Tindakan Awal Untuk Mengatasi Kes Buli Di Sekolah



Saya tak menunggang isu buli yang sedang hangat sekarang.
Cuma..
Saya nak share beberapa tindakan awal yang cikgu jawatankuasa disiplin atau mana-mana cikgu boleh lakukan sebagai usaha menangani masalah buli di sekolah. Saya sedang lakukannya di sekolah.
Jangan ignore sebarang aduan
Sekecil-kecil aduan pun cubalah ambil tindakan sebab kes yang besar bermula dengan kes kes kecil yang tidak dibendung. Contohnya 'Cikgu, dia ejek saya hitam'. Terus panggil dan tegur murid berkenaan dengan tegas. Kalau dalam kelas, masa tu juga tegur dengan tegas. Bagi kata dua terus.
Jangan abaikan aduan terlalu lama
Cubalah attend kes yang diadu SESEGERA MUNGKIN. Kalau kita pekasam kan aduan murid, sehari, dua hari, seminggu, jenuh dah budak tu kena dengan pembuli dia. Kita hidup tenang seronok takde orang kacau. Tapi budak tu, hari hari diasak mental dan emosi dek pembuli.
Jangan cepat percaya kepada si pengadu
Tak semestinya si pengadu tu mangsa. Boleh jadi dialah pemangsa yang mangsanya telah bertindak balas. Sakit hati punya pasal sebab mangsa dia dah pandai balas balik, dia pun datang report. Cikgu tabayyun dulu. Ramai je anak murid kita pandai bermuka-muka.
Rajin rajin perhati anak murid yang BERPOTENSI menjadi mangsa dan pembuli.
Dalam kelas cikgu mesti tau perangai anak murid masing-masing. Sifat-sifat pembuli kadang-kadang boleh nampak dengan jelas. Antaranya sombong, suka cakap besar, cakap tak nak kalah, cepat naik tangan, cepat memaki. Begitu juga dengan potensi mangsa. Murid yang pendiam, ada ciri-ciri autism, yang nampak takut-takut, yang kurang confident, yang gemuk, yang kulit gelap. Macam-macam. Tak perlukan isu pon bagi seorang pembuli untuk memulakan aktiviti buli dia. Dia boleh mula membuli dengan ayat 'Wei! Hitamnya muka kau!' Dan diulang-ulang secara berjemaah berkali-kali sampai mangsa stres. Pembuli-pembuli depan cikgu muka masing-masing bukan main baik, pijak semut tak mati.
Kerap bagi amaran dengan tegas di perhimpunan dan juga kelas
Ambillah sikit masa untuk nasihat dan beri amaran secara umum kepada murid dalam perhimpunan / kelas. Lakukanlah dengan kerap supaya murid kita berjaga-jaga selalu, agar tak terbuli anak orang. Sebutlah beberapa kes buli berlaku di sekolah di hadapan murid tanpa mengumumkan siapa pelakunya. Murid-murid akan rasa dia diperhatikan oleh cikgu dan mangsa rasa selamat dan terbela.
Sediakan kaedah untuk murid mudah membuat laporan
Kadang-kadang mangsa/rakan mangsa nak mengadu tapi teragak-agak takut cikgu tak layan. Ramai je cikgu yang malas nak layan. Sepatutnya tak begitu. Kesianla kat anak murid kita. Saya dah umumkan depan semua murid mereka boleh tulis atas kertas maklumat berkenaan apa saja kes termasuk buli. Tapi mesti ada maklumat nama dan kelas pelaku, nama dan kelas mangsa, apa yang dilakukan, bila, dan dimana, nama saksi kalau ada dan siapa pengadu supaya senang saya nak panggil nanti. Di sini mereka belajar cara mengumpul maklumat dan membuat aduan untuk memudahkan tindakan kita.
Pastikan tegas semasa berinteraksi dengan pelaku
Tegas bukan maksudnya kena marah-marah,jerit-jerit,tengking-tengking. Bukan. Cakap dengan suara perlahan tapi scary. Pandang tepat pada mata pelaku. Kurangkan berkedip. Biarlah dia berair mata hanya dengan berlawan pandangan mata dengan kita. Pandai-pandaila cikgu korek fakta kes daripada pelaku dan mangsa. Sebab kalau kita tak menguasai suasana, kita pulak kena manipulate dek budak tu. Cikgu kaunseling dah cakap baik-baik. So kita perlukan seseorang untuk bawa imej 'don't mess with me'. Kalau semua cikgu mesra, cakap lembut-lembut pujuk-pujuk,habisla kena pijak nanti. Kena juga ada seorang 2 yang tegas.
Selesaikan kes sendiri atau bawa ke pihak atas
Kalau kita boleh selesaikan kes di peringkat kelas, kita selesaikan. Kalau rasa tak boleh nak selesaikan, bawa kes ke cikgu kaunseling, cikgu disiplin, PK HEM dan guru besar tanpa melibatkan ibubapa. Pastikan pentadbir tahu. Kalau tak boleh selesai dalaman juga, kita minta ibubapa campurtangan. Last sekali barulah pihak polis. Ini peringkat tindakan untuk cikgu. Parents yang baca ni rilex dulu. Nanti pos lain saya ulas side waris pulak.
Cuba bincang dengan waris pembuli
Untuk kes yang dah lebih dari sekali, dah masuk 3,4 kali , wasap la waris dia. Bagi maklumat tentang anak dia dengan tepat. Jangan berleter. Cerita yang perlu saja. Bukan konsep membawang. Kalau nampak waris tu mula nak melencong cerita lain, cut dia dari melencong. Cikgu kena berani sikit. Jangan takut nak bagitau perkara yang betul. Ada juga waris pembuli yang sama peel macam anak dia , pembuli jugak. So pandai-pandaila cikgu.
Manfaatkan grup wasap kelas
Kita cikgu ni, tak mahu panjangkan cerita. Kalau kita boleh selesaikan sesama murid kita sesama kita jer, kita akan selesaikan. Tapi kadang-kadang murid kelas kita ketegaq. So saya buat macam ni. Saya buat pengumuman secara umum saja ada pembuli dalam kelas saya yang saya sedang perhatikan perangai dia tapi saya tak bagitau siapa orangnya. Saya dedahkan la dia buli macam mana tapi saya tak dedahkan siapa mangsa. Saya cakap saya sedang menimbangkan untuk report kepada guru besar dan melibatkan pihak polis. Biar makbapak grup kelas tu berteka teki, biar dorang panas, biar dorang warning anak siap-siap kt rumah. Akan ada waris yang pm belakang. Kalau anak dia pembuli tu, bagitau jelah 'Ye. Dialah pembulinya'. Melambung atap rumah budak tu malam tu.
Jadilah talian hayat kepada anak murid kita
Walaupun tegas yakmat tapi untuk sesetengah keadaan saya berasa lega sebab menjadi tempat murid mengadu dan mendapatkan bantuan. Sekurang-kurang mereka ada tempat untuk bagitahu mereka sekian sekian. Mereka tahu saya akan ambil tindakan jadi mereka rasa terbela.
Jangan pilih kasih. Jangan pilih bulu
Siapa pun si pembuli tu, anak cikgu ke, anak guru besar ke, anak YDP PIBG ke, anak PPD ke, cubalah untuk adil. Paham.. Susah kan kalau melibatkan anak 'somebody'. So apa kita boleh buat? Kita wasap personal je terus dgn waris dia yang somebody tu. Dia tak boleh marah kita sebab kita tak expose pon dia ke public. Kita jaga airmuka dia. Simpan wasap tu , incase....
'Dokumen'kan kes buli
Buatla ala-ala borang kes. Butir-butir pembuli, mangsa, tempat ,masa, apa yang berlaku, saksi. Then bahagian bawah tu ada akujanji si pelaku tak akan ulang lagi bla bla bla. Kalau ulang lagi tindakan lebih keras akan diambil seperti berhadapan dengan waris mangsa sendiri, dilaporkan ke pihak polis dan kes dibawa ke mahkamah di bawah kanun keseksaan 507# bla bla bla... gitu. Bagi si pelaku tu baca, dia sign . Then kita sign. So dia ada feeling 'Oh!Ni serius ni. Takut ah nak buat lagi'. Harapnyalah. Kalau nak saya boleh bagi sample. Setakat ni saya dah buat a few. Dan alhamdulillah ada perubahan positif.
Wah! Panjangnya. Maaf ambil masa anda. Moga bermanfaat untuk cikgu-cikgu semua. Kalau ada idea lagi, boleh share di ruangan komen.
*Jom pakat share kalau bermanfaat ...
*Jom pakat copy dan share dalam group media masing-masing mungkin bermanfaat pada orang lain ..
Kredit Guru Dispilin SEMATANG Safinaz Yusuf


www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2025/11/tindakan-awal-untuk-mengatasi-kes-buli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Agama Menengah Bestari Perkenal Kiosk Anti Buli Digital Pertama Di Malaysia

Sekolah Agama Menengah Bestari Perkenal Kiosk Anti Buli Digital Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 146 hits
Sekolah Agama Menengah Bestari mencatat sejarah dengan menjadi sekolah pertama di Malaysia yang memperkenalkan Kiosk Anti Buli Digital yang direka untuk membanteras budaya buli di sekolah Kiosk berteknologi tinggi ini adalah hasil inovasi S...
Namewee Disiasat Kes Bunuh Pempengaruh Taiwan Ditemui Mati Di Hotel Jalan Conlay

Namewee Disiasat Kes Bunuh Pempengaruh Taiwan Ditemui Mati Di Hotel Jalan Conlay

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Polis kini mengklasifikasikan semula kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan sebagai kes bunuh selepas mayatnya ditemui di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu Mangsa dikenali sebagai Hsieh...
Pemain Warisan Fam Kronologi Kes Kenyataan Rasmi

Pemain Warisan Fam Kronologi Kes Kenyataan Rasmi

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 147 hits
Persatuan Bolasepak Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air selepas keputusan rasmi FIFA mengekalkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan yang terlibat dalam kes pemalsuan dokumen Rujuk kenyataan rasmi FAM...
Polis Klasifikasi Kes Kematian Pempengaruh China Yang Sedang Mengusahakan Projek Video Dengan Namewee Sebagai Kes Bunuh

Polis Klasifikasi Kes Kematian Pempengaruh China Yang Sedang Mengusahakan Projek Video Dengan Namewee Sebagai Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 135 hits
Malaysiakini nbsp Polis telah mengklasifikasikan semula kematian pempengaruh yang ditemui di sebuah hotel di Kuala Lumpur bulan lalu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus mengesahkan pe...
Pempengaruh Taiwan Ditemukan Mati Di Hotel Disiasat Sebagai Kes Bunuh

Pempengaruh Taiwan Ditemukan Mati Di Hotel Disiasat Sebagai Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 143 hits
Pempengaruh Taiwan Ditemukan Mati Di Hotel Disiasat Sebagai Kes Bunuh KUALA LUMPUR 4 Nov Polis mengklasifikasikan semula kes melibatkan pempengaruh wanita warganegara Taiwan yang ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel di sini pada 22 Okt...
Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 178 hits
Penduduk JB dimaklumkan bahawa KK Mahmoodiah akan ditutup Untuk kes kes ringan sila rujuk ke KK Tampoi atau pusat kesihatan lain yang berdekatan Diharap semua dapat mengelakkan pergi ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah kecuali unt...
Kes Anak Mualaf

Kes Anak Mualaf

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 127 hits
Che Ibrahim Ambo pernah nasihatkan Riduan supaya serah anak tersebut sebagaimana perintah mahkamah InsyaAllah dalam situasi anak itu kini hampir mencecah 18 tahun ambo yakin anak itu mampu menjaga aqidahnya Ianya adalah lebih baik drp Ridua...
Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 148 hits
Kes Thales kini kembali menjadi tumpuan apabila pihak berkuasa Perancis dan UK melancarkan siasatan semula mengenai dakwaan rasuah dalam kontrak pertahanan Ini termasuklah projek kapal selam yang melibatkan Malaysia pada tahun 2002 serta pe...
Kdn Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh Amri Che Mat

Kdn Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh Amri Che Mat

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 146 hits
KDN Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh Amri Che Mat PUTRAJAYA 10 Nov Kementerian Dalam Negeri memberi tumpuan penuh terhadap pelaksanaan arahan mahkamah dalam kes kehilangan paderi Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat ter...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

The Lantis Bila Chord

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

Gambar Hari Ini Walaun Jangan Koyak Sebab Kamu Buat Lebih Lagi

Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi

My Comfort Food

Monochromatic Magic A Handsome Triumph Street Twin By 2loud


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tidur Lebih Lena Dengan Origin Mattress

The Colours Of Life Ps5 Tekken 8

Mi Goreng Pot Luck Sempena Solat Hajat Upkk

5 Cara Mudah Buat Bateri Smartphone Tahan Lebih Lama Tips Praktikal

Tindakan Awal Untuk Mengatasi Kes Buli Di Sekolah

Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19