Bagaimana Saya Boleh Menulis Di Blog Dalam Kesibukan Saya Sebagai Ibu Advisor Dan Mompreneur


As salammualaikum,
Sebenarnya saya terasa untuk menulis entry ini kerana ada beberapa orang kenalan yang bertanya dengan soalan yang sama "bagaimana saya bahagi masa boleh menulis blog dengan rutin harian lagi termasuklah menguruskan hal-hal dalam rumah layaknya tanggungjawab seorang isteri dan ibu"
                       
Sebenarnya saya berkongsi kali ini bukanlah untuk memberitahu semua orang atau nak tunjuk hebat tetapi hanya sekedar berkongsi.Jika ia baik dan bermanfaat alhamdulilah.Jika tidak bergantung pada persepsi anda yang membaca dan minilainya.Namun artikel ini penting juga untuk simpanan saya agar suatu masa jika ada yang bertanya lagi senang saya kongsikan link artikel ini sahaja,

Hari ini saya menaip lepas semua urusan rumahtangga dari kain baju dibasuh & disidai,belum masuk mengemop dan menggosok pakaian.Memasak dan suap anak makan kemas sana sini belum masuk itu ini,Kehidupan saya bermula terbuka mata hingga mata ini dipejam semula kepala dan anggota badan tak pernah berhenti berfikir dan bekerja.

Mikha anak saya yang baru berusia 2 tahun itu pun boleh tahan nak menggendeng sahaja,pernah saya terpaksa memasak sambil dukung dia bila dia tak mahu diletak.Sebab hubby nak balik makan tengah hari masatu,terpaksalah saya kelam kabut memasak bila whatsapp hubby saya lambat baca katanya balik makan tengah hari.Alhamdulilah sekarang dia tengah tido petang dapatlah saya menaip sekejap.Maaf kalau cerita saya agak merapu sebab saya sedang diburu waktu.
 **************************
Jujurnya,sejak saya ada anak kecil Mikhael,yang jaraknya 10 tahun dengan kakak anak sulong saya alya,saya semakin kurang menulis di blog.Walaupun ada tetapi banyak untuk memenuhi marketing online saya sahaja.Jarang saya menaip cerita yang lebih santai.Kebanyakan artikel saya kebelakangan ini bertujuan promosi atau review.

Dengan rutin harian dan kerja diluar rumah dan dalam rumah,memang saya kadang-kadang kepenatan.Mungkin saya dapat anak ke dua agak jauh beza umurnya dengan anak sulong iaitu 10 tahun,jadi memang perhatian saya 100% padanya sangat berlebihan.Saya anggap dia hadiah dari ALLAH yang datang tepat waktunya.Selepas banyak kali mencuba untuk anak ke dua dengan pengalaman kandungan luar rahim sebelum ini.Akhirnya saya dapat keajaiban ini.Alhamdulilah..
Boleh baca ttc journey saya di artikel ini: TTC journey selepas 10 tahun
 

 Kesibukan saya diluar,kadang-kadang menjadikan saya ibu yang serba salah.Jadi bila dirumah memang saya nak fokus jaga dia.Kadang-kadang sambil balas whatsapp customer dia tidur diatas riba saya.Kadang-kadang satu tangan bagi susu,satu tangan lagi scroll document apa yang perlu di whatsapp discussion dengan client.Bila saya nak buka laptop untuk menulis di blog pula dia pun datang duduk atas keyboard atau pun memanjat-manjat minta didukung,jadi memang saya tunggu dia tido dulu untuk menaip.
Kesibukan saya dengan kerja rumah dan kerja diluar,kadang-kadang kerusi di meja laptop sayalah bahu saya sandarkan rasa penat.Bila menulis saya begitu tenang dan ia bagaikan terapi rasanya.Setiap bait kata-kata yang menelusur sebenarnya diikuti mata saya yang kuyu dan pandangan saya yang makin kian kabur dek letihnya badan.Ketika jari-jari saya menekan keyboard untuk mengeluarkan satu-satu huruf,leher dan kepala saya teleng dan tersandar ke belakang.Ya,saya menulis dalam merehatkan badan.

Kadang-kadang harap lepas  tidurkan anak, saya menulis namun ada juga episod saya tertido dulu.Jadi kalau dilihat artikel saya tidaklah banyak sangat dalam blog ini.Mungkin dalam sebulan beberapa artikel sahaja walaupun target kadang nak buat 20-30 artikel ,namun akhirnya target tinggal target sahaja.Tapi dalam sebulan atau dalam seminggu saya nak juga ada artikel,Saya cuba sebaiknya.
Setiap hari ,memang saya usaha cuba mencari waktu untuk menulis di blog.Kalau tak dapat lama sekejap sahaja cukup.Kadang-kadang saya akan bawa laptop ke ofis sengaja saya balik lambat untuk menulis sejam dua di kedai sambil minum petang merehatkan badan sebelum pulang melaksanakan rutin sebagai ibu pula.
Dulu niat nak menulis hanya sebagai hobi,namun sekarang blog sebenarnya banyak fungsi.Hanya blogger sahaja yang rasa manisnya menulis di blog kan kan?

Bagaimana saya masih boleh menulis di blog walaupun jadual tanggungjawab saya yang lain terlalu banyak?
Kalau kita follow blogger famous DR.Fatin Liyana pun saya amat rindukan artikelnya,tapi saya faham rutin kerjanya dan dua anak yang nak membesar buat dia jarang menulis sekarangMungkin faktor kesibukannya tidak memungkinkan dia kerap update blog seperti zaman remajanya.Zaman dia belajar di bandung dulu kerap menulis.Saya suka baca.

itu dr fatin,saya ni blogger sendu dan tidak dikenali hanya menjadikan blog sebagai ruang marketing dan kadang-kadang jadikan blog sebagai tempat berkongsi kejayaan-kejayaan kecil untuk tatapan anak-anak saya kelak.
Jadi bila saya ada 2 sebab tu buat saya sayangkan blog dan saya tak nak biarkan dia bersawang.Jadi walau  macam mana penat pun saya cuba cari masa.
1.saya fikir tak tulis kat blog,no customer,no customer mean no sale.Bila tiada sale?...hehehjawablah sendiri ya.

2.nanti bila saya mati ..saya fikir anak saya boleh baca blog saya,apa yang saya buat waktu dulu.Ya lah bak kata penulis best seller  indonesia"Membacalah untuk mengetahui masa lalu dan menulislah untuk memberitahu masa depan"

 Untuk info saya ada 3 blog sebenarnya.2 blogspot,1 domain berbayar.Saya juga ada beberapa page media sosial untuk saya update berkait dengan niche yang berbeza,Tetapi yang lagi dua  blog tu pun tak terjaga sangat,tinggal yang irdagarmin.blogspot ni saya sayang betul sebab disini saya pernah dapat income bulanan yang baik asbab collaboration with supir di padang dan banyak customer saya dapat disini.
Blog ini pun ada sentimental valuenya.Walaupun orang kata blogspot tak berapa bagus sebab menumpang di blogger.com dan bukan domain sendiri,entahlah saya tak terfikir lagi nak tukar domain blog ini.Kalau anda ada idea untuk menambah baik blog saya ini,saya amat alu-alukannya sebab saya sangat sayangkan blog ini.


Bila waktu saya menulis?Percaya tak saya pernah bangun pukul 4 pagi sebelum masuk ofis saya menulis.Itu dulu masa kerja di CIMB BANK.Awal-awal tengah semangat mencanak naik dan mood nak menulis tu baik sangat.Tetapi bila dah beranak dua dan mungkin faktor kesibukan saya untuk mengendalikan beberapa page media sosial yang lain,jarang pula saya bangun pagi sekarang.
Lagipula sekarang rutin harian saya sudah berubah,jika  bangun pagi sebelum subuh.Saya akan masak pagi-pagi..Kadang-kadang saya sempat tahajud,mengaji dan solat-solat sunat sahaja tanpa menulis di pagi hari.Entahlah,saya rasa waktu itu lebih afdhal untuk ibadah sebenarnya. bukan menulis seperti dulu.Saya rasa saya tiada waktu lain yang saya sempat,hanya waktu pagi-pagi begitu.
Jika saya bangun pukul 5am,perkara pertama saya buat ke dapur.Keluarkan bahan mentah nak masak Lepas solat sunat taubat,hajat dan tahajud (kadang-kadang je tau,bukan saya rajin dan alim sangat) Saya dah sibuk di dapur.Lagipula kadang-kadang kakak alya bawa bekal ke sekolah.
Bila Mikha bangun nak mandikan dia dan siapkan dia semua.Saya memang pastikan anak saya minum susu,makan dan pastinya sudah mandi dan wangi sebelum saya keluar rumah mencari rezeki.Jadi memang tak sempat dah menulis pagi-pagi sekarang.Syukur sekarang mikha tak susu badan dah,sebelum ni dengan nak pam susu,nak buat stok semua.Wuahaa...ALLAH je tahu betapa berkerut nya dahi saya mengejar masa dan penatnya saya.

Jadi sekarang ini,saya jadikan hujung minggu atau malam hari selepas semua urusan kerja di luar dan dalam rumah selesai untuk menulis di blog.Kalau menulis malam weekdays bergantung jika mood saya baik dan saya tak penat sangat.Rahsia mood saya baik dan semua penat hilang bila saya dapat big sales hari tu,haa bila macam tu,walaupun pukul 12am saya masih depan laptop.
Saya pernah juga buat checklist tajuk-tajuk artikel yang mana saya nak siapkan 5 artikel contohnya dalam seminggu.Saya jadi stress dan suka marah-marah bila fikir nak buat ini ,ini tak siap lagi.Itu tak buat lagi,jadi kemarahan itu terpalit pada anak-anak.Jadi saya tidak mahu buat checklist dalam menulis artikel.Apa yang saya rasa nak tulis,saya tulis sahaja.Anggap ia sebagai kerja sukarela tanpa paksaan.Ada sahaja waktu terluang,saya akan terus buka laptop dan tulis sahaja apa yang saya rasa perlu tulis waktu itu.

 
motivasi saya untuk terus menulis di blog.Pertama saya suka follow ghostwriter,penulis-penulis content di sosial media seperti bapa viral khairul hakimin,penulis-penulis blog sepenuh masa,penulis blog international di Linkedin.Disini sebenarnya saya follow mereka untuk dapat idea menulis.Lepas tu automatik bila mereka menulis,saya akan nak menulis juga.Jadi walaupun penat dengan urusan harian,saya akan berjaga malam bila ada baca post-post mereka yang saya rasa saya juga ingin menulis sesuatu.Saya jadikan mereka semua mentor dalam penulisan.



Kedua,saya suka dengan youtube penulis -penulis indonesia dan malaysia,Follow orang-orang yang dapat income penuh hanya melalui content writer atau digital marketer.Saya suka baca-baca kisah orang business.Dengan motivasi entreprenur.Cara mereka sukses dengan kehidupan dan kerjaya mereka.
Jadi automatik bagi saya sebelum ini menulis di blog adalah hobi,namun sekarang blog juga boleh dijadikan medium untuk saya berbusiness.Walaupun saya  punya limited time,limited energy dan hanya ada dua tangan. dan dua kaki.Namun saya percaya saya boleh jadi worker plus mompreneur.
Kuncinya?Saya kena pandai manage time saya.Jadi semua kejayaan diorang pemangkin semangat saya.Jadi bila berbusiness saya perlu ada kedai.Kedai saya adalah blog saya.saya.Takkan saya nak biar blog /kedai saya sunyi kan?Lagipun di blog juga saya boleh jadi seorang dermawan dengan membantu orang yang mencari info?takkan saya taknak jadi dermawan senyap(jutawan akhirat).Ini semua sebagai motivasi saya untuk tidak abaikan blog saya.Walaupun kadang-kadang saya penat ya amat.
Allah juga atur kehidupan saya sebaiknya.Dia beri anak kedua lepas anak pertama dah boleh tolong-tolong buat kerja serba sedikit.Jadi saya dapat assistant di rumah secara tak langsung.

Macam mana saya dapatkan idea dalam kesibukan harian?Saya follow orang-orang yang  success.Setiap yang ditulisnya adalah ruang idea untuk saya.
Saya kurangkan gossip di whatsapp ataupun di alam nyata.Bagi saya ini semua lagha.Waktu rehat saya suka baca penulisan di telegram dan Linkedin.Disitu idea datang.Saya akan tulis sedikit di fb ,kemudian copy paste di blog balik.Kadang-kadang tulisan di FB saya jadikan status namun kadang-kadang saya set only me.Apa yang saya tulis saya jadikan artikel saya di blog.Jadi saya jimat masa dalam mengolah idea.
Selain itu,waktu rehat kadang-kadang saya lebih suka berehat seorang diri.Sebab saya boleh membaca waktu itu.Saya tak suka huwa huwaa sana sini ramai-ramai,sebab bagi saya itu semua buang masa.Kecuali kalau saya stress banyak kerja atau closing hujung bulan,saya pula ajak kawan-kawan bercuci mata atau sembang teh tarik di kedai mamak.

 Saya penah terbaca satu quote"Semua orang ada masa yang sama 24 jam,hanya masa itu tidak cukup ketika ketika kita dilahirkan kita tak punya 24 jam,ketika kita dimatikan kita tak punya 24 jam.Jadi dalam 24 jam kita ada bagaimana kita mengurus masa kita".ini quote mat saleh saya baca.

Saya terbaca pula  "Memang benar,dunia ini adalah tempat berpenat-penat".
Jadi jika saya penat itu biasa.Bumi yang saya pijak ini memang untuk saya menggunakan semua tenaga saya selagi ia ada.Kelak semuanya kenangan,Ya kenangan.Jadi selagi ada tenaga,ada idea ALLAH bagi,saya cuba cari ruang masa untuk menulis.Ya menulis..kerana ini minat tak semua orang ada.Bila kita ada minat,ada idea...ALLAH bagi kita masa yang sama iaitu 24 jam,kerja kita carilah ruang masa itu.
*************************

Saya begitu teruja mengenai income di blog.Setiap kali saya follow blogger sepenuh masa dan dengar youtube yang menulis sebagai kerjaya,saya juga kadang-kadang ingin hanya berada dirumah dan earn fully income dalam menulis.Tak kira menulis di media sosial atau sebagai ghostwriter.
Namun buat masa ini,blog saya belum lagi setanding dengan blogger-blogger yang berjaya di luar sana.Dari segi SEO dan pengetahuan untuk mendominasi ruangan multimedia ini saya tidak ada ilmunya.Setakat ada blog (orang buatkan)dan saya menulis sahaja di dalam ini,itu sahaja yang saya tahu.
Bila saya cuba praktikkan dan berharap untuk dapat income google adsenses setiap bulan seperti sifu-sifu saya yang lain,namun sejak 5 tahun berblog dengan bilangan artikel taklah segah mana,saya masih belum berjaya untuk first cash out pun.Namun rezeki di blog ini pelbagai antena lain.Rezeki dapat customer banking,customer travel dan customer-customer niche berbeza.Semuanya dari sini.
Jadi,diam-diam saya berfikir.Tugas kita hanya berusaha.Berusaha cari ruang dari kesibukan kita untuk menulis.Namun tetap rezeki itu datang dari Tuhan.Bila saya cuba buat semua tips dari otai-otai blogger,namun tetap income adsenses saya masih gitu-gitu sahaja .Namun saya yakin, nilai usaha ini ALLAH sedang memberi saya rezeki berblogging dari  sisi lain.Jika tak dapat income macam blogger lain di adsense,bila saya fokus menulis atau berkongsi yang boleh memberi manfaat pada orang lain.Allah maha baik ada sahaja rezeki lain yang datang.Saya sudah rasakannya..Jadi disitu saya sentiasa termotivasi untuk terus menulis.
Akhir sekali,sebagai perempuan.Isteri dan ibu,jika kerja di luar saya ibarat berada dalam satu tali yang mana saya terpaksa ikut sahaja arahan pemegang tali tersebut.Jika tugas dirumah,saya sedang berkorban untuk membesarkan anak-anak dengan melaksanakan tugas seorang isteri dan ibu.Namun di blog,ini dunia saya yang terasing.Saya punya sendiri.Tiada oirang atasan untuk arah saya buat itu ini.,saya boleh jadi apa sahaja di blog ini tulis apa sahaja semaunya saya dan ini menjadikan saya sangat teruja untuk menulis.
Walau banyak media sosial lain,blog menjadi kepuasan untuk saya melepaskan setiap kata-kata yang ada dihati dan fikiran lalu diterjermahkan dalam penulisan .Ia dibaca oleh orang yang sudi,diamalkan oleh mereka yang mencari dan yang penting kita sedang mencipta satu ruang sendiri disini.
Maka kerana sayang,ia takkan lama saya tinggalkan tanpa sebarang sentuhan..Ya blog..


P/S:Artikel ini saya sambung jam 5pm,11.30pm dan sekarang jam 2.30 pagi ia akhirnya sampai ke titik terakhir.Alhamdulilah

Lepas saya menonton cerita tamil 36(lepaskan penat sejenak)lakonan yang penuh motivasi semangat saya membara untuk menyudahkan tulisan ini

 Terima kasih kerana singgah baca.Jumpa lagi

 
Appreciate your time reading this entry.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://irdagarmin.blogspot.com/2020/10/apa-motivasi-saya-menulis-di-blog-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menulis Artikel Yang Baik Di Website Atau Blog

Cara Menulis Artikel Yang Baik Di Website Atau Blog

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 421 hits
Image BufferTIPS atau cara menulis artikel yang baik di website atau blog ini fokus pada sisi sajian atau tampilan atau tata letak naskah Website adalah media online yang diakses atau dibaca oleh pengguna melalui layar gawai yang merek guna...
Anak Masih Tak Pandai Pegang Pensil Ini 3 Cara Ibu Boleh Bantu Praktikkan

Anak Masih Tak Pandai Pegang Pensil Ini 3 Cara Ibu Boleh Bantu Praktikkan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 528 hits
Usia anak sudah pun hampir lima tahun tapi masih belum pandai memegang pensil dengan tepat Inilah yang membuatkan ibu mula bimbang Sebenarnya masih belum terlambat untuk merangsang anak anak ini untuk mahir memegang pensil Ada cara mudah ya...
Nak Berjaya Jadikan Anak Isteri Sebagai Kekuatan Termasuk Family Ibu Ayah Riz Amin

Nak Berjaya Jadikan Anak Isteri Sebagai Kekuatan Termasuk Family Ibu Ayah Riz Amin

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 882 hits
Kejayaan seorang suami pastinya dibelakangnya berdiri seorang isteri yang menyokongnya cukup kuat Pelakon yang sering membawakan watak antagonis dalam kebanyakkan drama Riz Amin mengakui kekuatan harinya setiap hari kini datangnya daripada ...
Tak Boleh Jumpa Mb Jahat Lalu Tak Perlu Menyamar Sebagai Pas Orang Kampung Tahu Siapa Dia

Tak Boleh Jumpa Mb Jahat Lalu Tak Perlu Menyamar Sebagai Pas Orang Kampung Tahu Siapa Dia

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 244 hits
Seorang OKU melahirkan rasa kesal kerana sukar bertemu menteri besar Terengganu walaupun sudah 7 kali berulang alik Tak jelas dia nak jumpa itu dimana dan kenapa Video ini macam dirakam oleh team terengganufokus com Keraguan cara berjumpa k...
Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari

Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 312 hits
Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari hi there memiliki sebuah blog memerlukan pemiliknya untuk rajin menulis meng update atau mengemaskinikan blog tersebut Namun tidak semua pemilik blog mempunyai masa lapang untuk menulis blog set...
Terlalu Aktif Hiking Cara Tak Betul Ibu Aliff Syukri Cedera Buku Lali

Terlalu Aktif Hiking Cara Tak Betul Ibu Aliff Syukri Cedera Buku Lali

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 420 hits
Menerusi muat naik di laman Instagram ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim memaklumkan dia telah mengalami kecederaan pada ligamen di buku lali akibat terlalu aktif seperti melakukan hiking dengan c...
Aku Mahu Kebumikan Sendiri Lelaki Sanggup Bawa Jenazah Ibu Naik Motosikal Video

Aku Mahu Kebumikan Sendiri Lelaki Sanggup Bawa Jenazah Ibu Naik Motosikal Video

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 309 hits
Di Jakarta Indonesia viral sebuah video menyaksikan seorang pemuda membawa sebujur jenazah ibunya dengan menaiki motosikal Memetik laporan pemuda yang berasal dari Desa Kedunglengkong itu dipercayai mengalami gangguan mental dan bertindak m...
You Ibu Terbaik Jebat Matang Ulas Isu Anak Sharnaaz Amp Nabila Dipuji Netizen

You Ibu Terbaik Jebat Matang Ulas Isu Anak Sharnaaz Amp Nabila Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 281 hits
Apabila berlaku penceraian ramai beranggapan bahawa anak anak akan menjadi mangsa kepada kesilapan ibu bapa Namun tanggapan tersebut tidak semestinya benar kerana masih ada lagi pasangan yang tetap menjalankan tugas sebagai ibu bapa dengan ...
Ibu Ibu Lepas Bersalin Kena Tau Petua Ni Jom Baca

Ibu Ibu Lepas Bersalin Kena Tau Petua Ni Jom Baca

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 360 hits
IBU IBU LEPAS BERSALIN KENA TAU PETUA NI JOM BACA Kalau ikutkan pantang orang tua banyak je bila cerita pasal lepas bersalin ni Namun rasa rasa semua orang ikut betul betul ke pantang ni semua Bagi cikla ikut masing masinglah Badan sendiri ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri