Saya Dari Keluarga Susah Nampak Pak Cik Itu Macam Nampak Bapa Saya Mk K Clique
MK K-Clique Nak Bantu Pakcik Dalam Video Viral.
Baru-baru ini viral satu video di media sosial berhubung tindakan seorang influencer yang didakwa memperlekehkan seorang warga emas. Tindakan tersebut telah mengundang pelbagai respon daripada netizen dan golongan artis yang rata-rata tidak berpuas hati dengan sikap influencer terbabit.
Terbaru, penyanyi rap terkenal iaitu MK K-Clique turut memberi respon dan pandangannya berhubung isu viral itu. MK nak bagi RM50k?
Menerusi beberapa status yang dimuatnaik di Instagram, MK K-Clique seakan tidak bersetuju dan mempersoalkan layanan influencer terbabit terhadap salah seorang warga emas di Pusat Gelandangan Kuala Lumpur. Perkongsian tersebut telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter iaitu Pedoqpop.
Di Instastory, penyanyi yang berasal dari Sabah ini seakan memberi hint ingin menyumbangkan wang berjumlah RM50,000 kepada warga emas terbabit. Namun, perkongsian mengenai pemberian wang tersebut dipercayai sudah dipadam. Sebab dia berani kau upah dia RM50? S*al apa kau. Saya bukan orang kaya. Siapa ada info pak cik ini. Saya bagi pak cik ni 50K. Mentang-mentang kau kaya, kau berjaya, cakap ikut sedap mulut kau je. MK K K-Clique ‘Macam tiada otak, pakcik tu orang tua lagi’
Sementara itu, menerusi perkongsian lain, MK K-Clique juga mengakui jarang bersuara mengenai isu semasa tetapi kali ini dia agak emosi apabila melihat warga emas itu diperlakukan sebegitu rupa. Dakwanya lagi, cara influencer terbabit tidak seiring dengan niatnya. ‘Minta maaf emosi sangat’
Penyanyi rap MK K-Clique memohon maaf kerana menggunakan perkataan lucah yang ditujukan kepada seorang lelaki yang bersikap biadab dengan meninggikan suara terhadap lelaki warga emas di sebuah pusat transit gelandangan, di sini, seperti yang tular, semalam.
MK, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, itu bukan caranya untuk masuk campur membabitkan isu semasa, namun sikap lelaki itu adalah keterlaluan.
"Bukan cara saya mahu ikut campur hal isu semasa ini, tapi cara lelaki itu melayan orang tua itu keterlaluan. Jangan ingat apabila berjaya boleh buat sesuka hati. Pakcik itu orang tua.
"Saya dari keluarga susah dan saya nampak pakcik itu macam bapa saya. Niat sama cara itu tak kena. Saya minta maaf sebab emosi sangat. Fikiran tak betul," katanya.
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story, MK berkata, dia menerima setiap teguran dan nasihat daripada semua.
"Ada jalan betul dan lebih baik tolong. Maafkan saya. Saya pun bodoh juga, manusia biasa marah ikut emosi. Saya minta maaf," katanya.
Selain MK, pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz serta beberapa lagi selebriti lain turut meluahkan rasa amarah sama terhadap tindakan lelaki itu.
Menerusi laporan Harian Metro, lelaki juga usahawan itu dikompaun RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berceramah kepada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/saya-dari-keluarga-susah-nampak-pak-cik.html