Sotong Goreng Kicap Simple




Saat pandemik seperti ini, seseorang boleh dijangkiti Covid dan boleh memberi maut bila bila masa sahaja. Ramai yang kehilangan ibubapa. Ramai yang kehilangan pasangan, anak anak dsb. Semua berlaku dalam masa yang singkat. 
Tiada daya dan kekuatan kita melainkan pertolongan Allah semata. Selain memperbanyakkan berdoa agar covid 19 diangkat dari muka bumi ini, kita juga perlu banyakkan amal ibadah. Banyakkkan solat sunat, zikir dan berdoa. Persiapkan diri andainya kita ditimpa musibah.
Kadang kadang terasa juga bila melihat negara jiran kita, Brunei yang mana mereka walaupun mengadakan majlis dan perhimpunan besar besaran, tidak lagi memakai pelitup muka. Begitu juga di United Kingdom dan Peranchis berdasarkan video video yang dikongsikan oleh Instafamous Malaysia yang sedang bercuti di sana.
Sedang di negara kita pemerintah dan ahli berpolitik bercakaran bab kuasa tanpa sama sama mahu berganding mahu memikirkan kaedah untuk membantu rakyat semasa covid 19 ini. 
Jika ada kaedahnya, pasti rakyat tidak kisah untuk sama sama lock down selama 2-3 minggu. Ini nama perintah lockdown yang tak macam lockdown. Sepatutnya masa lock down semua tutup. Bagi masa untuk menyimpan stock bahan makanan untuk 2 minggu. 
Cukup lah setakat ini, semoga pihak pemerintah dan mereka yang diberi tanggungjawab, akan melakukan amanah ke atas mereka dengan betul. Takut mereka disiksa selepas mati kerana kegagalan dan penipuan yang dibuat. Jika menipu, mereka menipu berapa juta rakyat, macam mana nak minta maaf. Sedang Allah menyebut berdosa dengan manusia, hanya boleh diselesaikan dengan manusia.

Sekarang kita masuk sedikit bab resipi hari ini. Saya tak pasti dengan orang lain. Tapi kalau saya, bila bab sotong saya akan masak yang paling ringkas. Kalau rebus rebus pun OK, baru terasa sedap dan manisnya. 
Bila kita dah masak lemak, masak kari, rasa sotong dah tenggelam dengan rasa kari. Begitu juga dengan sambal tumis tapi sambal tumis ok lagi kerana kita masak sotong sekejap sahaja. Golek golek dalam sambal dan tutup api. 
Jadi kalau sotong, saya suka masakan yang dimasak simple seperti sotong goreng kicap atau sotong goreng garam kunyit sahaja. Memasaknya cepat, bahannya mudah dan rasanya sangat sedap. Betul tak?
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Sotong Goreng Kicap Mudah dan SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan A:500 gram sotongSedikit garamSedikit serbuk kunyit1/2 sudu kecil serbuk cukup rasa Knorr
Bahan B:Sedikit air asam jawaKicap masin secukupnyaGula secukup rasa
Bahan C:1 biji bawang besar Holland - hiris bulat3 tangkai cili merah - hiris serong2 tangkai cili hijau - hiris serong2 helai daun limau purut
Cara cara:Sotong digaul dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk perasa. Ketepikan.
Panaskan minyak dan masukkan sotong. Goreng sehingga terbit minyak. Masukkan asam jawa, kicap masin dan gula secukup rasa.
AKhir sekali masukkan cili hijau, daun limau purut dan bawang besar. Kacau rata sehingga bawang layu. Tutup api.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/08/sotong-goreng-kicap-simple.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapur Fiezasani Mencuba Resipi Nasi Impit Goreng Yang Simple Ni

Dapur Fiezasani Mencuba Resipi Nasi Impit Goreng Yang Simple Ni

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 254 hits
Nasi impit goreng Ternampak seorang kawan blogger k fiezz kongsikan resipi ni masa lepas raya haritu K fiezz pun baru tahu nasi impit boleh digoreng Biasa kita makan dengan kuah kacang atau pun lontong Ni buat nasi impit goreng Baru kenal m...
Resipi Cucur Jagung Simple Nak Rangup Sebelum Goreng Tambah Bahan Ini Memang Makan Berebut

Resipi Cucur Jagung Simple Nak Rangup Sebelum Goreng Tambah Bahan Ini Memang Makan Berebut

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 307 hits
Cucur jagung rangup memang sedap dihidang bersama sos untuk makan petang Tapi bagaimana nak jadikan cucur jagung lebih rangup Jom ikuti resipi mudah ini Selamat mencuba RESIPI CUCUR JAGUNG MAMA KRUP KRUP Bahan bahan 2 gelas tepung gandum 1 ...
Tips Buat Sotong Goreng Tepung Sempurna Macam Di Kedai Tomyam

Tips Buat Sotong Goreng Tepung Sempurna Macam Di Kedai Tomyam

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 486 hits
Assalamualaikum Hi korang Sotong goreng tepung memang hidangan yang digemari oleh semua golongan usia Tak kira tua ke muda Sedap dimakan untuk hidangan tengahari dan makan malam Adakala tak sempat jadi lauh habis diratah begitu sahaja kan S...
Dapur Fiezasani Resipi Cempedak Goreng Simple

Dapur Fiezasani Resipi Cempedak Goreng Simple

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 373 hits
Baru baru ni dapat kiriman buah buahan dari kampung Termasuk 2 biji cempedak Memang ingat nak buat cempedak goreng je lah jawabnya Resipi cempedak goreng simple ni dari mak k fiezz Benornya first time ni nak buat cempedak goreng Hehe Biasa ...
Buat Sendiri Pisang Goreng Rangup Macam Beli Di Gerai Peniaga Otai Kongsi Cara Bancuh Tepung

Buat Sendiri Pisang Goreng Rangup Macam Beli Di Gerai Peniaga Otai Kongsi Cara Bancuh Tepung

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 448 hits
Waktu PKP ini nak beli pisang goreng pun tak banyak gerai yang buka Jadi kalau teringin memang kena buat sendiri
Ayam Masak Kicap Tak Pernah Tak Sedap

Ayam Masak Kicap Tak Pernah Tak Sedap

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 274 hits
Pagi ni tak secerah semalam Gelap macam nak maghrib dah Kedengaran hujan turun tapi sekejap Mungkin juga akn disusuli dengan hujan lebat Sarapan pagi ni saya panaskan roti canai yang beli extra haritu Senang tak payah pening kepala nak masa...
Ini Sebab Kenapa Kena Elak Beri Bayi Makan Kicap Atau Ibu Akan Menyesal Nanti

Ini Sebab Kenapa Kena Elak Beri Bayi Makan Kicap Atau Ibu Akan Menyesal Nanti

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 449 hits
Mesti anda pernah terlihat seorang bayi kecil disuapkan makanan yang ditambahkan kicap sebagai bahan perasa makanan Tetapi persoalannya adakah ia sesuai Sebaiknya seorang anak dalam lingkungan usia setahun disarankan untuk tidak memakan kic...
Telur Goreng Untuk Cod

Telur Goreng Untuk Cod

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 137 hits
PN hidup susah mau mati pun siusah Berita Mimpi N GHOIB
Mee Goreng

Mee Goreng

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 296 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Pagi tadi KK masak mee goreng tapi kali ni guna mee lidi KK nak cuba buat sebab selama ni tak pernah masak guna mee lidiKK suka makan mee lidi tapi tak reti nak masak tak salah mencuba kan tak cuba tak ...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki