Sistem Ng Mers 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia


Sistem NG MERS 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia
KUALA LUMPUR, Nov 16 (Bernama) — Infrastruktur komunikasi kecemasan negara memasuki fasa baharu hari ini menerusi pengoperasian Next Generation Emergency Response Services 999 (NG MERS 999), sistem digital baharu hasil kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Kementerian Komunikasi.
TM dalam kenyataan memaklumkan NG MERS 999 dibangunkan sebagai platform bersepadu sepenuhnya bagi menggantikan sistem legasi MERS 999 yang turut dibangunkan dan dioperasikan oleh TM sebelum ini.
Menurut kenyataan itu, sistem baharu tersebut berpotensi meningkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan penugasan sumber dan mempercepatkan masa tindak balas di lebih 800 lokasi di seluruh negara.
TM memaklumkan dengan pengoperasian NG MERS 999, setiap panggilan kecemasan kini menerima sokongan yang lebih pantas, tepat dan berkesan sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi keselamatan awam digital.
“Salah satu tumpuan utama sistem ini ialah penambahbaikan aplikasi mudah alih SaveME 999, yang kini membolehkan rakyat Malaysia termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) menghubungi operator 999 melalui video, teks dan amaran kecemasan berasaskan multimedia.
“Ini meletakkan Malaysia antara negara terawal di dunia yang mengoperasikan akses kecemasan digital inklusif secara menyeluruh di peringkat nasional. Rakyat masih boleh menghubungi 999 seperti biasa. Aplikasi SaveME 999 merupakan pilihan tambahan terutamanya untuk mereka yang kurang berupaya,” menurut kenyataan itu.
Menurut TM platform bersepadu itu mengintegrasikan analitik berkuasa kecerdasan buatan (AI), perkhidmatan geolokasi dan pengehosan awan berdaulat yang selamat bagi memperkemas pengurusan panggilan kecemasan serta membolehkan keputusan dibuat secara masa nyata.
“Dua aplikasi utama, SaveME 999 (untuk orang awam menghantar maklumat multimedia dengan data GPS) dan Responder App (untuk penjejakan dan penyelarasan masa nyata antara agensi kecemasan) memastikan respons yang lebih pantas dan keputusan yang lebih baik dalam situasi kritikal.
“Sistem ini dibangunkan bersama rakan teknologi global dan selaras dengan piawaian NG112 Eropah, selain memenuhi piawaian ISO yang ketat dari segi kualiti dan keselamatan,” menurut kenyataan itu.
TM turut memaklumkan bahawa Malaysia telah menetapkan tanda aras baharu dalam sistem respons melalui penggunaan teknologi Advanced Mobile Location (AML), yang menyatukan kelima-lima platform agensi di bawah 999 dan membantu akses digital golongan kurang upaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Amar Huzaimi Md Deris dalam kenyataan sama berkata NG MERS 999 melambangkan lonjakan transformasi digital negara melalui penggunaan AI dan komunikasi berbilang saluran untuk respons kecemasan yang lebih pantas, pintar dan inklusif.
“TM berbangga bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dalam menyediakan infrastruktur nasional yang penting untuk melindungi nyawa dan mengukuhkan daya tahan negara. Inklusiviti menjadi asas kepada NG MERS 999.
“Aplikasi SaveME 999 yang dipertingkatkan serta Responder App meletakkan teknologi penting terus ke tangan pengguna dan petugas kecemasan, membolehkan tindak balas kecemasan yang lebih pantas dan dioptimumkan,” katanya.
Beliau berkata dengan penambahbaikan itu juga mencerminkan komitmen TM untuk membina Malaysia yang lebih berhubung, selamat dan berdaya tahan digital dalam perjalanan menuju Hab Kuasa Digital  2030.
BACA: SRG.OG Cipta Sejarah, Juara MPLMY Empat Musim Berturut-turut Sumber: Bernama
The post Sistem NG MERS 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/16/sistem-ng-mers-999-perkasa-infrastruktur-kecemasan-digital-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makluman Pengujian Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia Di Mersing Johor Dan Tebelu Sarawak Pada 12 November 2025

Makluman Pengujian Siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia Di Mersing Johor Dan Tebelu Sarawak Pada 12 November 2025

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 236 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Dimaklumkan bahawa MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia pada 12 November 2025 di 1 Menara Tanjung Mersing JohorJam 1
Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 300 hits
SIPITANG 15 Okt Kerajaan bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna atau nbsp electronic Know Your Customer nbsp bagi menghalang kanak kanak bawah umur 13 tahun daripada memiliki akaun kata...
Sekolah Agama Menengah Bestari Perkenal Kiosk Anti Buli Digital Pertama Di Malaysia

Sekolah Agama Menengah Bestari Perkenal Kiosk Anti Buli Digital Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 200 hits
Sekolah Agama Menengah Bestari mencatat sejarah dengan menjadi sekolah pertama di Malaysia yang memperkenalkan Kiosk Anti Buli Digital yang direka untuk membanteras budaya buli di sekolah Kiosk berteknologi tinggi ini adalah hasil inovasi S...
No Compromise To Have Both Physical Virtual 999 Side By Side Despite Ng Mers 999 Costing A Bomb

No Compromise To Have Both Physical Virtual 999 Side By Side Despite Ng Mers 999 Costing A Bomb

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 174 hits
NATIONAL telco Telekom Malaysia Bhd has ruled out that the 999 voice service has been made redundant while the SaveMe999 mobile application which cost RM1 25 bil to develop and operate has become the mandatory tool to access emergency servi...
Sistem Panggilan Kecemasan Baharu Negara Ng999 Beroperasi Mulai Hari Ini

Sistem Panggilan Kecemasan Baharu Negara Ng999 Beroperasi Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 246 hits
Sistem Panggilan Kecemasan Baharu Negara NG999 Beroperasi Mulai Hari Ini KUALA LUMPUR 16 Nov Sistem panggilan kecemasan baharu negara Next Generation Emergency Services mula beroperasi hari ini menggantikan sistem Malaysian Emergency Respon...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 387 hits
RYT Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah RYT Bank semakin mendapat perhatian sebagai salah satu bank digital yang paling inovatif di Malaysia Dengan konsep tanpa cawangan fizikal dan sistem dividen harian ia men...
Digital Extremism In Malaysia S Shadowy Online Realm

Digital Extremism In Malaysia S Shadowy Online Realm

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 227 hits
THE rise of digital technologies has transformed how extremist actors operate particularly in the Global South where online platforms encrypted apps and gaming spaces have become fertile ground for spreading radical ideologies In Malaysia a...
Ng999 Penggunaan Sistem Panggilan Kecemasan Negara

Ng999 Penggunaan Sistem Panggilan Kecemasan Negara

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 257 hits
Orang ramai kini boleh menggunakan Next Generation Emergency Services yang mula beroperasi pada 16 November 2025 bagi mendapatkan bantuan kecemasan yang diperlukan bagi menggantikan MERS999 atau Berikut adalah maklumat dan info mengenai sis...
Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Apa Maknanya

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Apa Maknanya

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 241 hits
Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Monolog Jiwa Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Apa Maknanya Entri oleh Abang Gaya JMBELOG Baru baru ini Quacquarelli Symonds menerbitkan QS World University Rankings 2026 satu sena...
I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Last Supper In 2025 Hello 2026

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Serpihan Disyaki Jatuh Dari Angkasa Ditemui Di Pantai Nenasi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours

Family Gathering Laman Casa Tangkak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Membaca Banyak Modul Pzem 016 Dan Pzem 017 Dengan Rs485

Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Tekanan Diplomatik Tindakan Kerajaan Lebanon Di Tengah Cabaran Dari As Dan Israel