5 Tips Menaikkan Pageviews Blog


5 TIPS menaikkan pageviews (PV) blog. hi there , Ini adalah beberapa TIPS menaikkan pageviews (PV) blog. 
Selepas Google melakukan perubahan algorithm secara besar-besaran pada sekitar Jun 2019, ramai blogger berdepan dengan masalah penurunan PV secara ketara. 
blog mrs pip juga tidak kurang terkena tempiasnya, dan bagi seseorang blogger yang sentiasa berusaha meningkatkan PV setiap waktu, pasti akan berasa sedikit kecewa apabila melihat PV menjunam turun dan boleh menyebabkan hilang mood untuk menulis blog! 
5 TIPS menaikkan pageviews (PV) blog
buat masa ini, mrs pip masih belum berjaya memperbaiki trafik blog seperti sediakala, dan kalau asyik dilayan perasaan moody kerana kehilangan PV yang banyak, sampai bila nak atasi masalah hilang trafik ini kan … 
jadi, jom jangan putus asa menulis entry dan mencari jalan untuk memperbaiki trafik blog masing-masing.

tips naikkan pageview blog 
mrs pip sertakan di sini serba sedikit idea TIPS menaikkan pageviews PV blog, dan semoga perkongsian tips ini membantu menarik kemasukan trafik seperti dulu. 
Harap-harap hilanglah rasa moody menulis blog sejak kebelakangan ini

📌 (1) Re-write dan Re-publish artikel lamaBlog kamu mungkin mempunyai banyak entry lama yang sangat menarik. 
Sayangnya, entry lama ini tenggelam tidak ditemui di muka depan enjin carian Google. 
Jadi, apa kata kamu mengolah sedikit ayat-ayat di dalam entry kamu, menyelitkan gambar yang lebih menarik, meletakkan keywords yang lebih sesuai, menyusun atur perenggan, dan selepas itu, kamu RE-PUBLISH entry tersebut.

3 entry lama yang digubah dan diterbitkan semula, masuk carta popular this week

Ingat, jangan sesekali meletakkan entry tersebut dalam mode DRAFT, kerana itu akan membuatkan entry kamu tenggelam dengan lebih jauh dari enjin carian Google.


Kamu hanya perlu ke bahagian POST SETTING sebelah kanan entry post, dan klik AUTOMATIC pada PUBLISH ON. 
artikel lama kamu akan diterbitkan semula pada waktu terkini
Ini adalah cara setiap kali untuk kamu ingin menerbitkan semula artikel lama

Sekarang blogger berwajah dashboard baru. 
Cara untuk republish artikel lama still sama, just click button automatic tu ok

📌 (2) Kongsi url artikel baru / lama di akaun media sosial kamu seperti di Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest Ya, ini juga antara cara menarik untuk mendapatkan trafik blog. 
Kamu pernah menulis artikel menarik satu masa dulu, jadi apa kata kamu kongsikan url artikel lama di akaun media sosial kamu. 
Tidak semua followers / readers kamu pernah melihat dan membaca artikel lama kamu, jadi kongsikan saja artikel lama tersebut di akaun media sosial kamu seperti di Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest. 
Eh artikel baru pun jangan lupa kongsi tau!


Tips menarik (entry lama yg diberi nafas baru) >>> Petua mudah agar haid teratur dan lancar

Memandangkan FB dan IG masih menghalang mrs pip meletakkan url blog platform media sosial tersebut, maka mrs pip meletakkan url artikel lama di Twitter … 
kalau sebelum ni akaun Twitter mrs pip tidak dimanfaatkan sepenuhnya, tetapi kali ini, mrs pip berusaha untuk menggunakan Twitter sebaiknya untuk mendapatkan trafik ke blog. 
Sikit-sikit lama-lama akan jadi banyak!

tweet activity; total impressions & engagements

Satu lagi KELEBIHAN TWITTER bagi pendapat mrs pip ialah, kita boleh lihat Tweet Activity dgn mudah, jumlah Total Impression dan Total Engagement bagi setiap tweet yang kita buat

Biasanya untuk Pinterest, mrs pip perasan blogger dari USA yang ramai guna untuk tarik trafik masuk blog mereka, dan mrs pip masih baru juga dengan Pinterest ni, dan ada juga mencuba untuk menggunakan Pinterest.

Cara Guna Pinterest Untuk Blogger
Untuk Pinterest, melalui apa yang mrs pip baca, kena rajin kongsi url link. Sekurang-kurangnya 5 kali sehari. 
Konsep Pinterest ni ialah photo sharing with embedded link

Jadi kan, katakan dalam satu artikel korang tu ada 5 gambar, so korang share semua gambar tu kat Pinterest dengan url yang sama

Buat Board (folder) yang sesuai

Lepas tu tulis description yang menarik beserta hashtag

Insya Allah next entry mrs pip update tentang Pinterest pula ya

letak besar-besar url blog di imej gambar,cara lain utk promote link blog yang disekat di FB

Dan selepas FB dan IG sekat link blog mrs pip, memang memberikan kesan kepada trafik blog juga. Apapun, itu bukan menghalang mrs pip daripada berkongsi link blog dengan cara menggunakan IMEJ GAMBAR dengan meletakkan kapsyen dan menyertakan gambar yang tertera url blog …

Ingat, hidup ni jangan fikirkan sangat masalah yang menimpa, TAPI fikirkan penyelesaian terhadap masalah tersebut - engineered your life! - mrs pip

📌 (3) Jangan berhenti menulis dan menerbitkan artikel baru Tiada jalan yang singkat untuk berjaya, samalah juga dengan berblogging. 
Kamu mahu PV blog kembali naik? 
Jadi, jangan pernah berhenti menulis dan menerbitkan artikel-artikel menarik di blog kamu. 
Tiada siapa yang mampu meramalkan algorithm Google. 
Dan Google sendiri ada masanya melakukan sehingga 3,000 perubahan algorithm secara minor sebulan, jadi berhentilah sekejap daripada ingin memahami algorithm Google. 
Biarkan Google dengan aktiviti menukar algorithmnya, tapi kita sebagai blogger, jangan letih untuk terus berkongsi cerita di blog masing-masing.


entry menarik >>  cara mudah halang BOTS masuk ke blog

Teknik SEO dan penggunaan keywords yang sesuai pada satu-satu artikel juga mampu menaikkan entry kamu ke laman utama Google Search, dan Google juga lebih gemar mengindeks artikel yang mempunyai jumlah bilangan perkataan yang banyak sekitat 700 ~ 1500 patah perkataan, atau lebih, jadi berusahalah menulis satu-satu artikel yang panjang dan mempunyai isi yang baik.

2 keywords yang dalam kotak merah itu, yang selalu di cari di blog mrs pip. keywords laku keras..


Selain itu, artikel yang panjang turut membantu memperbaiki bounce rate blog kamu kerana pengunjung yang membaca artikel kamu pasti akan mengambil masa yang lama untuk melepak di blog kamu sekiranya artikel panjang yang kamu tulis itu menarik, malah pengunjung mungkin sahaja akan membaca artikel-artikel lain yang ada di blog kamu. 
Kerana yang demikian, selain menulis artikel yang menarik, jangan lupa sertakan internal links menarik di dalam penulisan kamu agar ianya berpotensi untuk diklik oleh pengunjung

Untuk setiap kali artikel lama kamu di re-edit dan di-republish, pastikan kamu menghantar link ke Google Search Console untuk update artikel tersebut di Google

mrs pip ada share cara untuk submit artikel ke Google Search Console dan selain itu cara nak submit sitemap ke Google Search Console dan juga Bing

Bing ialah search engine ke-3 (kalau tak silap) yang digunakan selain Google Search Engine yang berada di tangga pertama

Sekarang, Bing bergabung dengna Yahoo untuk mengindeks data mesin pencarian. Jadi manfaatkan webmaster tools ini juga

Klik entry ini untuk bacaan lanjut : Cara Submit Sitemap Ke Google Search Console Dan Bing Webmaster Tools & Kepentingannya Yang Setiap Blogger Perlu Ambil Tahu
📌 (4) Ikuti segmen bertukar-tukar komen di Facebook atau di mana-mana blogging activity yang boleh support sesama bloggerSegmen bertukar-tukar komen memerlukan seseorang blogger untuk komited terhadap segmen tersebut. 
Pastikan kamu betul-betul mampu memenuhi syarat yang dikenakan oleh Admin/Moderator. 
Jangan pula hanya ingin blog kamu dikomen, tetapi kamu tidak membuat lawatan balas kepada peserta yang menyertai segmen bertukar-tukar komen

Salah satu kelebihan segmen bertukar-tukar komen ialah kamu akan mengenali lebih ramai blogger lain yang sebelum ini kamu tidak mengetahui mengenai kewujudan mereka, sekaligus boleh membina ukhwah , bukan hanya bertukar-tukar komen semata-mata


📌 (5) Exchange bloglist atau turut serta segmen bloglist atau meninggalkan jejak di ruang komen blog blogger lain. Exchange bloglist merupakan salah satu cara untuk menjemput trafik ke blog. 
Apabila blog kamu tersenarai di bloglist pada blog blogger lain, ada kemungkinan pengunjung blog tersebut yang melihat blog kamu dengan tajuk entry menarik, akan menKLIK url blog kamu.


mrs pip setiap hari akan terima trafik daripada blog kak yan kerana blog mrs pip bloglisted di blog kak yan. 
Ada masanya, trafik cecah hampir ratus juga sehari dari blog kak yan ni. 
Terima kasih kak yan sudi bloglistedkan kita 😉

Korang yang suka travel dan makan makan, boleh layan blog kak yan di www.yan-yanjournal.blospot.com

Nah, cara ini memberikan blog kamu trafik. 
Tapi perlu di ingat, kamu perlu rajin mengupdate blog kamu agar blog kamu sentiada berada di kedudukan teratas senarai bloglist, jadi mudahlah pengunjung melihat blog kamu di bloglist tersebut.

kerana pernah komen blog Lizzie ni,hingga ke hari ini ada saja trafik dari blog dia ke blog mrs pip

Kamu suka melawat blog lain? 
Jangan lupa tinggalkan komen yang menarik di blog tersebut kerana pengunjung yang melihat komen kamu mungkin sahaja rasa tertarik untuk mengetahui diri kamu, lantas membawa mereka ke blog kamu. 
Mudahkan

Ini adalah senarai 5 TIPS menaikkan pageviews (PV) blog yang kamu boleh praktikkan. 
Ingat, tiada jalan mudah untuk menjana trafik ke blog melainkan dengan berusaha dan janganlah mudah putus asa.


Semoga perkongsian TIPS menaikkan pageviews blog yang dikongsi ini bermanfaat untuk semua

Kamu ada idea lain untuk menaikkan pageviews blog? Kongsikan bersama mrs pip ok

Happy Blogging

cheers

Re-edit and re-publish 19/10/2020written on 10/11/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2019/10/5-tips-menaikkan-pageviews-pv-blog.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari

Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 312 hits
Tips Pantas Menulis Blog 20 Minit Setiap Hari hi there memiliki sebuah blog memerlukan pemiliknya untuk rajin menulis meng update atau mengemaskinikan blog tersebut Namun tidak semua pemilik blog mempunyai masa lapang untuk menulis blog set...
Trafik Blog September 2020 Pageviews 150k Dashboard Blogger Berwajah Baru Menguji

Trafik Blog September 2020 Pageviews 150k Dashboard Blogger Berwajah Baru Menguji

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 476 hits
Trafik blog September 2020 pageviews 150K dashboard blogger berwajah baru menguji Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua First of all saya nak minta maaf pada yang sentiasa singgah blog saya yang comel seperti tuannya tapi saya tak sel...
Cara Mudah Menghasilkan Blog Mesra Seo Ikuti 4 Tips Mudah Ini

Cara Mudah Menghasilkan Blog Mesra Seo Ikuti 4 Tips Mudah Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 378 hits
Salam to all readers Sebenarnya kan dah lama sangat aku godek godek cari gali berkenaan SEO ini SEO ini singkatan bagi Search Engine Optimization dalam melayu dia dipanggil Pengoptimuman Enjin Carian Rata rata blogger sekarang memang dah mu...
Tips Pelaburan Emas Untuk Pemula

Tips Pelaburan Emas Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 316 hits
Kali ini saya nak tulis tentang tips pelaburan emas sebab dapat dilihat sekarang minat terhadap pelaburan emas meningkat semula lebih lebih lagi selepas tempoh PKP baru baru ini Gelombang ini sama seperti tahun 2011 dan juga 2016 ramai mina...
Elakkan Buat Urutan Menaikkan Uri Boleh Sebabkan Pendarahan Bayi Meninggal

Elakkan Buat Urutan Menaikkan Uri Boleh Sebabkan Pendarahan Bayi Meninggal

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 303 hits
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat Bahan bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh d...
Asyik Tukar Blog Template

Asyik Tukar Blog Template

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Saya doakan semoga anda semua beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu Al kisah pengunjung blog saya tentu perasan sejak kebelakangan ni saya kerap bertukar blog templ...
Jangan Nak Buat Blog Tajuk Bodoh Yang Datang Fitnah Aaron Aziz Padam Video Amarannya

Jangan Nak Buat Blog Tajuk Bodoh Yang Datang Fitnah Aaron Aziz Padam Video Amarannya

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 512 hits
Lain kali jangan nak buat blog blog bodoh tajuk tajuk bodoh yang mendatangkan fitnah Memulakan sesuatu dengan cara yang salah cara yang mengaibkan orang kata pelakon Datuk Aaron Aziz yang memberi amaran kepada pemilik blog tidak bertanggung...
Aaron Aziz Tuntut Blog Turun Artikel Atau Berdepan Laporan Polis

Aaron Aziz Tuntut Blog Turun Artikel Atau Berdepan Laporan Polis

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 465 hits
Pelakon Datuk Aaron Aziz memberi amaran keras kepada sebuah blog yang telah mengeluarkan artikel dan tajuk yang boleh membawa fitnah sehingga mengaibkan dirinya Menerusi entri video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya Aaron yang be...
Tips Menjadi Guru Bahasa Inggris Online

Tips Menjadi Guru Bahasa Inggris Online

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 264 hits
Pikirkan tentang mengajar bahasa Inggris dan Anda mungkin langsung membayangkan berdiri di depan kelas pelajar asing di tempat yang jauh Tetapi ada ribuan orang yang mengajar bahasa Inggris kepada siswa internasional dari website belajar ba...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu