2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025


Kelihatannya ada keajaiban sedang berlaku. Selepas hampir 2 tahun saya menghilangkan diri dari dunia penulisan, nampak gayanya saya cuba untuk buat kemunculan semula di penghujung tahun 2025 dengan harapan yang blog ini tidak terus terbengkalai lagi.
Welcome back Azmir. Haha.
Kenapa saya menghilangkan diri? Dipendekkan cerita, antara sebab kenapa saya menghilangkan adalah disebabkan oleh perkembangan dunia internet itu sendiri yang berkembang di luar jangka. Trend pembaca mula berubah dimana pembaca yang suatu ketika dahulu mencari maklumat di enjin pencari sudah hilang minat untuk menggunakan Google bagi mencari sesuatu informasi.
Perubahan trend ini sedikit sebanyak memberi impak kepada blog picisan seperti saya yang mengharapkan kunjungan pembaca untuk membaca. Gara-gara kecerdasan Buatan (AI), menulis ini bukan lagi satu pekerjaan yang berbaloi untuk dilakukan.
Semuanya bermula pada tahun 2022, apabila kemunculan ChatGPT yang menggunakan model 3.5 pada ketika itu menyumbang kepada kejutan budaya masyarakat tentang bagaimana mudahnya mencari sesuatu maklumat tanpa perlu giat membaca dan melompat-lompat dari satu laman web ke laman web yang lain.
Kesannya jika satu ketika dahulu trafik yang masuk ke laman web saya ini boleh mencecah sehingga 1000++ pengunjung sehari, pada penghujung tahun 2023, trafik saya mula merosot sehingga menerima kunjungan sekitar 100++ sahaja sehari. Impak ini bukan sahaja memberi kesan kepada jumlah pembaca, tetapi juga jumlah pendapatan saya.
Menulis ini perlukan komitmen dan usaha yang berterusan. Teknikaliti penulisan berkaitan Search Engine Optimisation (SEO) juga perlu dititik beratkan. Jika usaha yang diperlukan tidak berbaloi dengan hasil yang dimahukan, sudah semestinya saya perlu pertimbangkan untuk melakukan hal lain yang lebih penting berbanding menulis.
Jadi selepas berfikir panjang, saya ambil keputusan daripada saya sibuk fokuskan diri pada blog dimana penulisan saya menjadi bahan latihan Large Language Model (LLM), lebih baik saya fokuskan pada diri sendiri. Lebih berfaedah dan bermanfaat.
Saya lihat apa kelebihan dan kekurangan diri saya dalam menempuhi ranjau hidup ini. Saya buat pelan terancang, saya aturkan tujuan baru yang boleh dicapai dari segi jangka pendek dan panjang. Ini meliputi dari segi ilmu dan kerjaya.
Saya ambil kesempatan ini untuk belajar skill baru hampir setiap hari. Sambil-sambil itu cuba juga untuk membangunkan projek sambilan sambil memperkukuhkan pengetahuan teori saya dalam pengaturcaraan, berpindah ke tempat kerja yang baru, mengenal persekitaran dan industri yang datang dengan cara kerja yang berbeza.
Alhamdulillah hari ini, usaha saya berhasil. Walaupun saya tak kaya seperti Kasim Baba, tapi saya dapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang saya mahukan. Sesuatu yang saya usahakan selama dua tahun. Itu yang lebih penting daripada segalanya.
Kenapa kembali menulis di blog? Minat pada penulisan masih mendalam Realitinya saya suka berkongsi tentang apa yang saya tahu. Saya ada pengetahuan dan pendapat, tapi semua itu tidak cukup untuk diluahkan di media sosial. Ruangan dan capaian yang saya dapat di media sosial sangat terhad memandangkan saya sendiri kini dalam usaha untuk mengurangkan aktiviti di laman tersebut, bukan mempergiatkan lagi.
Dimasa yang sama, enjin pencari juga tidaklah semenggah dahulu. Semakin ramai pengguna mula beralih arah menggunakan ChatGPT, Gemini atau Claude berbanding Google, Yahoo dan atau Bing. Jadi tiada kelebihan juga sebenarnya menulis jika tiada pembaca.
Jadi saya saya fikirkan tentang satu perkara. Saya anggap blog ini dokumentasi diri yang menjadi refleksi diri saya ketika mengekspresikan pandangan saya dengan lebih tersusun. Almaklumlah kehidupan bekerja ini memerlukan saya banyak membaca, bukan menulis. Jadi saya bimbang jika tidak dapat diekspresikan segala idea, ia menyumbang kepada minda yang berkarat.
Minda yang berkarat tidak bagus untuk kesihatan mental. Saya suka membaca, saya juga proses data dalam fikiran saya, tapi data itu tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih tersusun jika saya tidak menulis. Jadi level kita cuma mampu bersembang di kedai kopi sahajalah menjadi sebahagian daripada masyarakat marhain.
Adakalanya, saya nak juga jadi seperti Tun Mahathir dimana ketika usiakan sudah lanjut, beliau masih lagi cerdas fikirannya hanya disebabkan hobi beliau yang suka membaca dan menulis sejak dari usia muda. Tidak rugi kita cuba dan berusaha.
Tanpa disangka, laman web ini sudah berusia 10 tahun Pejam celik pejam celik, tidak disangka laman web yang anda lawati ini sudah berusia 10 tahun. Ditubuhkan pada 4 Julai 2015 dengan niat penulisan suka-suka berkongsi fakta menarik, saya gagahkan diri juga perbaharui domain dan hosting hampir setiap tahun walaupun tidak aktif menulis.
Saya pernah juga terfikir untuk tutup blog ini dan gunakan domain ini untuk projek yang lebih baik. Namun apakan daya, rasa sayang itu masih lagi menebal. Itulah punca mengapa saya sambungkan juga nyawanya walaupun ianya terbengkalai hampir 2 tahun.
Memandangkan kondisi seharian saya sudah hampir stabil, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menyambung semula kembara penulisan saya disini. Lihatlah nanti apa bentuk penulisan yang saya akan lukirkan.
Apa yang saya tawarkan untuk tahun mendatang? Di masa lalu, saya suka berkongsi tutorial, ulasan filem, tip dan maklumat awam dalam bentuk artikel yang mematuhi konsep SEO. Saya fokus kepada carian keyword pembaca, saya memilih topik yang pembaca saya suka. Saya dapat trafik yang bagus, saya juga dapat pendapatan tambahan hasil daripada penulisan blog.
Selepas ini kemungkinan besar penulisan saya mungkin berbentuk lebih peribadi. Saya nak kongsikan pendapat saya tentang sesuatu hal dan berkenaan topik yang saya suka. Kerana saya ilhamkan satu perkara. Saya nak lihat perkembangan saya dalam dunia penulisan mengikut peringkat usia saya sendiri.
Saya nak lihat bagaimana minat dan penulisan ini dibentuk dari pemikiran pada ketika itu.
Masih lagi sibuk dengan projek sampingan Namun saya tidaklah menulis sekerap yang dahulu. Ketika ini, saya ada tugasan lebih penting untuk diselesaikan iaitu projek sambilan saya. Saya sedang berusaha untuk mengeluarkan produk sumber terbuka (Open Source) pertama saya disamping beberapa produk lain yang akan dikeluarkan kemudian untuk tujuan yang berbeza.
Mungkin saya mulakan dahulu dengan menulis sekurangnya 1 artikel sebulan. Harapnya cita ini tercapai memandangkan kedengaran agak mudah. Haha.
Kesimpulannya Saya sangat berharap agar saya diberikan kesempatan untuk terus menulis dan mengotakan janji ini. Berikan saya sedikit masa, sedikit demi sedikit, saya bina semula tabiat menulis saya. Jika penjagaan tubuh badan dengan bersenam, biarlah penjagaan minda saya adalah dengan menulis.
Ada beberapa topik yang sedang bermain diminda, hendak diluahkan bimbang tidak tersusun. Tapi saya cuba juga untuk usaha untuk dapatkan rentak. Cuma diketika ini saya agak terganggu dengan isu teknikal WordPress.
Prestasinya semakin lama semakin teruk. Buat masa ini saya cuba bertahan. Mungkin dimasa akan datang saya akan migratekan laman web ini daripada WordPress kepada Next JS. Tapi itu hanya perancangan sahaja jika komitmen mengizinkan
Baik itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan yang tidak seberapa ini. Nantikan saya untuk penulisan berikutnya.





The post 2 tahun tak nampak bayang, akhirnya muncul semula di penghujung tahun 2025 appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/2-tahun-tak-nampak-bayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Dashcam Terbaik Tahun 2025 Miros

Senarai Dashcam Terbaik Tahun 2025 Miros

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 198 hits
Senarai Dashcam Terbaik Tahun 2025 MIROS Sebagai pemandu aspek keselamatan merupakan satu keutamaan yang tidak boleh dipandang sebelah mata Ia bukan sahaja bergantung kepada ciri keselamatan yang tersedia pada kenderaan tetapi juga melibatk...
26 Tahun Sewa Rumah Tempat Isteri Dibunuh Suami Terkejut Suspek Akhirnya Serah Diri

26 Tahun Sewa Rumah Tempat Isteri Dibunuh Suami Terkejut Suspek Akhirnya Serah Diri

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 219 hits
26 Tahun Sewa Rumah Tempat Isteri Dibunuh Suami Terkejut Suspek Akhirnya Serah Diri Seorang lelaki di Jepun dilaporkan sanggup membayar sewa rumah kosong selama 26 tahun rumah yang menjadi lokasi isterinya dibunuh Difahamkan hal ini dilakuk...
Pearly Tan M Thinaah Muncul Juara Masters Jepun 2025

Pearly Tan M Thinaah Muncul Juara Masters Jepun 2025

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 140 hits
Pearly Tan M Thinaah Muncul Juara Masters Jepun 2025 KUALA LUMPUR 16 Nov Beregu badminton wanita utama negara Pearly Tan M Thinaah membuktikan keampuhan mereka di pentas antarabangsa apabila merangkul gelaran ketiga musim ini selepas muncul...
Tahniah Terminal Bas Bersepadu Dijangka Siap Hujung Tahun 2025

Tahniah Terminal Bas Bersepadu Dijangka Siap Hujung Tahun 2025

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 238 hits
Adrian Lim Chee AnnTerbaikkkk Kota Bharu punyai Terminal Bas baharu dalam sebulan dua iniTERMINAL BAS BERSEPADU DIJANGKA SIAP HUJUNG TAHUN 2025KOTA BHARU Projek Pembangunan Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral yang baharu akan diterusk...
Selepas 7 Tahun Ibu Mukagengster Peluk Islam Akhirnya Mak Titew

Selepas 7 Tahun Ibu Mukagengster Peluk Islam Akhirnya Mak Titew

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam Muhammad Mikhael Sathayah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila ibunda tercintanya pula mengambil langkah yang sama Selepas tujuh tahun bergelar mualaf p...
Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 489 hits
GALAKSIVIRAL Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali lagi untuk edisi 37 tahun 2025 Tema tahun ini ialah SATUKeunggulan dan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur Undian atas talian telah dilaksanakan di laman web ini bagi...
Muncul Kelompok 10 Terbaik Wakil Pahang Harumkan Nama Negara Kejohanan Korea Ulsan World Cup Traditional Archery 2025

Muncul Kelompok 10 Terbaik Wakil Pahang Harumkan Nama Negara Kejohanan Korea Ulsan World Cup Traditional Archery 2025

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 172 hits
TEMERLOH Nama Pahang sekali lagi harum di pentas antarabangsa apabila pemanah tradisional negara Mohd Zahrul Shafiq Zahar 39 berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia pada Kejohanan Korea Ulsan World Cup Traditional Archery 2...
Icymi 9 Highlights From Eicma 2025

Icymi 9 Highlights From Eicma 2025

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 249 hits
The motorcycle industry s biggest trade show EICMA has come and gone leaving in its wake a flurry of motorcycle news from the scene s major players We ve already covered big hits like the Brabus 1400 R Signature Edition Italjet Roadster 400...
Keputusan Awal Naik Cukai Alor Setar Dah Dibuat 1 Oktober 2025

Keputusan Awal Naik Cukai Alor Setar Dah Dibuat 1 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 180 hits
Pelik je Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor Kedah tanya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan YB Teh Swee Leong bila lulus kadar cukai taksiran baru bawah MBAS 1 Kamu sebagai MB takkan tak baca Akta Kerajaan Tempatan 1976 Atau kamu buat bu...
Kejadian Di Hadapan Rumah

Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai

Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

Along Kemalangan 11 12 2025

46works Turns The Fantic Caballero Scrambler 700 Into A Sporty Caf Racer

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord

Sinosis Filem Papa Zola The Movie


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Please Reply As This Is Very Urgent

Tremendous Extend

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Hari Aspreasi Aufa

3 Cara Tingkatkan Signal Wifi Rumah Anda

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang