3ml 3 kali sehari. Hari kedua:
Pada hari tersebut ibu bapa membawa anak ke klinik gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi.
Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus, kerana beliau memberi temujanji untuk rawatan pulpotomi. Aku berfikiran mungkin temujanji doktor tersebut penuh.

Muka Jadi Bengkak, Diagnosis Sebagai Facial Cellulatis
Doktor klinik gigi B memberi pula ubat tambahan :
a) Syrup Metronidazole 8ml 3 kali sehari. Mereka pulang, tiba-tiba malamnya muka anak menjadi bengkak sebegini (rujuk gambar).
Umur pesakit 5 tahun. Kasihan sungguh, wajahnya.. pipi bawahnya bengkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Tertutup mata kanan pesakit !
Keadaan ini di diagnosis sebagai “FACIAL CELLULITIS”.
Sesi soal siasat oleh doktor Azila dijalankan seperti biasa. Hasil temubual dengan ibu bapa adalah :
Sering memberi makanan manis iaitu ‘kinderjoy’ setiap pagi. Pesakit juga kerap makan makanan yang manis-manis belaka. Tidak mengamalkan rutin wajib memberus gigi anak setiap hari. Tidak membawa anak untuk jumpa doktor gigi secara berkala. Kisah pesakit ini telah mendapat ‘consent’ ibu bapa untuk disiarkan.
Ini bertujuan memberi peringatan berguna buat ibu bapa lain supaya tidak mengabaikan kebersihan gigi anak kecil kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku, hanya kerana gigi tidak dibersihkan setiap hari dan pengambilan makanan manis.

Ramai ibu bapa tidak faham.
Tidak faham bahawa memberi makanan minuman manis adalah musuh utama mulut anak. Ini mengakibatkan gigi rosak. Tidak faham bahawa bersihkan gigi anak itu penting. Jangan sampai gigi anak berkaries, mengadu sakit baru jumpa doktor gigi. Adakah kita mahu anak kita berkeadaan sebegini? Kerana sikap kita yang sambil lewa gigi anak rosak, gusi bengkak kemudian muka bengkak.
RAWATAN KECEMASAN PESAKIT
Setelah saya berbincang dengan doktor Pakar Pergigian Kanak –Kanak, pesakit saya ini :
Saya preskripsi : a) Syrup Augmentin 5.3ml 2 kali sehari. b) Syrup Paracetamol 5.3ml 4 kali sehari. (Dos ubat – ubat yang diberi mengikut berat badan pesakit)
UBAT YANG DOKTOR GIGI BERI SEBELUM INI DIHENTIKAN SERTA MERTA.
Pemantauan berkala oleh ibu bapa, selagi anak boleh makan dan minum, tidak perlu pergi Bahagian Kecemasan Hospital. Kebetulan ketika itu cuti umum 2 hari Ahad hingga Isnin.
Hari ketiga iaitu Selasa, pesakit berjumpa aku semula. Alhamdulillah.. muka sudah surut bengkak. Gigi geraham susu yang menyebabkan bengkak tersebut, terpaksa aku cabut.
KENAPA DOKTOR CABUT GIGI TERSEBUT?
Jawapannya : Agar gigi berkaries tersebut tidak menjadi punca infeksi, bengkak BERULANG SEMULA. Sekiranya terjadi situasi begini ia boleh MEMBAWA MAUT!
KENAPA ?
Saya terangkan di sini.
Gusi yang bengkak, bakteria boleh merebak kedalam otak. Keadaan dikenali sebagai SEPSIS.
Sepsis adalah keadaan dimana jangkitan disebarkan melalui darah disebabkan sistem pertahanan badan perlu bekerja lebih masa untuk melawan jangkitan.
Bahan kimia yang dikeluarkan dalam aliran darah untuk melawan jangkitan mencetuskan tindak balas keradangan di seluruh badan sekali gus ia merosakkan sistem organ.
Malah sepsis boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti masalah buah pinggang, paru-paru, otak dan jantung hingga menyebabkan kematian.
HUBUNGAN ANTARA SEPSIS DAN JANGKITAN GIGI
Apabila berlaku jangkitan gigi, ia boleh menyebabkan pulpa (gigi bahagian tengah) dijangkiti.
Pulpa ini adalah bahagian gigi yang mengandungi saluran darah, tisu penghubung dalam saraf besar.
Jika jangkitan berlaku, bakteria boleh keluar dari gigi ke tulang atau tisu bawah.

TANDA-TANDA JANGKITAN DALAM MULUT.
Nafas busuk. Rasa pahit dalam mulut. Demam. Sakit gigi. Gigi lebih sensitif. Gusi bengkak. Kelenjar bengkak pada leher. Bengkak rahang. Sekiranya anda atau anak anda mengalami tanda-tanda diatas, sila SEGERA ke hospital untuk rawatan yang sepatutnya.
Sekian, semoga bermanfaat.
Doktor gigi Azila MK
Klinik Pergigian Azila Bangi
Credit : Azila MK via Happy Baby Foods Malaysia
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Muka Anak Bengkak Lepas 3 Hari Tahan Sakit Gigi. Suka Makan Manis & Tak Berus Gigi Setiap hari Jadi Punca appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/muka-anak-bengkak-lepas-3-hari-tahan-sakit-gigi-suka-makan-manis-tak-berus-gigi-setiap-hari-jadi-punca/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penangan Gigi Susu Muka Anak Tini Ariffin Bengkak Teruk Terpaksa Jalani Pembedahan

Penangan Gigi Susu Muka Anak Tini Ariffin Bengkak Teruk Terpaksa Jalani Pembedahan

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 435 hits
Sakit gigi bukan sebarangan sakit Bagi yang pernah mengalaminya pasti merasa sengsara bahkan tidak boleh tidur malam dek penangannya Jika kita sendiri gagal mengawal rasa sakit ini inikan pula anak kecil Pastinya terasa sukar Begitulah juga...
Tak Perlu Guna Berus Kalau Bayi Lap Guna Kain Je Ini Tip Doktor Gigi Kongsi Nak Jaga Gigi Anak Dari Awal

Tak Perlu Guna Berus Kalau Bayi Lap Guna Kain Je Ini Tip Doktor Gigi Kongsi Nak Jaga Gigi Anak Dari Awal

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 428 hits
Penjagaan gigi bayi boleh dimulakan seawal bayi lagi Buka bila tumbuh gigi baru nak mula Doktor gigi kongsi 5 tips penjagaan gigi si bayi dan kanak kanak Bila nak mula guna berus gigi dan kuantiti ubat gigi juga diulas Menurut Pegawai Pergi...
Anak Selalu Mengadu Sakit Kepala Jangan Pandang Remeh Mak Ayah Kena Tahu Punca Bimbang Memudaratkan

Anak Selalu Mengadu Sakit Kepala Jangan Pandang Remeh Mak Ayah Kena Tahu Punca Bimbang Memudaratkan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 503 hits
Anak sering sakit kepala pada usia muda mungkin jarang kedengaran namun jika ini yang berlaku mama papa memang kena ambil serius Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah migrain stress tekanan darah yang tinggi dan banyak lagi...
Kalau Anak Selalu Sakit Ini Makanan Doktor Saran Nak Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

Kalau Anak Selalu Sakit Ini Makanan Doktor Saran Nak Bantu Tingkatkan Daya Tahan Badan Si Kecil

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 536 hits
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak anak yang masih kecil selain mengambil langkah langkah pencegahan seperti yang di...
Bawah 1 Tahun Anak Dalam Fasa Suka Baling Barang Bukan Sebab Nakal Elak Marah Mereka

Bawah 1 Tahun Anak Dalam Fasa Suka Baling Barang Bukan Sebab Nakal Elak Marah Mereka

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 469 hits
Mommy cakap tak baik baling barang Marah si ibu pada anaknya yang berusia 11 bulan Baginya perbuatan membaling barang adalah sesuatu yang tidak patut dan biadap Tetapi sebenarnya ada perkara yang menyebabkan si kecil tersebut membaling bara...
2 Deria Ni Punca Anak Memilih Makanan Mak Ayah Perlu Kenal Pasti

2 Deria Ni Punca Anak Memilih Makanan Mak Ayah Perlu Kenal Pasti

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 399 hits
Pening kepala dibuatnya bila semua makanan yang disediakan ditolak mentah mentah oleh anak Puas mama berkreatif mencuba segala resipi dan mempersembahkan mengikut kreativiti penuh warna namun hasilnya anak masih tetap tidak mahu makan Malah...
Adil Rami Masalahnya Saya Suka Makan

Adil Rami Masalahnya Saya Suka Makan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 298 hits
Pemain pertahanan kelahiran Perancis Adil Rami mengakui gaya hidup kurang sihat yang diamalkan telah membantutkan peluangnya untuk mencapai lebih banyak kejayaan manis dalam karier profesionalnya Rami 34 tahun pernah mengecap nikmat selaku ...
Penimbang Pintar Berus Gigi Bergetar 34k Kali Seminit Korang Mungkin Tak Percaya Jika Sebut Jenama Produk Ini

Penimbang Pintar Berus Gigi Bergetar 34k Kali Seminit Korang Mungkin Tak Percaya Jika Sebut Jenama Produk Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 284 hits
Jika sebelum ini begitu sinonim dengan telefon pintar realme maju setapak dengan memperkenalkan produk penjagaan diri Dengan slogan Smart Care Is Now realme sekarang dah ada realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Toothbrush Kedua d...
Anak Selalu Jatuh Sakit Salah Satu Puncanya Adalah Makanan Pemakanan Ini Buat Sistem Imun Lemah

Anak Selalu Jatuh Sakit Salah Satu Puncanya Adalah Makanan Pemakanan Ini Buat Sistem Imun Lemah

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 380 hits
Anak selalu tidak sihat Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja Makanan punca sistem pertahanan badan lemah Bolehkah makanan membuatkan kita sakit Berd...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik