Tiada Campurtangan Pn Agenda Reformasi Kekal Kata Pengerusi Spr




PUTRAJAYA: Bagi Azhar Harun, beliau menggalas jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bukan sahaja sebagai ketua penimbang tara proses pilihan raya tetapi juga dengan agenda reformasi.
Meskipun kerajaan berubah, berita baik bagi Azhar, atau lebih dikenali sebagai Art dalam kalangan kawan-kawannya, pentadbiran baru tidak pun cuba mengganggu agenda reformasi SPR.
“Saya tidak ditekan untuk menghentikan apa sahaja inisiatif reformasi yang sedang kami fikirkan sekarang,” katanya.
“Setakat ini, tiada campurtangan langsung. Semua proses reformasi sedang berjalan.”
Namun ia perjalanan yang panjang dan perlahan.
“Kami di SPR memikirkan reformasi, analisis, mendapatkan maklum balas, membuat saranan dan berurusan dengan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mereka.
“Bukannya boleh petik jari maka jadilah reformasi.”
Beliau juga sedar betapa pentingnya ketelusan bagi kedudukannya, mengatakan peranannya mesti boleh diawasi ahli Parlimen dari semua parti.
“Saya selalu beritahu mereka, seru saya ke Parlimen bila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bersidang. Saya pergi jumpa speaker dan beritahu beliau boleh seru saya pada bila-bila masa. Panggil saya, siasat saya, saya sudi. Saya percaya pada ketelusan dan semak dan imbang. Saya tak suka pemusatan kuasa.”
Reformasi, berkecuali, bersepakat
Kredibiliti Art, 57, sebagai seorang pengerusi bergantung kepada bagaimana beliau berurusan dengan pemegang taruh termasuk pengundi dan parti politik.
Peguam dan aktivis ini pernah mengkritik ahli politik kerajaan dan pembangkang dan tidak rasa kekok untuk berkecuali – kayu ukur seorang pengerusi SPR.
Beliau bertegas tidak terhutang budi dengan mana-mana parti politik.
Dalam usaha membawa perubahan dan melaksanakan reformasi, Art perlu mendapatkan kesepakatan semua pihak, ungkapan yang sering muncul sepanjang temubual 1 jam ini.
“Kebanyakan reformasi memerlukan peraturan dan perlembagaan diubah, jadi kita perlu kesepakatan semua ahli Parlimen.”
Azhar Harun, yang lebih dikenali sebagai Art Harun,
berkata reformasi perlukan kesepakatan ahli Parlimen.Beliau bagaimanapun menambah SPR tidak melaksanakan reformasi “kerana kerajaan fikir kami patut buat atau tidak”.
“Kami ada fikirkan tentang reformasi tertentu sebelum ini dan masih sedang dibincangkan. Proses libat urus ini akan diteruskan,” katanya.
Tetapi reformasi proses pilihan raya yang sekian lama dilihat penuh dengan kekurangan dan kelompongan bukan mudah.
Apabila pemain lama daripada pentadbiran Barisan Nasional yang dulu kini bersama kerajaan, ada pihak merasakan reformasi mustahil dilaksanakan.
Art tidak bersetuju dengan tanggapan itu.
Beliau sedar kesetiaan politik di Malaysia mudah berubah apabila disiplin parti goyah. Ini bermakna mendapatkan kesepakatan semua parti dan blok politik bagi suatu cadangan itu memang sukar.
Oleh itu, cadangan SPR mesti mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen.
Sistem
Art, yang dilantik sebagai ketua SPR pada September 2018, nampaknya seperti sudah membiasakan diri sebagai orang kerajaan. Tidak boleh dinafikan beliau kini sebahagian sistem itu – dan pengalamannnya sepanjang 21 bulan lepas membuka matanya tentang sistem itu.
Dahulunya seorang pengkritik kerajaan, pengalaman memaksa beliau melihatnya dari sudut berbeza.
“Saya lebih realistik,” katanya. “Bila saya menggalas jawatan itu, saya bekerja bersama sistem itu. Jika sesuatu tidak menjadi, saya akan cuba selesaikan.”
Nasibnya baik kerana kakitangan dan urusetianya cemerlang, menyahkan gambaran penjawat awam lembab dan perlahan.
Art bagaimanapun tidak membuang kawan-kawannya dari gerakan sivil.
“Saya selalu berurusan dengan mereka,” katanya. “Ada pendirian yang kami kongsi, dan ada pendirian yang saya sanggah.
“Bagi ini saya ini sesuatu yang sihat. Selagi gerakan sivil berhujah secara rasional dan bijak, bukan secara emosi, akan ada kebarangkalian untuk bersepakat.”
Tetapi, mendapatkan kesepakatan ahli-ahli Parlimen masih sukar meskipun tahun lepas Dewan Rakyat bersepakat untuk menyokong menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun.
Azhar Harun nampaknya sudah membiasakan diri dengan tugasnya
sebagai pegawai pilihan raya tertinggi negara.Sekarang, pendaftaran pengundi secara automatik dan pindaan perlembagaan berkaitan yang mendapat sokongan 2/3 wakil rakyat dinanti-nantikan.
Bolehlah kesepakatan tahun lepas berulang?
Bagi Art, sokongan ahli Parlimen menjadi perkara paling asas dalam hal ini, walau kerajaan parti mana pun yang memerintah.
“Kami masih perlu berurusan dengan ahli Parlimen. Mereka penggubal dasar, mereka bahas apa sahaja undang-undang yang perlu diisytiharkan atau dipinda.”
Reformasi kecil dan besar
Sementara itu, SPR sibuk menambah baik proses pilihan raya dalam perkara-perkara yang tidak perlukan penglibatan ahli politik dan Parlimen.
Ini termasuklah perubahan operasi kecil-kecilan bagi menghasilkan pengalaman mengundi yang lebih baik seperti mengurangkan masa menunggu di pusat mengundi.
Suruhanjaya juga memperkenalkan siaran langsung dari pusat mengundi semasa pilihan raya bagi meningkatkan ketelusan.
“Ini semua benda mudah tetapi berkesan, murah, dan tidak perlu bersusah payah.”
Sekarang terserah kepada orang ramai untuk memanfaatkan perubahan yang diperkenalkan setakat ini.
“Saya paparkan proses pilihan raya untuk tontonan semua,” kata Art, mengatakan tidak ramai pun yang tonton siaran langsung walaupun mempertikaikan ketelusan SPR.
Beliau percaya kebanyakan kritikan itu berkaitan isu yang memerlukan pindaan Perlembagaan, sesuatu yang memerlukan sokongan 2/3 di Dewan Rakyat.
Beliau mengambil contoh persempadangan semula, perkara yang menjadi pertikaian kerana representasi kawasan yang dikatakan tidak seimbang.
“Sudah tentu saya setuju dan saya akan lakukannya jika kamu pinda Perlembagaan. Itu perlukan sokongan 2/3.
“Sebab itu saya kata proses mendapatkan kesepakatan ini amat penting. Kesepakatan amat penting dalam reformasi. Saya tak mahu beralasan, tetapi inilah yang kita perlu lalui di mana-mana negara pun, bukan di sini sahaja.”
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/tiada-campurtangan-pn-agenda-reformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakaman Suara Mirip Muhyiddin Kata Agong Mahu Dr M Kekal Pm Walau K Jaan Bertukar

Rakaman Suara Mirip Muhyiddin Kata Agong Mahu Dr M Kekal Pm Walau K Jaan Bertukar

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 323 hits
Sebuah laman Facebook yang menyokong bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan satu lagi rakaman audio yang didakwa diambil ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 23 Februari lalu Dalam rakaman kali ini suara ya...
Anwar Jumpa Muhyiddin Hamzah Bawa Agenda Reformasi

Anwar Jumpa Muhyiddin Hamzah Bawa Agenda Reformasi

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 381 hits
Ng Xiang Yi Pimpinan pusat dan anggota parlimen PKR bersetuju untuk memberi ruang dan kebebasan yang secukupnya kepada presiden parti Anwar Ibrahim untuk berunding dengan sesiapa sahaja dalam usaha mengembalikan kerajaan Pakatan Harapan Men...
Kata Ada 129 Bila Seorang Timbalan Menteri Letak Jawatan 129 1 Jadi 110 Stupid Ph

Kata Ada 129 Bila Seorang Timbalan Menteri Letak Jawatan 129 1 Jadi 110 Stupid Ph

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 353 hits
Jumaat Khabarnya Isnin hari tu ada kejutan peristiwa besar PH sudah ada 129 sokongan Lepas Isnin berakhir di khabarkan mula minggu ni ada kejutan PH ada 129 sokongan Gambar Anwat jumpa Agung dan TunM nak pergi Istana ditular Biarpun gambar ...
Insyaallah Perubahan Besar Dalam Masa Terdekat Kata Ph

Insyaallah Perubahan Besar Dalam Masa Terdekat Kata Ph

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 265 hits
Pertemuan pemimpin kanan PH di rumah Datuk Seri Anwar malam tadi Pimpinan utama Pakatan Harapan telah bertemu malam tadi dan mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan pakatan itu dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik Pakat...
Dr Maza Kata Dap Musuh Islam Mca Macam Mana

Dr Maza Kata Dap Musuh Islam Mca Macam Mana

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 308 hits
FB Abu Mishkat Sebab Dr Maza selesa dengan PN Saya sudah tonton 2 kali video 11 minit Dr Maza jawab 1 soalan sama ada dia selesa atau tak selesa dengan kerajaan PN Dr Maza tak menjawab soalan secara terus tetapi berpusing jauh memberitahu d...
Janna Nick Terima Kejutan Sempena Hari Jadi Ramai Kata Sweet

Janna Nick Terima Kejutan Sempena Hari Jadi Ramai Kata Sweet

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 414 hits
Teman lelaki kepada pelakon jelita Dini Azan Schatzmann memuatnaik satu posting di Instagramnya membuat kejutan sempena hari jadi Janna Nick yang ke 25 tahun Wah sweet betul pasangan ni Sorry for making you cry Happy birthday sayang I hope ...
Lain Kali Jawab Soalan Media Kata Shahruddin Lepas Jumpa Mahathir

Lain Kali Jawab Soalan Media Kata Shahruddin Lepas Jumpa Mahathir

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 332 hits
Diterbitkan Hari ini 6 41 pmAnggota parlimen Bersatu Shahruddin Salleh mengadakan pertemuan singkat dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur petang ini Mesyuarat diadakan setelah Ahli Parlimen S...
Absolute 1618 Apa Kata Cn

Absolute 1618 Apa Kata Cn

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 377 hits
Pernah dengar barangan kosmetik jenama ABSOLUTE 1618 Jenama kosmetik Absolute 1618 ini diilhamkan oleh 2 sepupu iaitu Mior Ghazi Sharifah Jasmine Mereka mendapat inspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang kosmetik untuk berkongsi dengan ...
Tuduhan Salah Guna Kuasa Pada Najib Cacat Kata Peguam Bela

Tuduhan Salah Guna Kuasa Pada Najib Cacat Kata Peguam Bela

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 333 hits
Tuduhan terhadap Najib Razak berhubung kes SRC International bernilai RM42 juta adalah cacat justeru memadai untuk bekas perdana menteri itu dibebaskan kata pihak pembelaan Peguam bela utama Najib Muhammad Shafee Abdullah semasa berhujah di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt