Teh Kosong Roti Jadi Alas Perut Pencuci Pinggan Anak Demi Teruskan Hidup


 
K Selvarani dan anaknya Emmanuel Joseph John tinggal di sebuah bilik sewa di bahagian belakang sebuah kedai gunting rambut di Pulau Pinang. Mereka baru-baru ini menerima tilam dan selimut baru sumbangan seorang guru tuisyen.GEORGE TOWN: Pengsan di tempat kerja dan disyaki positif Covid-19. Insiden malang menimpa K Selvarani, 57, kira-kira 2 minggu lalu menyebabkannya hilang pekerjaan sebagai pencuci pinggan di gerai makan popular di Sungai Pinang.
Kini, Selvarani dan anaknya hanya mampu bertahan dengan teh kosong dan roti.
Anak lelakinya, Emmanuel Joseph John, 28, separuh buta akibat kecederaan selepas terbabit kemalangan 8 tahun lalu. Dia pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah blok rumah pangsa tetapi meninggalkan kerja itu bulan lalu, kerana gaji bulanan RM1,000 dibayar lewat.
Ibu, anak lelaki, dan anjing mereka berusia 8 tahun, Robbie berbumbungkan bilik kecil di bahagian belakang sebuah kedai gunting rambut di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong. Bilik disewa dengan harga RM250 sebulan itu kadangkala didatangi lipas dan tikus.
Mereka tidur atas lantai sejak sebulan lalu selepas tilam basah kuyup kerana hujan. Baru-baru ini, seorang guru tuisyen yang mendengar keadaan mereka, Vimalan Chandrasegaran, tampil menyumbangkan tilam dan selimut serta makanan yang bertahan selama seminggu.
Selvarani dan Emmanuel selama ini bertahan hanya berbekalkan teh kosong dan roti. Bagi mereka, “kemewahan” datang dalam bentuk roti tawar dengan kopi hitam sekali-sekala, setiap kali rakan Selvarani atau orang yang lalu lalang menderma RM10.
K Selvarani menggantung pakaian di bahagian belakang rumah kedai.“Dalam 2 minggu sekali, kami ada cukup (duit) buat beli nasi kandar dengan ikan goreng. Bila ada duit, sudah tentu,” kata Emmanuel, mengatakan mereka terlalu malu untuk meminta pertolongan, sehingga cerita mengenai kesusahan mereka disampaikan dari mulut ke mulut.
Emmanuel berkata, dia sanggup mengikuti kelas elektronik atau kerja membaiki telefon bimbit untuk meraih pendapatan. “Kalau tidak, saya okey saja jadi pengawal atau buat apa-apa saja, tetapi orang tak ambil pekerja sekarang, dan dengan masalah mata saya, di mana saya akan bekerja?” Lengan kirinya turut lemah, kesan akibat kemalangan.
Selvarani sebelum ini meraih RM25 sehari, bekerja syif bermula 7 malam hingga 1 pagi, di gerai makan selama 2 bulan sehingga dia pengsan di tempat kerja 2 minggu lalu. Menurut doktor ia mungkin disebabkan vertigo (hilang keseimbangan), tetapi majikannya memberitahu supaya tidak datang bekerja kerana disyaki dijangkiti Covid-19.
Sejak itu, Selvarani mencari pekerjaan rencam, tetapi sukar baginya, dengan masalah pertuturan dan sukar mendengar. Dia ada mencari pekerjaan di pasar basah berdekatan tetapi tiada yang mahu mengambilnya bekerja, walaupun dengan upah rendah, atas alasan masa sukar akibat wabak. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/11/blog-post.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+TRUTH%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Tunggal Terpaksa Tebalkan Muka Berhutang Mee Segera Demi Alas Perut Anak Anak Masih Kecil

Ibu Tunggal Terpaksa Tebalkan Muka Berhutang Mee Segera Demi Alas Perut Anak Anak Masih Kecil

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 442 hits
Demi meneruskan hidup ibu tunggal yang kematian suami sejak April lalu terpaksa menebalkan muka berhutang mee segera demi mengisi perut anak anak daripada kelaparan Rini Mohd Yusup 41 bersama tiga anaknya Mohamad Safuan 8 Mohamad Alsam 6 da...
Ardell Menangis Tinggalkan Suami Anak Demi Misi Bantuan Di Sabah

Ardell Menangis Tinggalkan Suami Anak Demi Misi Bantuan Di Sabah

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 444 hits
Semua sedia maklum mengenai situasi COVID 19 di Sabah yang semakin membimbangkan dengan peningkatan kes baharu mendadak Menerusi perkongsian di laman Instagram pelakon Nadzmi Adhwa dia memaklumkan isterinya pelakon Ardell Aryana turut terba...
Adik Jangan Bersulam Air Nanti Buncit Perut Sebenarnya Minum Air Kosong Bagus Hilang Kalori

Adik Jangan Bersulam Air Nanti Buncit Perut Sebenarnya Minum Air Kosong Bagus Hilang Kalori

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 316 hits
Adik jangan bersulam air nanti buncit pernah dengar tak ayat ni Biasanya mak mak sangat marah jika bersulam air kononnya akan menyebabkan perut buncit Tapi benarkah tabiat itu punca kepada masalah sistem pencernaan Berikut 3 mitos yang seri...
Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 373 hits
November 10 2020DEWAN Muslimat PAS Malaysia ingin turut sama sama mengetengahkan tema Teguh Kita Menang Bersama yang digunakan dalam Rang Undang Undang Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 Ia menegaskan kebersamaan rakyat dan kerajaan dalam...
Demi Anak Bekas Pramugari Cantik Ni Tak Malu Berniaga Di Tepi Jalan

Demi Anak Bekas Pramugari Cantik Ni Tak Malu Berniaga Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 441 hits
Siapa pun tak sangka kerja di awan biru yang disangkakan dapat bagi rezeki untuk selamanya tapi hanya putus di tengah jalan akibat wabak pandemik COVID 19 yang menyerang seluruh dunia sejak Mac lalu Kesan daripada wabak pandemik ni banyak b...
Buat Sendiri Roti Nan Cheese Gebu Tak Sempat Buat Kuah Dah Licin Anak Makan

Buat Sendiri Roti Nan Cheese Gebu Tak Sempat Buat Kuah Dah Licin Anak Makan

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 418 hits
Menikmati Roti Nan Cheese di restoran buat anak anak cukup gembira Mana tak nya masing masing teruja menarik cheese yang masih panas Apa kata mama cuba buat roti nan sendiri di rumah barulah anak anak puas makan Tak perlu kuah pencicah pun ...
Kalau Kita Selalu Marah Jerit Pada Anak Tak Bertempat Marah Akan Jadi Gaya Hidup Anak

Kalau Kita Selalu Marah Jerit Pada Anak Tak Bertempat Marah Akan Jadi Gaya Hidup Anak

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 304 hits
Adakah anak anda mudah sangat memukul ketuk kepala mengigit membaling barang Mengapa anak anak sekarang lebih agresif Atau sebenarnya mereka lebih ekspresif SEBENARNYA PADA USIA 1 5 TAHUN HINGGA 3 5 TAHUN DAN MUNGKIN MEMBAWA KE 4 5 6 TAHUN ...
Lasagna Roti Kebabom Padat Inti Dan Keju Anak Makan Sampai Licin

Lasagna Roti Kebabom Padat Inti Dan Keju Anak Makan Sampai Licin

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 701 hits
Bosan dengan hidangan nasi setiap hari sesekali kita sajikan pula hidangan roti untuk makan tengahari bersama keluarga Ubah kelainan dengan menu istimewa untuk anak anak Roti yang sarat dengan gandum ditambah dengan sumber protin dari dagin...
Amir Jahari Jual Gitar Kesayangan Untuk Teruskan Hidup Gembira Ada Sudi Beli Dengan Harga Lebih Mahal

Amir Jahari Jual Gitar Kesayangan Untuk Teruskan Hidup Gembira Ada Sudi Beli Dengan Harga Lebih Mahal

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 395 hits
Bukan sahaja rakyat biasa malah ramai juga golongan artis dan selebriti yang terkesan akibat pandemik COVID 19 yang melanda negara kita Salah seorang rakan artis yang turut mengalami kesukaran ialah penyanyi dan komposer Amir Jahari Dalam u...
Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Telur Bilis Amira Othman Ketika Bulan Madu Jadi Fenomena Media Sosial

Fahami Masalah Tiroid Nampak Sihat Tapi Dalam Diam Mereka Tengah Fight

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki