Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial


Menteri KESUMA Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial
KUALA LUMPUR, 19 Disember: Semua permohonan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merentasi empat akta boleh dikemukakan secara dalam talian, berkuat kuasa Januari ini.
Pembaharuan dasar itu antara empat pengumuman utama oleh Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, selepas selesai mengadakan lawatan kerja rasmi sulung ke Menara PERKESO.
Tiga lagi inti pati pengumuman lalah berkaitan sasaran pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) menjelang suku pertama atau akhir suku kedua 2026 dan pengurangan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) sebanyak 80 peratus mulai hari ini hingga hujung Februari 2026.
Turut diumumkan adalah Skim Pengembara yang akan dirintis menerusi kajian kebolehlaksanaan, mulai tahun depan, demi memastikan hampir 400,000 pekerja tempatan yang melintas Tambak Johor setiap hari tidak tercicir daripada mendapat perlindungan keselamatan sosial.
BACA: KBS Menyambut Baik Pelantikan Menteri & Timbalan Menteri Baharu, Rakam Penghargaan Kepada YB Hannah Yeoh & Yb Adam Adli “Untuk memastikan perkhidmatan terbaik untuk lebih 10 juta pekerja sektor formal dan informal di Malaysia, saya mengarahkan PERKESO supaya semua permohonan faedah, meliputi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789). Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) boleh dibuat secara dalam talian.
“Pengoperasian penuh portal LINDUNG Faedah akan membabitkan permohonan faedah Hilang Upaya Kekal (HUK), Hilang Upaya Sementara (HUS), Pencen Ilat, Penyakit Khidmat, Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan Pencen Penakat.
“Oleh itu, kadar permohonan faedah PERKESO yang secara purata lebih 200,000 setahun dapat dipermudah, sekali gus tidak memberi bebanan tambahan kepada pencarum dan waris keluarga untuk tampil ke pejabat PERKESO di seluruh negara,” katanya pada sidang media, hari ini.
Turut hadir di Menara PERKESO ialah Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Azman Mohd Yusof, Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Mengulas lanjut, Ramanan berkata, pihaknya cakna dengan situasi segelintir majikan, khususnya perusahaan medium, kecil dan sederhana (PMKS) yang berdepan kekangan peningkatan kos operasi perniagaan.
Sehubungan itu, katanya, pengurangan FCLB untuk tempoh sekitar dua bulan adalah amat berpatutan, demi memastikan kelangsungan operasi majikan.
Selain itu, beliau berkata, pembangunan infrastruktur dalaman dan peningkatan kecekapan pentadbiran PERKESO dilakukan bagi menjamin kelancaran pelaksanaan LINDUNG 24 Jam dan pengoperasian perundangan berkaitan sektor gig.
“PERKESO sudah meneliti semua rantaian proses pentadbiran, termasuk merintis usaha meningkatkan keberkesanan pemprosesan kes melalui kaedah dalam talian.
BACA: KESUMA Rangka Pindaan Akta 4, Beri Perlindungan Menyeluruh Kepada Pekerja “Bagi sektor gig pula, memandangkan caruman akan dibuat secara mandatori apabila Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 dikuatkuasakan, KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) mahu pastikan kelancaran operasi.
“Kita perlu pastikan setiap dasar yang direncana tidak sekadar cantik di atas kertas, tetapi diterjemahkan secara berkesan di lapangan,” katanya pada sidang media, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan baharu KESUMA akan memperkukuh keupayaan PERKESO sebagai pelaksana utama agenda reformasi perlindungan sosial negara.
“Dengan pengalaman, iltizam dan kepimpinan Dato’ Sri Ramanan, PERKESO akan terus memainkan peranan bukan sekadar sebagai pelaksana dasar, malah sebagai rakan strategik Kerajaan dalam membina negara yang berdaya tahan dan menjamin kesejahteraan sosial rakyat secara inklusif,” katanya.
BACA JUGA: KPKT Peruntuk RM15 Juta Baiki 642 Unit Kuarters Demi Keselesaan Wira Merah The post Menteri KESUMA Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/19/menteri-kesuma-umum-4-perkara-berkait-keselamatan-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri Umum Rombakan Kabinet Kerajaan Madani 2025

Perdana Menteri Umum Rombakan Kabinet Kerajaan Madani 2025

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 107 hits
Assalamualaikum wrt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra di sini Pelantikan itu adalah langkah penstrukturan semula bagi memperkuk...
Sikap Pemandu Malaysia Keselamatan Jalan Raya Sampai Bila Kita Nak Ambil Ringan

Sikap Pemandu Malaysia Keselamatan Jalan Raya Sampai Bila Kita Nak Ambil Ringan

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 125 hits
Kalau kita fikir balik jalan raya sepatutnya jadi ruang yang aman untuk kita bergerak dari A ke B Pergi kerja pagi pagi balik kampung hujung minggu atau sekadar keluar beli kopi di kedai hujung blok Tapi hampir setiap hari ada sahaja berita...
Pengawal Keselamatan Maut Digilis Dua Kenderaan

Pengawal Keselamatan Maut Digilis Dua Kenderaan

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 153 hits
Mohd Khidir ZakariaPORT DICKSON Seorang pengawal keselamatan maut digilis dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 29 Lebuhraya Seremban Port Dickson pagi tadi Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Maslan Udin berkata ma...
Pegawai Keselamatan Wanita Ditumbuk Pelanggan Lelaki Di Pusat Beli Belah

Pegawai Keselamatan Wanita Ditumbuk Pelanggan Lelaki Di Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 134 hits
KOSMO SINGAPURA Seorang pegawai keselamatan wanita nbsp ditumbuk dan mengalami kecederaan ketika bertugas di sebuah pusat beli belah di utara Singapura lapor portal berita MSNews hari ini Serangan pada Rabu lepas menyebabkan mangsa terpaksa...
Fahmi Tegaskan Semula Keperluan Had Umur 16 Tahun Penggunaan Media Sosial

Fahmi Tegaskan Semula Keperluan Had Umur 16 Tahun Penggunaan Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 73 hits
nbsp PUTRAJAYA 6 Dis Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sekali lagi menegaskan keperluan pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial sebagai langkah penting melindungi kanak kanak dan remaja daripada risiko eksploi...
Fahmi Sasar Pelaksanaan Ekyc Akaun Media Sosial Dikuatkuasakan Suku Kedua 2026

Fahmi Sasar Pelaksanaan Ekyc Akaun Media Sosial Dikuatkuasakan Suku Kedua 2026

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 66 hits
KOTA MARUDU 26 Nov Kerajaan menyasarkan pelaksanaan pengesahan identiti pengguna secara digital atau electronic Know Your Customer bagi semua platform media sosial menjelang akhir suku kedua 2026 sebagai langkah menguatkuasakan had umur min...
Langkah Persediaan Sebelum Memandu Pentingnya Keselamatan Di Jalan Raya

Langkah Persediaan Sebelum Memandu Pentingnya Keselamatan Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 134 hits
Sebelum memulakan pemanduan jangan terus hidupkan enjin dan bergerak Luangkan 10 saat untuk melakukan semakan lantai pemandu Periksa kawasan di bawah pedal Pastikan karpet tidak tergulung atau meluncur ke hadapan dan jika karpet itu menggun...
Occ Seru Kebertanggungjawaban Penuh Penyedia Perkhidmatan Bagi Menjamin Keselamatan Kanak Kanak Dalam Talian

Occ Seru Kebertanggungjawaban Penuh Penyedia Perkhidmatan Bagi Menjamin Keselamatan Kanak Kanak Dalam Talian

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 114 hits
OCC Seru Kebertanggungjawaban Penuh Penyedia Perkhidmatan Bagi Menjamin Keselamatan Kanak Kanak Dalam Talian KUALA LUMPUR Pejabat Pesuruhjaya Kanak Kanak dibawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menyambut baik dan menyokong inisiatif ...
Mayat Dalam Beg Berkait Wanita Dilapor Hilang Di Ampang Jaya

Mayat Dalam Beg Berkait Wanita Dilapor Hilang Di Ampang Jaya

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 83 hits
NOR AINNA HAMZAHLokasi belakang sebuah rumah yang didakwa terdapat beg dipercayai berisi mayat ditanam di Kampung Batu 4 Pedas di sini hari ini Foto NOR AINNA HAMZAHREMBAU Mayat dalam beg yang ditemukan ditanam di belakang sebuah rumah di B...
Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak