Langkah Keselamatan Dan Pencegahan Dari Kecurian Identiti



Banyak mesej kami terima, melibatkan skim penghantaran mesej berantai WhatsApp untuk mendapatkan pakej ‘KFC’. Jelas ianya palsu, tetapi masih tetap berlegar, dan ada mesej dihantar bukan dengan ‘kebenaran’ dari pihak penghantar.
Kami pernah menjelaskan mengenai ‘SIM Swap Attack’ dahulu di sini: SIM Swap Attack
Sim Swap Attack atau Serangan Pertukaran SIM, ialah keadaan apabila seseorang individu iaitu penjenayah siber memasukkan nombor telefon disasar ke SIM lain, dan secara senyap mengalihkan nombor itu ke peranti baru.
Serangan ini seringkali berlaku melalui kaedah kejuruteraan sosial, dengan ‘bantuan’ ejen atau staf telco melakukan pertukaran dengan kepercayaan bahawa mereka membuat operasi tersebut di atas permintaan pemegang akaun sebenar.
Dikombinasi bersama beberapa maklumat lain seperti log masuk yang diperolehi menerusi phishing atau data bocor dari aktiviti penggodaman sebelumnya, seseorang yang berniat jahat boleh mendapatkan akses ke akaun pihak ketiga walaupun dilindungi oleh ‘pengesahan dua faktor’ (2FA) berasaskan SMS.

Langkah pertama dan mudah sekiranya anda dapat mengesan nombor anda digunakan tanpa kebenaran, tetapi masih mempunyai akses terhadap WhatsApp ialah dengan melakukan log masuk baru. Ini dapat ‘mengeluarkan’ individu terbabit dari sesi WhatsApp yang dicuri.
Namun, sekiranya anda sudah tiada akses lagi, apa yang boleh dibuat ialah:
1. Buat laporan polis dan laporan kepada pihak berkaitan (Telco, MCMC).
2. Bekukan akaun bank atau kad kredit.
3. Lapor kepada bank akan kecurian identiti.
4. Tukar kesemua kata laluan untuk sebarang akaun yang ada berhubung dengan nombor telefon tersebut.
5. Jika ada akaun lain yang sudah tidak lagi digunakan, sila tutup. Dibimbangi akaun seperti ini masih dapat dimanipulasi oleh penjenayah siber.
2FA berasaskan SMS tidak akan berkesan apabila berlakunya kecurian identiti. Nombor telefon digunakan dalam pelbagai aktiviti seharian melibatkan kehidupan digital kita.
Cuba ubah:
1. Gunakan aplikasi 2FA seperti Authy, Google Autheticator, dan sebagainya bagi menggantikan SMS.
2. Gunakan pengurus kata laluan. Jika hendak cari versi sumber terbuka dan percuma, Bitwarden adalah contoh terbaik.
3. Gunakan log masuk emel dan kata laluan berbanding bergantung kepada akaun Facebook, Twitter, atau Google. Jika salah satunya dipecah masuk, anda masih boleh mengawal keadaan dan cuba mengembalikan akses.
4. Buat tetapan akaun sandaran, contohnya untuk Gmail, dan jangan sesekali lupa kata laluannya pula (pakai pengurus kata laluan, di tips nombor 2 kalau dah tahu anda tu jenis pelupa).
5. Simpan senarai kenalan dalam akaun Google atau lain-lain akaun awan yang boleh diselaraskan (sync). Tidak timbul isu ‘hilang contacts’ jika ia sudah siap selaras ke akaun anda.
The post Langkah Keselamatan Dan Pencegahan Dari Kecurian Identiti appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/langkah-pencegahan-keselamatan-dari-kecurian-identiti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Huawei Adalah Antara Lima Syarikat Yang Mengancam Keselamatan A S Menurut Fcc

Huawei Adalah Antara Lima Syarikat Yang Mengancam Keselamatan A S Menurut Fcc

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 242 hits
Adakah dengan pelantikan Joe Biden nasib Huawei akan berubah Jawapannya setakat ini ialah tidak dengan pentadbiran beliau ingin meneruskan halangan perdagangan yang dikenakan ke atas gergasi telekomunikasi dunia ini Terkini pihak Suruhanjay...
Keselamatan Koperate

Keselamatan Koperate

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 240 hits
Keselamatan korporat mengenal pasti dan secara berkesan mengurangkan atau mengurus pada peringkat awal setiap perkembangan yang mungkin mengancam ketahanan dan kelangsungan hidup sebuah syarikat Ini adalah fungsi korporat yang mengawasi dan...
Perasmian Dan Taklimat Pertandingan Video Kreatif Keselamatan Siber 2021

Perasmian Dan Taklimat Pertandingan Video Kreatif Keselamatan Siber 2021

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 356 hits
Tarikh 1 MAC 2021 Masa 2 30 P M Tempat http bit ly taklimatvkks2021 Ucapan Alu aluan DR QHAMARIAH BINTI SAMUTimbalan Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Bicara Etika SiberRAMON
Sebilangan Besar Profesional Keselamatan It Tidak Dibenarkan Berkongsi Butiran Serangan Penggodam Kaspersky Labs

Sebilangan Besar Profesional Keselamatan It Tidak Dibenarkan Berkongsi Butiran Serangan Penggodam Kaspersky Labs

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 217 hits
Keselamatan sistem komputer persendirian dan syarikat syarikat biasanya bergantung kepada komuniti komuniti sekuriti digital yang mencari dan berkongsi vektor serangan penggodam sebelum ia merebak ke banyak syarikat syarikat lain Terkini se...
Hentikan Bantahan Langkah Usir Pendatang Myanmar Tidak Dibuat Terburu Buru Kata Pakar

Hentikan Bantahan Langkah Usir Pendatang Myanmar Tidak Dibuat Terburu Buru Kata Pakar

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 220 hits
Jabatan Imigresen mengizinkan tiga kapal tentera laut Myanmar membawa pulang pelarian Myanmar dan pencari suaka beberapa jam selepas menerima perintah mahkamah menghalang langkah tersebut PETALING JAYA Seorang ahli akademik mempertahankan l...
Langkah Terdesak Kerajaan Hilang Majoriti Dengan Ugutan Tawar Habuan

Langkah Terdesak Kerajaan Hilang Majoriti Dengan Ugutan Tawar Habuan

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 247 hits
MALAYSIA DATELINEPKR mengecam langkah terdesak untuk membuatkan Ahli ahli Parlimen mereka keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti Kerajaan sama ada melalui ugutan mahupun habuan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata...
Semperit Klasik Tart Gulung Ikut Sukatan Cawan Ikut Langkah Betul Gerenti Jadi

Semperit Klasik Tart Gulung Ikut Sukatan Cawan Ikut Langkah Betul Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 390 hits
Walaupun puasa dan raya lambat lagi rasa teringin nak makan biskut memangil mangil Kali ni tekak terasa nak makan biskut lama iaitu semperit Kadang tak dapat makan yang sesedap rasa Biskut tart gulung pun kegemaran juga Memang dua biskut ni...
Tamper Evident Pengedap Keselamatan Roti Sandwic Massimo Bagi Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan

Tamper Evident Pengedap Keselamatan Roti Sandwic Massimo Bagi Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 461 hits
Tamper Evident Pengedap Keselamatan Roti Sandwic Massimo Bagi Ketenangan Fikiran Tanpa Keraguan Sejak pandemik Covid 19 melanda negara roti menjadi makanan harian kegemaran buat rakyat Malaysia tidak kira sebagai sajian utama atau makanan r...
Kemaskini Keselamatan Whmcs Februari 2021

Kemaskini Keselamatan Whmcs Februari 2021

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 285 hits
WHMCS telah mengeluarkan kemaskini keselamatan untuk produk WHMCS mereka pada 26 Februari 2021 Sekiranya anda menggunakan WHMCS untuk platform pengebilan dan automasi web hosting disarankan untuk anda mengemaskini platform WHMCS anda dengan...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin