Adik Jangan Bersulam Air Nanti Buncit Perut Sebenarnya Minum Air Kosong Bagus Hilang Kalori


“Adik jangan bersulam air, nanti buncit” pernah dengar tak ayat ni? Biasanya mak-mak sangat marah jika bersulam air. kononnya akan menyebabkan perut buncit? Tapi benarkah tabiat itu punca kepada masalah sistem pencernaan?

Berikut 3 mitos yang sering menjadi kepercayaan ramai.
Makan sambil minum punca perut buncit?
Terdapat dakwaan kononnya tabiat makan bersulam air ini boleh mendatangkan masalah pada sistem pencernaan.
Ada juga mengatakan makan sambil minum boleh menyebabkan toksin terkumpul dan akhirnya mewujudkan pelbagai masalah kesihatan.
Pastinya anda mungkin tertanya-tanya adakah benar segelas air yang diminum sambil makan itu boleh memberikan kesan negatif – atau ia sekadar mitos yang menjadi kepercayaan kebanyakan individu, kan?
Memahami sistem pencernaan
Pertama sekali, untuk mengetahui mengapa tabiat makan sambil minum dianggap boleh menjejaskan fungsi sistem pencernaan, anda perlu memahami bagaimana proses pencernaan yang normal.
Umumnya, proses tersebut bermula sebaik sahaja anda mula mengunyah makanan di dalam mulut.
Apabila kunyahan dimulakan, ia petanda kelenjar air liur anda mula menghasilkan air liur yang mengandungi enzim untuk membantu memecahkan makanan.
Sebaik sahaja makanan yang dikunyah itu tiba ke bahagian perut, ia akan bercampur dengan jus gastrik berasid. Jus ini berfungsi untuk memecahkan dan menghasilkan cecair pekat yang dikenali sebagai chyme.
Saluran usus
Pada saluran usus kecil, chyme akan bercampur dengan enzim pencernaan daripada pankreas dan asid hempedu yang dihasilkan hati.
Ia akan memecahkan chyme dan menyediakan nutrien untuk diserap ke dalam aliran darah tubuh anda.
Sebahagian besar nutrien diserap ketika chyme bergerak melalui usus kecil anda. Hanya sebahagian kecil nutrien yang tertinggal untuk diserap apabila tiba ke saluran usus besar.
Apabila nutrien memasuki saluran darah, ia akan bergerak ke pelbagai organ dan bahagian tubuh anda.
Proses sistem pencernaan akan berakhir apabila bahan-bahan yang tersisa disingkirkan daripada badan.
Bergantung kepada jenis makanan yang anda makan, proses pencernaan boleh memakan masa antara 24 hingga 72 jam. Lama, kan?
Tabiat makan sambil minum punca masalah sistem pencernaan?
Pengambilan air yang secukupnya pada setiap hari menawarkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada tahap kesihatan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang mempercayai bahawa tabiat makan sambil minum adalah idea yang tidak baik.
Berikut adalah 3 kepercayaan biasa yang menjadi hujah untuk menyokong dakwaan bahawa air atau cecair yang diminum sambil makan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada sistem pencernaan.
Hujah 1: Minuman beralkohol dan berasid jejaskan fungsi air liur
Bagi sesetengah individu, mereka berpendapat bahawa mengambil minuman beralkohol atau berasid dengan makanan akan mengeringkan air liur.
Keadaan tersebut sekali gus akan menyebabkan tubuh sukar untuk mencerna makanan.
Sememangnya alkohol mengurangkan penghasilan air liur sebanyak 10 hingga 15% per unit alkohol. Tetapi ia tidak melibatkan minuman dengan kadar kepekatan alkohol rendah seperti bir atau wain.
Manakala, minuman berasid pula akan meningkatkan rembesan air liur.
Pada akhirnya, tiada bukti saintifik untuk mengesahkan minuman beralkohol atau berasid yang diambil secara sederhana boleh memberikan kesan negatif kepada pencernaan ataupun penyerapan nutrien.
Hujah 2: Air, asid perut dan enzim pencernaan
Banyak dakwaan menyatakan makan sambil minum air akan mencairkan asid perut dan enzim pencernaan. Ini akan menjadikan tubuh lebih sukar mencerna makanan.
Pun begitu, dakwaan yang menunjukkan sistem pencernaan tidak dapat menyesuaikan rembesannya dengan konsistensi makanan adalah salah.
Hujah 3: Cecair dan kelajuan proses pencernaan
Kepercayaan ketiga yang sering digunakan sebagai hujah adalah cecair yang diambil semasa makan akan meningkatkan kelajuan makanan pejal disingkirkan daripada perut.
Ini dianggap dapat mengurangkan waktu hubungan makanan dengan asid perut dan enzim pencernaan, sehingga menjejaskan pencernaan.
Malangnya, tiada kajian saintifik yang menyokong dakwaan ini.
Bahkan, dalam kajian pemerhatian yang menganalisis proses pengosongan perut menunjukkan, walaupun cecair melalui sistem pencernaan lebih cepat daripada pepejal, namun ia tidak mempengaruhi tahap kelajuan pencernaan makanan pejal.
Kesimpulannya – makan sambil minum sama ada air, minuman beralkohol atau berasid tidak akan menjejaskan proses pencernaan makanan dalam tubuh anda.
Tabiat makan sambil minum kurangkan pengambilan makanan
Hakikatnya, makan bersulam air boleh memberikan anda ‘masa berehat’ di antara setiap kunyahan makanan.
Ia secara tidak langsung membuat anda mempertimbangkan sama ada diri sudah berasa kenyang atau masih lapar.
Ini pastinya dapat mengelakkan tabiat makan berlebihan dan membantu menurunkan berat badan.
Bantu bakar kalori
Malahan, melalui hasil kajian 12 minggu yang dilakukan, peserta yang minum 500 ml air sebelum makan kehilangan 2 kg lebih banyak berbanding mereka yang tidak.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minum air boleh mempercepatkan metabolisme tubuh sekitar 24 kalori untuk setiap 500 ml air yang diambil.
Perlu diingatkan bahawa kebanyakan cecair yang diambil adalah air kosong dan bukannya air yang mengandungi kalori tambahan.
Berdasarkan satu tinjauan, jumlah pengambilan kalori adalah 8 hingga 15% lebih tinggi apabila seseorang individu itu makan sambil minum air bergula, susu, atau jus.
Oleh itu, jadikan tabiat minum air kosong sebagai satu pilihan yang sihat dan bukannya air manis, okay?
The post “Adik Jangan Bersulam Air, Nanti Buncit Perut” Sebenarnya Minum Air Kosong Bagus, Hilang Kalori appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/adik-jangan-bersulam-air-nanti-buncit-perut-sebenarnya-minum-air-kosong-bagus-hilang-kalori/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Menyorok Masa Scan Banyakkan Minum Air Kosong Sebelum Buat Imbasan Antara Tipnya

Bayi Menyorok Masa Scan Banyakkan Minum Air Kosong Sebelum Buat Imbasan Antara Tipnya

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 522 hits
Memang sangat teruja apabila anda disahkan hamil Dalam fikiran ibu ibu tentunya imbasan ultrabunyi antara perkara yang perlu dilakukan segera agar dapat memantau tahap kesihatan bayi di dalam kandungan Imbasan ultrabunyi dapat menunjukkan p...
2 Penunggang Motosikal Dikompaun Rm1 000 Kerana Turunkan Pelitup Muka Ketika Minum Air

2 Penunggang Motosikal Dikompaun Rm1 000 Kerana Turunkan Pelitup Muka Ketika Minum Air

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 249 hits
Dua penunggang motosikal dikenakan kompaun sebanyak RM1 000 hanya kerana menurunkan pelitup muka seketika untuk minum air di Daerah Kerian Parit Buntar Perak Lapor Sin Chew Daily dua individu berkenaan terdahulu menunggang motosikal untuk m...
Yidin Jangan Main Muslihat Nanti Terbelit

Yidin Jangan Main Muslihat Nanti Terbelit

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 330 hits
DIA mungkin disokong oleh beberapa org Menteri atau separuh Menteri dalam kerajaan sbb mrk adalah payrol dia masa BN jd pembangkang 22 bulan dulu Belum tentu ahli UMNO akar umbi boleh terima dia ni seandainya mrk tahu khianatnya pd UMNO dan...
Macbook Air Baru Membawa Kekunci Pintas Untuk Carian Spotlight Dan Butang Jangan Ganggu

Macbook Air Baru Membawa Kekunci Pintas Untuk Carian Spotlight Dan Butang Jangan Ganggu

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 236 hits
Apple telah pun memperkenalkan komputer riba terbaru mereka berasaskan dengan cip Apple M1 Salah satu model yang diperkenalkan adalah MacBook Air dan selain hanya menggunakan cip berasaskan Arm pihak Apple turut membawakan sedikit perubahan...
Buka Mask Untuk Minum Air Dua Lelaki Di Parit Buntar Didenda Rm1 000

Buka Mask Untuk Minum Air Dua Lelaki Di Parit Buntar Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 512 hits
Dua penunggang motosikal didenda RM1 000 setiap seorang kerana menanggalkan pelitup muka untuk minum air di Daerah Kerian Parit Buntar Perak Menurut Sin Chew Daily kedua dua individu itu menunggang motosikal untuk menghantar rakan mereka ke...
Anak Yang Suka Main Air Main Pasir Bagus Untuk Minda Tak Perlu Mainan Mahal

Anak Yang Suka Main Air Main Pasir Bagus Untuk Minda Tak Perlu Mainan Mahal

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 312 hits
Pelbagai jenis aktiviti d i y yang sebenarnya lebih baik untuk minda kanak kanak boleh dilakukan oleh ibu bapa Tak semestinya perlu membeli mainan yang mahal mahal Yang penting fungsinya adalah untuk menguatkan daya ingatan dan kreativiti a...
Jasmin Hamid Bila Saya Dah Tak Ada Nanti Bila Rindu Boleh Tengok Muka Adik Saya

Jasmin Hamid Bila Saya Dah Tak Ada Nanti Bila Rindu Boleh Tengok Muka Adik Saya

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 451 hits
Siapa yang mengikuti Jasmin Hamid pasti tahu pelakon ini jarang tampil berkongsi mengenai hal hal melibatkan keluarga dan peribadi kepada umum source
Hiburan Selepas Dia Meninggal Saya Tak Tahu Apa Sebenarnya Kehidupan Alya Iman Akui Hilang Arah Selepas Kehilangan Bapa

Hiburan Selepas Dia Meninggal Saya Tak Tahu Apa Sebenarnya Kehidupan Alya Iman Akui Hilang Arah Selepas Kehilangan Bapa

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 421 hits
Terkenangkan pemergian bapanya pelakon popular di era 80 an iaitu Allahyarham Azmin Mustapha yang meninggal dunia dua tahun lalu pelakon baharu Alya Iman zahir rasa sedih Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram Alya meng...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Resepi Phad Pet Ayam Thai Pedas Sedap Dan Mudah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Um Pitstop

Lirik Lagu Kerana Ego Khai Bahar

Gula Itu Racun

Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya