Tempat Yang Wajib Dikunjungi Jika Ke Melaka



Assalamuailaikum
Sapa pembaca-pembaca di sini orang Melaka???hahh..ngapaaa? haha..bukan nya apa-apapun..cuma nak mengabo (bahasa org perak) yang kita memang kenan sangat-sangat dengan Negeri Melaka ni..ehhh..tapi bukannya kita khianat negeri sendiri tau!!! tempat jatuh lagi dikenang inikan tempat bermain kan..cuma Negeri Melaka ini ada banyak tempat - tempat bersejarah yang kita minat sangat nak telaah.

kalau kome (bahasa perak, kome = korang) nak tahu lah kan..dari mula aku sekolah rendah, sekolah menengah, start keja, kahwin dan dah ada anak sekarang..tak terkira aku punya moment-moment di sini..kalau aku boleh kumpulkan semua gambar2 dari sekolah rendah sampai sekarang, story tentang melaka ni berbelas-belas page pon susah nak stop..ha haaa..mujur lah aku tk jumpa pasangan aku orang melaka..lagi panjang lah story aku..kahkahhhh



Antara sebab kenapa kita admire sangat-sangat dengan Negeri melaka Ini kerana terlalu banyak kisah-kisah sejarah..dan tempat-tempat menarik yang kita boleh terjah dan terokai.. Kebiasaan nya sapa-sapa yang mai Melaka, area dataran Taming sari yang terletak di bandar hilir, adalah tempat tumpuan utama. Sebab kawasan ini berada di tengah2 kota bandaraya melaka. Dari sini korang  boleh setting nak kemana.  Korang juga boleh choice samaada nak berjalan kaki ataupun menggunakan khidmat abang beca..hi hi hi......

Antara tempat-tempat lawatan yang berhampiran dengan Dataran Taming Sari :-

* Muzium Samudera
* Muzium Kastam Diraja Malaysia
* Kota A Famosa
* Melaka River Park and Cruise
* Mahkota Parade
* Dataran Pahlawan / Dataran Pahlawan Mall
* Melaka Clock Tower

Aku akan cuba review satu-satu tempat ni.  Buts actually tak semua tempat ni aku penah masuk.  so mana yang aku dah entry sahaja akan di cover okei..ha ha ha


DATARAN PAHLAWAN 


Tempat ini sebenarnya adalah sebuah emperium (pusat membeli belah) dengan pelbagai barangan kraf dan juga moden.   Terdapat juga pelbagai jenis gerai-gerai makanan di dalamnya.  selalunya port sejuk-sejuk ni korang akan masuk bila badan dah terasa penat dan tekak terasa dahaga..kann...Part shoping moping plak biasanya takkan terjadi di sini..almaklumlah kan dah ada Premium Outlet..ha ha ha

MAHKOTA PARADE



Berhampiran dengan Dataran Pahlawan ada satu lagi kompleks membeli belah yang namanya Mahkota Parade.  Kat ipoh, kampung kelahiran aku pon ada jugak..namanya Ipoh Parade..hi hi hi.  Pergi mall itu, mall ini keadaan nya sama je..yang berbeza hanya pada brands mall itu sendiri..wakakaka


MENARA TAMING SARI

Menara Taming Sari, adalah sebuah menara pandang yang berketinggian 110 meter.  Menara  ini akan berputar 360 darjah dan ia memberi kesempatan kepada semua pelawat untuk melihat panaroma Bandar Melaka secara keseluruhan.  untuk info, menara ini akan dibuka pada setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam.  Untuk harga tiket masuk boleh rujuk web formal di sini..

KOTA A FAMOSA



Tempat iols berdua bergambar ni namanya " Kota A Famosa '.  dari pembacaan aku, (gitueee) hi hi , sejarah Kota A Famosa ni di bina oleh Portugis sebaik sahaja ia berjaya menawan melaka pada tahun 1511.  Kota A Famosa ini terletak bersebelahan replika Istana kesultanan Melaka dan gereja St. Paul. Dan juga ini adalah seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Berdekatan area Kota A Famosa, terdapat banyak khazanah-khazanh lama yang boleh kita lihat dan berposing buat kenangan.  Di sini juga, korang boleh mencuba menaiki beca.  ada pelbagai jenis hiasan beca yang akan menawan dan menambat hati kecil korang tuh..hehe

                                                  MELAKA RIVER CRUISE / PARK



Jika dah sampai Melaka, rugi sangat-sangatlah kalau korang tak cuba merasai naik River Cruise.  Dan dari info yang aku baru tahu, teheee...kaunter tiket dan juga stesyen river cruise ni ada 2 tempat.  salah satu darinya korang boleh naik dekat Jeti Dataran Muara. (Bersebelahan dengan Muzium Samudera). Korang boleh beli tiket seawal 9.00 pagi, dan  akan tutup pada jam 11.30 malam.. Tapi aku prefer, korang naik lah pada waktu malam.  Kerlipan cahaya lampu dan juga suasana malam yang romantik akan menghiasi mata anda di sepanjang perjalanan menyusuri sungai melaka ini.




Macam kami aritu, lepas makan malam kami terus di bawa kesini.  Beli tiket dan naik Cruise dari Jeti Rempah.  Selalunya sesiapa yang datang ke sini menaiki bus persiaran, ini adalah port parking bus..sebab di Jeti rempah ni ada kawasan lapang dan sesuai untuk pariking kenderaan berat seperti bus, lori dan yang seangkatan denganya..ha ha. 

Masa perjalanan pergi dan balik adalah selama 45 minit. Di sepanjang perjalanan itu nanti korang akan diberi serba sedikit penerangan dan info di setiap bangunan yang korang lihat.  seronok wey..boleh khayal di buatnya.. haha...



JONKER WALK

 



Jongker Walk antara tempat pemes bagi yang suka barang-barangan antik dan barangan seni.  Kami ke sini asalnya nak lihat sejauh mana hebat dah meriahnya tempat ini.  Tapi bagi pendapat peribadi aku, tempat ini agak kurang sesuai untuk pasangan suami isteri yang memabawa anak-anak kecil.  Suasana dan keadaan yang terlalu sesak dan panas akan membuatkan anda rungsing dan pening kepala.  Bahkan jika anda sedang menahan kelaparan..silalah lupakan hajat untuk anda makan di sini..kerana tiada kelihatan langsung gerai-gerai melayu di sekitarnya..ha haaaa
di sekitar Jongker ini juga ada disediakan perkhidmatan Beca.  Kalau dah agak agak tak serasi dengan tempat ni boleh la korang angkat kaki dan bersiar-siar lah ke lain-lain tempat dengan menaiki beca, dan tentang harganya, korang boleh berbincang dan tawar menawar dengan pakcik / abg beca tersebut.  hihihihi
Actually, selain daripada tempat-tempat yang menarik di atas ada banyak lagi tau tempat - tempat lain yang boleh korang jengah.  Malahan ada juga port-port baru yang ada di Melaka anttaranya seperti Muzium Kapal Selam dan yang paling latest adalah Melaka Premium Outlet..(wowwww!!!) 
MUZIUM KAPAL SELAM



Muzium Kapal Selam yang terletak di Pantai Klebang Melaka ini merupakan muzium kapal selam pertama di Malaysia. Kapal selam ini bernama SMD Ouessant Agosta 70 ini adalah buatan Perancis yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kapal selam ini merupakan tempat latihan krew pertama kapal selam di negara ini yang kali terakhir digunakan sewaktu belayar di lautan Atlantik pada tahun 2009.

Kapal Selam ini dibina pada tahun 1979 dengan seberat 1200 tan ini telah dibawa ke Malaysia untuk dijadikan muzium. Dengan perbelanjaan sebanyak RM 12.6 Juta, kapal selam ini adalah sebagai simbol kemajuan negara didalam bidang pertahanan maritim. Sebelum dijadikan muzium, kapal selam ini diangkut menggunakan kapal kargo dan dibawa ke Pantai Klebang dengan sebuah trailer 480 tayar sebelum ke Dataran 1 Malaysia.

Untuk makluman pembaca, nak masuk ke dalam kapal selam ni akan dikenakan bayaran ye.  Tapi jangan risau tiket nak masuk sini insyaAllah berada di tahap kemampuan semua..ha haaaaa..
Harga TiketDewasa : RM 5 / seorang
Kanak-kanak : RM 2 / seorangKanak-kanak (bawah 6 tahun) : percuma
Waktu Operasi Isnin - Khamis : 9 pagi - 5.00 Petang
Jumaat - Ahad : 9 pagi - 6.30 Petang
AlamatDataran 1 Malaysia Pantai Klebang,
Jalan Klebang Besar,
75200 Melaka

MELAKA PREMIUM OUTLET




Freeport A' Famosa Outlet Village terletak di kawasan perkampungan di Alor Gajah. Bersebelahan je dengan  A Famosa Resort.  Pertama kali kami datang ke sini, kami terus teruja melihat rekaan bangunannya yang unik dan menarik.  Seakan-akan rekaan bangunan lama yang telah di modenkan.  amat sesuai pada yang suka bergambar tapi tak minat nak shopping..ha haaa..

olight sekian saja jelajah Melaka kami..sebenarnya banyak lagi picture-picture yang di memorikan..tapi bila dah banyak sangat nanti takut-takut dah x jadi story tapi jadi album kenangan plak..ha haaaa..
InsyaAllah ada rezki kami akan repeat semula..dan seperti di awal2 cerita aku tadi, melaka my pebret place for holiday..soo..beratus kali aku pergi pon no hal..kah kahhh
Nota Kaki : dalam story ni ada dua percutian yang berbeza masa dan tahun..sapa perasan iols belanja nasi ganja viral di Negeri teman (ipoh, perak..haha)

byeeeee...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sikasutpinkstory.blogspot.com/2020/02/cuti-cuti-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

Tempat Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi Ayda Jebat Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 548 hits
Annyeonghaseyo Bila dengar perkataan tu je mesti teringat artis Korea yang hensem cantik dan comel tu kan Hehe Sebenarnya memang ramai yang simpan angan angan untuk jadikan Korea sebagai destinasi percutian Maklumlah Korea bukan hanya terke...
44 Senarai Tempat Makan Menarik Di Kelantan Yang Wajib Singgah

44 Senarai Tempat Makan Menarik Di Kelantan Yang Wajib Singgah

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 699 hits
44 Senarai Tempat Makan Menarik Di Kelantan Yang Wajib Singgah Salam semua buat korang yang suka jalan jalan cari makan di mana mana negeri Sis nak kongsikan tempat makan menarik di Kelantan Walaupun sis orang Kelantan sis pun tak tahu bany...
Perhentian Kuih Kampong Tempat Famous Yang Korang Patut Singgah Di Melaka

Perhentian Kuih Kampong Tempat Famous Yang Korang Patut Singgah Di Melaka

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 1119 hits
Warung Perhentian Kuih Kampong Ujung Pasir Melaka Perhentian Kuih Kampung yang terletak di jln Ujung Pasir di Bdr Melaka Jumpa info tentang warung ini masa goggle di internet tentang tempat makan di Melaka Dalam Pakcik google tempat tempat ...
Tempat Tempat Di Bali Yang Asyik Dikunjungi Di Siang Hari

Tempat Tempat Di Bali Yang Asyik Dikunjungi Di Siang Hari

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 298 hits
Apakah kamu seperti saya jika liburan menghabiskan waktu melihat lihat tempat wisata di siang hari dan malamnya berburu kuliner atau update blog di penginapan Itu juga yang akan saya lakukan saat berlibur di Bali Di siang hari saya akan men...
Menikmati Permandangan Di Atas Skydeck Hatten City Tempat Paling Tinggi Di Melaka

Menikmati Permandangan Di Atas Skydeck Hatten City Tempat Paling Tinggi Di Melaka

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 573 hits
Permandangan di atas Skydeck Hatten City MelakaSkydeck ni sebenarnya terletak di atas bangunan berkembar hotel Hatten City Beberapa tingkat yang pertama adalah pasaraya Tingkat seterusnya adalah hotel Kenapa dipanggil Skydeck Sebabnya kalau...
Kokol Farmstay Kota Kinabalu Sabah Tempat Terbaik Untuk Dikunjungi Di Kota Kinabalu Sabah

Kokol Farmstay Kota Kinabalu Sabah Tempat Terbaik Untuk Dikunjungi Di Kota Kinabalu Sabah

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 912 hits
Kokol farmstay merupakan salah satu destinasi menarik di Kota Kinabalu Sabah Selain menawarkan servis penginapan kokol farmstay juga membuka ruang untuk para pelancong atau pengunjung untuk mengambil gambar di sekitar kokol farmstay yang te...
Kisah Pulau Besar Melaka Pulau Hajat Tempat Amalan Khurafat Syirik

Kisah Pulau Besar Melaka Pulau Hajat Tempat Amalan Khurafat Syirik

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 1237 hits
Kisah Pulau Besar Melaka pulau hajat tempat amalan khurafat syirikDitulis oleh AausHallu sayang sayang sekalian Pernah tak korang dengar pasal Pulau Besar kat Melaka Ramai datang sini semata mata untuk buat benda khurafat syirik kisah pulau...
Koleksi 10 Resepi Ayam Ringkas Anda Wajib Belajar Masak Sebelum Umur 30 Tahun

Koleksi 10 Resepi Ayam Ringkas Anda Wajib Belajar Masak Sebelum Umur 30 Tahun

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 466 hits
Keluarga dan rakan rakan pasti akan kagum jika anda ketahui memasak kesemua resepi masakan ayam ini img alt 554892 568191689865672 1361508238 n src https images says com uploads brand avatar 255 554892 568191689865672 1361508238 n png img P...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu