Lain Kali Jawab Soalan Media Kata Shahruddin Lepas Jumpa Mahathir


B Nanthakumar
Diterbitkan Hari ini 6:41 pm

Anggota parlimen Bersatu Shahruddin Salleh mengadakan pertemuan singkat dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur petang ini.

Mesyuarat diadakan setelah Ahli Parlimen Sri Gading itu meletakkan jawatannya sebagai timbalan menteri kerja raya, hari ini.

Ditemui oleh Malaysiakini ketika meninggalkan bangunan itu, Shahruddin mengesahkan pengunduran dirinya tetapi tidak memberi jawapan yang tepat tentang sama ada dia masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional atau tidak.

"Lain kali jawab soalan media,” katanya.
Walaupun tidak berterus terang menjelaskan pendiriannya sekarang, video berdurasi 51 saat yang disiarkan di akaun Twitter Dr Mahathir membayangkan bahawa beliau telah menukar kem.

Video itu diberi judul "Selamat Kembali."Dr Mahathir Mohamad✔@chedetofficialSelamat kembali
2,1116:06 PM - Jun 4, 2020Twitter Ads info and privacy764 people are talking about thisSebelum Shahruddin memasuki bangunan itu, Malaysiakini turut melihat kenderaan milik setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan setiausaha organisasi parti tersebut Anthony Loke meninggalkan premis tersebut.

Sebelum ini, spekulasi pengunduran Shahruddin tersebar susulan kenyataan media yang memetik ahli parlimen Sri Gading itu sebagai berkata beliau telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN.

“Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14.

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN,” katanya.
Malaysiakini hari ini juga menerima satu kenyataan yang didakwa dari Shahruddin kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan bahawa beliau akan “kekal duduk di kerusi backbenchers PN..

Bagaimanapun, kesahian kenyataan itu tidak dapat disahkan.

Sekiranya Shahruddin menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dan PN, gabungan yang baru lahir itu akan ditinggalkan dengan kelebihan hanya satu kerusi sahaja.

Bersatu kini berhadapan krisis dalaman antara Muhyiddin, yang adalah presiden parti, dan Mahathir, selaku pengerusi.

Berdasarkan tempat duduk sidang Parlimen terakhir pada 18 Mei, PN hanya memiliki majoriti dua kerusi sementara Pakatan Harapan memberi bayangan bahawa ia memiliki sejumlah kerusi yang mencukupi untuk merampas kembali Putrajaya.

PN menerajui Putrajaya susulan rampasan kuasa pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Harapan, yang menyaksikan kerajaan persekutuan PH yang memerintah selama 22 bulan itu tumbang.

Berikutan krisis politik selama seminggu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan setelah membentuk pakatan PN dengan Umno, BN, PAS dan GPS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/lain-kali-jawab-soalan-media-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumpa Tun Lepas Letak Jawatan

Jumpa Tun Lepas Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 313 hits
KERAJAAN AKAN TERGANTUNG KEPADA 111 111PHOTOS SHAHBUDIN HUSSEIN
Mahathir Ucap Selamat Kembali Kepada Shahruddin

Mahathir Ucap Selamat Kembali Kepada Shahruddin

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 390 hits
Anggota parlimen Bersatu Shahruddin Salleh mengadakan pertemuan singkat dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur petang ini Mesyuarat diadakan setelah Ahli Parlimen Sri Gading itu meletakkan jaw...
Rakyat Derita Jika Pilihan Raya Sekarang Kata Dr Mahathir

Rakyat Derita Jika Pilihan Raya Sekarang Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 346 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika perhatian dialih kepada pilihan raya akan ada rakyat yang menderita Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA 6 Jun Sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum di negara ini berikutan keada...
Lelaki Gantung Diri Lepas Jumpa Tunang Di Bangunan Sinsuran

Lelaki Gantung Diri Lepas Jumpa Tunang Di Bangunan Sinsuran

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 491 hits
Mayat mangsa diangkat oleh pasukan polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian Lelaki Bunuh Diri Di Bilik Sewa Bakal Tunang SEORANG lelaki yang menziarahi tunangnya ditemui mati dipercayai menggantung diri di tandas bilik sewa di ban...
Gugur Keahlian Mahathir Tidakan Yang Betul Kata Pengasas Bersatu

Gugur Keahlian Mahathir Tidakan Yang Betul Kata Pengasas Bersatu

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 310 hits
PETALING JAYA Salah seorang pengasas bersama PPBM Kamarulazman Habibur Rahman tidak terkejut keahlian Dr Mahathir Mohamad dan 4 lagi individu digugurkan mengatakan beliau hanya menunggu masa bila presiden parti nak bertindak Saya sebagai an...
Tiba Tiba Rasa Takda 0tak Cikgu Vir4l Jawab Soalan Addmath Kat Filter Ig Tak Sampai 5 Saat

Tiba Tiba Rasa Takda 0tak Cikgu Vir4l Jawab Soalan Addmath Kat Filter Ig Tak Sampai 5 Saat

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 514 hits
Mesti korang pernah tau ada satu cikgu Addmath ni vir4l dulu macam mana cara dia ajar Addmath dengan anak muridnya Ramai yang betul betul teruja dan faham macam mana cara cikgu ni ajar subjek yang mungkin menjadi mimpi ngeri untuk student y...
Muhyiddin Elak Jumpa Media

Muhyiddin Elak Jumpa Media

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 225 hits
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam ini yang dipengerusikan Presidennya Muhyiddin Yassin selesai kira kira jam 11 40 malam tadi Bagaimanapun Muhyiddin enggan bertemu pihak media dan kemudian dilihat meninggalkan Rumah Kelab Pe...
Kali Kedua Mahathir Disisihkan Join Mesyuarat Mpt Bersatu Malam Ini

Kali Kedua Mahathir Disisihkan Join Mesyuarat Mpt Bersatu Malam Ini

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 370 hits
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dijangka bermesyuarat di Kuala Lumpur malam ini Ia akan menjadi acara pertama yang diketahui dihadiri oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin setelah beliau selesai menjalani kuarantin selama 14 hari semalam ...
Perempuan Baru Lepas Bersalin Ni Lain Sikit Perangainya Netizen Kecam Kenyataan Anzalna

Perempuan Baru Lepas Bersalin Ni Lain Sikit Perangainya Netizen Kecam Kenyataan Anzalna

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 459 hits
Tindakan Anzalna Nasir membela adiknya Afifah Nasir mengundang reaksi negatif netizen apabila pelakon itu seolah olah mendakwa isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah meroyan Anzalna yang tidak sepatutnya campur tangan dalam hal adikn...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai