Dr Maza Kata Dap Musuh Islam Mca Macam Mana



FB: Abu Mishkat
Sebab Dr. Maza selesa dengan PN
Saya sudah tonton 2 kali video 11 minit Dr. Maza jawab 1 soalan sama ada dia selesa atau tak selesa dengan kerajaan PN.
Dr. Maza tak menjawab soalan secara terus, tetapi berpusing jauh memberitahu dia banyak menerima tawaran jawatan dan habuan drp PN tapi dia tolak. Ni nak habaq mai dia ikhlas dan tak harap habuan!
Seterusnya dia pergi lagi jauh habaq dulu dia menentang BN kerana korup dan sudah terlalu lama memerintah. Dia juga kata asalnya tak percaya Dap akan buat masalah kepada negara jika memerintah.
Tiba2 dia terus serang Amanah dan sebahagian orang PKR yang menjadi penyebab keberanian banyak pihak membuat kenyataan mengguris hati umat Islam. Saya pun tak faham lagu mana Amanah dan PKR jadi sebab keberanian segelintir orang bukan Islam jadi kurang ajar itu. Sedangkan sebelum PH (Amanah sebahagian drpdnya) memerintah iaitu di zaman BN pun sudah golongan yang kurang ajar dan menghina Islam seperti MCA menghina hudud dan geng liberal Siti Kassim cakap lepas.
Dr. Maza juga cerita dulu dia sangat baik dengan pimpinan Dap, dia beri peluang orang Dap berucap dalam masjid, berbuka puasa bersama dan dia hadir program Dap.
Perubahan pendirian terhadap Dap berlaku sejak Dr. Maza baca Quran, pada masa solat malam baca ayat 118 surah Ali ‘Imran yang bermaksud “…sudah jelas kebencian keluar dari mulut2 mereka dan apa yang mereka sembunyikan dalam dada mereka itu lebih besar..”
Saya cuma musykil juga perubahan perasaan sayang dan percaya Dr Maza pada Dap bertukar menjadi benci selepas membaca ayat 118 Surah Ali ‘Imran itu. Adakah ayat itu tak apply pada MCA yang sangat anti hudud, tak mahu dengar orang Melayu sebut kerajaan Melayu Islam dan memberi bantuan RM58juta kepada universiti milik parti itu dalam masa 3 bukan dalam PN?
Keseluruhan jawapan Dr. Maza meletakkan kesalahan keadaan huru-hara di zaman PH ke atas DAP dan juga Amanah yang membantu mengeluarkan nas2 agama. Sungguh simplistik, cetek dan tipikal jawapannya. Tak setara dengan title PhD dan jawatan mufti yang disandang, kerana ternyata dia gagal di peringkat problem statement / pernyataan masalah. Entah bagaimana orang yang memegang title Dr tak tahu membuat pernyataan masalah yang sebenar, sedangkan ia proses atau satu langkah yang wajib dalam menulis tesis.
Masalah Zakir Naik masih sama tak dibenarkan ceramah (jasa kerajaan PH tak menghantarnya pulang ke India tapi Dr. Maza masih tak puas hati), isu Adib tak dapat pembelaan yang memuaskan hati pembangkang PH dulu masih sama, BMF masih sama tak menyelesaikan masalah peniaga dan ekonomi Melayu dan mufti popular dengan label ‘bodoh tak bertebing’ pun sudah diam tak berkempen lagi, kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati dan cedera semakin banyak, tulisan jawi macam tu juga, sekolah vernacular masih macam biasa tak ditutup, Dong Zong masih valid tak diharamkan oleh ROS, agihan jawatan kepada orang politik yang tiada latar belakang bersesuaian dengan keperluan syarikat GLC tertentu sangat berleluasa, penjualan aset kerajaan dengan harga sangat rendah pun berlaku, aset TH yg dijual untuk mengukuhkan institusi itu yang ditentang habis2an dulu pun tak ditebus semula dan banyak lagi isu, termasuk yang terkini rakaman suara mirip orang terpenting menawarkan rasuah jawatan menteri dan GLC jika MP sokong PN, merupakan isu2 yang masih menghantui negara.
Soalnya bagaimana Dr. Maza kata negara kita tenang kini? Nampaknya Dr. Maza tidak mampu mencerap sebab mengapa dulu di zaman PH bising sangat. Orang2 yang dulunya sangat bising kini telah berjawatan dalam kerajaan atau syarikat kerajaan, jadi takkanlah masalah2 yang disebutkan di para 9 itu mereka nak bisingkan juga. Itu menembak kaki sendiri namanya.
Jadi sebab kewujudan Amanah yang didakwa Dr. Maza sebagai penyebab keberanian golongan menghina agama adalah sebab yang tidak kukuh, hanya sekadar nak menyalahkan sahaja. Sedangkan kekecohan dan kebisingan segelintir orang yang menghina agama itu boleh dikawal jika KDN ketika itu berfungsi dengan baik. Malangnya ia tidak berlaku. Tiba-tiba Amanah dipersalahkan Dr. Maza kerana mengeluarkan nas2 agama, dakwa Dr. Maza. Sepatutnya kalau benar ada Amanah keluarkan nas agama yang menggalakkan orang hina agama, nyatakan nas yang mana dan buat bantahan yang jelas. Namun Dr. Maza hanya mampu melabel Amanah khadam Dap. Bersatu yang sama2 dlm PH tidak pula dihentam, mungkin sebab faktor Tun M ketika itu. Persis walaun juga aras fikirnya.
Dr. Maza berada dalam mode penafian tuduhan terhadap PN sekarang dengan alasan ia hanya seumpama kata2 Sayidina Ali kepada puak Khawarij كلمة الحق أريد به الباطل (kata2 yang benar tetapi dengan maksud batil). Agaknya sebahagian isu2 yg saya sebutkan di para 9 itu sudah selesailah pada pertimbangan Dr. Maza kiranya.
Kesimpulannya, Dr. Maza teragak2 nak jawab selesa dengan PN yang mendapat kuasa secara luar tabi’e sehingga terpaksa berpusing jauh ketika memberi jawapan untuk satu soalan mudah. Namun boleh difahami Dr. Maza berpuas hati dengan prestasi PN setakat 3 bulan (Dr. Maza kata dia tak tahu dah berapa bulan PN ni..)
Kalau saya tukang soal, saya akan tanya Dr. Maza pernahkah dalam sejarah Islam, umat Islam berpakat melanggar perjanjian yang ditandatangi dengan orang bukan Islam? Kenapa Dr. Maza tak pernah sebut ayat2 91-94 Surah al-Nahli dan hadis2 dalam bab Tahrim al-Ghadr dlm kitab Riyadhus Solihin dalam isu perubahan kerajaan secara pelik itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28049

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tanya Anak Tak Pandai Bercakap Macam Mana Nak Pastikan Mereka Cukup Menyusu

Nak Tanya Anak Tak Pandai Bercakap Macam Mana Nak Pastikan Mereka Cukup Menyusu

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 496 hits
Menjadi kerisauan para ibu ketika menyusu badan pada bayi adakah mereka cukup minum Takut pula masih tak cukup tapi sesi penyusuan dah dihentikan Bukan apa nak ditanya anak masih tak boleh nak beritahu Lagi lagi kalau bayi tertidur semasa d...
Tiket Flight Harga Yahudi Macam Mana Nak Bantu Rakyat

Tiket Flight Harga Yahudi Macam Mana Nak Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 591 hits
Sebuah persatuan dalam bidang pelancongan bimbang dengan harga tiket penerbangan domestik yang mahal mengatakan ia akan menyukarkan pemulihan sektor itu Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia memberitahu kesannya dirasai pelan...
Dakwaan Dr M Arah Kurangkan Keyakinan Kepada Dap Benar Kata Bekas Setiausaha Politik

Dakwaan Dr M Arah Kurangkan Keyakinan Kepada Dap Benar Kata Bekas Setiausaha Politik

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 710 hits
PETALING JAYA Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad Muhammad Zahid Md Arip mengesahkan dakwaan setiausaha agung PPBM Hamzah Zainuddin berhubung arahan bekas perdana menyerti itu supaya mengurangkan keyakinan rakyat kepada DAP Zahid b...
Nanti Siapa Jadi Mak Jadi Nenek Akan Rasa Macam Mana Perasaan Itu Warga Emas Sebak Beraya Cara Normal Baharu

Nanti Siapa Jadi Mak Jadi Nenek Akan Rasa Macam Mana Perasaan Itu Warga Emas Sebak Beraya Cara Normal Baharu

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 529 hits
Kemudahan teknologi seperti sidang video masih mampu mendekatkan hubungan Raidah bersama adik beradik lain yang semuanya berasal dari Singapura JOHOR BAHRU Sebahagian masyarakat menggangap normal baharu dilihat membataskan mereka berkumpul ...
Macam Mana Pulak Bagi Yang Pangkat Tinggi Kena Sekali Tak

Macam Mana Pulak Bagi Yang Pangkat Tinggi Kena Sekali Tak

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 295 hits
Pejawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja jika tidak kembali ke pejabat selepas Aidilfitri kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman Menurut beliau alasan terperangkap di kampung gara g...
Beku Lesen Arak Pemimpin Dap Kata Pn Tak Guna Pas Gila Umno Lagi Gila

Beku Lesen Arak Pemimpin Dap Kata Pn Tak Guna Pas Gila Umno Lagi Gila

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 442 hits
Hanya kerana DBKL membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras pemimpin DAP Ronnie Liu Tian Khiew Mengatakan Kerajaan PN tiada guna PAS gila dan UMNO lagi gila Mendakwa pembekuan ini adalah tidak berperlembagaan Menyebut DAP akan ...
Susu Time Tapi Macam Mana Cara Nak Bangunkan Bayi Untuk Menyusu Cuba Cara Ni

Susu Time Tapi Macam Mana Cara Nak Bangunkan Bayi Untuk Menyusu Cuba Cara Ni

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 355 hits
Eh dah pukul 1 petang sudah waktu penyusuan tetapi si comel masih tidur Hmmm perlu ke bangunkan bayi untuk menyusu atau tunggu sehingga dia bangun sendiri sahaja Waktu penyusuan Bayi yang baru lahir perlu menyusu setiap 2 hingga 3 jam tetap...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya