

Batuk yang berterusan selama 2 minggu
Kahak yang mengandungi darah
Demam dan berpeluh, lazimnya pada sebelah petang dan malam
Susut berat badan dan hilang selera makan
Sakit dada bila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah letih dan lemah badan
Perokok tegar
Pembawa HIV
Warga tua
Pengidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang
Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka masa yang lama
Melakukan pemeriksaan kahak
Menjalankan pemeriksaan x-ray
Dapatkan suntikan BCG bagi bayi yang baru dilahirkan dan murid sekolah darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut BCG dilengan
Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya mengalami batuk berterusan lebih 2 minggu
Ahli keluarga / individu yang terdekat/rapat dengan pesakit TIBI hendaklah tampil bagi menjalani pemeriksaan
Mendapatkan rawatan yang berterusan sehingga betul-betul sembuh
Amalkan cara hidup yang sihat dan memakan makanan yang seimbang
Mendapatkan rehat yang secukupnya
Pastikan pintu dan tingkap rumah dibuka pada waktu siang supaya mendapat pengudaraan yang baik bagi mencegah kuman TIBI merebak
Cahaya matahari juga penting bagi membunuh kuman TIBI yang bertebaran di udara dengan membiarkan cahaya matahari memasuki rumah seberapa banyak yang boleh
Berhenti merokok

|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |