Tips Buat Sotong Goreng Tepung Sempurna Macam Di Kedai Tomyam
Assalamualaikum..
Hi korang..
Sotong goreng tepung memang hidangan yang digemari oleh semua golongan usia. Tak kira tua ke muda. Sedap dimakan untuk hidangan tengahari dan makan malam. Adakala tak sempat jadi lauh habis diratah begitu sahaja kan.. SA selalu terbaca kat mana- mana blog dan kat page- page masakan yang ramai hadapi masalah ketika nak buat sotong goreng tepung kan. Masalah paling ketara adalah tepung tidak melekat pada sotong. Ada yang tepung terpisah dari sotong dan macam- macam lagi. SA sebelum ni pun tak pandai jugak..hadapi masalah yang sama jugak tapi sebab rajin mencari cara yang betul so SA dah takde masalah dah. Kalau makan kat restoran ada yang bagi sotong goreng tepung yang macam cekodok..sudahnya gigih buat sendiri...Puas hati dan puas makan...
Kisahnya hari ni Pak Zain pi Pasaraya Zemart, dia kata murah sotong gergasi ni..RM29 sekilo...dibelinya 2 kilo. Balik jer dia bagi kat SA...pelik plak..dah kenapa...dia kata ko tengok la murah betul...ye la korang...RM29 sekilo...2 ekor tu x sampai sekilo..RM37...erm...bapak giler besar nak buat apa ni...sudahnya SA buat sotong goreng tepung je....Dania suka..
Jom tengok cara- cara SA buat sotong goreng tepung
Besar kan
Tengok la...pelik plak..kalau kat pasar besar ni harganya RM50++ sekilo...kat pasaraya plak murah
Part kepala memang fav SA.
Telur 2 biji...kacau macam nak buat telur dadar
Masukkan sotong..coated kan dia dengan telur
Then masukkan dalam bekas makanan yang dah letak tepung goreng bistari...SA suka guna tepung bistari ni...sedap..kemudian tutup bekas tu dan goncangkan...tepung tu akan melekat mesra dengan sotong tu..
Dia jadi macam ni..
Macam ni...haaa...kan tepung tu melekat sekata berbanding kita guna tangan kan...so tangan kita bersih tak berselaput dengan tepung dah...tepung tu pun kekal melekat pada sotong..
Then goreng dlam minyak yang betul- betul panas
Dah siap!!
Separuh dah kena cukai...diratah..
Macam SA cakap..
Sotong Goreng Tepung ni tak akan jadi lauk....belum masak semua dah kena cukai...terjerit- jerit SA kat dapur tengok dah tinggal sikit...sabar jer la...now korang dah tau kan macam mana nak buat sotong goreng tepung yang sempurna kejadiannya. Make sure letak dalam bekas tepung tu, coated dengan telur dan goncang bagi semua tepung tu melekat pada sotong..
Selamat mencuba ye.....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2021/07/tips-buat-sotong-goreng-tepung-sempurna.html